teman-teman...

Saturday, November 20, 2010

"Hidup Mulia atau Mati Syuhada' "

AL Fatihah... buat semua syuhada' yang berjuang untuk menegakkan agama ALLAH s.w.t di bumi ini.... salam.... saudara yang beriman dan saudari yang budiman... dah tonton klip ringkas diatas? kenal tak siapakah tokoh ini?
inilah assyahid syeikh ahmed yasin.... tokoh pejuang islam di Palestin... hari ni ibnuRijal nak berkongsi sedikit sebanyak tentang kisah jihad dan perjuangan.
dalam klip tadi, kalau saudara perasan, surah yang dibacakan adalah surah al imran, ayat 169... yang bermaksud, "janganlah kamu mengira bahawa orang2 yang gugur di jalan ALLAH itu mati, padahal mereka [sebenarnya] hidup disisi tuhannya dan memperoleh rezeki..."
melalui ayat ini ALLAH menerangkan kepada kita tentang kemuliaan para syuhada' yang gugur dijalan ALLAH... lihat islam, agama yang cukup2 unik... kita diseru berjihad, kerana ALLAH telah berjanji bahwa tiada istilah kalah bagi kita, kerana bila kita berjihad, kesudahan kita hanya dua, iaitu menang atau syahid disisi ALLAH... hebat kan? berbeza pula dengan agama2 lain, mereka tiada pilihan lain selain menang, dan sekiranya kalah, mereka akan mendapat malu yang besar didunia dan azab yang pedih di hari akhirat..
ehmmm....  pernah tak tonton filem rambo?  perasan tak salah satu kata2 rambo dalam filem tu, " Live for nothing or die for something! " dalam makna ayat ini.
sedar tak sedar rupanya kata2 keramat ini dipinjam dan diubahsuai dari kata2 keramat yang diguna pakai oleh para mujahidin sejak 1400 tahun yang lalu, iaitu, "hidup mulia atau mati syahid! "
sememangnya para pejuang kita yang terdahulu mempunyai semangat yang berkobar-kobar, tidak takut melainkan kepada ALLAH, kita ambil contoh, pada peristiwa perang Badar, jumlah tentera islam cuma seramai 313, berbanding tentera kafir seramai 1000 orang. tapi mereka sedikit pun tidak gentar, dan akhirnya ALLAH menghadiahkan mereka sebuah kemenangan.
mari kita kenal satu demi satu tokoh pejuang islam atau jeneral yang bertanggungjawab menyemarakkan semangat perjuangan islam... penghulu kepada sekelian mereka adalah bapa saudara nabi s.a.w, iaitu saidina Hamzah yang amat digeruni musuh. kecekapannya bermain senjata tidak mampu disangkal, dan tidak boleh ditanding hingga ke hari ini, saudara bayangkan, saidina Hamzah mampu memanah musuh dengan tepat biarpun diatas kuda dan dalam keadaan kudanya tersebut sedang berlari kencang! tunjukkan kepada ibnuRijal sharpshooter  yang mana dalam dunia hari ini yang mampu menandingi saidina Hamzah? akhirnya beliau menemui syahid pada perang uhud sewaktu dilontar lembing secara curi2 dari jauh oleh wahsyi... tapi pada zaman saidina abu bakar, wahsyi masuk islam dan menebus kesalahannya dengan membunuh musailamah al kazzab iaitu nabi palsu..
pada zaman kegemilangan islam ini juga para pejuang yang masyur hidup dengan penuh rendah diri di khalayak, namun menjadi umpama singa apabila berdepan musuh di medan tempur. nama2 hebat seperi saidina ali, khalid al walid, saad bin abi waqas memang sudah sinonom dengan perjuangan pada zaman khulafa' arrashidin..
seterusnya pada zaman daulah islamiah, muncul  lagi pahlawan2 islam yang hebat dan gagah yang tidak takut apa sahaja selain ALLAH.. salahudin al ayubi, yang memimpin tentera membebaskan baitulmaqdis, pengorbanan beliau hingga sanggup membawa anak2 isteri untuk bersama2 tinggal di khemah tentera kerana komitmen beliau pada tugasnya sebagai jeneral perang. hingga pada saat itu empayar ROM dan Parsi kecut perut apabila mendengar nama salahudin al ayubi ini.. begitu juga panglima islam yang menawan kota andalus, Tariq bin Ziyad, sewaktu tentera islam sampai sahaja di sepanyol dengan menaiki kapal, tariq bin ziyad terus membakar kapal tersebut lantas menyeru kepada tenteranya, "wahai penolong agama ALLAH! di belakangmu ada lautan, didepan mu ada musuh, kamu tiada pilihan lain selain mara manuju mereka dan berjuang hingga beroleh menang atau syahid!!"
kemudian kita lihat juga sultan muhamad al Fateh, yang menakhluki konstantinompel, yang mana antara kata2 baginda yang masyur adalah, "sekiranya dunia ini adalah sebuah negara, konstantinompel lah tempat yang paling layak menjadi ibu negaranya.."
itu semua perajurit pada zaman dahulu, bagaimana dengan hari ini?
ingat semula syeikh ahmed yasin yang kita tonton dalam klip diatas tadi. tahukah kita bahawa beliaulah pengasas Hamas, parti yang berjuang mempertahankan tanah Palestin dari dijajah oleh yahudi dan amerika.. perjuangan mereka adalah untuk islam terus mewarisi bumi bertuah itu serta terus menjaga masjidil Aqsa... berbeza dengan perjuangan Fatah atau PLO  yang sanggup bersekongkol dengan musuh demi mencapai niat mereka untuk menjadi pemimpin negara Palestin.Hamas berjuang bermatian untuk menjunjung agama ALLAH, namun sayang seribu kali sayang,  mereka hanya bersendirian... tiada mana2 negara islam lansung yang benar2 berani turun membantu mereka. apa yang lebih menyedihkan, hingga kebanyakkan negara islam tidak mengiktiraf Hamas, sebaliknya mengiktiraf Fatah sebagai pemerintah Palestin. kerana apa?! kerana takut  pada ancaman amerika dan yahudi, ini kerana amerika dan yahudi sendiri mengiktiraf Fatah dan bukannya Hamas. tanya diri kita mengapa ini terjadi???? kerana amerika dan yahudi tahu sekiranya dunia islam menyokong Hamas, mereka tidak akan mampu memiliki Palestin sampai bila2.... tapi sekiranya dunia memilih Fatah, mudah bagi mereka. kerana apa??? kerana pemimpin Fatah bukan berjuang untuk menjaga tanah warisan para ambiak ini, sebaliknya mereka berjuang kerana merebut kerusi untuk mejadi pepimpin2 negara palestin yang kononnya dalam fikiran mereka, 'palestin merdeka'. lupakah mereka pada firman ALLAH dalam surah baqarah, bahawa yahudi dan nasrani sesekali TIDAK AKAN  meredha kita selagi kita tidak mengikut telunjuk agama mereka??" sayang seribu kali sayang negara islam yang lain hanya pemerhati dan pemerhari dan bersuara dalam keadaan takut2... apa yang kita takut??!!!!!!!!!!!!!!!!! apa yang kita takut??!!!!!!!!
 MATI?????!!!! semua akan mati... apa yang perlu kita junjung dan sanjung musuh kita itu??
lihat sahaja peristiwa pencerobohan   tentera yahudi keatas kapal2 yang ingin menghantar bantuan ke GAZA, lihat disini betapa islam dipandang begitu rendah oleh mereka. tahukah kita, peristiwa itu bukan berlaku dalam kawasan negara yahudi haram itu! apa hak mereka untuk menceroboh bantuan kita dan bertindak kejam keatas sukarelawan kita?! mana OIC   ketika itu????!!!!!!!!! mana??!!!!! kita umat islam, kita punya hak bersuara, mana pertubuhan islam ketika itu?????????!!!!!!!!!!!! demi ALLAH kita takkan sempurna iman selagi kita tidak kasihkan saudara kita seperti mana kita kasihkan diri sendiri{maksud hadis}... dan tahu tak kita yang ditahan didalam kapal itu adalah para sukarelawan dan wartawan?? mana pemimpin negara islam ketika itu???? kalau seorang dari sukarelawan kita dibunuh, adakah kita siap sedia untuk bertempur dengan yahudi laknatullah itu!!!??? tanya diri kita, apa yang kita takut sebenarnya????!!!!!!!!
 paling3 menyedihkan berapa ramai diantara kita hari ini yang sedar akan isu Palestin ini?? berapa ramai yang kenal Hamas?? berapa ramai yang peduli ketika masjid Aqsa dikepung yahudi? berapa ramai yang marah ketika saudara kita, Iran dikenakan sekatan ekonomi?! dan berapa ramai yang mengenang kematian syeikh ahmed yasin yang penuh tragis, serta pembunuhan keatas imam Hasan al banna dengan cara yang cukup kejam??.....
saudara sekelian, mengenang assyahid syeikh ahmed yasin.... tahukah kita, beliaulah pencetus intifada di Palestin pada tahun 2000... dan pidato2 beliau cukup2 tajam dan berani. malah dunia amerika dan yahudi amat takut dengan syeikh ahmed yasin biarpun sebenarnya syeikh Ahmed yasin hanyalah seorang yang berkerusi roda!!  mengingati peristiwa pembunuhan beliau, suatu pagi, beliau seperti biasa diusung untuk berjemaah subuh di masjid, tiba2 datang  helikopter apache yang menenbak secara ganas dan rambang  dari atas dan sasaran mereka adalah syeikh ahmed yasin! akhirnya beliau gugur syahid, dan serangan itu menyebabkan ramai orang awam mati dan tempat tinggal musnah..  kemudian semua negara islam yang DAYUS mengutuk serangan itu, ibnurijal nak tanya semua, apa kerugian atau kehilangan yahudi bila semua mengutuk serangan itu??!! mereka hanya ketawa berdekah2 dangan ego dan angkuh! mereka tak hilang apa2, tapi kita, kehilangan seorang pejuang islam dan puluhan saudara islam yang lain yang tidak berdosa!!!!!
 mengapa mereka mengguna helikopter hanya untuk membunuh seorang tua yang berkerusi roda?? ya... kerana mereka gentar pada manusia yang tidak pernah takut pada siapa2 kecuali ALLAH... Bayangkan, seorang lelaki tua mampu menggoncang hati2 musuh dan membuat mereka menggigil hanya melalui kerusi rodanya, kita yang dikurniakan keupayaan, apa yang kita dah buat untuk agama kita?? apa reaksi kita bila agama kita dicabar, nabi kita dihina?  demi ALLAH!! percayalah wahai saudara sekelian, kita lemah kerana kita takut manusia, tapi kita gagah kerana takut ALLAH... sekali melangkah pantang berundur! kita semua  bersaudara, cubit paha kanan, paha kiri kan terasa sakitnya jua...
'hidup mulia atau mati sebagai syuhada'..... pilihan ada ditangan anda...
tak  semestinya syahid kita hanya dengan mengangkat senjata, bangunlah!! dan berpijaklah di dunia yang nyata..... takkan selamanya yang benar akan berada dibawah....
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

No comments: