teman-teman...

Friday, October 15, 2010

wali manusia : siapa??

SALAM...... alhamdulillah.. hari ini hari ke-4 ibnuRijal dalam arena ini.. sampai jua kita kepada penghulu segala hari, JUMAAT.. pada hari ini lelaki diwajibkan solat jumaat di masjid, mendengar khutbah, mengeratkan mahabbah.. percayalah saudara bahawa solat jumaat merupakan senjata islam hari ini yang paling ditakuti oleh musuh kesuluruhanya.. pada hari ini semua rabbul usrah berkumpul bagi mendengar tazkirah dan mau'izzah.. itulah kelebihan kita yang tuhan aturkan, islam.. AL ISLAMU YAGLU, WALA YUGLA ALAIH.. islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi darinya.. rasa tak sedap hati pabila semalam ibnuRijal meninggalkan saudara sekelian dengan satu persoalan.. persoalan wali ALLAH ibnuRijal harap sudah kita mengerti sedikit sebanyak. namun bila merungkai persoalan wali manusia.. ibnuRijal menerima soalan bertubi-tubi oleh sekelian taulan.. alhamdulillah.. gembira bila semua taulan berminat mengetahui hal-hal seperti ini. tahniah!! IbnuRijal bukanlah arif, sekadar berminat berkongsi apa yang ada dihati, kerana IbnuRijal amat yakin bahawa setiap perkara yang keluar dari hati, akan sampai ke hati.. mematik sepotong ayat dari alQuran, INNA WALIYIYULLAHU LLAZI NA AAMNU, YUKHRIJUHUM MINA ZULUMATI ILANNUR................. yang bererti "sesungguhnya ALLAH merupakan WALI kepada orang2 beriman, {ALLAH} mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.." ya.. sekaligus terjawab persoalan kita semalam.. ALLAH memang merupakan wali kepada kita.. bagaimana? cuba kita renung, ALLAH memberi kita nyawa, udara untuk kita bernafas, serta segalanya, ALLAH mensejahterakan alam untuk kehidupan kita.. ALLAH menundukkan segalanya untuk kita.. bukti paling dekat,sewaktu kita menaiki kenderaan, apa doa yang kita baca? SUBHANALLAZI SAKHOROLANA HAZA WAMA KUNNA LAHU MUKRIMIN.. cuba kita renung pada perkataan SAKHOROLANA.. ia bermaksud "menundukkan bagi kami.." ya, ALLAH lah yang menundukkan kenderaan itu untuk kita naiki atau tunggangi {unta, kuda...DLL} dengan selamat. ini bermaksud ALLAH sentiasa menjaga kita, andai seminit ALLAH melupakan kita, jangankan berjalan, kedip mata pun kita tak mampu lakukan.. ibnuRijal tertarik benar dengan perkataan "sakhoro" ini.. lihat dalam Quran beberapa kali ALLAH menggunakan perkataan ini, SAKHOROLAKUM MA FIL ARDHI.. dan misal2 yang lain2 lagi.. iaitu ALLAH MENUNDUKKAN BUAT KITA APA YANG ADA DI BUMI.. mengapa? untuk memudahkan kita. kerana ALLAH terlalu kasihkan kita.. apa sahaja yang kita jalani di bumi ini, seratus peratus bergantung pada kuasa ALLAH.. ALLAH menundukkan segalanya untuk kita. lihat hari ini, biarpun bulan yang jauh mampu kita jajah, gajah yang besar mampu kita lapah, semua ini kerana ALLAH adalah wali kita. ALLAH menjaga dan memelihara kita.. bila kita belayar di lautan, ALLAH yang menahan kapal itu dari tenggelam, bila kita terbang di langit, ALLAH yang menahan kapal terbang itu dari terhempas.. allah berkuasa menenggelamkan dan menjatuhkan semuanya bila2 masa.. namun ALLAH menundukkan air untuk tidak menelan kapal kita, menundukkan angin untuk mengapungkan kapal terbang kita.. ALLAH.. ALLAH..ALLAH.. semuanya bergantung pada ALLAH.. allah menyebut dalam dalam surah MULK, AWALAM YARAU ILAT TOIRI FAUQOHUM SOOOFFFATI WAYAQBID, MA YUMSIKUHUNNA ILLA RAHMAN... yang mana ALLAH menjelaskan tentang burung yang mengembangkan sayapnya {terbang} di langit, tiada yang menahannya selain ALLAH yang maha pemurah. sebagai wali, ALLAH sentiasa menjamin rezeki kita, kebajikan kita, semuanya. dalam surah HUD,m/s 222, ALLAH menyebut WAMA MIN DAAABBATIN FIL ARDHI ILLA ALA ALLAHI RIZQUHA. yang bermaksud "dan tidak ada yang melata di bumi ini selain ALLAH MENJAMIN rezeki mereka.." jelaslah ALLAH pembela kita, wali kita.. kita 100% bergantung pada ALLAH.. jangan gentar pada siapa sahaja yang engkar pada ALLAH, kerana mereka bukan wali kita, wali kita ALLAH... kita hidup mencari redha tuhan, bukan redha makhluk. renung sahaja kisah nabi ALLAH Ibrahim a.s.. bila dicabar oleh raja namrud yang terlalu perkasa pada masa tersebut, hingga diancam untuk dibakar. tapi Nabi Ibrahim tidak gentar, kerana baginda yakin ALLAH adalah walinya, bukan api yang membakar, tapi ALLAH yang membakar, bukan air yang memadam, tapi ALLAH yang memadam.. kerana keyakinan inilah baginda tudak gentar pada sesiapa sahaja mahupun Raja, dan sewaktu dibakar, ALLAH MENUNDUKKAN api untuk menyejukkan Nabi Ibrahim.a.s... merenung juga pristiwa hijrah Rsulullah s.a.w.. Ali yang ketika itu masih kanak2, tidak gentar menggantikan tempat tidur Rasulullah.s.a.w.. kerana beliau yakin ALLAH sentiasa ada menjaga kita. ingat kata2 Rasullullah yang cukup terkenal hingga ke hari ini, "LA TAHZAN, INNALLAH HA MAA'NA.." jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita.. dalam surah AL Baqarah ALLAH berfirman; WAIZA SA'ALAKA IBADI ANNI, FAINNI QARIB. "dan bila mereka bertanyakan kepadamu {MUHAMMAD} dimana aku, katakan aku DEKAT.." ya.. ALLAH dekattttt dengan kita.. amat dekat. terlalu dekat.. bertasbihlah 3 kali sekarang, tarik nafas sedalamnya... dan pejamkan mata seketika...... ................................................................................................................................................................................................................................................................................ anda merasai sesuatu bukan? itulah tandanya ALLAH itu dekatttttt dengan kita.. namun pasti timbul persoalan andai ALLAH menjaga kita, melindungi kita, kita masih tetep ada masalaalah, musibah, jawapannya mudah, sebab hanya bibir kita yakin dengan ALLAH hati kita belum benar2 yakin.. yakinlah.. kerana "yakin" dan "percaya itu adalah 2 perkara yang terlalu berbeza.. hanya hamba yang yakin akan merasa hebatnya cinta ALLAH, akan merasa dekatnya perlindungan ALLAH, akan merasa ALLAH sahajalah sebagai penjaga terbaik. HASBIALLAHU WANIGMAL WAKIL." "cukuplah hanya ALLAH sebagai Wakil{penjaga}.." ibnuRijal tinggalkan saudara dengan satu pesanan yang amat manis daripada WALI KITA,.... "WALA TAHINU, WALA TAHZANU, WA ANTUM AGLAUNA INKUNTUM MU'MININ!".. "janganlah kamu berasa hina, janganlah kamu bersedih hati, sesunngguhnya kamu tinggi{mulia} kalau kamu yakin dan mempercayainya.."
itulah hebat hubungan hamba dan tuhannya.. andai panjang umur, IbnuRijal berniat ingin membawakan pula kisah hubungan sesama hamba pula, yang terlalu hebat setia dan cinta mereka hingga ribuan tahun lamanya kasih mereka.. mungkin saudara akan berfikir tentang para sahabat Rasulullah.s.a.w, ya itu juga betul. namun apa dan siapa yang ingin IbnuRijalkan perkenalkan nanti adalah bukan para sahabat Rasulullah.s.a.w, .. mereka ada sekitar kita, semangat mereka masih bersama, aura mereka masih bergema, penantian mereka bakal tiba ke pengakhirannya.... nantikan edisi seterusnya.. CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

3 comments:

muhammad miqdam said...

Selamat Berkarya Ed...hg sudah maju..hahaha...steady ed..

Anonymous said...

cukuplah untuk hari ini,esok dan selamanya..

Anonymous said...

no komen... maju dan tros maju.... ehhhehh