teman-teman...

Monday, November 29, 2010

" ..Cerminan keperibadian seseorang anak adam itu adalah melalui apa yang keluar dari mulutnya {kata-katanya}, dan melalui apa yang masuk kedalam mulutnya {makanannya}.." -ibnu Rijal-
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Saturday, November 20, 2010

"Hidup Mulia atau Mati Syuhada' "

video
AL Fatihah... buat semua syuhada' yang berjuang untuk menegakkan agama ALLAH s.w.t di bumi ini.... salam.... saudara yang beriman dan saudari yang budiman... dah tonton klip ringkas diatas? kenal tak siapakah tokoh ini?
inilah assyahid syeikh ahmed yasin.... tokoh pejuang islam di Palestin... hari ni ibnuRijal nak berkongsi sedikit sebanyak tentang kisah jihad dan perjuangan.
dalam klip tadi, kalau saudara perasan, surah yang dibacakan adalah surah al imran, ayat 169... yang bermaksud, "janganlah kamu mengira bahawa orang2 yang gugur di jalan ALLAH itu mati, padahal mereka [sebenarnya] hidup disisi tuhannya dan memperoleh rezeki..."
melalui ayat ini ALLAH menerangkan kepada kita tentang kemuliaan para syuhada' yang gugur dijalan ALLAH... lihat islam, agama yang cukup2 unik... kita diseru berjihad, kerana ALLAH telah berjanji bahwa tiada istilah kalah bagi kita, kerana bila kita berjihad, kesudahan kita hanya dua, iaitu menang atau syahid disisi ALLAH... hebat kan? berbeza pula dengan agama2 lain, mereka tiada pilihan lain selain menang, dan sekiranya kalah, mereka akan mendapat malu yang besar didunia dan azab yang pedih di hari akhirat..
ehmmm....  pernah tak tonton filem rambo?  perasan tak salah satu kata2 rambo dalam filem tu, " Live for nothing or die for something! " dalam makna ayat ini.
sedar tak sedar rupanya kata2 keramat ini dipinjam dan diubahsuai dari kata2 keramat yang diguna pakai oleh para mujahidin sejak 1400 tahun yang lalu, iaitu, "hidup mulia atau mati syahid! "
sememangnya para pejuang kita yang terdahulu mempunyai semangat yang berkobar-kobar, tidak takut melainkan kepada ALLAH, kita ambil contoh, pada peristiwa perang Badar, jumlah tentera islam cuma seramai 313, berbanding tentera kafir seramai 1000 orang. tapi mereka sedikit pun tidak gentar, dan akhirnya ALLAH menghadiahkan mereka sebuah kemenangan.
mari kita kenal satu demi satu tokoh pejuang islam atau jeneral yang bertanggungjawab menyemarakkan semangat perjuangan islam... penghulu kepada sekelian mereka adalah bapa saudara nabi s.a.w, iaitu saidina Hamzah yang amat digeruni musuh. kecekapannya bermain senjata tidak mampu disangkal, dan tidak boleh ditanding hingga ke hari ini, saudara bayangkan, saidina Hamzah mampu memanah musuh dengan tepat biarpun diatas kuda dan dalam keadaan kudanya tersebut sedang berlari kencang! tunjukkan kepada ibnuRijal sharpshooter  yang mana dalam dunia hari ini yang mampu menandingi saidina Hamzah? akhirnya beliau menemui syahid pada perang uhud sewaktu dilontar lembing secara curi2 dari jauh oleh wahsyi... tapi pada zaman saidina abu bakar, wahsyi masuk islam dan menebus kesalahannya dengan membunuh musailamah al kazzab iaitu nabi palsu..
pada zaman kegemilangan islam ini juga para pejuang yang masyur hidup dengan penuh rendah diri di khalayak, namun menjadi umpama singa apabila berdepan musuh di medan tempur. nama2 hebat seperi saidina ali, khalid al walid, saad bin abi waqas memang sudah sinonom dengan perjuangan pada zaman khulafa' arrashidin..
seterusnya pada zaman daulah islamiah, muncul  lagi pahlawan2 islam yang hebat dan gagah yang tidak takut apa sahaja selain ALLAH.. salahudin al ayubi, yang memimpin tentera membebaskan baitulmaqdis, pengorbanan beliau hingga sanggup membawa anak2 isteri untuk bersama2 tinggal di khemah tentera kerana komitmen beliau pada tugasnya sebagai jeneral perang. hingga pada saat itu empayar ROM dan Parsi kecut perut apabila mendengar nama salahudin al ayubi ini.. begitu juga panglima islam yang menawan kota andalus, Tariq bin Ziyad, sewaktu tentera islam sampai sahaja di sepanyol dengan menaiki kapal, tariq bin ziyad terus membakar kapal tersebut lantas menyeru kepada tenteranya, "wahai penolong agama ALLAH! di belakangmu ada lautan, didepan mu ada musuh, kamu tiada pilihan lain selain mara manuju mereka dan berjuang hingga beroleh menang atau syahid!!"
kemudian kita lihat juga sultan muhamad al Fateh, yang menakhluki konstantinompel, yang mana antara kata2 baginda yang masyur adalah, "sekiranya dunia ini adalah sebuah negara, konstantinompel lah tempat yang paling layak menjadi ibu negaranya.."
itu semua perajurit pada zaman dahulu, bagaimana dengan hari ini?
ingat semula syeikh ahmed yasin yang kita tonton dalam klip diatas tadi. tahukah kita bahawa beliaulah pengasas Hamas, parti yang berjuang mempertahankan tanah Palestin dari dijajah oleh yahudi dan amerika.. perjuangan mereka adalah untuk islam terus mewarisi bumi bertuah itu serta terus menjaga masjidil Aqsa... berbeza dengan perjuangan Fatah atau PLO  yang sanggup bersekongkol dengan musuh demi mencapai niat mereka untuk menjadi pemimpin negara Palestin.Hamas berjuang bermatian untuk menjunjung agama ALLAH, namun sayang seribu kali sayang,  mereka hanya bersendirian... tiada mana2 negara islam lansung yang benar2 berani turun membantu mereka. apa yang lebih menyedihkan, hingga kebanyakkan negara islam tidak mengiktiraf Hamas, sebaliknya mengiktiraf Fatah sebagai pemerintah Palestin. kerana apa?! kerana takut  pada ancaman amerika dan yahudi, ini kerana amerika dan yahudi sendiri mengiktiraf Fatah dan bukannya Hamas. tanya diri kita mengapa ini terjadi???? kerana amerika dan yahudi tahu sekiranya dunia islam menyokong Hamas, mereka tidak akan mampu memiliki Palestin sampai bila2.... tapi sekiranya dunia memilih Fatah, mudah bagi mereka. kerana apa??? kerana pemimpin Fatah bukan berjuang untuk menjaga tanah warisan para ambiak ini, sebaliknya mereka berjuang kerana merebut kerusi untuk mejadi pepimpin2 negara palestin yang kononnya dalam fikiran mereka, 'palestin merdeka'. lupakah mereka pada firman ALLAH dalam surah baqarah, bahawa yahudi dan nasrani sesekali TIDAK AKAN  meredha kita selagi kita tidak mengikut telunjuk agama mereka??" sayang seribu kali sayang negara islam yang lain hanya pemerhati dan pemerhari dan bersuara dalam keadaan takut2... apa yang kita takut??!!!!!!!!!!!!!!!!! apa yang kita takut??!!!!!!!!
 MATI?????!!!! semua akan mati... apa yang perlu kita junjung dan sanjung musuh kita itu??
lihat sahaja peristiwa pencerobohan   tentera yahudi keatas kapal2 yang ingin menghantar bantuan ke GAZA, lihat disini betapa islam dipandang begitu rendah oleh mereka. tahukah kita, peristiwa itu bukan berlaku dalam kawasan negara yahudi haram itu! apa hak mereka untuk menceroboh bantuan kita dan bertindak kejam keatas sukarelawan kita?! mana OIC   ketika itu????!!!!!!!!! mana??!!!!! kita umat islam, kita punya hak bersuara, mana pertubuhan islam ketika itu?????????!!!!!!!!!!!! demi ALLAH kita takkan sempurna iman selagi kita tidak kasihkan saudara kita seperti mana kita kasihkan diri sendiri{maksud hadis}... dan tahu tak kita yang ditahan didalam kapal itu adalah para sukarelawan dan wartawan?? mana pemimpin negara islam ketika itu???? kalau seorang dari sukarelawan kita dibunuh, adakah kita siap sedia untuk bertempur dengan yahudi laknatullah itu!!!??? tanya diri kita, apa yang kita takut sebenarnya????!!!!!!!!
 paling3 menyedihkan berapa ramai diantara kita hari ini yang sedar akan isu Palestin ini?? berapa ramai yang kenal Hamas?? berapa ramai yang peduli ketika masjid Aqsa dikepung yahudi? berapa ramai yang marah ketika saudara kita, Iran dikenakan sekatan ekonomi?! dan berapa ramai yang mengenang kematian syeikh ahmed yasin yang penuh tragis, serta pembunuhan keatas imam Hasan al banna dengan cara yang cukup kejam??.....
saudara sekelian, mengenang assyahid syeikh ahmed yasin.... tahukah kita, beliaulah pencetus intifada di Palestin pada tahun 2000... dan pidato2 beliau cukup2 tajam dan berani. malah dunia amerika dan yahudi amat takut dengan syeikh ahmed yasin biarpun sebenarnya syeikh Ahmed yasin hanyalah seorang yang berkerusi roda!!  mengingati peristiwa pembunuhan beliau, suatu pagi, beliau seperti biasa diusung untuk berjemaah subuh di masjid, tiba2 datang  helikopter apache yang menenbak secara ganas dan rambang  dari atas dan sasaran mereka adalah syeikh ahmed yasin! akhirnya beliau gugur syahid, dan serangan itu menyebabkan ramai orang awam mati dan tempat tinggal musnah..  kemudian semua negara islam yang DAYUS mengutuk serangan itu, ibnurijal nak tanya semua, apa kerugian atau kehilangan yahudi bila semua mengutuk serangan itu??!! mereka hanya ketawa berdekah2 dangan ego dan angkuh! mereka tak hilang apa2, tapi kita, kehilangan seorang pejuang islam dan puluhan saudara islam yang lain yang tidak berdosa!!!!!
 mengapa mereka mengguna helikopter hanya untuk membunuh seorang tua yang berkerusi roda?? ya... kerana mereka gentar pada manusia yang tidak pernah takut pada siapa2 kecuali ALLAH... Bayangkan, seorang lelaki tua mampu menggoncang hati2 musuh dan membuat mereka menggigil hanya melalui kerusi rodanya, kita yang dikurniakan keupayaan, apa yang kita dah buat untuk agama kita?? apa reaksi kita bila agama kita dicabar, nabi kita dihina?  demi ALLAH!! percayalah wahai saudara sekelian, kita lemah kerana kita takut manusia, tapi kita gagah kerana takut ALLAH... sekali melangkah pantang berundur! kita semua  bersaudara, cubit paha kanan, paha kiri kan terasa sakitnya jua...
'hidup mulia atau mati sebagai syuhada'..... pilihan ada ditangan anda...
tak  semestinya syahid kita hanya dengan mengangkat senjata, bangunlah!! dan berpijaklah di dunia yang nyata..... takkan selamanya yang benar akan berada dibawah....
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Thursday, November 18, 2010

Dah hampir sangat............

salam  kepada semua pembaca dan para followers yang dihargai....sedar tak sedar dah hampir dua bulan IbnuRijal berada diarena ini.. cepat sungguh masa berlalu kan? pernah tak saudara rasa bahawa masa berlalu cukup2 pantas? rasa bagai baru sehari minggu lepas meninggalkan kita... ibnurijal teringat  akan satu hadis, "tidak akan berlaku kiamat sehinggakan masa berlalu dengan pantas, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti sejam, dan sejam dirasakan seperti satu petikan api"
jelaslah apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w ini, dan sedar tak saudara yang sekarang kita sedang berada di ketika yang dimaksudkan Rasulullah itu... semua setuju kan bahawa masa memang amat pantas berlalu? mungkin ada yang cuba menyedapkan hati  mengatakan mungkin ini hanya perasaan. Para ulama' antara lain menafsirkan hadis ini dengan apa yang dimaksudkan rasul tadi iaitu jarak perjalanan... ialah, kalau perjalanan yang memerlukan tempoh selama satu tahun untuk sampai pada zaman dahulu, kini jarak itu boleh dicapai dengan hanya dalam masa sebulan... jika perjalanan yang mengambil masa sebulan dahulu, kini hanya perlukan seminggu untuk sampai ke tempat tersebut... ni musim haji ni, perasan tak... nenek2 kita dulu pergi mekkah naik kapal layar, makan masa sebulan, tapi sekarang seminggu pun dah boleh sampai mekkah.. ni bukti yang paling dekat dengan kita.
mengenai masa lagi, ibnurijal yakin semua pernah baca surah al kauthar kan? alah, yang pendek tu...  ni maksud ayat surah tu... "demi waktu asar[1] sesungguhnya manusia memang dalam kerugian[2] kecuali yg berpesan2 dengan kebenaran, dan yang berpesan2 dengan kesabaran[3]"
ingat kan? tafsiran yg masyur bagi surah ini adalah keadaan manusia yg rugi pabila mensia-siakan masa. tapi hari ni ibnuRijal nak dedahkan ssatu lagi versi tafsir ayat ini... jangan tekejut... para mufassirin berpendapat bahawa makna asar yg dimaksudkan ALLAH dalam surah ini adalah gambaran kepada usia dunia ini. iaitu  usianya yg sudah masuk asar, atau dalam kata yang lebih jelas, senja atau tua... kerana itulah dalam permulaan ayat ini ALLAH menggunakan method "waw qasam" atau huruf waw yang bertujuan sumpah. maknanya ALLAH bersumpah demi usia dunia ini yg sudah tua, bahawasanya manusia sebenarnya berada dalam KERUGIAN! nah... ini sudah cukup untuk buat kita buka mata bahawa kita dah dekat sangat dengan hari kehancuran itu. apa buktinya?
ni pendedahan pertama...... apa tanda PERTAMA kiamat?
jawapannya pabila nabi MUHAMMAD diutus menjadi rasul... kerana nabi diutus sebagai nabi TERAKHIR, jadi, ini amaran pertama kepada kita bahawa dunia bakal kiamat dan kita mungkin bakal melihatnya!
namun berapa ramai diantara kita yg sedar perkara ini.
antara bukti lain, kita tinjau banyak hadis nabi, antara tanda kiamat, terdapat banyak banggunan pencakar langit... nah, cuba dongak keatas lihat berapa banyak banggunan yang tinggi2 di dunia ni...
lagi, lihat hari ni, kalau ada saudara2 kita atau ibu2 kita yg melahirkan anak, biasanya akan dapat anak apa?
........................
ya, betul.. anda pasti fikir perempuan kan? mengapa? kerana ia memang dah termaktub dalam hadis, antara tanda akhir zaman sedikit laki2 dan banyak perempuan... di kuala lumpur sahaja kini nisbah lelaki dan perempuan sudah tidak seimbang, lihat juga di IPT, dan dimana sahaja.. kita sedang kearah itu, jelas nabi lagi, perempuan melebihi lelaki hingga akan terjadi satu keadaan yg  nisbahnya 1: 50...  lihat keadaan bas kilang hari ni.. benar tak apa kata nabi? seorang driver sahaja lelaki, 50 dibelakangnya adalah PEREMPUAN...
dan antara lain tanda akhir zaman, perempuan2 bekerja mencari rezeki... tak perlu dihuraikan lagi, memang saudara semua saksikan sendiri...
kemudian lihat lagi, pandang kiri kanan anda sekarang, ada pen tak? pensil ke...? banyak tak? senang tak nak tulis apa2? kalau tak de, keyboard yang anda sedang tekan ni sekarang boleh tak kalau nak tulis apa2? pergi je kt mcrsoft words, taip je apa yg kita nak... kan? setuju kan? mulai hari ni tahulah kita semua, sabda nabi,  antara tanda2 kiamat adalah banyaknya kemudahan alat tulis...! agak2 kita hampir ke zaman tu atau dah pun berada dalam zaman itu? tepuk dada tanya iman...
ok, kita semua pernah keluar bersiar2 kan? jumpa orang lalu lalang, kita beri salam tak? atau ada tak orang beri salam pada kita? "antara tanda kiamat, orang2 hanya mmberi salam kepada sesiapa yg dikenali sahaja."
banyak diantara kita yang bekerja hari ni... banyak juga yg berurusan dengan bank... boleh tak lari dari riba'? agak sukar kan? harta riba wujud dimerata tempat, serta ramai orang tak benar2 prihatin tentang dari mana sumber pendapatannya, itulah tandanya kiamat amat hampir... berapa ramai kita hari ni kerja bertungkus lumus, cukup bulan pergi withdrawl duit je kt ATM,  ntah dari mana sumber pendapatan kita tu. kalau pun halal, bila dicampur dengan segala urusan2 bank, pelaburan, serta cukai yang dikumpul sekali, sedikit sebanyak tercemar jugak kan hasil tu? sebab tu nabi sabda, "rezaki yang paling2 suci di akhir zaman adalah hanya dengan membela kambing di kaki gunung" saudara renungkan apa makna tersirat hadis ini.
satu lagi bukti yang terAMAT dekat dengan kita, sabda nabi, "diakhir zaman nanti banyak kemungkaran datang/ bermula dari bumbung.." hah? betul ke? bukan zaman sekarang kot, nanti kot.... tak pe, cuba perhati betul2, apa yg ada diatas bumbung kita? dan apa yg datang melalui bumbung kita? atas bumbung kita ada antena tv, astro, internet masuk melalui antena di bumbung, segala rancangan tv/radio masuk melalui antena diatas bumbung kita... dan bermula dengan rancangan ini semua kita terpengaruh, leka, lalai, terikut2, dan dari internet juga kita boleh melayari pelbagai laman web yg sosial, tidak baik, serta boleh mencetus fitnah melalui internet, dan pelbagai lagi, semuanya salurannya dari atas bumbung bukan?
baik, tu semua dalil yang ibnurijal kutip dari hadis2, mungkin ada yang bertanya, ada ke bukti yg lebih sahih dari Quran...? kerana quran kan sumber pertama rujukan dalam islam.... ok boleh... tapi jangan terkejut tau..
"wa'izal biharru tsutjirat.." pernah jumpa ayat ni? juzuk 30... nak tahu apa makna "tsutjirat'? maknanya "tsunami"....
 hah?? ya....
 apa makna penuh ayat ni? " dan apabila air laut meloncat ke darat" tanya diri anda, bukankah itu tragedi tsunami? ya....
jadi bagaimana sekarang? kita dah hampir, atau dah berada didalamnya...?  buka quran, surah ad dhukan, lihat dalam tu diceritakan tanda kiamat bumi dilitupi asap... sejak akhir2 ini pernah tak bumi berhenti dari dilitupi asap? dahulu di rusia, china, terbaru di indonesia, kejadian letusan merapi, lihat bumi penuh dilitupi asap..
banjir tak pernah reda, surut disini, disana naik, surut disana, disitu naik... begitu juga gempa.... tak pernah reda..  dan perasan tak something, semua bencana ini berturut2.... tak pernah rest.. agaknya apa mesej yang tuhan nak beritahu pada kita?
mungkin kita akan menarik nafas panjang dan akan berkata, tu semua tanda2 kecil kiamat... ya. betul... tapi cuba kita check semula, list kan semua tanda2 kecil kiamat dari hadis dan quran, kemudian tick kan pada tanda yang dah pun berlaku... hasilnya apa yg kita dapat lihat? "SEMUANYA TELAH PUN BERLAKU" jadi sekarang kita hanya menanti tanda2 BESAR.... dan ingat pabila datang tanda besar kiamat, fitnah terjadi amat3 besar serta ingatlah, muculnya tanda besar kiamat  adalah "tiba-tiba" ketika orang2 sedang sibuk dengan urusan masing2... dan kemudian itu mereka berlumba2 mencari quran, tapi sudah diangkat ke langit, mereka berlumba2 memberi zakat, tapi sudah tiada siapa mahu menerimanya... dan sejurus terbit mentari  di ufuk barat, mereka berlumba2 bertaubat, tapi pintu taubat sudah tertutup rapat...
sama-samalah kita renungkan dan sebarkan kesedaran ini..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Saturday, November 13, 2010

bila pendapat tak sependapat..........


salam.... ayyuhal zamili..... apa khabar semua kali ni... buat teman2 yang di utara, kita masih lagi bersedih dengan tragedi banjir yang menimpa tempat kita baru2 ini, kan? tak mengapalah, kita ambil semua ni sebagai hikmah dari ALLAH. mungkin ada something yang kita terlepas pandang... ibnuRijal sempat melawat ke perlis dan kedah baru2 ini, memang sedih melihat keadaan tinggalan banjir... bagaimana mahu kembali membina hidup diatas kerosakan yang sebegitu teruk... hanya kepada ALLAH sahajalah kita bertawakkal dan memohon keampunan diatas dosa2 yang pernah kita lakukan... pabila pulang dari perlis dan kedah, ibnuRijal berehat dirumah. menonton televisyen. terlihat pula bencana yang menimpa di negara jiran kita, indonesia.. tragedi letusan gunung Merapi... hati bertambah pilu.. melihat nasib saudara2 islam disana.. jika disini rumah ditenggelami air, disana rumah ditenggelami debu asap gunung berapi.
apa tanda semuanya?? hanya ALLAH sahaja yang ada jawapannya... bagi kita, bersumber dalil2 yang sahih, ini tiada lain adalah petanda bahawa dunia ini sudah benar2 tua... ingat tak peristiwa Isra' mikraj? sewaktu  perjalanan nabi kita untuk berjumpa ALLAH s.w.t, baginda melihat perempuan yang cukup2 tua, yang jibril katakan itulah perumpamaan usia dunia ketika itu.. bayangkan jika pada masa tersebut bumi kita sudah ibarat wanita tua bertongkat, apa jadi kepada wanita itu sekarang?
disebalik bencana ini, selain kesimpulan bahawa ia adalah petanda kiamat, ada motivasi lain yang boleh kita muhasabahkan dari apa yang berlaku ini... kita lihat hari ni persefahaman kita makin longgar... di peringkat antarabangsa negara2 islam masih bertelagah, diperingkat negara pemimpin2 masih bergaduh tak sudah, diperingkat keluarga resah gundah, diperingkat sesama rakan2 riuh rendah, malah dalam diri sendiri masih tercari arah...
sebelum menulis post ni, ibnurijal sempat menonton beberapa video di youtube... ibnurijal menonton ucapan tok guru nik aziz, bila ibnuRijal membaca ruangan komen dibawah itu, ini yang ibnurijal lihat... "dajal!! jangan percaya orang tua dajal ini! guna agama untuk kepentingan politik. kepada ibu bapa yang ada anak2 yang cenderung kearah perjuangan nya, pukul lah anak2 anda sebelum mereka mengikut perjuangan palsu ini." mungkin ini bukan versi sebenar, tapi ayatnya lebih kurang begitu... buktinya, tuan2 bolaeh semak sendiri dalam laman utube. apa dosa beliau sampai digelar sedemikian??
ibnurijal bercakap bukan berlapikkan politik, ini dari hati yang ikhlas... sedih membaca semua2 komen2 tersebut... sesama islam... bagi ibnurijal, khilaf adalah perkara biasa dalam islam. malah sabda nabi, "sesungguhnya khilaf dalam umatku adalah rahmat." ya... yang betul dapat 2 pahala, yang salah dapat 1 pahala. jadi kenapa kita nak extreme sangat ni?? sampai tahap mendajalkan orang? ingat, dosa dengan tuhan boleh mintak ampun, dosa sesama takkan terampun selagi seseorang tu tak maafkan. dah sedih tengok bab politik, ibnuRijal tukar pula, menonton bahagian  hiburan... ibnuRijal menonton pula koleksi video rajalawak idlan, musim ke-4.... ni komen yang ibnuRijal jumpa..."bodo, lawak macam sial..." hai..... sampai tahap hiburan pun nak bertekak... banyak lagi komen maki memaki sesama sendiri... malah sampai malampau2 hanya kerana menonton video komedi! apa dosa idlan? hanya kerana nak menghiburkan kita, dia digelar sial..
ibnurijal buka pula bab agama... tonton klip2 ceramah dari indon... begitu juga dengan komen2 yang lebih pedas.... terketar ibnuRijal bila terbaca komen "bertaubatlah dengan masuk kristian.."
fuhhh.... dahsyat sungguh.... ada juga yang komen tanpa ilmu... rujuk youtube, tajuk "penjelasan sebenar isu kalimah ALLAH-6... lihat bahagian komen... ada yang memberi amaran kepada ust supaya membetulkan akidahnya hanya kerana ust menyebut dia nak tolong ALLAH... apa salah kata2 ust ni? dan siapa kita nak komen sampai tahap demikian...? puas hati jugak bila ibnuRIjal membaca komen balas dari ust mengenai komen individu tersebut terhadapnya itu.. ibnurijal {mykullimakan}turut memberi komen membantu ust,  kerana bimbang kalau2 ust tadi diserang dengan komen2 yang lebih pedih.. saksikanlah sendiri ye...
jadi.,, persoalan kita dah terjawab... mengapa kita menerima ujian seperti ini... kerana kesatuan kita sesama islam kini sudah benar2 rapuh... kita harus sedar bahawa memutuskan sillaturahim adalah antara dosa yang paling tuhan marah.... dan bila datang kemurkaan ALLAH pun kita masih nak menunding jari sesama kita.. malah media massa pula mengammbil kesempatan menjadi batu api... bagai mencurah petrol pada api..
sebelum banjir utara merebak keseluruh malaysia, dan sebelum letusan merapi mengalir ke seluruh asia... ayuhlah kita kembali mengukuhkan kembali persaudaraan sesama kita... mungkin perkara ni nampak remeh pada kita, tapi pada ALLAH, tidak....
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Wednesday, November 10, 2010

" kalau tak cari, tak jumpa....."

salam... saudara beriman, saudari budiman.... cuba lihat gambar diatas, ok tak? haa... tu la kucing ibnuRijal, huraira' namanya... nakal ni.. perilakunya kadang2 buat kita tersenyum seorang diri.. memang kadang2 sakit hati bila dia curi lauk kt atas meja,tapi bila tengok memek mukanya, tak jadi nak marah.. hai... tak sunyi rumah ibnuRijal bila ada huraira' ni.. {masa tengah tulis post ni pun, huraira' ada kt sebelah.. dok serius tenung kt laptop ni, macam faham lak dye. hehe..} lihat la cara dia tidur, dah macam orang dah.. ni letih, baru habis main... ehm.... tak heran lah kan, kenapa Rasulullah s.a.w sayang sangat pada kucing..
saudara ingat lagi tak kisah, yang mana suatu hari Rasulullah nak pergi solat di masjid, tetiba ada sekor kucing baikkk punya dok landing kt atas jubah Baginda.. hisyyhh, apa nak buat ni..?? kalau kita la kan, dah lama kita rentap jubah tu kuat2 samapai kucing tu jatuh, tak pun kita buat kasar2 kt kucing tu.. yela, kan kita nk g solat... menghadap ALLAH... tapi nabi tak macam tu, nabi gunting keliling jubah baginda dan tinggalkan bahagian yang kucing tu tengah tidur tu... kucing tu pun tak sedar apa2... subhanallah.
kucing ni ada satu tabiat, saudara perasan tak? kucing sukaaaa perhati satu2 benda tu lama2, dia tenung, ntah apa yang difikirkannya... haaa... ni la topik yang IbnuRijal  nak kongsi hari ni.... tentang tenung... alah, macam lagu tan sri s.m salim tu, jeling2 pandang2 kan...? macam tu la.. tapi ibnuRijal nak kupas dengan berlapikkan piring islam... baru tak tumpah kupasan kita.. sebab  AL ISLAMU YAGLU, WA LA YUGLA ALAIH.. 'islam itu tinggi dan tidak ada yang setinggi islam'...
saudara sekelian, dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim... kita rajin dan tekun beribadah... solat 5 waktu, puasa, zakat, haji... seronok kan... disamping dapat ganjaran pahala, kita dapat merasa hikmah yang tuhan beri melalui ibadah ini. bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak kan? tapi perasan tak yang kita terlepas pandang satu perkara... tentang satu pangkat yang ALLAH anugerahkan pada hamba2-NYA... semua orang boleh rebut peluang tu... apa ya? nabi? bukan. rasul pun bukan... wali kot? bukan juga... tapi siapa2 dapat pangkat ni, memang dia adalah orang yang sangat6 lah beruntung di didunia dan akhirat...
ehmmmm.... uihhhhh.... besar pangkat tu, mesti kena buat macam2 ibadat kan? nak buat yang wajib ni pun dah tak termampu dah, apatah lagi nak top-up amalan untuk dapat pangkat tu... tak pe lah, lupakan je eh... ehmm... kalau fikir camtu, tak pe, leh tutup blog ni.... tapi kalau berminat nak tahu, jom! kita mendalami apakah pangkat yang dimaksudkan ibnuRijal... dan apakah amalan yang perlu dilakukan untuk melayakkan kita dapat gelaran tu...
cuba selak surah al imran, bermula ayat 190 hingga ayat 192... kita akan dapat jawapannya..
maksud ayat2 tu berbunyi begini... "sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, serta silih bergantinya siang dan malam, pasti ada tanda2 bagi ulul albab{190} iaitu orang2 yang berdiri mereka, duduk, serta berbaring mereka senantiasa memikirkan/merenung tentang penciptaan ALLAH seraya berdoa, ya tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, maha suci engkau, selamatkanlah kami dari azab api neraka.. ''
ok.... tak faham tak pe, kita pergi satu2, perlahan2.... dalam ayat tadi, saudara perasan tak ada tertulis satu perkataan 'ulul albab'.? siapa ni? mereka tu adalah orang2 yang senantiasa ingat ALLAH dalam duduk,berdiri, malah baring... haa... ni la pangkat yang ibnuRijal maksudkan diawal tadi... semua berpeluang merebutnya...
bagaimana caranya?
macam kucing tadi, MERENUNG...
ya... renung.. dalam ayat yang lebih detail kan ALLAH dah beritahu tadi...ada 3 cara =
1.renung
2.fikir
3.berdoa
hai.... bunyi macam mudah je... yup! memang mudah... itulah baiknya ALLAH.. kadang2 kita tak perasan benda2 ni... ALLAH sayang sangat pada kita.. ALLAH nk kita senang... YURIDULLAHI BIKUMUL YUSRA, WALA YURI DU BIKUMUL USRA.....ALLAH nak kita tak terbeban sangat...
kita selalu pandang remeh amalan2 macam ni... kita pentingkan banyak perkara lain yang kadang2 kita tak mampu lakukan hingga menyusah diri sendiri dan mencacatkan amalan tersebut..
banyak cara ALLAH nak mudahkan kita... contohnya, tengok muka ibu dapat pahala free, tengok langit, tengok kaabah, tengok quran... semua tu kan mudah? lihat betapa sayang ALLAH pada kita... ALLAH memang menggalakkan kita untuk renung, perhati, fikir... buktinya dalam quran, try check berapa banyak kali ALLAH sebut "tidakkah kamu perhatikan?"  dalam surah imran sebagai contoh, ALLAH sebut, "pergilah mengembara dan PERHATIKAN akibat kaum2 yang mendustakan tuhannya.." tengok lak dalam surah al hasyr, tuhan sebut "ambillah iktibar wahai orang2 yang MELIHAT"
emmm..... hebatkan? tapi betul ke yang ulul albab tu beruntung sangat?
betul... dalilnya dalam surah Baqarah, ayat 269,m/s 45.. "diberikan hikmah[kelebihan] yang banyak kepada sesiapa yang dikehendaki, dan barang sesiapa yang mendapat hikmah itu, dia lah yang mendapat kebaikan sebanyak-banyaknya, dan tidaklah diberi peringatan melainkan kepada ULUL ALBAB "
ternyata orang2 yang sentiasa memerhati setiap ciptaan ALLAH akan merasakan betapa hebatnya ALLAH S.W.T, lantas airmata akan mengalir, kesedaran mula lahir dari dalam diri betapa kerdilnya kita dimuka bumi ini.. dengan merenung sunnatullah ini hati kita bertambah rindu pada NYA.. kalau tak percaya, kita boleh mulakan sekarang,,, pandang ke luar, lihat langit... kalau waktu saudara baca ni siang, lihat mentari dan awan... kalau waktu saudara sedang baca ini malam, pandang kearah bulan dan bintang2... cuba sekarang... renung lama2 dan ucap subhanallah seikhlas hati... anda akan rasa satu pengalaman yang lain dari yang lain yang belum pernah anda rasa dalam hidup ini... cubalah sekarang... apa yang anda rasa....? lihat juga dalam surah al mulk... banyak ayat2 seruam ALLAH agar kita perhatikan bintang2, langit... dalam surah al ghaasy'iah, ayat 17-20, ALLAH bertanya kepada kita,  "tidakkah kamu perhatikan UNTA bagaimana ia diciptakan, dan LANGIT bagaimana ia ditinggikan, dan BUKIT2 bagaimana ia ditegakkan, dan BUMI bagaimana ia dihamparkan.."
kan ni semua dah cukup membuktikan bahawa kita ni diseru untuk memerhati, merenung dan memikir semua ciptaan ALLAH...
eh....., tak sesat ke?
kita perhati kuasa ALLAH dan memikir kekuasaan-NYA...  insyaALLAH tak sesat .... nak tahu siapa yang mula2 jadi ulul albab ni?
pernah baca kisah nabi Ibrahim a.s mencari tuhan? haa... bagindalah ulul albab pertama... lihat, sebelum baginda menjadi rasul... baginda sentiasa memerhati siapakah yang menciptakan alam semesta ini.. baginda tidak percaya kepada berhala sembahan kaumnya.. bagida yakin ada kuasa yang lebih hebat mencipta alam ini dan kuasa itu adalah TUHAN... bila siang, melihat kegagahan matahari, baginda mula berfikir yang mungkin itu tuhan, tapi bila malam matahari tenggelam,  baginda menyatakan tuhan takkan tenggelam... bila terlihat pula pada kecantikkan bulan dimalam hari baginda mula berfikiran ini mungkin tuhan ku, tapi bila siang, bulan hilang, baginda menyatakan tuhan itu tidak hilang... begitulah kisah pencarian tuhan oleh bapak agama kita itu, hinggalah ALLAH memberi pertunjuk kepada baginda dan mengangkat baginda menjadi rasul dan imam kepada seluruh manusia hingga hari ini... rasul kita , nabi MUHAMMAD s.a.w. yang tercinta pun ulul albab yang hebat... sewaktu pada zaman jahiliyyah bagida tidak menyembah berhala seperti orang lain dan baginda juga yakin ada tuhan disebalik penciptaan alam yang hebat ini.. sebab itulah baginda sering berkunjung ke gua Hira' seorang diri untuk merenung, memikir dan memerhati serta mecari siapa tuhan sebenar.. akhirnya baginda temui sinarnya.... itulah , kalau tak cari, mana kan dapat kita nak menjumpainya...
ALLAH tu baik.. sentiasa beri pertunjuk kepada yang mencari... masalah nya sekarang kita sekarang tak pernah nak mencari. rasa cukup dengan apa yang ada.. dah selesa bila dak mampu tadah buku mengaji agama, faham semua hukum hakam... bagus tu... tapi percayalah masih ada kekosongan dalam jiwa jika kita tak benar2 mengenal tuhan kita... pernah  tak kita rasa kosong je dalam hati ni? mesti pernah kan? haa... sebab tu la... menadah dan menerima memang mudah, tapi perkara yang mudah sangat dapat ni kadang2 kita tak hargai... kena sulam juga dengan kajian2 dan pemerhatian sendiri... ni bukan ajaran baru, ni tuhan suruh dah lama...
selalunya orang yang mencari ni pasti akan terjumpa sesuatu... macam kita nak pergi cari mana2 alamat la... mesti kita  terjumpa macam2 sebelum tu kan? dan tu semua menambah pengalaman dan kecekapan kita selepas itu kan? ya..... sama la juga dalam  konteks pencarian ni... tuhan akan anugerahkan ilmu yang berguna kepada kita, dan kemuncaknya adalah hidayah dan pertunjuk dari ALLAH.... sebab tu hari ni berapa ramai para pengkaji, profesor2, ahli astronomi diluar negara yang masuk islam .... kerana mereka yakin dengan kebenaran kalam ALLAH ini... dan mereka adalah orang2 yang mengkaji dan memerhati ciptaan ALLAH S.W.T...
teringat pula IbnuRijal pada kisah nabi Sulaiman a.s, sewaktu puteri Balqis ingin datang melawat istana baginda... baginda bertanyakan kepada sekelian rakyatnya, siapakah yang mampu menggubah dan membawa takhta puteri balqis ke istana baginda sebelum puteri  Balqis tiba ke istana baginda? maka ketika itu ifrit [jin] bagun dan berkata "patik mampu membawa takhta itu kesini sebelum sempat tuanku bangun dari tempat duduk lagi" kemudian ada seorang 'yang berilmu' pula berkata kepada nabi sulaiman, "patik mampu membawanya kesini sebelum sempat tuanku mengelipkan mata" kisah ini dirakamkan ALLAH dalam Al Quran... ALLAH menggunakan perkataan 'orang berilmu'  yang mampu membawa singgahsana puteri Balqis itu lebih pantas dari ifrit... ALLAH tak menyatakan siapa, tapi ALLAH menyatakan 'orang berilmu'..bukan wali atau mana2 nabi, tapi perkataan yang digunakan adalah "orang berilmu"... dan orang berilmu adalah yang sentiasa mengkaji dan memerhati ciptaan ALLAH....ingat, tak semestinya kita belajar bidang agama kita sudah mampu mendabik dada bahawalah kitalah yang paling bertaqwa...  dan ingat, jangan kerna jika kita belajar atau bekerja dibidang akedemik, kita tidak layak untuk bertaqwa dan berdakwah dijalan ALLAH.. ilmu ALLAH meliputi semuanya... meluas.. tidak kira dimana lapangan pun kita, keturunan apa pun kita,  asalkan kita ikhlas menjalankan perintah ALLAH, dan sentiasa merenung dan mencari cahaya ALLAH, kita akan temuinya... selamat mencuba...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Thursday, November 4, 2010

Beliau......, prof. Dr. Hj. Muhammad...


salam ... apa khabar semua saudara beriman dan saudari budiman? harap semuanya sihat disamping kasih sayang Ilahi.. pantas sungguh masa berlalu kan? rasa macam baru sahaja kita sambut raya puasa, dah nak datang raya Haji pula.. ketupat yang hari tu pun belum habis hadam lagi.., dah nak merasa daging korban lak.. kan? rezeki2.. subhanALLAH... ramai kawan2 bukan islam cakap, untung jadi orang islam.. dapat makan daging percuma.. daging kambing, lembu, unta.. tapi mereka tak tahu yang kita bukan dapat daging kat dunia je, nanti kt akhirat ALLAH jamu kita daging burung. yang special punya. siap boleh order lagi nak wat lauk apa daging tu, masak pedas ke, 3 rasa ke, masak stim ke... [isyhhh.. tak betul agaknya ibnuRijal ni, main2 kan agama lak]
..... jangan la fikir camtu.. betul la apa yang IbnuRijal beritahu tadi. kalau tak caya, tanya la sendiri pada ALLAH..
macam mana??
baca la Quran.. bila kita baca quran, ALLAH bercakap dengan kita, bila kita solat, kita bercakap dengan ALLAH.. check surah AL Waqiaah, ayat 21.. "dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.." haaa... kan? untuk orang2 yang beriman semasa didunia..
Makanan kt syurga semua comform sedap. ada orang tanya IbnuRijal, halal tak? sayang... di syurga nanti tak ada benda yang haram, semua halal...  nak buat apa pun buat la, nak mintak apa2 pun mintak lah.. jangan mintak nak keluar syurga udah... hehe.. tak caya? pergi la melawat syurga..
macam mana? kenderaan apa nak pergi sana?
kenderaannya adalah Quran, petrolnya adalah air wudhuk.. buka Quran, surah al Al a'raff, ada banyak cerita perihal syurga dan neraka.. buka yang terjemahan.. baru rasa feel macam kita betul2 tengah melawat tempat tersebut. ok lah, jom kita pergi ke maudhuk utama perbincangan kita kali ini..
pada salah satu post IbnuRijal yang lalu, pernah IbnuRijal ceritakan tentang biografi seseorang, iaitu saiyyidina Umar r.a.. pada edisi kali ini pun ibnuRijal ingin berkongsi cerita dengan semua tentang seorang ilmuan yang ulung ini..
prof ni berketurunan arab.. beliau mahir bidang agama, sains, mathematik, astronomi, mantik[sikologi], pendek kata, semua la.. thesis beliau pun jadi rujukan seluruh dunia hingga ke hari ini.. kalau siapa yang berminat, boleh la dapatkan di mana2 kedai buku, nanti IbnuRijal beritahu tajuk Thesis beliau itu. murah je, dan yang buat ibnuRijal kagum sangat, beliau tak ambil sedikit pun royalti dari hasil jualan thesis itu, serta banyak ahli akedemik lain membuat banyak2 buku melalui rujukan kata2 dan aktiviti beliau..
prof.Dr. Muhammad hidup pada era 600M..
banyak fakta2 beliau ketika itu  yang ditertawakan masyarakat ketika itu. biasala kan, bagi mereka tu semua teori gila dan tak masuk akal. sebelum tu pun dah banyak saintis yang dikatakan gila kerana mempertahankan hujah mereka.. contohnya aristotle, plato.. mereka hingga dipenjara kerana hujah sains mereka.. kemudian baru muncul zaman prof. Muhammad.. atau lebih mesra dengan panggilan Dr.al amin.
beliau turut membuktikan bahawa bulan beredar mengikut paksinya, mentari pun turut beredar menurut paksinya.. bumi ni berputar.. tapi semua masyarakat mengatakan bahawa beliau sudah gila.. hingga mencemuhnya, malah mencederakannya. tapi Prof Muhammad ok, beliau steady je. tinggi kesabarannya..
nak tahu apa lagi teori beliau?
pada suatu hari pernah sekumpulan lelaki datang bertemunya dan meminta pendapatnya tentang ombak. jawab beliau, sebenarnya ombak ada dua. satu gelombang besar. berada balik didalam laut, satu lagi kecil, yakni apa yang kita lihat ditepi pantai.. hah.. apa lagi, memang ditertawa habis la.. mereka kata prof Muhammad pergi belayar pun tak pernah, nak buat2 pandai cakap pasal ombak.. tapi kawan2, akhirnya kata2 mereka itu memakan diri.. saintis moden zaman sekarang baharu saja dapat membuktikan yang teori Prof Muhammad adalah benar.. habis terdiam mulut2 orang yang menghinanya selama ni.
ada lagi...
anda tahu tak yang ada satu teori yang dikemukakan oleh Dr.Al amin ini yang sebelum dan selepas beliau tidak ada lansung ahli sains yang sependapat dengannya hinggalah dapat dibuktikan dengan kajian moden hari ni.. apa? teori bahawa bumi yang kita duduki ini sudah tua dan akan musnah. pada masa tu lagi kuat orang ketawakan beliau. soal mereka, andai benar bumi akan musnah, bila akan terjadinya kemusnahan itu? siang atau malam?
Prof diam kejap, then jawab ianya terjadi pada siang dan malam...
macam mana tu??
mereka terus mentertawakan Prof Muhammad, kata  mereka beliau gila dan pendusta, pastu kantoi tak leh nak buktikan dustanya..
tapi Prof Muhammad rileks.. tak ambil hati sangat pun, dia kata biasala, mereka tak mengerti lagi...
malah kata2 prof mad sampai hari ini orang masih buntu apakah maksudnya..
akhirnya, memang terbukti melalui kajian moden, bumi kita diambang kemusnahan..
but wait, tapi kenapa prof mad kata serentak siang dan malam? mungkin beliau silap sebut kot. manusia mana tak wat silap kan.... tapi rupanya baru kita faham.. prof Mad tak silap, malah Genius.. dapat tak? kenapa ibnuRijal kata macam tu? sebab... sebab yang beliau kata bumi ni akan hancur serentak siang dan malam. adalah kerana kan bumi ni bulat, dan sentiasa berputar. bila yang bahagian kena matahari mengalami siang dan yang disebaliknya mengalami malam pada masa sama kan? jadi betul lah, sekali datang kemusnahan tu, serentak la siang dan malam.. sekaligus!
eh, kalau nak jadi prof yang hebat, selain ada thesis, mesti kena ada wat experiment2 kan? apa experiment beliau? emm.... beliau dah pergi jelajah angkasa lepas, pergi balik hari je.. dah tu pulak, Prof Muhammad pernah membelah bulan tau.. ingatkan tak logik, rupanya betul. NASA  sendiri membuktikan yang wujud kesan garisan pada bulan seolah2 pernah terbelah dan bercantum kembali suatu ketika dahulu..
ehm... tu lah kisahnya.. [ni pun sikit je ni]... banyak lagi kisah menarik tentang prof ni..  itulakan, kebenaran akan tetap benar.. lihat, hari ni satu demi satu kebenaran teori prof  Muhammad terbukti.. kita yang jadi pengikutnya pun dah mampu tersenyum lebar bila salah satu bancian dibuat di seluruh dunia, Prof.Dr Muhammad diiktiraf sebagai orang paling berpengaruh di dunia ini..
nanti beli la eh thesis beliau, cari yang ada tulis A.L.Q.U.R.A.N, atau pun dalam tulisan arab.. sama je isi kandungannya.. ha.. sebelum kita tutup topik perbincangan kita hari ni, eloklah kita kenal betul2 dengan prof ni eh.. sepatutnya beliau la idola kita dalam setiap bidang ilmu.. buat apa nak bangga dengan saitis barat.. ehmm... jangan lupa lak selawat kt beliau  pabila terdengar atau terbaca namanya.. "Allahumma solli ala saiidina  MUHAMMAD wa'ala saiidina Muhammad.." s.a.w...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Monday, November 1, 2010

"..sabar je tak cukup dik..."


salam... alhamdulillah hari ini ALLAH s.w.t pertemukan kita sekali lagi dalam wacana sembang2 ni. best dapat kongsi segalanya.. rasa macam hubungan kita semua makin rapat kan? tentu semua kawan2 IbnuRijal dah baca post yang sebelum ni kan? kalau belum, sila semak post sebelum ni dulu, baru lah best nak teruskan journey kita. baru rasa feel yang IbnuRijal cuba nak terjemahkan. macam tonton drama la, mesti nak tahu sambungannya kan? kalau dah tengok sekerat jalan, mesti rasa frust kan sebab tak tahu jalan cerita sebenar, bila orang len menangis, kita tak, kita ketawakan mereka, padahal kita yang tak paham jalan cerita dari awal. bila tak faham, penulis skrip juga yang dipersalahkan, padahal dia dah cuba sehabis baik. so, kita kena faham setiap sesuatu dari awal, macam islam ajar konsep ISTIQAMAH la kan? tapi kalau drama astro tak pe, sebab ada banyak ulang2 tak perlu risau. hehe.. kalau musim AF tu, sehari sampai 6 kali ulang tayang konsert AF. amboi... lawan tokey nampak... ALLAH suruh sembahyang pun sehari 5 kali je. ni tengok AF sampai sehari 6 kali. yang pelik tu, boleh lak nangis bila tengok AF tu, sembahyang susahnya nak nangis.. dan lagi, habis tengok AF kena bayar bil, tapi habis solat, tuhan yang bayar pahala pada kita. baiknya ALLAH... memang baik pun, kalau tak baik, takkan la sampai kalimah ALLAH pun orang nak berebut2 hari ni kan? pelik betul la. nama nak sangat, sembah tak nak pulak. macam lagu abang Ramli Sarip la, "bukan kerna nama"... ehmmm... k, selesai muqaddimah.. nak masuk isi dah ni...
sebelum ni kita membicarakan hakikat tuhan dan hamba. ALLAH beri kita macam2. yang ibnuRijal rumuskan pada edisi yang lalu, ada 4. ingat lagi tak?
1.usaha
2.doa
3. tawakkal
4. redha,
kita dah bincang 3 sebelum ni.. sekarang ada 1 lagi. REDHA.. sengaja tak nak IbnuRijal ceritakan pada edisi yang lalu, sebab huraian redha ni lebih menarik untuk dikupas, bila diasingkan. dan biar para pembaca yang menggabungnya sendiri nanti, barulah datang 'feel' tu.. [nak nangis pun time tu la].
kenapa perlu asingkan? supaya nak rasa halwa nya. {manisnya}. alah... macam beli laksa di kedai la, tapau bawa pulang rumah. mesti kita nak kuah dan laksa tu dibungkus asing2 kan? baru datang sedap. biar kita yang campur sendiri kuah tu di rumah nanti. {nak nangis pun time tu la} ; ]
ok.. selesai bab laksa. jom masuk dalam aura redha. ALLAH ajar kita tentang ketinggian darjat orang yang redha ni. apa maksud redha? redha tu dalam bahasa mudah bermaksud pasrah. [macam nama filem je]. yup, memang pun, pasrah.. "apa yang jadi pun, tak pe aku tak kesah, aku redha je" dari sudut islam maknanya kita berserah pada ALLAH dengan kebergantungan yang amat tinggi. apa sahaja yang jadi, tak kira baik atau tak, kita just ucap "alhamdulillah".. tu tanda redha.
ALLAH dah redha islam menjadi agama kita, iaitu melalui firman-NYA dalam surah al-maidah ayat 3. kita pun perlu redha islam sebagai agama untuk kita. sebab tu kita ucap hari2, "RODHITU BILLAHI ROBBA, WABIL ISLAMI DINA, WA BI MUHAMMADIN NABIYYA WARASULA.."
bila ALLAH nak redha kita sebagai hamba-NYA? jap2, cerita ni dulu, ALLAH dah redha nabi MUHAMMAD s.a.w sebelum baginda wafat lagi, iaitu melalui darjat 'maksum' yg ALLAH beri pada Baginda. termasuk juga 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga sebelum mereka meninggal lagi. siapa? satu contoh, ABU BAKAR R.A.. lagi 9 siapa? haaahaaaa... tu kire homework la eh.. klu nya mudah, tengok nama sahabat2 yang ada tertulis ''R.A'' selepas nama mereka.
kalau nak cerita bab redha, kenapa tajuk hari ni tulis tentang sabar?
sebab redha dan sabar mempunyai hubungan yang teramat rapat. manusia yang sabar adalah baik. kan kita pernah jumpa dalam quran, ayat "wabashshiris sobirin".. hebat orang yang sabar ni. hinggakan ALLAH sendiri beri salam kepada orang2 yang sabar ni. tak caya? rujuk surah ar'rad, ayat 24, m/s 252. tapi sabar je tak cukup dik.. kena sulam dengan redha.. baru bercahaya GOD SPOT dalam diri kita tu. sebab orang yang sabar ni mengharapkan redha ALLAH. macam dalam surah AR-R'AD ayat 22, tuhan sebut, "orang2 yang bersabar itu mengharap redha ALLAH. kan  ada significant antara keduanya.
ok jom berbalik pada soalan tadi, bila ALLAH redha kita?
jawapan: setelah semua muslim masuk syurga dan tinggal bertahunnnnn lama didalamnya, baru ALLAH panggil kita semua, dan kata, "aku redha kamu semua" {ayat lebih kurang macam tu la}.
so, menyambung persoalan semalam, bila dah usaha, doa, tawakkal... lepas apa yang kita dapat, kita kena redha. tu tanda hamba yang bersyukur.. formula nak jadi redha senang. dalam hal dunia tengok orang yang dibawah kita, dalam hal akhirat, tengok orang yang diatas kita... bila kita sedih sebab pakai myvi je, cuba tengok orang yang pakai kancil. bila sedih pakai kancil, cuba tengok orang yang ada motosikal je. bila malu naik motosikal, cuba tengok orang yang kayuh basikal. bila penat mengayuh basikal, cuba tengok orang yang basikal ada, rantai tak de.. bila merungut kena berjalan kaki, cuba tengok orang yang lumpuh. bila geram jadi lumpuh, cuba tengok orang yang tak ada kaki, bila sedih sebab tak ada kaki, cuba tengok orang yang mati. kan? kalau kita aplikasi betul2 timbullah redha dalam diri, maka terucaplah perkataan "ALHAMDULILLAH" dari lidah kita.
ada satu kisah benar yang ibnuRijal nak kongsi berkenaan redha ni...
 pada zaman dahulu ada seorang raja yg memerintah sebuah negara dan amat baik dengan seorang menterinya. suatu hari, tangan baginda terluka akibat terkena pisau, maka raja tu mengadu pada menterinya. jawab menteri itu, "bagus" tuanku. raja tadi menjadi murka mendengar jawapan itu, seolah2 menteri itu memerlinya. lantas baginda memenjara menteri tadi. bila dah dipenjarakan, raja tadi datang padanya, dan berkata rasakan olehmu hukuman penjara ini! perit tak?!" jawab menteri tadi, tetap "bagus" tuanku.
raja tadi jadi makin marah lalu menetapkan hukuman penjara seumur hidup kepada menteri yg paling rapat dengannya ini. dan pada suatu hari, raja perg berburu dihutan dan ditemani oleh menteri2 yang lain. oleh sebab raja ini tidak biasa dengan menteri2 itu, maka mereka terpisah semasa didalam hutan itu. lalu raja ini ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang memuja tuhan.{bukan allah}. apabila ditangkap, raja tadi diikat, untuk dijadikan korban sembahan kepada tuhan orang asli itu. semasa mentera dibaca, ketika baginda hampir dibunuh, salah seorang dari orang asli itu perasan bahawa ada luka ditangan raja itu, {kesan luka sebelum ini} lalu mereka membatalkan niat untuk mengorbankan raja tadi, kerana mereka hanya mahukan korban yg sempurna tanpa sebarang cacat cela untuk tuhan mereka. sebaik dilepaskan, baginda terus pulang ke istana berjumpa menterinya yang dipenjara itu. kata baginda, "betul kata2 mu, 'bagus' tangan beta luka, sebab luka inilah beta terlepas dari dibunuh". lalu menteri tadi senyum dan berkata, "tuanku masih ingat patik juga berkata 'bagus' semasa dipenjarakan tuanku?" baginda mengangguk. jawab menteri tadi, "ya.. kalau patik tak dipenjara, pasti patik lah yang menemani tuanku pergi ke hutan seperti selalu, dan bila dihutan terjumpa dengan orang asli tersebut, pasti patik lah yang akan menjadi korban sembahan  mereka sebab tangan patik tiada luka apa2, jadi, kan 'bagus' patik berada dipenjara ini" mendengar jawapan itu, raja tadi tertunduk malu. lalu menteri ini berkata, yakin lah pada ALLAH, sesungguhnya setiap apa yang ALLAH takdirkan pasti ada hikmah disebaliknya. pasti ada sesuatu kebaikkan yang tuhan nak beri pada kita. kita sebagai hamba perlulah redha dan yakin padanya.
emmm... anda faham mesej cerita ni? ya.. redha.. ALLAH terlalu cinta kasih pada kita, apa pun yang tuhan takdirkan pasti ada hikmah. jangan cepat melatah. tapi kita ni zalim. bila ditimpa sesuatu musibah kita memaki hamun.. tapi bila kita dapat keuntungan sikit pun kita tak ingat ALLAH.. kan?
tanya diri kita, kenapa?? kenapa??
 kenapa aku terlalu derhaka?? tiap2 hari ALLAH  bagi udara percuma, nyawa, dunia, tak perlu bayar sewa pun. tanya diri kita baik2, pernah aku hargai semua tu?? pernah??! tak.. kadang2 ucapan ALHAMDULILLAH pun kita tak faham apa maksudnya. tapi bila kita tak hargai semua tu, pernah ALLAH merungut? maki hamun kita?? tak.. malah ALLAH tetap panggil kita dengan panggilan sayang, hambaku.. buat dosa 1000 tahun, bertaubat sebaik sebelum ajal, ALLAH tetap terima taubat kita. tuhan sentiasa senyum melihat kita, dalam saat kita berbuat baik atau maksiat. ALLAH sayang sangat pada kita. kita luka tak sampai 3 hari, tuhan dah balut luka kita dengan isi yang baru tanpa caj se sen pun! apa lagi yang kita nak nafi? sebab tu dalam surah ar Rahman berkali2 ALLAH tanya kita, "nikmat tuhan yang manakah yang kamu nak dustakan?" ehmmm... malu kita dengan ALLAH.. masa tengah demam, kita merungut. tak boleh pergi kelas lah, tak boleh keluar lah, sakit kepala la, macam2 lagi.. sampai tahap kita memaki hamun. saudara sekelian.., siapa yang kita maki tu??? siapa????! yang kita caci maki tu adalah yang menyembuhkan kita dari sakit tersebut.. "WAIZA MARIDHTU FAHUWA YASHFIN"... 'dan pabila aku sakit DIAlah  yang menyembuhkan'...  bila kita sedang merungut tu, sedar tak kita bahawa saat tu ALLAH  sedang arahkan malaikat  agar padam dosa2 kita satu persatu dan gantikan dengan kebajikan sebanyak2 nya? sedar tak? tanya la diri kita, sedar tak??? bila dapat gaji sikit, upah sikit, tak ada duit, macam2 kita pertikai.. kita sedang pertikai siapa ni??? tanya diri kita.. DIA yang beri rezeki. bila DIA uji sikit, terus kita cemuh.. memangla kita tak cemuh direct pada ALLAH, tapi tanyalah diri kita, siapa sebenar nya pemberi rezeki? dan siapa sebenarnya yang sedang kita cemuh??? itupun kita nak nafi lagi???  kalau ALLAH berpaling dari kita walau sedetik, apa akan jadi pada kita?? tanya soalan tu.. pejam mata sekarang......... bayangkan .., kalau ALLAH tak izinkan kita membuka mata, kita tak kan mampu buka.. TAK AKAN..
macam ni punya derhaka kita pun ALLAH still sayyyaaannnggg sangat pada kita., senyum tengok kita, ampun dosa kita... mulai hari ni, faham lah kita bahawa kita ni HAMBA... hamba saja.. tapi hamba yang mendapat layanan yang teramat istimewa oleh TUANnya... teramat istimewa... itulah kasih sayang ALLAH..
indah pada masa, tempat dan peri perlu akan segalanya.. ALLAH tak beri apa yang kita inginkan, ALLAH beri apa yang kita 'perlukan'.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.