Salam..... Hari kedua dalam pentas yang baru, terasa benar-benar indah.. sehari tak direnung terasa gundah.. BARU.. ya, BARU... kita terlalu menghargai apa yang baru. rumah, kereta, telefon, pasangan... indah bukan? itu semua "benda" baru. bagaimana dengan "perkara" baru?? 80% manusia tidak menyenangi perkara baru. tajdid... bida'ah.. hingga kafir mengkafir antara kita.. mana hilang semangat persaudaraan islam? ISLAM bermaksud SEJAHTERA.. persoalannya sejahtera kah kita kalau saling bertikam lidah isu furu'? ibnuRijal bukanlah fakih bidang agama, namun hati terpanggil oleh getaran ketegangan sesama kita untuk mengutarakan sepatah dua buat direnung. memetik isu bida'ah yang tak pernah padam.. hairan bercampur bimbang apakah kesudahan, adakah penyelesaian...? sabda Rasullullah s.a.w, " kelak akan dibangkitkan dalam setiap zaman dikalangan umatku seorang MUJADDID.." mujaddid disini bererti pembawa pembaharuan, bukan membawa benda baru, namun memperbaharui apa yang dah termaktub. indah sabda Rasulullah ini, buat kita renung, bukan untuk dibahas, dibidas tanpa asas. analoginya mudah.. ibarat sebuah rumah yang siap sempurna dibina, apabila makin dimamah usia pastilah kita akan mengecatnya baru. INGAT, MENGECAT BUKAN BERERTI MENGUBAH STRUKTUR RUMAH itu. tujuannya murni, agar ia sentiasa dipandang tinggi oleh semua, tarikan bagi siapa jua yang melewatinya. salahkah golongan yang mengecat ini? adakah kerana mereka ingin mencantikkan rumah, mereka dilabel sebagai bukan penghuni rumah yang asli?
ingat kata-kata al imammu sayyidina umar r.a, " didiklah anak-anakmu mengikut zamannya" adakah kata-kata al Faroq ini bida'ah? jangan lupa sabda nabi tercinta kita, "turutilah mereka selepas aku, abu bakar dan umar." teringat pula akan peristiwa umar mencadangkan agar dibukukan al Quran. ketika tersebut Abu Bakar menjadi khalifah, dan beliau tidak bersetuju kerana dibimbangi menjadi bida'ah, namun selepas diteliti sedalamnya, beliau bersetuju dan usaha itu bermula pada zaman khalifah usman. hingga ke hari ini kita mendapat manfaatnya bukan? jadi, bida'ah sedemikian rupa adakah ia berdosa? imam kita, al imamu syafie menambahkan qunut, para alim mengadakan wirid, talqin, tahlil, maulid nabi, khalifah umar abd aziz membukukan hadis, adakah semuanya salah?? kata al imamu syafie, "al bidaatu bidaatani.." yang bermaksud "bidaah itu terbahagi 2. renungkan... adakah di hari akhirat nanti segolongan manusia akan dibariskan untuk masuk neraka kerana membaca qunut?kerana menyambut ulangtahun kelahiran nabi? kerana memuji nama ALLAH? kerana talqin? "al ulama' warasatul anbiak.." ulama' itu perwaris nabi, siapa kita yang hendak mengatakan mereka sesat? tanya diri kita... imam syafie mengkhatam al Quran DUA KALI SEHARI.. kita dalam setahun berapa kali kita baca Quran, kalau baca pun berapa banyak yang kita faham, kalau faham pun berapa banyak yang kita amalkan, kalau amal pun berapa banyak yang kita benar-benar ikhlas kerana ALLAH??? sebegini rupa kurangnya ibadah kita pun, kita berani mempertikai para imam, para alim, para sahabat.? "..awwaluddin magrifatuLLAH..." ya, kalau kita benar-benar memahami konsep ini, kita akan mengerti kasih sayang tuhan dan apa sebenarnya yang kita perjuangkan dan apa matlamat ibadah ini.... CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
No comments:
Post a Comment