salam... saudara beriman, saudari budiman.... cuba lihat gambar diatas, ok tak? haa... tu la kucing ibnuRijal, huraira' namanya... nakal ni.. perilakunya kadang2 buat kita tersenyum seorang diri.. memang kadang2 sakit hati bila dia curi lauk kt atas meja,tapi bila tengok memek mukanya, tak jadi nak marah.. hai... tak sunyi rumah ibnuRijal bila ada huraira' ni.. {masa tengah tulis post ni pun, huraira' ada kt sebelah.. dok serius tenung kt laptop ni, macam faham lak dye. hehe..} lihat la cara dia tidur, dah macam orang dah.. ni letih, baru habis main... ehm.... tak heran lah kan, kenapa Rasulullah s.a.w sayang sangat pada kucing..
saudara ingat lagi tak kisah, yang mana suatu hari Rasulullah nak pergi solat di masjid, tetiba ada sekor kucing baikkk punya dok landing kt atas jubah Baginda.. hisyyhh, apa nak buat ni..?? kalau kita la kan, dah lama kita rentap jubah tu kuat2 samapai kucing tu jatuh, tak pun kita buat kasar2 kt kucing tu.. yela, kan kita nk g solat... menghadap ALLAH... tapi nabi tak macam tu, nabi gunting keliling jubah baginda dan tinggalkan bahagian yang kucing tu tengah tidur tu... kucing tu pun tak sedar apa2... subhanallah.
kucing ni ada satu tabiat, saudara perasan tak? kucing sukaaaa perhati satu2 benda tu lama2, dia tenung, ntah apa yang difikirkannya... haaa... ni la topik yang IbnuRijal nak kongsi hari ni.... tentang tenung... alah, macam lagu tan sri s.m salim tu, jeling2 pandang2 kan...? macam tu la.. tapi ibnuRijal nak kupas dengan berlapikkan piring islam... baru tak tumpah kupasan kita.. sebab AL ISLAMU YAGLU, WA LA YUGLA ALAIH.. 'islam itu tinggi dan tidak ada yang setinggi islam'...
saudara sekelian, dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim... kita rajin dan tekun beribadah... solat 5 waktu, puasa, zakat, haji... seronok kan... disamping dapat ganjaran pahala, kita dapat merasa hikmah yang tuhan beri melalui ibadah ini. bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak kan? tapi perasan tak yang kita terlepas pandang satu perkara... tentang satu pangkat yang ALLAH anugerahkan pada hamba2-NYA... semua orang boleh rebut peluang tu... apa ya? nabi? bukan. rasul pun bukan... wali kot? bukan juga... tapi siapa2 dapat pangkat ni, memang dia adalah orang yang sangat6 lah beruntung di didunia dan akhirat...
ehmmmm.... uihhhhh.... besar pangkat tu, mesti kena buat macam2 ibadat kan? nak buat yang wajib ni pun dah tak termampu dah, apatah lagi nak top-up amalan untuk dapat pangkat tu... tak pe lah, lupakan je eh... ehmm... kalau fikir camtu, tak pe, leh tutup blog ni.... tapi kalau berminat nak tahu, jom! kita mendalami apakah pangkat yang dimaksudkan ibnuRijal... dan apakah amalan yang perlu dilakukan untuk melayakkan kita dapat gelaran tu...
cuba selak surah al imran, bermula ayat 190 hingga ayat 192... kita akan dapat jawapannya..
maksud ayat2 tu berbunyi begini... "sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, serta silih bergantinya siang dan malam, pasti ada tanda2 bagi ulul albab{190} iaitu orang2 yang berdiri mereka, duduk, serta berbaring mereka senantiasa memikirkan/merenung tentang penciptaan ALLAH seraya berdoa, ya tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, maha suci engkau, selamatkanlah kami dari azab api neraka.. ''
ok.... tak faham tak pe, kita pergi satu2, perlahan2.... dalam ayat tadi, saudara perasan tak ada tertulis satu perkataan 'ulul albab'.? siapa ni? mereka tu adalah orang2 yang senantiasa ingat ALLAH dalam duduk,berdiri, malah baring... haa... ni la pangkat yang ibnuRijal maksudkan diawal tadi... semua berpeluang merebutnya...
bagaimana caranya?
macam kucing tadi, MERENUNG...
ya... renung.. dalam ayat yang lebih detail kan ALLAH dah beritahu tadi...ada 3 cara =
1.renung
2.fikir
3.berdoa
hai.... bunyi macam mudah je... yup! memang mudah... itulah baiknya ALLAH.. kadang2 kita tak perasan benda2 ni... ALLAH sayang sangat pada kita.. ALLAH nk kita senang... YURIDULLAHI BIKUMUL YUSRA, WALA YURI DU BIKUMUL USRA.....ALLAH nak kita tak terbeban sangat...
kita selalu pandang remeh amalan2 macam ni... kita pentingkan banyak perkara lain yang kadang2 kita tak mampu lakukan hingga menyusah diri sendiri dan mencacatkan amalan tersebut..
banyak cara ALLAH nak mudahkan kita... contohnya, tengok muka ibu dapat pahala free, tengok langit, tengok kaabah, tengok quran... semua tu kan mudah? lihat betapa sayang ALLAH pada kita... ALLAH memang menggalakkan kita untuk renung, perhati, fikir... buktinya dalam quran, try check berapa banyak kali ALLAH sebut "tidakkah kamu perhatikan?" dalam surah imran sebagai contoh, ALLAH sebut, "pergilah mengembara dan PERHATIKAN akibat kaum2 yang mendustakan tuhannya.." tengok lak dalam surah al hasyr, tuhan sebut "ambillah iktibar wahai orang2 yang MELIHAT"
emmm..... hebatkan? tapi betul ke yang ulul albab tu beruntung sangat?
betul... dalilnya dalam surah Baqarah, ayat 269,m/s 45.. "diberikan hikmah[kelebihan] yang banyak kepada sesiapa yang dikehendaki, dan barang sesiapa yang mendapat hikmah itu, dia lah yang mendapat kebaikan sebanyak-banyaknya, dan tidaklah diberi peringatan melainkan kepada ULUL ALBAB "
ternyata orang2 yang sentiasa memerhati setiap ciptaan ALLAH akan merasakan betapa hebatnya ALLAH S.W.T, lantas airmata akan mengalir, kesedaran mula lahir dari dalam diri betapa kerdilnya kita dimuka bumi ini.. dengan merenung sunnatullah ini hati kita bertambah rindu pada NYA.. kalau tak percaya, kita boleh mulakan sekarang,,, pandang ke luar, lihat langit... kalau waktu saudara baca ni siang, lihat mentari dan awan... kalau waktu saudara sedang baca ini malam, pandang kearah bulan dan bintang2... cuba sekarang... renung lama2 dan ucap subhanallah seikhlas hati... anda akan rasa satu pengalaman yang lain dari yang lain yang belum pernah anda rasa dalam hidup ini... cubalah sekarang... apa yang anda rasa....? lihat juga dalam surah al mulk... banyak ayat2 seruam ALLAH agar kita perhatikan bintang2, langit... dalam surah al ghaasy'iah, ayat 17-20, ALLAH bertanya kepada kita, "tidakkah kamu perhatikan UNTA bagaimana ia diciptakan, dan LANGIT bagaimana ia ditinggikan, dan BUKIT2 bagaimana ia ditegakkan, dan BUMI bagaimana ia dihamparkan.."
kan ni semua dah cukup membuktikan bahawa kita ni diseru untuk memerhati, merenung dan memikir semua ciptaan ALLAH...
eh....., tak sesat ke?
kita perhati kuasa ALLAH dan memikir kekuasaan-NYA... insyaALLAH tak sesat .... nak tahu siapa yang mula2 jadi ulul albab ni?
