teman-teman...

Thursday, November 4, 2010

Beliau......, prof. Dr. Hj. Muhammad...


salam ... apa khabar semua saudara beriman dan saudari budiman? harap semuanya sihat disamping kasih sayang Ilahi.. pantas sungguh masa berlalu kan? rasa macam baru sahaja kita sambut raya puasa, dah nak datang raya Haji pula.. ketupat yang hari tu pun belum habis hadam lagi.., dah nak merasa daging korban lak.. kan? rezeki2.. subhanALLAH... ramai kawan2 bukan islam cakap, untung jadi orang islam.. dapat makan daging percuma.. daging kambing, lembu, unta.. tapi mereka tak tahu yang kita bukan dapat daging kat dunia je, nanti kt akhirat ALLAH jamu kita daging burung. yang special punya. siap boleh order lagi nak wat lauk apa daging tu, masak pedas ke, 3 rasa ke, masak stim ke... [isyhhh.. tak betul agaknya ibnuRijal ni, main2 kan agama lak]
..... jangan la fikir camtu.. betul la apa yang IbnuRijal beritahu tadi. kalau tak caya, tanya la sendiri pada ALLAH..
macam mana??
baca la Quran.. bila kita baca quran, ALLAH bercakap dengan kita, bila kita solat, kita bercakap dengan ALLAH.. check surah AL Waqiaah, ayat 21.. "dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.." haaa... kan? untuk orang2 yang beriman semasa didunia..
Makanan kt syurga semua comform sedap. ada orang tanya IbnuRijal, halal tak? sayang... di syurga nanti tak ada benda yang haram, semua halal...  nak buat apa pun buat la, nak mintak apa2 pun mintak lah.. jangan mintak nak keluar syurga udah... hehe.. tak caya? pergi la melawat syurga..
macam mana? kenderaan apa nak pergi sana?
kenderaannya adalah Quran, petrolnya adalah air wudhuk.. buka Quran, surah al Al a'raff, ada banyak cerita perihal syurga dan neraka.. buka yang terjemahan.. baru rasa feel macam kita betul2 tengah melawat tempat tersebut. ok lah, jom kita pergi ke maudhuk utama perbincangan kita kali ini..
pada salah satu post IbnuRijal yang lalu, pernah IbnuRijal ceritakan tentang biografi seseorang, iaitu saiyyidina Umar r.a.. pada edisi kali ini pun ibnuRijal ingin berkongsi cerita dengan semua tentang seorang ilmuan yang ulung ini..
prof ni berketurunan arab.. beliau mahir bidang agama, sains, mathematik, astronomi, mantik[sikologi], pendek kata, semua la.. thesis beliau pun jadi rujukan seluruh dunia hingga ke hari ini.. kalau siapa yang berminat, boleh la dapatkan di mana2 kedai buku, nanti IbnuRijal beritahu tajuk Thesis beliau itu. murah je, dan yang buat ibnuRijal kagum sangat, beliau tak ambil sedikit pun royalti dari hasil jualan thesis itu, serta banyak ahli akedemik lain membuat banyak2 buku melalui rujukan kata2 dan aktiviti beliau..
prof.Dr. Muhammad hidup pada era 600M..
banyak fakta2 beliau ketika itu  yang ditertawakan masyarakat ketika itu. biasala kan, bagi mereka tu semua teori gila dan tak masuk akal. sebelum tu pun dah banyak saintis yang dikatakan gila kerana mempertahankan hujah mereka.. contohnya aristotle, plato.. mereka hingga dipenjara kerana hujah sains mereka.. kemudian baru muncul zaman prof. Muhammad.. atau lebih mesra dengan panggilan Dr.al amin.
beliau turut membuktikan bahawa bulan beredar mengikut paksinya, mentari pun turut beredar menurut paksinya.. bumi ni berputar.. tapi semua masyarakat mengatakan bahawa beliau sudah gila.. hingga mencemuhnya, malah mencederakannya. tapi Prof Muhammad ok, beliau steady je. tinggi kesabarannya..
nak tahu apa lagi teori beliau?
pada suatu hari pernah sekumpulan lelaki datang bertemunya dan meminta pendapatnya tentang ombak. jawab beliau, sebenarnya ombak ada dua. satu gelombang besar. berada balik didalam laut, satu lagi kecil, yakni apa yang kita lihat ditepi pantai.. hah.. apa lagi, memang ditertawa habis la.. mereka kata prof Muhammad pergi belayar pun tak pernah, nak buat2 pandai cakap pasal ombak.. tapi kawan2, akhirnya kata2 mereka itu memakan diri.. saintis moden zaman sekarang baharu saja dapat membuktikan yang teori Prof Muhammad adalah benar.. habis terdiam mulut2 orang yang menghinanya selama ni.
ada lagi...
anda tahu tak yang ada satu teori yang dikemukakan oleh Dr.Al amin ini yang sebelum dan selepas beliau tidak ada lansung ahli sains yang sependapat dengannya hinggalah dapat dibuktikan dengan kajian moden hari ni.. apa? teori bahawa bumi yang kita duduki ini sudah tua dan akan musnah. pada masa tu lagi kuat orang ketawakan beliau. soal mereka, andai benar bumi akan musnah, bila akan terjadinya kemusnahan itu? siang atau malam?
Prof diam kejap, then jawab ianya terjadi pada siang dan malam...
macam mana tu??
mereka terus mentertawakan Prof Muhammad, kata  mereka beliau gila dan pendusta, pastu kantoi tak leh nak buktikan dustanya..
tapi Prof Muhammad rileks.. tak ambil hati sangat pun, dia kata biasala, mereka tak mengerti lagi...
malah kata2 prof mad sampai hari ini orang masih buntu apakah maksudnya..
akhirnya, memang terbukti melalui kajian moden, bumi kita diambang kemusnahan..
but wait, tapi kenapa prof mad kata serentak siang dan malam? mungkin beliau silap sebut kot. manusia mana tak wat silap kan.... tapi rupanya baru kita faham.. prof Mad tak silap, malah Genius.. dapat tak? kenapa ibnuRijal kata macam tu? sebab... sebab yang beliau kata bumi ni akan hancur serentak siang dan malam. adalah kerana kan bumi ni bulat, dan sentiasa berputar. bila yang bahagian kena matahari mengalami siang dan yang disebaliknya mengalami malam pada masa sama kan? jadi betul lah, sekali datang kemusnahan tu, serentak la siang dan malam.. sekaligus!
eh, kalau nak jadi prof yang hebat, selain ada thesis, mesti kena ada wat experiment2 kan? apa experiment beliau? emm.... beliau dah pergi jelajah angkasa lepas, pergi balik hari je.. dah tu pulak, Prof Muhammad pernah membelah bulan tau.. ingatkan tak logik, rupanya betul. NASA  sendiri membuktikan yang wujud kesan garisan pada bulan seolah2 pernah terbelah dan bercantum kembali suatu ketika dahulu..
ehm... tu lah kisahnya.. [ni pun sikit je ni]... banyak lagi kisah menarik tentang prof ni..  itulakan, kebenaran akan tetap benar.. lihat, hari ni satu demi satu kebenaran teori prof  Muhammad terbukti.. kita yang jadi pengikutnya pun dah mampu tersenyum lebar bila salah satu bancian dibuat di seluruh dunia, Prof.Dr Muhammad diiktiraf sebagai orang paling berpengaruh di dunia ini..
nanti beli la eh thesis beliau, cari yang ada tulis A.L.Q.U.R.A.N, atau pun dalam tulisan arab.. sama je isi kandungannya.. ha.. sebelum kita tutup topik perbincangan kita hari ni, eloklah kita kenal betul2 dengan prof ni eh.. sepatutnya beliau la idola kita dalam setiap bidang ilmu.. buat apa nak bangga dengan saitis barat.. ehmm... jangan lupa lak selawat kt beliau  pabila terdengar atau terbaca namanya.. "Allahumma solli ala saiidina  MUHAMMAD wa'ala saiidina Muhammad.." s.a.w...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

No comments: