teman-teman...

Saturday, November 13, 2010

bila pendapat tak sependapat..........


salam.... ayyuhal zamili..... apa khabar semua kali ni... buat teman2 yang di utara, kita masih lagi bersedih dengan tragedi banjir yang menimpa tempat kita baru2 ini, kan? tak mengapalah, kita ambil semua ni sebagai hikmah dari ALLAH. mungkin ada something yang kita terlepas pandang... ibnuRijal sempat melawat ke perlis dan kedah baru2 ini, memang sedih melihat keadaan tinggalan banjir... bagaimana mahu kembali membina hidup diatas kerosakan yang sebegitu teruk... hanya kepada ALLAH sahajalah kita bertawakkal dan memohon keampunan diatas dosa2 yang pernah kita lakukan... pabila pulang dari perlis dan kedah, ibnuRijal berehat dirumah. menonton televisyen. terlihat pula bencana yang menimpa di negara jiran kita, indonesia.. tragedi letusan gunung Merapi... hati bertambah pilu.. melihat nasib saudara2 islam disana.. jika disini rumah ditenggelami air, disana rumah ditenggelami debu asap gunung berapi.
apa tanda semuanya?? hanya ALLAH sahaja yang ada jawapannya... bagi kita, bersumber dalil2 yang sahih, ini tiada lain adalah petanda bahawa dunia ini sudah benar2 tua... ingat tak peristiwa Isra' mikraj? sewaktu  perjalanan nabi kita untuk berjumpa ALLAH s.w.t, baginda melihat perempuan yang cukup2 tua, yang jibril katakan itulah perumpamaan usia dunia ketika itu.. bayangkan jika pada masa tersebut bumi kita sudah ibarat wanita tua bertongkat, apa jadi kepada wanita itu sekarang?
disebalik bencana ini, selain kesimpulan bahawa ia adalah petanda kiamat, ada motivasi lain yang boleh kita muhasabahkan dari apa yang berlaku ini... kita lihat hari ni persefahaman kita makin longgar... di peringkat antarabangsa negara2 islam masih bertelagah, diperingkat negara pemimpin2 masih bergaduh tak sudah, diperingkat keluarga resah gundah, diperingkat sesama rakan2 riuh rendah, malah dalam diri sendiri masih tercari arah...
sebelum menulis post ni, ibnurijal sempat menonton beberapa video di youtube... ibnurijal menonton ucapan tok guru nik aziz, bila ibnuRijal membaca ruangan komen dibawah itu, ini yang ibnurijal lihat... "dajal!! jangan percaya orang tua dajal ini! guna agama untuk kepentingan politik. kepada ibu bapa yang ada anak2 yang cenderung kearah perjuangan nya, pukul lah anak2 anda sebelum mereka mengikut perjuangan palsu ini." mungkin ini bukan versi sebenar, tapi ayatnya lebih kurang begitu... buktinya, tuan2 bolaeh semak sendiri dalam laman utube. apa dosa beliau sampai digelar sedemikian??
ibnurijal bercakap bukan berlapikkan politik, ini dari hati yang ikhlas... sedih membaca semua2 komen2 tersebut... sesama islam... bagi ibnurijal, khilaf adalah perkara biasa dalam islam. malah sabda nabi, "sesungguhnya khilaf dalam umatku adalah rahmat." ya... yang betul dapat 2 pahala, yang salah dapat 1 pahala. jadi kenapa kita nak extreme sangat ni?? sampai tahap mendajalkan orang? ingat, dosa dengan tuhan boleh mintak ampun, dosa sesama takkan terampun selagi seseorang tu tak maafkan. dah sedih tengok bab politik, ibnuRijal tukar pula, menonton bahagian  hiburan... ibnuRijal menonton pula koleksi video rajalawak idlan, musim ke-4.... ni komen yang ibnuRijal jumpa..."bodo, lawak macam sial..." hai..... sampai tahap hiburan pun nak bertekak... banyak lagi komen maki memaki sesama sendiri... malah sampai malampau2 hanya kerana menonton video komedi! apa dosa idlan? hanya kerana nak menghiburkan kita, dia digelar sial..
ibnurijal buka pula bab agama... tonton klip2 ceramah dari indon... begitu juga dengan komen2 yang lebih pedas.... terketar ibnuRijal bila terbaca komen "bertaubatlah dengan masuk kristian.."
fuhhh.... dahsyat sungguh.... ada juga yang komen tanpa ilmu... rujuk youtube, tajuk "penjelasan sebenar isu kalimah ALLAH-6... lihat bahagian komen... ada yang memberi amaran kepada ust supaya membetulkan akidahnya hanya kerana ust menyebut dia nak tolong ALLAH... apa salah kata2 ust ni? dan siapa kita nak komen sampai tahap demikian...? puas hati jugak bila ibnuRIjal membaca komen balas dari ust mengenai komen individu tersebut terhadapnya itu.. ibnurijal {mykullimakan}turut memberi komen membantu ust,  kerana bimbang kalau2 ust tadi diserang dengan komen2 yang lebih pedih.. saksikanlah sendiri ye...
jadi.,, persoalan kita dah terjawab... mengapa kita menerima ujian seperti ini... kerana kesatuan kita sesama islam kini sudah benar2 rapuh... kita harus sedar bahawa memutuskan sillaturahim adalah antara dosa yang paling tuhan marah.... dan bila datang kemurkaan ALLAH pun kita masih nak menunding jari sesama kita.. malah media massa pula mengammbil kesempatan menjadi batu api... bagai mencurah petrol pada api..
sebelum banjir utara merebak keseluruh malaysia, dan sebelum letusan merapi mengalir ke seluruh asia... ayuhlah kita kembali mengukuhkan kembali persaudaraan sesama kita... mungkin perkara ni nampak remeh pada kita, tapi pada ALLAH, tidak....
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

No comments: