teman-teman...

Sunday, October 17, 2010

salasilah lahirnya "3 tsamawi"

salam......... kini kita berada pada edisi ke-6 dalam cetusan pemikiran di arena blog ini.. gembira IBnuRijal dapat berkongsi segalanya dengan saudara sekelian. semalam IbnuRijal menonton rakaman debat islam kristian yang diadakan di Amerika tidak lama dahulu. pendebat bagi pihak kristian adalah Mr. jimmy sweetgard, seorang orientalis yang cukup ahli dalam bidang agama kristian, dan penulis terkemuka dunia. manakala islam diwakili oleh ayahnda yang kita kasihi, syeikh Ahmeed deedat.. suasana debat berlansung cukup profesional, dan tiada sebarang emosi berlebihan berlaku, malah para penonton bebas duduk dimana sahaja meskipun bersebelahan antara muslim dan kristian.. sebagai muslim pastinya IbnuRijal berpuas hati dengan hujah dan bidasan oleh Ahmeed deedat. beliau cukup arif dalam bab perbandingan agama ini. mengkaji sejarah hidup Ahmeed Deedat amatlah menarik, beliau tidak berpendidikan tinggi, namun kegigihannya untuk mendaulatkan agama ALLAH di bumi Afrika ketika dulu akhirnya berjaya, malah bukan sahaja di Afrika, tapi seantero dunia. ehmmm... IbnuRijal begitu kagum, beliau mampu menghafal setiap isi Quran, malah setiap versi bible sedalam-dalamnya, dan mampu mengingat setiap huruf dalam kitab2 tersebut. perlu diingat bahawa syeikh ahmeed deedat adalah seorang muslim, dan kitab bible bukan hanya satu didunia ini! OLD TESTEMENT, pegangan ortodocks, NEW TESTEMENT, pegangan protestan bimbingan Marthin Luther, versi king james, ancient, MARK, LUKAS, YOHANNES.... etc syeikh juga mampu memahami bahasa arab dengan lancar, english, india{beliau berketurunan india}}, malah bahasa Hebrew iaitu bahasa rasmi kitab Taurat atau lebih tepat bahasa rasmi agama Yahudi. bila menonton video ini, teringat pula IbnuRijal pada kisah yang berlaku di Indonesia hampir 35 tahun yang lampau, iaitu dialog antara bapak kiai bhaunudin mudhary dengan saudara antonius widuri yang berlansung selama 10 malam, dan berakhir dengan pengislaman saudara antonius. hebat mereka ini, cukup hebat. namun harus kita ingat, yang sebenarnya hebat adalah islam itu yang ALLAH kurniakan. bayangkan kalau Mr. Jimmy lah yang mewakili islam, dia turut akan menang, kerana islam adalah kebenaran. "hua allahu lazi arsala rasulahu bilhuda wa DINIL HAQ.." 'agama yang benar' islam adalah agama yang berprinsip alamiiyah atau universal. sipa sahaja boleh menganut islam. tapi Kristian tidak.. dalil? ok.. kita kembali pada awal.. fokus pada bacaan saudara ini. siapa Ibrahim? BAGINDA ADALAH BAPAK AGAMA KITA. mengapa demikian? bermula dari anak bagindalah muncul 2 aliran.. ismail kebawah mewarisi keturunan yang ditunjangi islam sampai ke nabi Muhammad s.a.w, manakala ishaq kebawah mewarisi yahudi dan nasrani sampai ke nabi Isa a.s. bagaimana dengan Israel? israel adalah panggilan ALLAH kepada nabi Ya'kub. bila kita sebut 'bani israel', sebenarnya kita merujuk kepada 12 orang anak nabi ya'kub yang salah seorangnya adalah nabi yusoff a.s. firman ALLAH dalam Quran, YA BANI ISRAEL UZKURU NIGMATIAL LATI AN AM TU ALAIKUM, WA ANNI FADDHAL TUKUM ALAL A'LAMIN" yang bemaksud; 'wahai bani israel perhatikan nikmatku yang dianugerahkan kepadamu, dan ku MEMULIAKAN KAMU melebihi segala {bangsa} yang lain dimuka bumi ini." ALLAH memuliakan bani israel, namun mereka engkar dan derhaka, malah membunuh para nabi yang dari bangsa mereka sendiri. lihat sahaja Quran m/s 8. surah baqarah. anda akan faham betapa keras hatinya bangsa ini. ALLAH sudah membantu mereka berkali2, tapi mereka tetap DERHAKA! sebab itulah Allah utuskan seorang nabi dari jaluran keturunan nabi ismail a.s, iaitu MUHAMMAD S.A.W. membawa islam dan ALLAH menurunkan ayat "KUNTUM KHIORUN UMMAH UKHRIJAT LINNAS" yang bermaksud "sesungguhnya kamu SEBAIK-BAIK UMAT yang dikeluarkan dari sekelian manusia'. bila turunnya ayat ini, automatiknya kelebihan yang dikurniakan kepada bani israel itu berpindah kepada islam. sebab kederhakaan mereka sendiri. kerana itulah mereka terlalu memusuhi islam. firman ALLAH dalam surah Baqarah tentang mereka sekali2 tidak akan meredha kita selagi kita tidak ikut agama mereka. ok, selesai 1 bab. tapi, mana datangnya Kristian pula?? baik, jom teruskan bacaan...
akibat keengkaran bani israel yang tak pernah2 akan mengerti, ALLAH takdirkan mereka 3 kehancuran. pertama sewaktu mereka berpecah belah diserang tentera jalut. nabi Daud a.s lah yang menjadi raja menyatukan kembali kaum israel ini. nabi Daud disini merujuk kepada David mengikut istilah mereka. dan bintang pada bendera israel itulah disebut sebagai 'star of david' atau bintang yang ALLAH lambangkan kepada nabi Daud. ya, buat yahudi ALLAH beri bintang itu sebagai lambang penyatuan mereka, buat kristian ALLAH beri salib sebagai lambang penyatuan mereka, dan untuk islam ALLAH beri KAABAH sebagai lambang penyatuan kita. ALLAH maha adil, semua agama tsamawi ada kelebihannya. tapi perlu diingat yang hanya islam agama tsamawi yang masih relevan pada akhir zaman, yang lain sudah dirosakkan oleh mereka sendiri. kembali lepada persoalan tadi, selepas puak israel disatukan, kerajaan mereka kembali kukuh, takhta Daud diwariskan kepada anaknya nabi Sulaiman a.s. pada period inilah israel mencapai kegemilangan, dan ketika inilah 'solomon temple' yang disebut2 zionis sekarang dibina di tapak masjidil aqsa hari ini. tapi akibat kederhakaan mereka yang berulang lagi selepas itu, mereka menerima kehancuran ke-2, iaitu mereka diserang dan dimusnahkan oleh bangsa Mogul & Tatar yang bengis. ketika ini solomon temple diruntuhkan, 10 dari 12 puak yahudi ini telah hilang dalam lipatan sejarah, ada ahli sejarah berpendapat mereka dibawa lari oleh bangsa Mogul tadi. hingga hari ini ia masih belum ada jawapan tentang 10 puak ini. mereka dilabel sebagai "the lost ten tribes of yehudian" sarjana islam berpendapat merekalah yang akan kembali di akhir zaman sebagai 'yakjud wa makjud'. {ALLAH lebih mengetahui}. pada saat inilah peristiwa kehebatan nabi Uzair berlaku, sewaktu baginda masuk kedalam runtuhan solomon temple bersama keldainya, melihat mayat bergelimpangan, berbisik dihatinya bagaimana ALLAH hendak menghidupkan kembali tulang2 ini menjadi manusia semula. lalu ALLAH tidurkan baginda selama 100 tahun, dan pabila terjaga, ALLAH memperlihatkan padanya bagaimana keldainya dihidupkan melalui tulang2 hancur 100 tahun yg lalu. apabila saki baki puak israel melihat uzair, mereka menyuruh uzair membacakan ayat2 dari tuhan untuk membuktikan dia adalah EzrA atau nabi Uzair yang hidup 100 tahun lalu. tiba2 jatuh 1 astroid kecil dari langit, mengenai baginda, terus lantas baginda dapat membacakannya. sejak itu mereka terus sesat menuduh pula nabi Uzaur sebagai anak ALLAH. selepas zaman nabi Musa, puak ini masih degil engkar.. kemudian ALLAH utuskan pula nabi Isa putra mariam untuk membawa agama kristian sebagai 'mengumpul kembali bangsa israel' untuk memeluk agama benar {ketika itu kristian adalah benar dari ALLAH}. suatu hari sewaktu sahabat setia Isa mengajak baginda menyeru agama kristian kepada pengikut2 musa sammiri, Nabi Isa berkata, "tak perlu, mereka bukan bani israel, agama ini hanya untuk bani israel sahaja." di sini kita dapa faham bahawa kristian adalah kesinambungan agama untuk bani israel. mereka turut mempercayainya hingga ke hari ini. mereka berprinsip bahawa bangsa selain israel adalah hina. jika demikian mengapa mereka mendakwah kita untuk masuk kristian dengan sungguh2 pada hari ini? jawapannya mudah, itu lakonan mereka sahaja, matlamat mereka hanyalah supaya islam yang mereka cemburui ini menjadi lemah. mereka sesekali tak pernah mengiktiraf bangsa lain yang memeluk kristian, didepan mereka memuji memuja, sebenarnya dibelakang mereka mentertawakan sepuasnya seolah2 bukan bangsa yahudi pun, 'terhegeh-hegeh' nak masuk kristian sedangkan lansung tak layak. jadi buat saudara islamku khususnya melayu yang murtad masuk kristian, renungilah hakikat ini sedalamnya.. sebenarnya anda sedang ditertawakan mereka.. sesungguhnya islam jauh lebih mulia, namun islam tak pernah memilih kasta untuk menganutinya. "aslim taslam". diawal tadi IbnuRijal sebutkan bahawa ALLAH takdirkan bangsa ini 3 kehancuran, tapi hanya 2 yang dijelaskan IbnuRijal, apa dan bila kehancuran ke-3? dan bagaimana?? nantikan edisi berikutnya.. CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

1 comment:

leelynx525 said...

Assalamualaikum..terima kasih akhi diatas info yg dipaprkan..ianya banyak membantu...tetapi sy sedikit tidak bersetuju dengan kenyataan akhi..bahawa Kristian adalah agama yang diredhai ALLAH (pada ketika itu) kerana pada hemat saya dari Nabi Adam a.s hingga Junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w setiap para rasul ini membawa ajaran Tauhid agama ISLAM...bukan agama2 lain seperti Kristian,Yahudi dan sebagainya..Agama2 tersebut dikenali sebagai Kristian,Yahudi dan sebagainya kerana ajaran mereka telah menyimpang dari ISLAM..waALLAHualam..