salam.... semuanya ok? hmmmm... pernah saudara menerima soalan sedemikian? pasti pernah kan? apa jawapan kita? ada yang menggangguk tanda ok, ada yang terus menggeleng, ada yang hanya terdiam. emm.. apa sebenarnya yang ok? pernahkah kita merasakan semuanya ok? dan bila ok, pernah kita berpuas hati? dan kalau kita puas hati pun, pernah kita mengucap syukur? kalau pernah pun, apa yang kita lakukan sebagai tanda syukur? amboiiiii.. banyak benar persoalan yang ditimbulkan oleh IbnuRijal kali ni. rasa macam mengada ngada pulak, tapi pernah tak kita rasa yang kita semua sebenarnya memang mengada ngada? pada siapa? ALLAH...
setuju tak? kita mintak macam- macam pada ALLAH, tapi apa yang kita buat untuk-NYA? kadang-kadang perkara yang kita minta itu lansung tak masuk akal, malah usaha kita pulak lansung tak logik. contoh Yang kita boleh fikir, pabila seseorang mintak nak jadi jutawan, tapi tak nak kerja, tak nak usaha. agak-agak kita, boleh dapat tak dia jadi jutawan?
sebab tu dalam sastera melayu kita ada kisah mat jenin, lebai Malang, Pak Pandir dan banyak lagi. tu sebenarnya atuk nenek kita nak ajar kita lah tu..
memang mustahil kalau dapat sesuatu tanpa usaha. tapi.... mustahil tak ALLAH nak bagi kepada kita?
jawapanya TAK mustahil. ALLAH berkuasa atas tiap2 sesuatu, kalau nak bagi apa2, ALLAH cuma kata "jadi" maka jadilah. [rujuk surah yasin, ayat 2nd last, m/s 445]
tetapi.. {ada tapi]... ALLAH nak kita usaha dahulu, baru ALLAH bagi. ALLAH nak latih kita jadi hamba yang gigih. dan bila kita dapat sesuatu perkara dengan perlu berusaha, pasti kita akan menghargainya bila dah memperolehinya. dan bila kita senang2 saja dapat sesuatu nikmat tu tanpa perlu berusaha, kita tak kan hargainya. setuju tak dengan pendapat ni? sebab tu bahasa melayu mengajar kita USAHA TANGGA KEJAYAAN. bahasa arab mengajar kita MAN JADDA WA JADA. bahasa inggeris mengajar kita DO THE BEST, LET ALLAH DECIDE THE REST..
sebab tu kita kena usaha. ada orang cakap, nanti di syurga dah tak perlu usaha, nak apa pun boleh dapat. betul. tetapi, [ada tapi lagi].. di dunia ni kita perlu berusaha la cari bekal untuk masuk syurga.
tak ada perkara yang percuma. masuk tandas pun kena bayar 30 sen. ada setengah tempat tu sampai 50 sen. kalau nak tisu tambah lagi 30 sen..
kita rujuk Quran, kisah wanita suci bonda Maryam sewaktu nak melahirkan nabi Isa a.s, bukankah ALLAH datangkan jibril kepada beliau dan mengajar beliau supaya menggoyang2 pohon kurma yang disandarnya itu, apabila jatuh 1 buah kurma itu, maka makanlah, dengan memakannya dapat mengurangkan kesakitan nak melahirkan itu... ohhhh... pernah dengar kisah ni.. apa yang pelik? macam biasa je.. haa sebab tu ALLAH suruh kita baca quran dengan TADABBUR, maknanya betul2 faham. bukan just baca dan simpan je. kalau kita kaji dalam2 kisah ini, apa mesej yang ALLAH nak beri pada kita? ALLAH nak beritahu tentang peri pentingnya usaha. buktinya, lihat sewaktu Maryam kesakitan nak melahirkan, ALLAH nak bantu dengan hendak memberi Maryam makan kurma penawar tu. tetapi ALLAH suruh maryam goyang dulu pohon kurma tu sampai kurma jatuh.... Tuan2 dan Puan2 sekelian, pohon kurma tu bukan macam pokok bunga kertas, bukan macam pohon2 sayur yang lembut. pokok kurma tu macam pokok kelapa sawit! logik tak seorang wanita yang sedang dalam kesakitan, nak goyangkan pohon tu? isyyhh.. kalau kita yang tak sakit ni pun, cuba pergi ke pohon kurma dan goyangkan pohonnya, lihat jatuh tak buah. comform tak kan? jadi, apa maksudnya? boleh tak kalau ALLAH nak terus jatuhkan kurma tu didepan maryam tanpa perlu maryam menggoyangkannya?
boleh.. "kun" maka "jadilah"..malah kalau ALLAH nak hilangkan terus rasa sakit tanpa perlu Maryam berbuat apa2 pun boleh. kan? jadi mengapa ALLAH suruh maryam goyang juga pohon tu? sebab ALLAH nak ajar kita supaya BERUSAHA, tak kira kecil atau besar, tetap kena USAHA.. subhanallah...
usaha.. usaha... tu kuncinya untuk semua manusia.
tapi untuk ahli kitab, kuncinya usaha dan tawakkal.. bagus la tu kena ada tawakkal..
tapi kita {islam] lagi best.. tuhan ajar kita 4 perkara berbanding 2 oleh ahli kitab, dan 1 oleh manusia lain. kita diajar 1. usaha, 2. doa , 3. tawakkal. ,4. redha.
kan tuhan dah pesan banyak kali dalam Quran, "nak ape pun mintak je.." {lebih kurang macamtu la} check surah Baqarah, "allah mengkabulkan doa orang yang berdoa." selain itu, "UD'uuNI FASTAJIBLAKUM."
ALLAH kan maha pemurah.. setakat nak jadi jutawan dunia tu tak de hal lah bagi ALLAH kalau nak makbulkan.. Tetapi [ada lagi tapi] ...ALLAH bukan sahaja maha pemurah, ALLAH juga maha pengasih. sebab tu ada perkara yang kita mintak kadang2 kita tak dapat. bukan tanda ALLAH tak mampu, tapi tu la tanda ALLAH sayangggggggg sangat pada kita...
dalam quran ALLAH menyebut, "kadang2 kamu membenci sesuatu perkara, padahal perkara itu baik bagi kamu, kadang2 kamu menyukai sesuatu perkara padahal perkara itu buruk bagi kamu, kamu tak mengetahui sedangkan allah maha mengetahui."
bagaiman proses pengkabulan doa?
ada 3 :
1. kita doa, allah makbulkan.
2. kita minta yang lain, allah bagi yang lain.
3. kita doa, tapi tak dapat apa2.
hai betul ke ni...? jom jom, kita perinci satu persatu, jangan baca sekerat je, nanti salah faham, ibnuRijal pula dituduh sesat. hehe..
yang pertama, doa dan dapat. ini biasa. bila kita doa sesuatu perkara yang baik untuk kita atau orang lain, ALLAH akan makbulkan.
kedua, doa dan dapat yang lain. ini yang kita bincang tadi, mungkin apa yang kita doa tu tak sesuai untuk kita, jadi ALLAH menggantikan yang LEBIH BAIK..
ketiga, doa dan tak dapat apa2. emm... bukan tak dapat, tapi ALLAH mengkabulkannya di akhirat. kenapa lak? sebab ALLAH sayang pada kita. pahala kita kurang di dunia ni, jadi untuk ALLAH memasukkan kita kedalam syurganya, maka apa yang kita minta pada hari ini, ditukarkan dalam bentuk kebajikan di akhirat nanti. ni lagi dahsyat.. bahkan dalam satu riwayat disebutkan, pabila orang2 yang bedoa itu melihat doa mereka dikabulkan di akhirat nanti, pasti mereka mengharap agar semua doa2 mereka tidak dikabulkan di dunia dahulu.. mesti besar anugerahnya kan?
Inilah hakikat usaha, doa dan tawakkal.. bagaimana dengan konsep yang ke-4? redha.? pastinya lebih menarik untuk direnungi.. insyaALLAH ibuRijal akan sambung tentang konsep redha pada edisi akan datang, pastikan saudara membacanya untuk melengkapi kesemua empat konsep, setelah itu pasti saudara merasakan agungnya cinta ALLAH kepada kita, dan agar kita dapat merasa satu pengalaman yang hebat hingga mampu menitiskan airmata.. nantikan sambungannya..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
No comments:
Post a Comment