"..sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, serta silih bergantinya malam dan siang, pasti ada tanda-tanda bagi orang yang mahu berfikir..."
teman-teman...
Monday, November 1, 2010
"..sabar je tak cukup dik..."
salam... alhamdulillah hari ini ALLAH s.w.t pertemukan kita sekali lagi dalam wacana sembang2 ni. best dapat kongsi segalanya.. rasa macam hubungan kita semua makin rapat kan? tentu semua kawan2 IbnuRijal dah baca post yang sebelum ni kan? kalau belum, sila semak post sebelum ni dulu, baru lah best nak teruskan journey kita. baru rasa feel yang IbnuRijal cuba nak terjemahkan. macam tonton drama la, mesti nak tahu sambungannya kan? kalau dah tengok sekerat jalan, mesti rasa frust kan sebab tak tahu jalan cerita sebenar, bila orang len menangis, kita tak, kita ketawakan mereka, padahal kita yang tak paham jalan cerita dari awal. bila tak faham, penulis skrip juga yang dipersalahkan, padahal dia dah cuba sehabis baik. so, kita kena faham setiap sesuatu dari awal, macam islam ajar konsep ISTIQAMAH la kan? tapi kalau drama astro tak pe, sebab ada banyak ulang2 tak perlu risau. hehe.. kalau musim AF tu, sehari sampai 6 kali ulang tayang konsert AF. amboi... lawan tokey nampak... ALLAH suruh sembahyang pun sehari 5 kali je. ni tengok AF sampai sehari 6 kali. yang pelik tu, boleh lak nangis bila tengok AF tu, sembahyang susahnya nak nangis.. dan lagi, habis tengok AF kena bayar bil, tapi habis solat, tuhan yang bayar pahala pada kita. baiknya ALLAH... memang baik pun, kalau tak baik, takkan la sampai kalimah ALLAH pun orang nak berebut2 hari ni kan? pelik betul la. nama nak sangat, sembah tak nak pulak. macam lagu abang Ramli Sarip la, "bukan kerna nama"... ehmmm... k, selesai muqaddimah.. nak masuk isi dah ni...
sebelum ni kita membicarakan hakikat tuhan dan hamba. ALLAH beri kita macam2. yang ibnuRijal rumuskan pada edisi yang lalu, ada 4. ingat lagi tak?
1.usaha
2.doa
3. tawakkal
4. redha,
kita dah bincang 3 sebelum ni.. sekarang ada 1 lagi. REDHA.. sengaja tak nak IbnuRijal ceritakan pada edisi yang lalu, sebab huraian redha ni lebih menarik untuk dikupas, bila diasingkan. dan biar para pembaca yang menggabungnya sendiri nanti, barulah datang 'feel' tu.. [nak nangis pun time tu la].
kenapa perlu asingkan? supaya nak rasa halwa nya. {manisnya}. alah... macam beli laksa di kedai la, tapau bawa pulang rumah. mesti kita nak kuah dan laksa tu dibungkus asing2 kan? baru datang sedap. biar kita yang campur sendiri kuah tu di rumah nanti. {nak nangis pun time tu la} ; ]
ok.. selesai bab laksa. jom masuk dalam aura redha. ALLAH ajar kita tentang ketinggian darjat orang yang redha ni. apa maksud redha? redha tu dalam bahasa mudah bermaksud pasrah. [macam nama filem je]. yup, memang pun, pasrah.. "apa yang jadi pun, tak pe aku tak kesah, aku redha je" dari sudut islam maknanya kita berserah pada ALLAH dengan kebergantungan yang amat tinggi. apa sahaja yang jadi, tak kira baik atau tak, kita just ucap "alhamdulillah".. tu tanda redha.
ALLAH dah redha islam menjadi agama kita, iaitu melalui firman-NYA dalam surah al-maidah ayat 3. kita pun perlu redha islam sebagai agama untuk kita. sebab tu kita ucap hari2, "RODHITU BILLAHI ROBBA, WABIL ISLAMI DINA, WA BI MUHAMMADIN NABIYYA WARASULA.."
bila ALLAH nak redha kita sebagai hamba-NYA? jap2, cerita ni dulu, ALLAH dah redha nabi MUHAMMAD s.a.w sebelum baginda wafat lagi, iaitu melalui darjat 'maksum' yg ALLAH beri pada Baginda. termasuk juga 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga sebelum mereka meninggal lagi. siapa? satu contoh, ABU BAKAR R.A.. lagi 9 siapa? haaahaaaa... tu kire homework la eh.. klu nya mudah, tengok nama sahabat2 yang ada tertulis ''R.A'' selepas nama mereka.
kalau nak cerita bab redha, kenapa tajuk hari ni tulis tentang sabar?
sebab redha dan sabar mempunyai hubungan yang teramat rapat. manusia yang sabar adalah baik. kan kita pernah jumpa dalam quran, ayat "wabashshiris sobirin".. hebat orang yang sabar ni. hinggakan ALLAH sendiri beri salam kepada orang2 yang sabar ni. tak caya? rujuk surah ar'rad, ayat 24, m/s 252. tapi sabar je tak cukup dik.. kena sulam dengan redha.. baru bercahaya GOD SPOT dalam diri kita tu. sebab orang yang sabar ni mengharapkan redha ALLAH. macam dalam surah AR-R'AD ayat 22, tuhan sebut, "orang2 yang bersabar itu mengharap redha ALLAH. kan ada significant antara keduanya.
ok jom berbalik pada soalan tadi, bila ALLAH redha kita?
jawapan: setelah semua muslim masuk syurga dan tinggal bertahunnnnn lama didalamnya, baru ALLAH panggil kita semua, dan kata, "aku redha kamu semua" {ayat lebih kurang macam tu la}.
so, menyambung persoalan semalam, bila dah usaha, doa, tawakkal... lepas apa yang kita dapat, kita kena redha. tu tanda hamba yang bersyukur.. formula nak jadi redha senang. dalam hal dunia tengok orang yang dibawah kita, dalam hal akhirat, tengok orang yang diatas kita... bila kita sedih sebab pakai myvi je, cuba tengok orang yang pakai kancil. bila sedih pakai kancil, cuba tengok orang yang ada motosikal je. bila malu naik motosikal, cuba tengok orang yang kayuh basikal. bila penat mengayuh basikal, cuba tengok orang yang basikal ada, rantai tak de.. bila merungut kena berjalan kaki, cuba tengok orang yang lumpuh. bila geram jadi lumpuh, cuba tengok orang yang tak ada kaki, bila sedih sebab tak ada kaki, cuba tengok orang yang mati. kan? kalau kita aplikasi betul2 timbullah redha dalam diri, maka terucaplah perkataan "ALHAMDULILLAH" dari lidah kita.
ada satu kisah benar yang ibnuRijal nak kongsi berkenaan redha ni...
pada zaman dahulu ada seorang raja yg memerintah sebuah negara dan amat baik dengan seorang menterinya. suatu hari, tangan baginda terluka akibat terkena pisau, maka raja tu mengadu pada menterinya. jawab menteri itu, "bagus" tuanku. raja tadi menjadi murka mendengar jawapan itu, seolah2 menteri itu memerlinya. lantas baginda memenjara menteri tadi. bila dah dipenjarakan, raja tadi datang padanya, dan berkata rasakan olehmu hukuman penjara ini! perit tak?!" jawab menteri tadi, tetap "bagus" tuanku.
raja tadi jadi makin marah lalu menetapkan hukuman penjara seumur hidup kepada menteri yg paling rapat dengannya ini. dan pada suatu hari, raja perg berburu dihutan dan ditemani oleh menteri2 yang lain. oleh sebab raja ini tidak biasa dengan menteri2 itu, maka mereka terpisah semasa didalam hutan itu. lalu raja ini ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang memuja tuhan.{bukan allah}. apabila ditangkap, raja tadi diikat, untuk dijadikan korban sembahan kepada tuhan orang asli itu. semasa mentera dibaca, ketika baginda hampir dibunuh, salah seorang dari orang asli itu perasan bahawa ada luka ditangan raja itu, {kesan luka sebelum ini} lalu mereka membatalkan niat untuk mengorbankan raja tadi, kerana mereka hanya mahukan korban yg sempurna tanpa sebarang cacat cela untuk tuhan mereka. sebaik dilepaskan, baginda terus pulang ke istana berjumpa menterinya yang dipenjara itu. kata baginda, "betul kata2 mu, 'bagus' tangan beta luka, sebab luka inilah beta terlepas dari dibunuh". lalu menteri tadi senyum dan berkata, "tuanku masih ingat patik juga berkata 'bagus' semasa dipenjarakan tuanku?" baginda mengangguk. jawab menteri tadi, "ya.. kalau patik tak dipenjara, pasti patik lah yang menemani tuanku pergi ke hutan seperti selalu, dan bila dihutan terjumpa dengan orang asli tersebut, pasti patik lah yang akan menjadi korban sembahan mereka sebab tangan patik tiada luka apa2, jadi, kan 'bagus' patik berada dipenjara ini" mendengar jawapan itu, raja tadi tertunduk malu. lalu menteri ini berkata, yakin lah pada ALLAH, sesungguhnya setiap apa yang ALLAH takdirkan pasti ada hikmah disebaliknya. pasti ada sesuatu kebaikkan yang tuhan nak beri pada kita. kita sebagai hamba perlulah redha dan yakin padanya.
emmm... anda faham mesej cerita ni? ya.. redha.. ALLAH terlalu cinta kasih pada kita, apa pun yang tuhan takdirkan pasti ada hikmah. jangan cepat melatah. tapi kita ni zalim. bila ditimpa sesuatu musibah kita memaki hamun.. tapi bila kita dapat keuntungan sikit pun kita tak ingat ALLAH.. kan?
tanya diri kita, kenapa?? kenapa??
kenapa aku terlalu derhaka?? tiap2 hari ALLAH bagi udara percuma, nyawa, dunia, tak perlu bayar sewa pun. tanya diri kita baik2, pernah aku hargai semua tu?? pernah??! tak.. kadang2 ucapan ALHAMDULILLAH pun kita tak faham apa maksudnya. tapi bila kita tak hargai semua tu, pernah ALLAH merungut? maki hamun kita?? tak.. malah ALLAH tetap panggil kita dengan panggilan sayang, hambaku.. buat dosa 1000 tahun, bertaubat sebaik sebelum ajal, ALLAH tetap terima taubat kita. tuhan sentiasa senyum melihat kita, dalam saat kita berbuat baik atau maksiat. ALLAH sayang sangat pada kita. kita luka tak sampai 3 hari, tuhan dah balut luka kita dengan isi yang baru tanpa caj se sen pun! apa lagi yang kita nak nafi? sebab tu dalam surah ar Rahman berkali2 ALLAH tanya kita, "nikmat tuhan yang manakah yang kamu nak dustakan?" ehmmm... malu kita dengan ALLAH.. masa tengah demam, kita merungut. tak boleh pergi kelas lah, tak boleh keluar lah, sakit kepala la, macam2 lagi.. sampai tahap kita memaki hamun. saudara sekelian.., siapa yang kita maki tu??? siapa????! yang kita caci maki tu adalah yang menyembuhkan kita dari sakit tersebut.. "WAIZA MARIDHTU FAHUWA YASHFIN"... 'dan pabila aku sakit DIAlah yang menyembuhkan'... bila kita sedang merungut tu, sedar tak kita bahawa saat tu ALLAH sedang arahkan malaikat agar padam dosa2 kita satu persatu dan gantikan dengan kebajikan sebanyak2 nya? sedar tak? tanya la diri kita, sedar tak??? bila dapat gaji sikit, upah sikit, tak ada duit, macam2 kita pertikai.. kita sedang pertikai siapa ni??? tanya diri kita.. DIA yang beri rezeki. bila DIA uji sikit, terus kita cemuh.. memangla kita tak cemuh direct pada ALLAH, tapi tanyalah diri kita, siapa sebenar nya pemberi rezeki? dan siapa sebenarnya yang sedang kita cemuh??? itupun kita nak nafi lagi??? kalau ALLAH berpaling dari kita walau sedetik, apa akan jadi pada kita?? tanya soalan tu.. pejam mata sekarang......... bayangkan .., kalau ALLAH tak izinkan kita membuka mata, kita tak kan mampu buka.. TAK AKAN..
macam ni punya derhaka kita pun ALLAH still sayyyaaannnggg sangat pada kita., senyum tengok kita, ampun dosa kita... mulai hari ni, faham lah kita bahawa kita ni HAMBA... hamba saja.. tapi hamba yang mendapat layanan yang teramat istimewa oleh TUANnya... teramat istimewa... itulah kasih sayang ALLAH..
indah pada masa, tempat dan peri perlu akan segalanya.. ALLAH tak beri apa yang kita inginkan, ALLAH beri apa yang kita 'perlukan'.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment