teman-teman...

Thursday, October 21, 2010

keramat bumi Mekah al mukarramah

salam... sihat saudara ibnurijal hari ini? diharap semuanya sihat disamping cahaya dan pertunjuk ilahi.. ehm... hari ini, 22 oktober 2010.. kita makin menghampiri hari raya korban,.. sedar tak yang kita sedang berada dalam bulan apa? kita sedang dalam naungan zulkaeddah, salah satu daripada bulan2 haji.. pada musim ini kita melihat umat islam seluruh dunia pergi menunaikan haji ke mekkah. mengapa? suruhan ALLAH dalam surah Baqarah, WA LILLAHHI ALAN NASSI HIJJU ALAL BAITI MANISTATO'A ILAIHI SABILA"....
mekah, satu diantara 2 tanah haram. sewaktu kecil ibnurijal sering bertanya sendirian didalam hati, kalau tanah suci, mengapa disebut tanah haram? sekarang baru ibnuRijal tahu maksud haram itu. sebenarnya, semua tanah di bumi ini kelak akan menjadi bahan bakar api neraka, namun tanah mekkah dan madinah haram disentuh oleh api neraka. selain itu, tanah ini haram kepada non-muslim, maknanya mereka tidak boleh masuk ke sempadan tanah ini. kalau saudara pergi ke mekkah , saudara dapat melihat papan tanda sempadan tanah haram ini. mari kita imbau sejarah sewaktu tanah Mekkah mula2 dibuka. oleh Hajar dan anaknya, nabi ismail. tanah yang dahulunya kering kontang, kini menjadi antara pusat tumpuan dunia. rasulullah s.a.w sendiri pun amat mengasihi bumi Mekkah ini, ketka baginda berhijrah ke Madinah, baginda menoleh ke arah Mekkah seraya besabda, "mekkah, kalau bukan kerana aku diusir oleh kaumku, aku tidak akan meninggalkan mu wahai Mekkah.." lihat betapa rahmatnya tempat ini dalam islam. firman ALLAH didalam surah al Ma'idah, ayat 97, m/s 124. " allah menjadikan kaabah itu sebagai tempat tumpuan manusia........" mengapa demikian?
kalu dari islam mudah kita katakan kerana ia tempat paling dirahmati ALLAH. namun bila ditanya oleh orang bukan islam, apa jawapan kita? sains mengkaji kelebihan bumi Mekkah ini, dan hasilnya, MENAKJUBKAN!!
mari kita lihat satu persatu.. kita lihat semula firman ALLAH tadi didalam surah al ma'idah, ALLAH menyatakan kaabah menjadi tempat tumpuan 'manusia'. ALLAH menggunakan perkataan manusia dalam ayat ini. ini bbermaksud bahawa kaabah di mekkah itu menjadi tempat tumpuan semua manusia, bukan sahaja umat islam. buktinya?? sebenarnya segala-galanya bersandar kesana. bukti paling dekat, anda ada astro di rumah? lihat piring astro anda menghala kemana? ya.. kearah kiblat, atau lebih tepat, KAABAH. tidak percaya? lihatlah sekarang..
mengapa demikian? ini kerana Kaabah merupakan pusat bumi. bayangkan ada satu garisan panjang kutub utara dan selatan, kaabah terletak ditengah2, jadi tarikan dikedua kutub ini sama kuat. kehebatan bumi mekkah telah pun dibuktikan oleh angkasawan pertama dunia, Neil Amstrong yang tiba ke bulan pada 20 julai 1919, sewaktu dibulan, radar beliau dapat mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi, dan bila diamati, rupanya radiasi itu datang dari mekkah, malah ketika beliau sampai ke marikh pun, radar beliau masih dapat mengesan radiasi itu yang amat jelas dan bersifat infiniti, yakni, tidak berpenghujung! maka benarlah al Quran mengajar kita, ada hubungan diantara kaabah di bumi, dengan kaabah dilangit untuk para malaikat iaitu baitul makmur yang terletak betul2 selari diatas kaabah kita didunia.
saudara sekelian, oleh kerana kaabah terletak di pusat bumi, kaabah atau mekkah merupakan zon megnastisme sifar. jadi, disinilah tarikan graviti paling tinggi, sebab tulah air zam-zam tidak pernah kering walau telah membekalkan kepada jutaan umat sejak dari dahulu kala hingga ke hari ini. mengikut kajian sains, appbila seseorang berada di zon yang medan magnetnya sifar, haegmolobin yang mengalir keseluruh badan akan berjalan dengan lebih lancar, sebab itulah orang yang tidak sihat, bila mengerjakan haji di mekkah menjadi sihat dan mampu menyempurnakan semua rukun haji dengan baik., begitu juga bila kita berada di depan kaabah, kelenjar pineal yang terletak di tengah otak kita akan meransang dengan baik hingga kita dapat melakukan ibadat sebaik mungkin.
mengapa kaabah tempat makbul doa?
kerana disinilah grviti paling tinggi dan tiada tarikan magnet bumi menyebabkan apa sahaja yang dihajati oleh hati kita walaupun belum diucapkan, sudah dapat di 'scan' gelombangnya oleh kaabah. begitu juga bila kita berada dimana sahaja tempat didunia ini, pabila sesuatu perkara kita niatkan, biarpun di malaysia, kaabah sudahpun dapat mengesan getaran gelombang itu, sebab itulah kiblat kita adalah kaabah, dan sebab itulah piring astro juga menghadap ke kaabah!
ada satu lagi perkara yang perlu ibnuRijal kongsi bersama saudara pada edisi kali ini, tahukah kita bahawa Mekkah merupakan tempat paling selamat didunia ini. hal ini kerana pertama ia terletak betul2 di tengah bumi, seterusnya kerana ia nya terletak di lokasi ini, maka tidak ada mana-mana gelombang radio mampu mengesan lokasinya. saudara fikir musuh islam tidak pernah berusaha untuk menghancurkan Kaabah? ibnuRijal yakin 100% mereka telah ribuan kali mencubanya, tetapi GAGAL. misalnya jika mereka ingin menghantar peluru berpandu dari Amerika terus menghala ke kaabah, mereka tidak akan barjaya kerana radio mereka tidak akan mampu mengesan kedudukan kaabah. sebab? kerana tarikan magnetisme di kaabah adalah sifar, bagaimana gelombang radio mereka ingin mengesan frekuensi kedudukan kaabah. malah, satelit juga tidak mampu meneropong apa jua yang ada didalam kaabah, kerana sifat megnatismenya itu, serta ketinggian tarikan graviti di mekkah khususnya di Kaabah itu. kerana itulah Mekkah merupakan tempat paling selamat di dunia ini. demikianlah ALLAH memelihara tempat yang paling dirahmatinya, Mekkah al mukarramah. ini bumi yang tuhan wariskan kepada kita untuk dijaga sebaik mungkin. peliharalah mekkah dan madinah, dan puliharalah Baitulmaqdis. IbnuRijal akan huraikan dengan lebih mendalam tentang tanah-tanah warisan tuhan ini pada edisi akan datang.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

No comments: