teman-teman...

Saturday, October 16, 2010

punca kuasa teragung

SALAM...... apa khabar saudara hari ini? emm.. edisi ke-5 sudah siri ini menghubungkan ibnuRijal dan saudara.. pada lembaran2 yang lalu kita telah masuk kedalam aura tuhan.. kasih yang tuhan titipkan dalam diri kita.. bak satu riwayat yang amat popular dalam kalangan para daei, iaitu HABLU MINA ALLAH, WA HABLU MINANNAS.. jadi hari ini kita teruskan penerokaan kita kedalam zat aura manusia pula.. sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya aura yang kita miliki ini adalah satu anugerah yang amaaaattttt unik. para ahli pertapaan, yoga, atau apa sahaja yang berkaitan semangat imiginasi kemanusiaan mengakui kelebihan ini. mereka membahagikan tittik aura insan kepada 7. namun isalam menerangkan kepada kita bahawa manusia ada 5 titik pusat rahsia kuasa yang mana kita kenali sebagai aura.. apa ya?... emmm.. pertama, kemaluan.. ia sebenarnya anugerah yang amat bernilai.. dari titik ini lahir ramai manusia hebat, lahir ilmuan terbilang.. kedua, perut.. suatu tempat penyimpanan rezeki yang dikirim tuhan untuk kita bersyukur. ketiganya adalah hati, tepat tersimpannya keinginan dan apa sahaja yang membayangi dalaman kita, keempat adalah lidah, darinya lahir kata-kata indah penuh madah, kata-kata seri penuh erti, dan yang kelima adalah akal, satu kelebihan yang ALLAH hanya kurniakan kepada manusia untuk melebihi dari selain ciptaan tuhan. saudara pernah menyedari hahikat ini? kalau ya, tahniah. kalau belum, masih belum terlewat untuk kita memikir dan merenung sedalamnya.. tahu atau tidak bahawa musuh islam terlalu menakuti kita, mereka sedar akan kebenaran yang ada pada islam. masakan tidak, hingga mereka sanggup masuk menyamar sebagai islam untuk mengkaji kelemahan kita. mereka terlepas pandang akan 1 ayat dalam Quran, surah al maaidah.. yang mana ALLAH menyebut pada hari tersebut ALLAH telah MENYEMPURNAKAN agama islam untuk kita. jadi islam tiada kelemahan, yang lemah adalah muslim..
mari kita kaji satu persatu titik aura muslim ini, dan apa yang musuh islam SUDAH LAKUKAN untuk menghancurkan kuasa aura itu.. mengapa mereka begitu dengki?? kerana mereka tahu jika umat islam menggunakan titik aura ini ditempat yang betul, agama lain akan musnah, islam akan menjadi ulung..
1. kemaluan.. para musuh islam tak henti-henti menerbitkan filem- filem yang berunsur lucah, apa sahaja yang kita lihat hari ini pasti akan mereka hubungkan pada seks, lihat sahaja iklan produk barangan, berapa ramai model yang diguna? lihat pula dalam setiap pek makanan yang kita beli, pasti terhias dengan gambar yang menggairahkan. mereka menganjurkan hubungan intim lelaki perempuan pada tahap yang melampaui batas. lihat filem mana hari ini yang tidak ada pasangan hero & heroin? renung juga pada panggung wayang, mengapa diwujudkan 'couple sit'?? ya.. ini usaha mereka.. kesannya hari ini lahir banyak anak luar nikah..
2. perut.. islam mengajar kita untuk makan makanan halal dan baik. tapi apa yang mereka lakukan? mereka memasukkan sebanyak mana boleh lemak babi dalam setiap produk makanan, mereka mennciptakan revolusi makanan fast food, francais, yang kita syubhah dengan kualiti makanannya. kita lihat sejarah, nabi Adam a.s dibuang dari syurga ke dunia kerana apa? kerana memakan buah khuldi. kerana apa? ya. kerana MAKANAN.. bukan kerana ibadat dan sebagainya. ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa ALLAH menggambil berat soal makanan. namun berapa ramai antara kita hari ini yang betul-betul particular tentang hal makanan ini?
3. hati, sabda nabi s.a.w, dalam badan manusia ada seketul daging, jika elok daging itu, maka elok lah seluruh badannya, jika buruk daging itu, maka buruklah segala badannya.. apa yang musuh kita lakukan? mereka mencipta pelbagai doktrin pemerintahan, ekonomi, sosial yang menjurus kepada kegelapan hati. misalnya sistem ekonomi yang tak dapat lari dari riba. waktu pejabat yang menjejaskan waktu solat berjemaah, politik yang nyata bertentang dengan islam, dan banyak lagi yang merosakkan hati kita.
4.lidah.. mereka merancang rencana palsu, membiasakan diri kita dengan alam fitnah, menghasut, menipu, dan apa sahaja melalui lidah.. 1 kelebihan manusia adalah kita mampu berpidato dengan cukup baik dan memberi pengaruh yang amat besar, lihat tokoh pidato yang hebat, Hitler, nippoleon, syeikh ahmeed yasin, ahmad deedat, ahmadinejat, Dr. Mahathir, dato' seri anwar ibrahim, assyaari, semua tokoh ini mempunyai pengikut yang amat ramai kerana kehebatan lidah mereka. lihat hari ini, siapa pandai berkata-kata, menipu, mengumpat pasti berada diatas, tapi siapa yang berani bercakap benar, akan tersungkur dibawah.
5. akal.. mereka merosakkan fikiran kita sejak kecil, kanak2 disaji dengan watak kartun yang berkuasa seperti tuhan, misalnya doraemon yang boleh menukar malam dan siang, remaja dirosakkan pemikiran mereka dengan muzik dan kirik lagu yang menggugat aqidah, golongan ilmuan diperdaya dengan pelbagai teori yang bertentang dengan islam seperti teori rovolusi Darwin, liberaliti, dan sebagainya.

terkejut bukan..? ya. rencana mereka cukupppp halus hingga kita tak mampu sedar akan niat sebenar mereka, tambah menyedihkan, kita turut membantu mereka secara tak sedar.. mereka telah merancang ini dalam masa yang cukup lama. mereka tak hantar peluru kepada kita, mereka tak hunus pedang kepada kita, tapi mereka kirimkan seekor 'spider'..
S- sport
P- politic
I-ideology
D-drug
E-entertainment
R-rock
.................................................................................... tapi kita masih ada satu paluang, kita masih ada satu lagi titik aura yang tidak ada pada manusia lain selain muslim.. titik itu dekat dengan hati, hampir pada diri, depan mata tapi tak nampak, tepi telinga tapi tak dengar. hanya titik itu mampu mengecas semula kelima-lima titik aura kita tadi untuk kembali berkuasa. titik itu adalah THE GOD SPOT, dimana?? cari... dimana anda cari, disitu anda akan temuinya. renung semula edisi sebelum ini tentang wali manusia, cantumkan renungan itu dengan edisi kali ini,.. anda akan faham... selamat kembali! CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

No comments: