EDISI-8
salam... "C.I.N.T.A"............ hari ini ibnuRijal rasa terpanggil untuk berbicara bab ini. agak menarik bunyinya. namun ibnuRijal bukanlah layak untuk berbicara bab ini sebaiknya kerana ibnuRijal juga masih mentah dalam hidup ini. apa yang akan ibnuRijal ingin utarakan pada hari ini adalah sekadar coretan pendapat ibnuRijal yang disulami beberapa pendapat dan dalil yang lain. saudara lebih arif untuk menilainya. ibnuRijal akan menerima apa sahaja komen dan teguran saudara dengan hati terbuka. bila berbicara bab ini kita tak dapat lari untuk mensasarkan kepada golongan remaja. ya, kita masih mentah dan terumbang ambing tentang hal ini. tambahan pula perkara sebegini tak pernah dipandang serius oleh pihak tertentu, kesannya.., parah.. saudara masih ingat kumpulan XPDC? kumpulan rock tanah air yang terkenal dalam era 80-an dan 90-an.. salah satu lagu mereka yang cukup terkenal ketika itu adalah 'cinta kenangan silam' malah ibnuRijal turut menghafal lirik lagu ini. dalam lagu ini diselitkan makna cinta dari sudut seni...
C- cintaku yang satu
I-impiankan nyata
N-nikmat yang berbeda
T-tanpa pengertian
A-antara kau aku
....jelas itu konsep cinta menurut pandangan anak seni. bagaimana dari perspektif agama islam? HARAM @ HALAL? ibnuRijal tidak layak menetukan statusnya. untuk menghuraikan kebuntuan di sudut kepala ini, ayuh kita kembara jauh bersama untuk menyiasat makna sebenarnya.. sedia? lapangkan dada.. bukalah minda seluasnya.. baca dan sama2 kita renungkan..
mengapa kita ada perasaan suka pada seseorang? malah sejak kita kecil pun kita pernah merasakan perasaan sedemikian? ya.. tapi mengapa? seselum menjawab soalan itu, tanya diri kita, mengapa kita makan? mengapa kita menangis? mengapa kita marah? mengapa kadangkala kita terlupa? mengapa kita benci kepada kejahatan? jawapanya, kerana ianya FITRAH.. fitrah manusia.. serupa juga dengan persoalan cinta. ia juga fitrah manusia, lelaki menyukai wanita dan wanita menyukai lelaki. kerana itulah yang meminati pasangan sejenis kita sebut sebagai melanggar fitrah. kita tidak nampak cinta, kalau nampak boleh juga kita elak, begitu juga makan, kita tidak nampak lapar, kalau nampak boleh kita elak.. itu namanya fitrah. ada tapi tak nampak.. ehmmm.... jadi kira cinta ni halal lah???
ehhhhh.... nanti dulu, kita diberi panduan untuk mengurus perkara fitrah dengan sebaik mungkin. misal termudah, makan. kita perlu makan hanya bila perlu, hanya memilih makanan berkhasiat. barulah hidup kita sihat. begitu juga cinta. ada batasnya, ada cara mengurus cinta sebaiknya, barulah kita bahagia. tapi, kita ni umat islam, bukan nak bahagi didunia sahaja, di akhirat pun nak bahagia juga. kan? jadi kenalah ikut tatacaranya. bagaimana?
islam itu indah, semuanya terkandung dalam syllibus islam. cuma kita saja yang terlepas pandang. firman ALLAH dalam surah an nisa', FA'IN TANA ZAGTUM FI SYAI'IN FARUDDU ILA ALLAHI WARASULIH" maksudnya, 'bila kamu berselisih dalam suatu2 hal, maka kembalilah pada ALLAH dan Rasulnya' jadi, teras rujukan dalam perbincangan kita sekarang adalah QUran dan hadis, agar tak terpesong jauh.. cuba kita rujuk Quran, surah Al Imran, yakni surah ke-3 juzuk ke-3, ayat 14, muka surat 51. allah menceritakan tentang dijadikan 'terasa indah' kepada manusia itu perasaan 'cinta' terhadap sesuatu seperti 'wanita', sawah ladang dan lain2.. jadi jelas disini memang cinta itu merupakan anugerah kepada kita. kita lihat sahaja sewaktu nabi Adam keseorangan di syurga, Allah ciptakan Hawa untuk menjadi temannnya. mengapa diciptakan perempuan? selain untuk mendapat zuriat, sememangnya fitrah alam sedemikian rupa. positif menarik negatif, anak lelaki rapat dengan ibu, anak perempuan rapat dengan abah.. fitrah.. lelaki mencari wanita, wanita mencari lelaki. saudara sekelian.. namun ayat tadi ada sambungan lagi.. ALLAH bertanya kepada kita bahawa mahukah ALLAh tunjukkan kepada kita apa "yang lebih baik" dari itu. ini bererti ada perkara yang lebih baik yakni dengan bertaqwa kepada ALLAH.. namun ayat yang digunakan tadi adalah 'lebih baik', ini beerti ia "lebih", menandakan rasa cinta itu tidak salah, malah baik, namun ada yang lebih baik. kemudian kita lihat pula pada ayat ke 17 surah yang sama, pada m/s ke 52.. diceritakan tentang kelebihan 'sabar', masih lagi dalam gugusan ayat tadi, tuhan ceritakan tentang sabar. jadi fahamlah kita bahawa pentingnya sabar dalam cinta. sabar dari segala sudut, amarah, syubhah, lawamah, syahwah, dan lain2.. merenung pula pengajaran dari sumber kedua islam, hadis.. Rasulullah bersabda; "dan pilihlah perempuan dengan hartanya, kecantikkannya [bukan paras rupa semata], keturunannya, dan agamanya, adapun agamalah yang menjadi keutamaannya. jelas kepada kita, panduan memilih.. inilah konsep islam. tak dinafikan dalam quran disebut "lelaki adalah pelindung kepada wanita".. bagaimana melindung tanpa ada sebarang rasa? kerana itu dianugerahkan rasa cinta. namun ada batasnya. kita akui, lelaki kuat dengan ada wanita.. lihat ALLAH kurniakan Siti Khadijah kepada nabi kita yang tercinta untuk memberi baginda semangat disaat baginda dihimpit dugaan dari segenap penjuru.. WAMA KHOLAQTU JINNA WAL INS, ILLA LIYAGBUDUN.. 'dan tidak diciptakan jin dan manusia itu selain untuk beribadat kepadaku" menyedari hakikat itu, jadikan semua perlakuan kita sebagai ibadah. makan sebagai ibadah, belajar sebagai ibadah, berjalan sebagai ibadah, bagaimana? ikhlaskan semuanya kerana ALLAH dan ikutlah cara sunnah Rasulullah, serta yang memberi manfaat kepada orang lain. begitu juga cinta, ikhlaskan niat kerana ALLAH, tegur kemungkaran pasangan kita, dan utamakan ALLAH dari segala hal, serta niatkan untuk sunnah, bagaimana? KAHWIN lah jawapannya. "annikahhu sunnati, faman lam yagmal bi sunnati, falaisaminni" 'nikah itu sunahku, sesiapa tidak beramal dengan sunnahku, bukan dari kalanganku.".. saudara, mengapa kita berdoa "robbana hablana min azwajina qurratu agyun waja'al na lil muttaqina imama"? itu adalah doa agar diberi pasangan yang baik yang sejuk mata memandang. mengapa? anda tentukan jawapannya.. akhir kata dari IbnuRijal, fahamilah konsep cinta dalam islam yang sebenar...;
C.I.N.T.A.....
C- cabang dari keindahan hidup.
I- idaman semua insan[terutama remaja]
N- namun ada batasnya.
T- tetapkan niat yang suci.
A- ALLAH tetap cintaku yang paling utama.
.............................................................................. itulah sedikit sebanyak yang mampu ibnuRIjal kongsikan buat kita renung dan hayati. CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
1 comment:
hmm....
mmg lyak jd m0tivat0r....
ayt dh cntk..pEEEAAArhhh lg!!
hahha..
hhmmm....apa pndngn ibnu rijal tntg pnglmn rmja2 kta yg bcnta wktu study? mksudnya msih bljar?..
adkah bnar2 wjud NIKAH KHITBAH yg dlm istilah mlyu kta ykni nikah gntung n ssuai utk mrka yg msih dlm pr0ses pbljran?
bley dtrima pkai k?
hrap ibnu rjal dpt bk0ngsi dgn lbeh lnjut..mersi..^_^
Post a Comment