teman-teman...

Saturday, October 23, 2010

" terikat pada tarekat, terjerat pada adat, terubat pada ibadat "

salam.... pada edisi kali ini IbnuRijal ingin mengupas satu isu yang pernah hangat satu ketika dahulu, dan masih menjadi tanda tanya kepada kebanyakkan kita. mungkin bagi ahli agama serta ahli akademik yang arif, persoalan demikian hanyalah remeh, namun bagi kami para belia, kami masih tidak mengerti apa maksud sebenar amalan tarekat ini serta apakah ia perlu? melihat laporan serta fatwa2 yang mendakwa ada tarekat yang haram, menambahkan lagi kekusutan kita, apa sebenarnya tarekat ini.. justeru pada edisi kali ini IbnuRijal rasa terpanggil ingin membicarakan topik ini melalui saluran tersendiri, berlapikkan Quran dan hadis. insyALLAH ibnuRijal akan cuba mengupas apa yang sebenarnya yang selama ini menjadi tanda tanya didalam kepala kita. maafkan ibnuRijal kalau ada diantara pembaca yang kurang senang dengan apa yang bakal ibnuRijal terang ini, kadang2 kebenaran memang pahit, namun yang pahit itulah ubat, namun bukan ubat yang menyembuhkan, tetapi milik ALLAH jua lah semua kebaikkan. dah bersedia my friend? ok.. jom.
awwalulkalam.. pertama sekali marilah kita kaji makna sebenar tarekat ini. opps! sebelum itu, baik kita tenung dulu apa itu tasauf. kerana tarekat dan tasauf adalah perkara yang berselang seli. tidak dapat tidak kita menguasai tarekat tanpa mengerti apa sebenarnya tasauf ini. ibarat kalau kita bekenan pada seorang gadis, pasti kita perlu mengambil hati orang tuanya dahulu, kan?
baik, untuk tidak menyimpang jauh, ibnuRijal memetik makna tasauf ini dari kalam ulama',menurut DR.Ali jumuah, mufti kerajaan Mesir, tasauf merupakan manhaj tarbiyyah, ruhiyyah serta sulukiyyah bagi seseorang dalam ibadatnya bagi mencapai tahap ehsan...
?????? ok tak mengapa, kita pergi satu persatu. dalam makna rasauf ini ada 4 perkara yang perlu kita ambil berat.
1. tarbiyyah- bererti mendidik
2. ruhiyyah- roh, atau dalam konteks ini bermaksud penyucian jiwa.
3. sulukiyyah- yakni hubungan kita dengan tuhan.
4. ehsan- yani satu tahap pencapaian yang tinggi dalam ibadat. yang mana nabi S.A.W sebut sebagai ibadat seolah2 kita melihat ALLAH, dan jika tidak[mampu], ALLAH melihat kita.
jadi.. disini kita faham tasauf adalah satu konsep penyucian jiwa kearah penyempurnaan ibadat kita. menurut ulasan ustaz Azhar idrus, terdapat 3 elemen utama dalam tasauf.
1.penyucian jiwa. perlu ke?? jawapannya, 'YA'.. kerana kita bukan sempurna, tuhan ilhamkan kita dua jalan, seperti firmannya dalam surah al Insan, samaada kita bersyukur atau kufur. lihat juga firman ALLAH dalam surah as syams, surah ke-91, juzuk ke-30, ayat 7 hingga 10, m/s 595.. "dan demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya, ALLAH menngilhamkan jalan kefasikan dan ketaqwaan, untunglah bagi orang yang mensucikannya, rugilah bagi orang yang mengotorinya.."
2. perbanyakkan zikir kepada ALLAH. seperti mana firmanNYA dalam surah al Anfal, surah ke-8, juzuk ke-7, ayat 2, m/s 177. iaitu tentang orang2 mukmin yang bila dibacakan nama ALLAH maka gementar hati mereka dan bertambah iman mereka.
3. zuhud kepada kehidupan dunia. firman ALLAH ; " WAMAL HAYATA DDUNYA ILLA LA'IBU WALAHWA, WALADDAROL AKHIROTI LLAZI NA YATTAQUN, AFALA TAGQILUN? ". surah al an'am, surah ke-6, juzuk ke-7, ayat 32, m/s 131. maksudnya, ' dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan permainan dan gurauan, dan negeri akhirat lah[lebih baik] bagi orang2 bertaqwa, apakah kamu tak memikirkannya?' bagi merungkai persoalan zuhud yang sebenarnya, ibnuRijal akan kupas sedalamnya pada edisi yang lain..
baik, selesai tasauf. apa pula tarekat? ianya adalah madrasah penyucian jiwa dari penyakit hati yakni ujub, takbur, dengki, amarah, khianat, was-was, dan pelbagai lagi. semuanya terangkum dalam nafsu. seperti kata2 nabi Yusuf kepada AL aziz yang ALLAH rakamkan didalam Quran, surah yusuf, surah ke-12, juzuk ke-13, m/s 242, ayat ke-53; "dan aku tak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali yang diberi rahmat oleh tuhan, sesungguhnya ALLAH maha pengampun dan penyayang." ini beerti manusia sentiasa terdorong melakukan kesalahan dalam jaga atau tidak sedar. kerana itulah nafsu dikatakan sebagai perkara PALING BESAR. namun harus diingat, sebesar mana pun nafsu itu, ALLAH lebih MAHA BESAR..
ringkasnya, tarekat adalah ibarat sebuah madrasah, jemaah, yang melakukan ibadat untuk penyucian jiwa yang bermula sejak kurun ke-4 yakni era junaid lagi. dan tok guru hanya bertindak sebagai penunjuk ajar. biar banyak tarekat yang lahir, matlamatnya hanya satu, mencari keredhaan ALLAH. yang menjadi bezanya adalah wirid2 atau zikir2 yang diamalkan, ada yang diwariskan dari para soleh dahulu kala, ada yang disedut dari kitab2. konsepnya mudah, ibarat belajar bergurulah. secara musyafadah. tarekat juga adalah pelajaran ilmu tasauf melalui bimbingan oleh guru mengikut aliran masing2 yang matlamatnya sama, mencari redha ALLAH. itu saja. begitu juga persoalan fekah, kita mengikut para imam mazhab yang menginstinbat hukum dari Quran dan hadis. kita tak mampu menkaji dan menafsirnya sendiri. saudara tentu pernah dengar, "kalau belajar tanpa guru, maka guru kita adalah syaitan." kan? ibnuRijal yakin saudara sekelian mengerti maksud ibnuRijal. selagi sesuatu aliran tarekat itu tidak bertentang denganquran sunnah, maka tiada masaalah. yang jadi kekeliruan kita hari ini apabila ia ditokok tambah untuk memuliakan seseorang dengan melampau2 atau apa saja matlamat lain yang bertentangan, itu yang jadi sesat. sabda nabi S.A.W dalam satu hadis yang panjang, "....... kelak umatku  akan terpecah menjadi 73 golongan [jalan], 72 daripadanya akan masuk neraka, hanya SATU golongan akan masuk syurga.." jadi, dimana tempat kita. kalau dikaji dari sudut probability, mungkinkah kita termasuk dalam golongan yang hanya satu itu? selagi kita tidak lari dengan pegangan quran dan sunnah, maka yakinlah kita akan selamat.
bagi pendapat peribadi ibnuRijal, banyak lagi cara mencari redha ALLAH selain menyertai aliran tarekat. kita luaskan skop kita. jangan terhimpit pada satu. tambahan pula kita yang cetek ilmu agama ini, dikhuatiri salah memilih aliran. kita juga yang merana. bagi yang mampu, tahniah! teruskan menyuci jiwa. banyak tarekat yang masyur dan benar di malaysia ini. namun, terdapat banyak tarekat lain yang 'menumpang' nama mereka. itu yang kita risau. beginilah, luaskan skop kita untuk mencari redha ALLAH. kita diajar, "andai semua makhluk di dunia ini berkumpul membuat pahala, kuasa ALLAH sedikit pun tidak bertambah, dan andai semua makhluk didunia ini berkkumpul untuk berbuat dosa, kuasa ALLAH sedikit pun tidak berkurang"
apa maksudnya? maksudnya, ALLAH tidak memerlukan ibadat kita, tapi KITA LAH YANG MEMERLUKAN IBADAT ITU.. jadi, fahamilah konsep ini,. dengan  berbuat baik pada ibu bapa pun sudah boleh meraih redha tuhan, menyucikan jiwa. betul tak? pada zaman nabi Sulaiman a.s, suatu hari baginda sedang berjalan2 di tepi laut. tiba2 baginda terlihat akan satu cengkerang yang cukup besar dan cantik yang berada didalam laut, cahayanya cukup terang hingga boleh dilihat di atas daratan walau ia nya berada didasar laut. nabi berdoa pada ALLAH agar diperlihatkan cengkerang itu keatas, kepada baginda. sebaik cengkerang itu naik, maka ia terbuka, lalu kelihatan seorang pemuda didalamnya. nabi sulaiman a.s amat terkejut, lantas bertanyakan pemuda itu apa sebab dia boleh hidup didalam cengkerang itu. jawab pemuda itu, semasa ibu aku hidup, aku menjaganya dengan sepenuh jiwaku, apa sahaja aku perbuat untuknya, sebelum ibuku meninggal dunia, dia pernah berdoa pada ALLAH agar aku dirahmati dan diberi tempat tinggal yang indah yang bukan dilangit dan bukan diatas bumi, pada suatu hari, selepas  ibuku meninggal dunia, aku berjalan bersendirian di tepi pantai kerana amat rindukan ibuku, tiba2 kulihat cengkerang ini indah terbuka luas didepanku, sebaik aku masuk kedalamnya, ia pun tutup dan terus turun kedasar lautan." terang pemuda itu. nabi bertanya, bagaimana kehidupanmu didalamnya?" jawab pemuda itu, aku akan dapat apa yang aku idamkan, serta beribadat menurut  panduan cahaya matahari yang menembusi cengkerangku itu."  sebaik menceritakan hal itu, pemuda itu masuk kembali kedalam cenkerangnya dan kembali kedasar laut.
itulah balasan bagi orang2 yang bertaqwa. jadi fahamlah kita bahawa apa jua mazhab, aliran, wirid, jemaah, yang kita sertai,  atau apa jua ibadat yang kita lakukan, matlamat kita  hanya satu, mencari redha ALLAH.. CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

1 comment:

Anonymous said...

xbp phm la "s"........