pernah baca kisah nabi Ibrahim a.s mencari tuhan? haa... bagindalah ulul albab pertama... lihat, sebelum baginda menjadi rasul... baginda sentiasa memerhati siapakah yang menciptakan alam semesta ini.. baginda tidak percaya kepada berhala sembahan kaumnya.. bagida yakin ada kuasa yang lebih hebat mencipta alam ini dan kuasa itu adalah TUHAN... bila siang, melihat kegagahan matahari, baginda mula berfikir yang mungkin itu tuhan, tapi bila malam matahari tenggelam, baginda menyatakan tuhan takkan tenggelam... bila terlihat pula pada kecantikkan bulan dimalam hari baginda mula berfikiran ini mungkin tuhan ku, tapi bila siang, bulan hilang, baginda menyatakan tuhan itu tidak hilang... begitulah kisah pencarian tuhan oleh bapak agama kita itu, hinggalah ALLAH memberi pertunjuk kepada baginda dan mengangkat baginda menjadi rasul dan imam kepada seluruh manusia hingga hari ini... rasul kita , nabi MUHAMMAD s.a.w. yang tercinta pun ulul albab yang hebat... sewaktu pada zaman jahiliyyah bagida tidak menyembah berhala seperti orang lain dan baginda juga yakin ada tuhan disebalik penciptaan alam yang hebat ini.. sebab itulah baginda sering berkunjung ke gua Hira' seorang diri untuk merenung, memikir dan memerhati serta mecari siapa tuhan sebenar.. akhirnya baginda temui sinarnya.... itulah , kalau tak cari, mana kan dapat kita nak menjumpainya...
ALLAH tu baik.. sentiasa beri pertunjuk kepada yang mencari... masalah nya sekarang kita sekarang tak pernah nak mencari. rasa cukup dengan apa yang ada.. dah selesa bila dak mampu tadah buku mengaji agama, faham semua hukum hakam... bagus tu... tapi percayalah masih ada kekosongan dalam jiwa jika kita tak benar2 mengenal tuhan kita... pernah tak kita rasa kosong je dalam hati ni? mesti pernah kan? haa... sebab tu la... menadah dan menerima memang mudah, tapi perkara yang mudah sangat dapat ni kadang2 kita tak hargai... kena sulam juga dengan kajian2 dan pemerhatian sendiri... ni bukan ajaran baru, ni tuhan suruh dah lama...
selalunya orang yang mencari ni pasti akan terjumpa sesuatu... macam kita nak pergi cari mana2 alamat la... mesti kita terjumpa macam2 sebelum tu kan? dan tu semua menambah pengalaman dan kecekapan kita selepas itu kan? ya..... sama la juga dalam konteks pencarian ni... tuhan akan anugerahkan ilmu yang berguna kepada kita, dan kemuncaknya adalah hidayah dan pertunjuk dari ALLAH.... sebab tu hari ni berapa ramai para pengkaji, profesor2, ahli astronomi diluar negara yang masuk islam .... kerana mereka yakin dengan kebenaran kalam ALLAH ini... dan mereka adalah orang2 yang mengkaji dan memerhati ciptaan ALLAH S.W.T...
teringat pula IbnuRijal pada kisah nabi Sulaiman a.s, sewaktu puteri Balqis ingin datang melawat istana baginda... baginda bertanyakan kepada sekelian rakyatnya, siapakah yang mampu menggubah dan membawa takhta puteri balqis ke istana baginda sebelum puteri Balqis tiba ke istana baginda? maka ketika itu ifrit [jin] bagun dan berkata "patik mampu membawa takhta itu kesini sebelum sempat tuanku bangun dari tempat duduk lagi" kemudian ada seorang 'yang berilmu' pula berkata kepada nabi sulaiman, "patik mampu membawanya kesini sebelum sempat tuanku mengelipkan mata" kisah ini dirakamkan ALLAH dalam Al Quran... ALLAH menggunakan perkataan 'orang berilmu' yang mampu membawa singgahsana puteri Balqis itu lebih pantas dari ifrit... ALLAH tak menyatakan siapa, tapi ALLAH menyatakan 'orang berilmu'..bukan wali atau mana2 nabi, tapi perkataan yang digunakan adalah "orang berilmu"... dan orang berilmu adalah yang sentiasa mengkaji dan memerhati ciptaan ALLAH....ingat, tak semestinya kita belajar bidang agama kita sudah mampu mendabik dada bahawalah kitalah yang paling bertaqwa... dan ingat, jangan kerna jika kita belajar atau bekerja dibidang akedemik, kita tidak layak untuk bertaqwa dan berdakwah dijalan ALLAH.. ilmu ALLAH meliputi semuanya... meluas.. tidak kira dimana lapangan pun kita, keturunan apa pun kita, asalkan kita ikhlas menjalankan perintah ALLAH, dan sentiasa merenung dan mencari cahaya ALLAH, kita akan temuinya... selamat mencuba...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
No comments:
Post a Comment