salam kepada semua pembaca dan para followers yang dihargai....sedar tak sedar dah hampir dua bulan IbnuRijal berada diarena ini.. cepat sungguh masa berlalu kan? pernah tak saudara rasa bahawa masa berlalu cukup2 pantas? rasa bagai baru sehari minggu lepas meninggalkan kita... ibnurijal teringat akan satu hadis, "tidak akan berlaku kiamat sehinggakan masa berlalu dengan pantas, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti sejam, dan sejam dirasakan seperti satu petikan api"
jelaslah apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w ini, dan sedar tak saudara yang sekarang kita sedang berada di ketika yang dimaksudkan Rasulullah itu... semua setuju kan bahawa masa memang amat pantas berlalu? mungkin ada yang cuba menyedapkan hati mengatakan mungkin ini hanya perasaan. Para ulama' antara lain menafsirkan hadis ini dengan apa yang dimaksudkan rasul tadi iaitu jarak perjalanan... ialah, kalau perjalanan yang memerlukan tempoh selama satu tahun untuk sampai pada zaman dahulu, kini jarak itu boleh dicapai dengan hanya dalam masa sebulan... jika perjalanan yang mengambil masa sebulan dahulu, kini hanya perlukan seminggu untuk sampai ke tempat tersebut... ni musim haji ni, perasan tak... nenek2 kita dulu pergi mekkah naik kapal layar, makan masa sebulan, tapi sekarang seminggu pun dah boleh sampai mekkah.. ni bukti yang paling dekat dengan kita.
mengenai masa lagi, ibnurijal yakin semua pernah baca surah al kauthar kan? alah, yang pendek tu... ni maksud ayat surah tu... "demi waktu asar[1] sesungguhnya manusia memang dalam kerugian[2] kecuali yg berpesan2 dengan kebenaran, dan yang berpesan2 dengan kesabaran[3]"
ingat kan? tafsiran yg masyur bagi surah ini adalah keadaan manusia yg rugi pabila mensia-siakan masa. tapi hari ni ibnuRijal nak dedahkan ssatu lagi versi tafsir ayat ini... jangan tekejut... para mufassirin berpendapat bahawa makna asar yg dimaksudkan ALLAH dalam surah ini adalah gambaran kepada usia dunia ini. iaitu usianya yg sudah masuk asar, atau dalam kata yang lebih jelas, senja atau tua... kerana itulah dalam permulaan ayat ini ALLAH menggunakan method "waw qasam" atau huruf waw yang bertujuan sumpah. maknanya ALLAH bersumpah demi usia dunia ini yg sudah tua, bahawasanya manusia sebenarnya berada dalam KERUGIAN! nah... ini sudah cukup untuk buat kita buka mata bahawa kita dah dekat sangat dengan hari kehancuran itu. apa buktinya?
ni pendedahan pertama...... apa tanda PERTAMA kiamat?
jawapannya pabila nabi MUHAMMAD diutus menjadi rasul... kerana nabi diutus sebagai nabi TERAKHIR, jadi, ini amaran pertama kepada kita bahawa dunia bakal kiamat dan kita mungkin bakal melihatnya!
namun berapa ramai diantara kita yg sedar perkara ini.
antara bukti lain, kita tinjau banyak hadis nabi, antara tanda kiamat, terdapat banyak banggunan pencakar langit... nah, cuba dongak keatas lihat berapa banyak banggunan yang tinggi2 di dunia ni...
lagi, lihat hari ni, kalau ada saudara2 kita atau ibu2 kita yg melahirkan anak, biasanya akan dapat anak apa?
........................
ya, betul.. anda pasti fikir perempuan kan? mengapa? kerana ia memang dah termaktub dalam hadis, antara tanda akhir zaman sedikit laki2 dan banyak perempuan... di kuala lumpur sahaja kini nisbah lelaki dan perempuan sudah tidak seimbang, lihat juga di IPT, dan dimana sahaja.. kita sedang kearah itu, jelas nabi lagi, perempuan melebihi lelaki hingga akan terjadi satu keadaan yg nisbahnya 1: 50... lihat keadaan bas kilang hari ni.. benar tak apa kata nabi? seorang driver sahaja lelaki, 50 dibelakangnya adalah PEREMPUAN...
dan antara lain tanda akhir zaman, perempuan2 bekerja mencari rezeki... tak perlu dihuraikan lagi, memang saudara semua saksikan sendiri...
kemudian lihat lagi, pandang kiri kanan anda sekarang, ada pen tak? pensil ke...? banyak tak? senang tak nak tulis apa2? kalau tak de, keyboard yang anda sedang tekan ni sekarang boleh tak kalau nak tulis apa2? pergi je kt mcrsoft words, taip je apa yg kita nak... kan? setuju kan? mulai hari ni tahulah kita semua, sabda nabi, antara tanda2 kiamat adalah banyaknya kemudahan alat tulis...! agak2 kita hampir ke zaman tu atau dah pun berada dalam zaman itu? tepuk dada tanya iman...
ok, kita semua pernah keluar bersiar2 kan? jumpa orang lalu lalang, kita beri salam tak? atau ada tak orang beri salam pada kita? "antara tanda kiamat, orang2 hanya mmberi salam kepada sesiapa yg dikenali sahaja."
banyak diantara kita yang bekerja hari ni... banyak juga yg berurusan dengan bank... boleh tak lari dari riba'? agak sukar kan? harta riba wujud dimerata tempat, serta ramai orang tak benar2 prihatin tentang dari mana sumber pendapatannya, itulah tandanya kiamat amat hampir... berapa ramai kita hari ni kerja bertungkus lumus, cukup bulan pergi withdrawl duit je kt ATM, ntah dari mana sumber pendapatan kita tu. kalau pun halal, bila dicampur dengan segala urusan2 bank, pelaburan, serta cukai yang dikumpul sekali, sedikit sebanyak tercemar jugak kan hasil tu? sebab tu nabi sabda, "rezaki yang paling2 suci di akhir zaman adalah hanya dengan membela kambing di kaki gunung" saudara renungkan apa makna tersirat hadis ini.
satu lagi bukti yang terAMAT dekat dengan kita, sabda nabi, "diakhir zaman nanti banyak kemungkaran datang/ bermula dari bumbung.." hah? betul ke? bukan zaman sekarang kot, nanti kot.... tak pe, cuba perhati betul2, apa yg ada diatas bumbung kita? dan apa yg datang melalui bumbung kita? atas bumbung kita ada antena tv, astro, internet masuk melalui antena di bumbung, segala rancangan tv/radio masuk melalui antena diatas bumbung kita... dan bermula dengan rancangan ini semua kita terpengaruh, leka, lalai, terikut2, dan dari internet juga kita boleh melayari pelbagai laman web yg sosial, tidak baik, serta boleh mencetus fitnah melalui internet, dan pelbagai lagi, semuanya salurannya dari atas bumbung bukan?
baik, tu semua dalil yang ibnurijal kutip dari hadis2, mungkin ada yang bertanya, ada ke bukti yg lebih sahih dari Quran...? kerana quran kan sumber pertama rujukan dalam islam.... ok boleh... tapi jangan terkejut tau..
"wa'izal biharru tsutjirat.." pernah jumpa ayat ni? juzuk 30... nak tahu apa makna "tsutjirat'? maknanya "tsunami"....
hah?? ya....
apa makna penuh ayat ni? " dan apabila air laut meloncat ke darat" tanya diri anda, bukankah itu tragedi tsunami? ya....
jadi bagaimana sekarang? kita dah hampir, atau dah berada didalamnya...? buka quran, surah ad dhukan, lihat dalam tu diceritakan tanda kiamat bumi dilitupi asap... sejak akhir2 ini pernah tak bumi berhenti dari dilitupi asap? dahulu di rusia, china, terbaru di indonesia, kejadian letusan merapi, lihat bumi penuh dilitupi asap..
banjir tak pernah reda, surut disini, disana naik, surut disana, disitu naik... begitu juga gempa.... tak pernah reda.. dan perasan tak something, semua bencana ini berturut2.... tak pernah rest.. agaknya apa mesej yang tuhan nak beritahu pada kita?
mungkin kita akan menarik nafas panjang dan akan berkata, tu semua tanda2 kecil kiamat... ya. betul... tapi cuba kita check semula, list kan semua tanda2 kecil kiamat dari hadis dan quran, kemudian tick kan pada tanda yang dah pun berlaku... hasilnya apa yg kita dapat lihat? "SEMUANYA TELAH PUN BERLAKU" jadi sekarang kita hanya menanti tanda2 BESAR.... dan ingat pabila datang tanda besar kiamat, fitnah terjadi amat3 besar serta ingatlah, muculnya tanda besar kiamat adalah "tiba-tiba" ketika orang2 sedang sibuk dengan urusan masing2... dan kemudian itu mereka berlumba2 mencari quran, tapi sudah diangkat ke langit, mereka berlumba2 memberi zakat, tapi sudah tiada siapa mahu menerimanya... dan sejurus terbit mentari di ufuk barat, mereka berlumba2 bertaubat, tapi pintu taubat sudah tertutup rapat...
sama-samalah kita renungkan dan sebarkan kesedaran ini..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
7 comments:
terbaik.....
"...mereka berlumba2 memberi zakat, tapi sudah tiada siapa mahu menerimanya..."
hmmm..trtarik ngan ayat nie...
menginsafkan
LAILAAHAILLALLAH!
SUBHANALLAH.
ya allah!!!!
subhanallah,,,,memang dah perasan,,,dan kebanyakkan hari pon dah jatuh hari jumaat,,(peristiwa islam)
Salam. boleh share tak kat mana dapat hadith/surah yang cerita pasal tanda2 kecil seperti yang diceritakan di atas ni. cth macam alat tulis, perempuan berkerjaya. sebab saya dah google tak jumpe.
lagi satu pasal juzuk 30 tu pasal tsunami. mohon share dengan lebih lanjut:) terima kasih.
Post a Comment