teman-teman...

Wednesday, October 13, 2010

hakikat alam wali

salam... hari ke-3... syukur masih bernyawa {ada yang malamnya hidup, esoknya tiada}, masih membuka mata, {ada yang malamnya celik, esoknya buta}.. hirup udara segar.. mendengar alunan zikir, ayat suci al Quran dan mungkin juga lagu-kagu kerohanian.. bila berbicara tentang lagu kerohanian ini, IbnuRijal teringat akan sebuah band dari seberang yang banyak lagu2 seumpama ini.. kumpulan ini menggelarkan diri mereka sebagai Wali Band.. lagu2 mereka menjadi fenomena dalam kalangan kanak- kanak hinggalah dewasa. ibnuRijal masih ingat lagi ketika pernah mengajar part time di sebuah tahfiz di kedah suatu ketika dulu, pelajar kelas ibnuRijal cukup kerap menyanyikan lagu tersebut, hinggakan bergaduh kerana brtengkar tentang lirik lagu taubat nasihat dan cari jodoh.. ibnuRijal katakan pada mereka, lirik tu untuk cari jodoh, bukan untuk cari gaduh.. .. hmmmmmmm... wali... wali band? band merujuk kepada kumpulan kugiran muzik.. wali? hmmm... menurut rakan IbnuRijal, seorang pengamal undang2 syariah dari Saudi, Abu Azzam namanya, wali dalam kata yang lebih jelas bermaksud, WAKIL,PENJAGA,PENOLONG,.. sedap maksudnya bukan? pandai kumpulan ini memilih nama kumpulan mereka. mungkin mereka bermaksud menjadi wakil, penjaga, serta pemelihara kepada muzik2 yang berunsur seni kerohanian.. tapi dalam sudut islam, kata WALI ini amat familiar kan? hmmm.. sabda Rasulullah s.a.w, "dalam setiap zaman itu akan wujud 500 orang wali ALLAH di muka bumi ini, dan 40 dari mereka adalah Wali akbar.." menarik kalau bab WALI ini dikupas sedalamnya, rahsianya begitu agung dan tersirat.. mari kita teroka ke alam ini seketika.. tinggalkan urusan anda seketika, fokus dan renungkan apa yang bakal anda baca ini.... hmmm.. ibnuRijal nak bermula dengan penghulu wali, syeikh abd kadir jailani.. hebat kisah beliau. sejak kecil beliau diasuh ibunya untuk solat sunat 2 rakaat sebelum setiap kali makan, sambil sempat ibunya memasak untuknya.. karana kata ibunya, rezeki semuanya dari ALLAH, biarpun kita yang masak, sebenarnya semuuuuaaaaaa datang dari ALLAH..pada suatu hari beliau pulang kerumah dari pengajian, seperti biasa sebelum makan, beliau akan solat sunat 2 rakaat dahulu. selesai bersolat beliau menuju ke dapur dan membuka tudung diatas meja, lalu memakan hidangan yang disediakan.. ibunya tiada dirumah ketika itu. sesudah makan, ibunya pun pulang dalam keadaan bergegas.. dan meminta maaf kepada anaknya itu kerana tak sempat memasak untuk anaknya sebelum keluar dari rumah tadi. SYeikh abd kadir kehairanan.. katamya ia sudah pun makan lauk yang di bawah tudung tadi. malah lebih sedap dari yang selalunya. ibunya tersenyum bila mendengar kata2 syeikh abd kadir itu, lalu berkata kepada anaknya itu, "bergembiralah anakku kerana hari ini ALLAH telah menjamu kamu." hebat karamah yang ALLAH berikan pada walinya. bagaimana alam para wali? adakah sama seperti manusia? jawbnya SAMA TAPI TAK SERUPA.. ya, sama kerana mereka semua manusia dan hidup seperti mana manusia biasa, namun ibadah mereka jauh lebih banyak, tawakkal mereka jauh lebih tinggi.. bagi memudahkan pemahaman kita tentang alam wali ini,IbnuRijal ingin bawakan 1 lagi kisah.. kali ini di tanah melayu.. ya.. Malaysia. di sini pun ada wali ke?? jawabnya wali ada dimana2.. ada 7 wali melayu masyur dalam lipatan sejarah tanah melayu. {ibnuRijal akan bicarakan tentang mereka dengan lebih detail pada edisi yang lain}.. berbalik pada kisah ini.. pada suatu hari syed muhammad Linggi masuk ke pondoknya untuk beribadah.. sudah jadi kebiasaanya beliau akan masuk ke pondok yang hanya terletak bersebelahan rumahnya itu pada setiap petang selepas asar. pembantunya akan menunggu diluar hinnga beliau selesai.. namun pada hari itu beliau masuk begitu lama hingga menimbulkan risau dihati pembantunya itu. lam selepas itu, beliau pun keluar dan melihat wajah pembantunya itu yang seakan2 kehairanan. "kamu ingin tahu kemana aku pargi tadi? tapi berjanjilah jangan ceritakan kepada sesiapa jua sehinggalah aku mati" katanya. pembantu mengangguk.. "aku pergi ke persidangan WALI seluruh dunia." terkejut si pembantu tadi mendengar kata2 syed mahammad linggi ini. "ya.. di bukit kauf,semua wali datang, dan aku serta Habib Noh mewakili bangsa melayu.. kami bekumpul untuk berdoa kepada ALLAH untuk menghilangkan satu wabak penyakit yang ALLAH hendak turunkan di bumi ini.." subhanALLAH.. dari kisah ini kita dapat rumuskan 5 perkara-~
1. wali ALLAH itu wujud.
2. mereka berhubung sesama mereka.
3. dapat mengembara ke tempat2 yang terlalu jauh tanpa kenderaan.
4. mengetahui perkara ghaib dengan izin ALLAH.
5. kewujudan mereka merupakan antara sebab terhindarnya bala ALLAH.
firman ALLAH; "..YU'TIL HIKMATA MAN YASYA', WAMAN YU'TAL HIKMAH, FAQAD UUTIYA KHAIRAN KASIRA.." iaitu, diberikan hikmah kpd sesiapa yang dikehendaki, dan sesiapa yang mendapat hikmah itu, maka dialah yang mendapat kebaikan sebanyak banyaknya."
demikianlah hakikat wali ALLAH.. tapi, siapa pula WALI MANUSIA? akan IbnuRijal terangkan pada edisi berikutnya.. CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

1 comment:

Eklah Farhan said...

satu info yang amat berguna...