salam... wahai saudara yang selalu dihati. emm.., saudara lihat pada tajuk hari ini, agaknya pernah tak saudara dengar ayat ini? macam pernah. kan? ucapan siapa ya? dan siapa Umar yang disebut layak ini? persoalan seterusnya, layak untuk apa?
ok.. ok.. begini, ini adalah kata-kata nabi Muhammad s.a.w. versi penuhnya adalah begini ; "jika ada lagi nabi selepas aku, engkau layak wahai umar.." ini adalah ucapan yang nabi tujukan kepada khalifah kedua islam, saiyyidina Umar ibn khattab. beliau mula menjadi khalifah pada tahun 634 mesehi, hingga 644 masehi. nama gelaran beliau adalah al Farouk' yakni bermaksud pemisah antara yang hak dan yang batil. agaknya mengapa ibnuRijal beminat berkongsi tajuk ni hari ni ya? sudah pasti ada yang menarik untuk dikongsi bersama. berjanjilah untuk terus membaca, sambil IbnuRijal menyajikan saudara dengan kisah2 yang HEBAT..
jom kita mulakan dari awal. saidina umar berketurunan bani Adi. yakni antara bani yang kuat dan berpengaruh di Mekkah. sewaktu islam mula2 bertapak, umar merupakan penentang kuat islam. hingga nabi pernah berdoa kepada ALLAH agar Allah memperkenankan salah seorang untuk diberi hidayah islam, sama ada umar atau Abu jahal. Allah memilih umar. kisah pengislaman umar, suatu hari sedang umar sibuk memerangi orang islam dikota Mekkah, tiba2 datang seorang lelaki berkata padanya, "bagaimana kau memarahi orang memeluk islam, sedangkan adikmu serta adik iparmu juga adalah pengikut Muhammad!?" mendengar kata-kata itu umar menjadi teramat malu dan tercabar.beliau terus pulang kerumah adiknya itu dengan perasaan marah. setibanya dirumah, adik iparnya sedang membaca quran.[bukan mushaf seperti hari ini]. umar meluru mendapatkan adik iparnya itu, lantas memekik kepada adik iparnya itu, "apa yang kau buat ni?! jangan beritahu yang kau dah jadi pengikut Muhammad!" tiba2 adik perempuannya terlihat umar memaki hamun suaminya, lantas dia datang mencelah. "ya abang.., kami muslim sekarang, sebuah agama yang benar" mendengar kata2 adiknya itu, umar jadi makin marah lalu menampar adiknya itu, apabila adik iparnya ingin meleraikan, dia turut ditumbuk hingga pelanting sedang lembaran ayat quran tadi masih ditangannya. "apa yang kau baca tadi, biar aku lihat!" kata umar. adikya bangun menahan sakit lantas berkata, "tak boleh! abang kotor, perlu sucikan diri dulu" selepas menyucikan diri dan berjanji tidak akan mengoyak lembaran itu, adik iparnya memberikan lembaran itu untuk dibaca umar.. umar terbuka surah Tahaa dari ayat 1 hingga 5. lantas umar rebah. airmatanya mengalir.. "ini bukan kata-kata manusia, ini kata-kata dari satu kuasa yang teramat agung... tunjukkan aku dimana Muhammad" kata umar sambil tubuhnya menggeletar. "tak boleh, kami khuatir abang akan apa-apakan pesuruh Allah" jawab adiknya. selepas didesak, akhirnya umar dibawa bertemu Rasulullah s.a.w. sebaik tiba, semua sahabat membuat benteng melindungi Rasulullah. namun Rasulullah membiarkan umar menghampiri baginda. baginda tersenyum melihat umar. lalu umar berkata "wahai Muhammad, aku mahir segala sastera arab namun aku yakin kalam yang engkau bawa bukan rekaanmu, ia datang dari tuhan yang maha Esa. aku telah menelitinya dan aku yakin untuk mengatakan "TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN ENGKAU MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH" mendengar kata-kata umar itu, semua yang berada disitu menangis kerana terharu dan bersyukur. islam makin kuat dengan umar ynag gagah. bayangkan, umar yang kuat menentang islam pun, hanya dengan membaca 5 ayat quran boleh tersungkur menangis, mengapa kita yang sudah islam sejak lahir, sudah baca jutaan ayat quran setiap hari, kita masih angkuh dan ego? masih berbuat mungkar??
kita lihat pula dalam peristiwa hijrah. umar memilih untuk berhijrah secara terang-terangan. sebelum bertolak ke Madinah, umar pergi bersolat di kaabah kemudian melaung kepada seluruh penduduk mekkah yang ketika itu 95% adalah kafir. "wahai penduduk Mekkah...!! sesungguhnya aku ingin berhijrah ke Madinah sekarang, sesiapa yang ingin melihat isteri menjadi janda atau anak menjadi yati, silakan menghalangku!!" semua penduduk mekkah tertunduk takut. malah panglima mereka jua tak berani berbuat apa2, mereka hanya melihat umar menunggang kudanya menuju ke Madinah tanpa mampu berbuat apa2 walaupun mereka boleh memanah umar dari jauh. tetapi mereka tak berani. demikianlah keperwiraan umar r.a.
apa kedudukan umar disisi ALLAH s.w.t? beliau antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. selain itu beliau adalah muhaddas dalam umat Muhammad s.a.w.. apa itu muhaddas?
nabi bersabda "setiap rasul ada seorang muhaddas, dan muhaddas dalam umatku adalah umar" sahabat bertanya ya Rasulullah, apa itu muhaddas? jawab Rasulullah, "malaikat bercakap melalui lidahnya". bagaimana ya? misalnya kisah ini.. kisah yang berlaku sewaktu umar sudah menjadi khalifah. suatu hari umar sedang memberi khutbah disebuah masjid di madinah. pada masa sama umar telah mengutus tentera islam yang dipimpin oleh panglima sariah untuk berperang jauhhhhhhh di sempadan.. sedang berkhutbah di madinah, tiba2 umar menjerit "sariah! lari naik keatas bukit!!" semua jemaah hairan. setelah beberapa lama. tentera islam pun kembali ke madinah. para sahabat mendapatkan sariah dan bertanya, engkau ada dengar apa2 tak semasa sedang berperang tempoh hari?" sariah menjawab, "ya, aku mendengar suara amirul mu'minin menyuruh kami lari keatas bukit, dan kerana mengikut arahannya itu, kami terselamat dari serang hendap musuh" bagimana suara umar mampu di dengar dari ratusan batu jauh? itulah dinamakan muhaddas. malaikat bercakap melalui lidahnya.
umar juga memang terkenal dengan ketegasan dan kegagahannya. namun ketegasan umar bertempat. pada peristiwa isra'mikraj, orang kafir mekkah mentertawakan nabi kerana kata mereka nabi berdusta. nabi mengatakan pergilah ke rumah umar, minta umar ceritakan pada kalian." dengan harapan orang kafir mekkah akan mendengar kata2 umar kerana umar disegani di mekkah. sebaik tiba dirumah umar. mereka memanggil umar dan berkata, "wahai umar, ceritakan kepada kami tentang rasulmu Muhammad yang pergi ke langit dan turun dalam masa sehari" kata mereka sambil ketawa. "adakah Rasullullah telah ceritakan padamu?" jawab umar. "ya. tetapi kami tak percaya, jadi muhammad mintak engkau yang ajar kami tentang cerita kelakar itu" kata mereka lagi. umar mengangguk dan menyuruh mereka tunggu sebentar, dia masuk kedalam rumah. sebaik keluar dengan pedang yang terhunus, umar terusssss memancung kepala salah seorang dari mereka. mereka semua terkejut lantas bertempiaran lari. sebaik berita ini sampai kepada nabi. baginda agak kurang senang lalu berjumpa untuk bertanya hal yg sebenar kepada umar. saudara sekelian, ini jawapan umar kepada Rasulullah.; "kalu kata2 rasul pun mereka tidak percaya apatah lagi kata2 umar, ya Rasulullah, umar tak pandai mengajar KEPADA orang, umar hanya pandai mengajar KEPALA orang.."
bagaimana kepimpinan umar sewaktu menjadi khalifah pula? sewaktu mula2 dilantik menjadi khalifah, umar pun berucap.. "saya bukan yang terbaik dikalangan tuan-tuan, maka tegurlah, saya keras, maka lembutkanlah, jika negara ini kaya, biarlah saya yang terakhir merasa kekayaan itu, jika negara ini jatuh miskin, biarlah saya yang mula2 merasa kesusahan itu...." tiba2 bangun seorang pemuda menghunus pedang kepada umar, dan berkata "wahai umar jika engkau khianat, pedang ini akan memenggal kepalamu!" semua disitu terdiam. mereka tunduk rapat. mereka tahu umar seorang yang garang, pemuda itu masih belum mengenal siapa sebenarnya umar.. semua ketakutan.. namun.... umar tersenyum mendengar kata2 pemuda itu, dan berkata syukur masih ada yang berani menegur saya".. semua yang disitu berasa lega.
benarkah umar garang dan gagah?? jawapannya : YA.
bayangkan, bukan sahaja orang kafir takut akan umar, malah syaitan juga akan lari apabila melihat umar. namun saudara, ada something yang menarik yang ibnuRijal nak ceritakan tentang saiyidina Umar r.a, suatu hari, seorang lelaki pergi kerumah umar untuk mengadu kepada umar tentang isterinya yg selalu membebel. sebaik tiba dirumah umar, belum sempat memberi salam, dia terdengar suara isteri umar sedang membebel kepada Umar, dan umar hanya tunduk terdiam tak berkata apa2. lelaki itu menjadi hairan, mana perginya kegagahan umar? sejurus kemudian umar keluar rumah dan tersermpak lelaki itu didepan pintu rumahnya. selepas meluahkan kehairanaannya kepada umar, umar senyum melihat lelaki itu dan berkata, "isteri kita banyak jasa kepada kita, sediakan macam2 untuk kita. apa salahnya kita buang ego kita bila berhadapan mereka dan mendengar semua luahan mereka".
sebenarnya banyak lagi kisah umar yang teringin ibnuRijal kongsikan. namun mungkin tidak sempat kali ini. sebagai mengisi kisah terakhir tentang khalifah agung islam ini, IbnuRijal bawakan kisah umar membebaskan baitul maqdis. ingat lagi tak? ibnuRijal pernah berjanji untuk menceritakan kisah ini sebelum ini. sewaktu islam dibawah pemerintahan umar. islam masih baru jika nak dibandingkan dengan kuasa dunia yang lain seperti Rom dan Parsi. umar mengarahkan tentera islam untuk menyerang baitul maqdis untuk membebaskannya dari kuasa Parsi ketika itu. semua tentera tidak berani. yalah, siapa yang berani nak menyerang kuasa besar dunia ketika itu. ibarat malaysia nak serang AS la.. kalau nak dinisbahkan dengan bilangan tentera dan kecanggihan senjata, pasti kita tak berani kan? sama juga lah mereka. namun umar yang gagah agak terkilan dengan sikap tentera islam ketika itu yang kurang yakin pada Allah. lantas beliau mengambil keputusan untuk pergi membebaskan baitulmaqdis SEORANG DIRI, dan hanya ditemani oleh khadamnya.. ??????? biar betul??? beraninya beliau.. ya.. memang berani. dalam perjalanan kesana umar duduk diatas keldai, dan khadamnya dibawah menarik keldai itu. umar tak sampai hati melihat penolongnya itu, lalu menawarkan mereka bergilir gilir menunggang keldai. pembantunya serba salah untuk setuju, mana mungkin dia duduk diatas keldai dan umar di bawah menariknya. namun kerana arahan, dia bersetuju juga. mereka pun begilir2 tukar dalam perjalanan itu, hinggalah ke baitulmaqdis. setibanya disana, kebetulan pada masa tersebut giliran umar yang berjalan dibawah dan khadamnya di atas keldai. raja dan tentera Parsi melihat kelibat mereka masuk ke kota itu. selepas mengenalpasti bahawa itu adalah umar, khalifah negara Madinah, Raja Parsi yang agung itu terus meluru ke arah umar dan tunduk, seterusnya menyerahkan kunci kota baitullmaqdis kepada umar r.a. semua orang terkejut. [termasuk kita, kan?] mengapa??
Raja Parsi menjelaskan dalam kitab mereka sudah tertulis kelak pada suatu masa akan datang seorang Raja dari Madinah yang berbangsa islam yang datang untuk membebaskan kota BaitulMaqdis, dan kedatangannya sehelai sepinggang sambil dia yang memandu khadamnya." kerana itulah dia yakin pasti umar manusia hebat, justeru dia mengaku kalah sebelum bertempur dengan umar. sebaik memegang kunci kota suci ini, umar menangis. pembantunya bertanya, "mengapa menangis wahai tuanku, bukankah hari ini kita sudah membebaskan kota ini?" wahai sekalian 'follower' serta pembaca ibnuRijal., jangan terkejut dengan apa yang bakal anda baca ini.. ini jawapan dari Saiyidina Umar r.a kepada kata2 pembantunya itu;, "kita menang hari ini kerana keyakinan kita yang tinggi kepada ALLAH dan ketaqwaan serta keikhlasan kita, namun percayalah, kelak nanti kota suci ini akan kembali jatuh ke tangan musuh islam kerana pada waktu itu umat islam sudah tidak lagi yakin pada ALLAH, dan sudah lemah pegangan agama mereka.."
benar tak apa kata2 saiyidina Umar ini?... lihat puak fatah di tebing barat, BaitulMaqdis hari ini, anda ada jawapannya... CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
No comments:
Post a Comment