teman-teman...

Monday, February 14, 2011

Terlalu Istimewa.......

assalamualaikum wbt.. apa khabar saudara saudari sekalian? IbnuRijal doakan agar kita semua sentiasa sihat disamping rahmat Ilahi.. esok hari kita bakal menyambut birthday someone yang cukup-cukup mulia dan special, iaitu Rasulullah s.a.w.. maulidur rasul.. jadi eloklah kiranya hari ini IbnuRijal ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang IbnuRijal tahu berkenaan pemimpin kita yang mulia ini. saudara sekalian lebih hebat dan lebih tahu, IbnuRijal sekadar berhasrat berkongsi pengetahuan dari sudut pandang seorang umat yang kerdil ini..
baiklah, elok kita bermula dengan firman ALLAH dalam Al-Quran, "Dan tidak kami utuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.."
ayat ini mungkin sudah selalu kita dengar pada setiap kali maulidur rasul. tapi, apa makna tersiratnya? sebenarnya, keamanan, kesejahteraaan, keindahan seluruh alam maya ini, serta apa yang ada didalamnya adalah anugerah ALLAH kerana rahmat-NYA kepada Rasulullah s.a.w.
saudara pasti pernah baca kisah ayahnda kita, nabi Adam a.s kan? tahu kan, selepas nabi adam dibuang ke dunia, baginda kembali mendapat keampunan dari ALLAH s.w.t.? tapi, pernah tak kita terfikir, apa yang membuatkan baginda diampunkan? ya, ada doa tersebut didalam Al Quran, "robbana zolamna anfusana, wa in lam taghfirlana lana ku nanna minaz zalimin..." namun, ada kisah disebalik kisah sebenarnya, yang ada hubung kaitnya dengan MUHAMMAD sebagai rahmat sekelian alam. begini, ketika nabi adam memohon ampun kepada ALLAH, baginda berdoa, "ya ALLAH, demi kemulian MUHAMMAD, ampunkanlah dosa-ku.." ALLAH bertanya kepada adam, "bagaimana engkau kenal MUHAMMAD sedangkan DIA belum aku ciptakan ? "
kata nabi adam, "aku pernah melihat tertulis di singgahsanaMU, TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH, jadi, pasti DIA insan yang mulia hinggakan ENGKAU meletakkan namanya selepas namaMU.."
ALLAH membenarkan kata-kata nabi Adam itu, kemudian mengampunkan baginda berkat dari rahmat MUHAMMAD s.a.w..

Dalam suatu hadis riwayat Qatadah ibn Nu'man, Pada suatu hari nabi Musa a.s berdoa kepada ALLAH, "ya ALLAH,didalam kitab ini[taurat], ada diceritakan satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia, jadikanlah mereka itu umatku.."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang terakhir dikeluarkan kebumi, dan mereka pula yang pertama memasuki syurga, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada dceritakan tentang umat yang membaca kitab mereka dengan sepenuh hati lalu mampu menghafalnya, tidak pernah ada umat lain sebelum ini yang mampu menghafal kitab-kitab mereka, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang  beriman dengan apa yang disampaikan kepada mereka dan tentang umat2 sebelum mereka, dan mereka terpilih pula untuk menghadapi Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini diceritakan tentang umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan berniat, dan jika mereka melakukanya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus kali ganda kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
lalu Nabi Musa meletakkan kitabnya disebelah dan berdoa, Ya ALLAH, jadikanlah aku umat AHMAD..
hebatkan? kerana hebatnya nabi kita, MUHAMMAD s.a.w {allah memanggil Baginda sebagai Ahmad}, kita turut menerima tempias kemuliaan. betapa besarnya jasa Baginda s.a.w kepada kita.

12 rabiul awal. itulah tarikh keramat seorang insan yang agung dilahirkan kemuka bumi. IbnuRijal tidak berhasrat bercerita tentang sirah baginda secara detail kerana rata2 saudara sudah mengetahuinya. cuma IbnuRijal ingin bawakan disini beberapa contoh yang perlu kita renung, mengapa insan ini terlalu istimewa buat kita..
mari kita bermula dengan dakwah Rasulullah. semasa Rasulullah berdakwah kepada penduduk Ta'if, baginda dilempar dengan batu, dan najis. namun baginda tetap senyum dan bersabar. lalu jibril turun dan bertanyakan kepada baginda, "bukit yang mana yang engkau mahu aku lemparkan kepada mereka ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "tidak perlu ya jibril, sesungguhnya mereka masih belum mengerti."
jibril berkata lagi, "tetapi mereka menghinamu ya Muhammad"
baginda menjawab, "tidak mengapa, jika mereka tidak mahu beriman, mungkin nanti anak2 mereka akan beriman.."
hebat perjuangan Baginda, benar, lihat sahaja abu jahal, musuh no.1 islam. siapa anaknya? ikrimah ibn abu jahal, seorang islam, malah perawi hadis! benar kan kata2 baginda kepada jibril tadi?

saudar ingat lagi tak peristiwa hijrah? semasa ALI menggantikan tempat tidur Baginda? pernah tak kita kaji, mengapa malam tersebut Ali ke rumah baginda? sebenarnya, baginda menyuruh Ali memulangkan semula semua barang2 milik orang kafir Mekkah yang diamanahkan oleh mereka untuk disimpan Rasulullah. boleh tak saudara bayangkan, betapa hebatnya pekerti baginda, hinggakan musuhnya yang mencaci maki Baginda, dalam masa yang sama menyimpan barang2 berharga mereka kepada Baginda? malah, barang2 mereka sedikit pun tidak dirosakkan oleh Rasullullah biarpun mereka tak pernah berhenti dari menyakiti Rasullullah s.a.w.

mengapa kita solat 5 waktu? itulah keringat susah payah baginda berulang-alik ke langit ke-7  memohon kepada ALLAH agar dikurangkan waktu solat. untuk siapa? adakah untuk baginda? sudah tentu tidak, kerana baginda bersolat sehingga bengkak kaki baginda. jadi? ya, untuk kita! umat baginda yang tercinta.

baginda tidak pernah lekang dari mendoakan kesejahteraan untuk kita.. setiap masa dan ketika baginda merindui kita,. suatu hari baginda termenung, senyum lalu menangis.. sahabat bertanya mengapa ya Rasulullah? baginda menjawab, aku teringat akan umatku yang hidup diakhir zaman kelak, mereka tidak pernah melihatku, namun masih lagi setia bersolat dan beribadah ..."
tinggi cinta Baginda kepada kita.. sehingga disaat kewafatan baginda, jibril turun dan menyatakan "semua pintu syurga sedang terbuka untuk menyambut roh mu yang mulia ya Muhammad, para Malaikat semuanya sedang bersiap-siap untuk menyambutmu.." kata-kata jibril itu lansung tidak menggembirakan Rasulullah. lalu baginda bertanya pula, "apakah jaminan untuk umatku?" jibril menjawab, "pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya".. jawapan jibril itu barulah membuatkan Rasulullah tersenyum.. baginda sedikit pun tidak mempedulikan tentang nikmat untuknya, tetapi hanya memikirkan untuk kesejahteraan kita, sepanjang masa. hingga bila nyawa baginda sudah sampai ke hujung pun, masih menyebut nama kita..

saudara, tanya diri kita hari ini, apa yang sudah kita buat untuk Rasulullah? setelah pengorbanan dan kasih yang tak berbelah bagi yang dicurahkan kepada kita, apa balasan kita? baginda rela diejek, rela dihina, rela diperlakukan dengan kejam, rela dipulaukan, sanggup menahan lapar, mengikat perut dengan batu, tidak masuk syurga walaupun pintu syurga sudah terbuka luas didepan baginda..
baginda pernah patah gigi sewaktu perang uhud, pernah ditusuk benda tajam dipipi suci baginda, baginda pernah menahan darah luka baginda yang mengalir dari tertumpah ke tanah  yang boleh menyebabkan kemurkaan terbesar ALLAH terhadap kita, baginda pernah berjanji andai baginda hidup dizaman Dajjal, biar baginda seorang saja yang berlawan dengan Dajjal, dan kita hanya duduk diam. baginda pernah berdoa agar semua kesakitan maut kita dikumpulkan dan ditimpakan keatas baginda seorang sahaja, dan biar kita idak merasa lansung sakitnya maut...
untuk siapa baginda berbuat semua ini? UNTUK KITA
untuk apa baginda sanggup berbuat semua ini? KERANA KASIHNYA KEPADA KITA.

esok hari jadi baginda, apa yang sudah kita siapkan untuk baginda.? bila nama baginda dihina, bila wajah baginda direka-reka, mana jutaan umat baginda yang bangun melawan? bila baginda dipersenda, berapa ramai diantara kita yang menitiskan airmata? bila karikatur baginda dilukis dan dihina, siapa diantara kita yang benar2 marah, bangun mempertahankan baginda? siapa yang ambil tahu, si durjana mana yang menghina nabi kita?? siapa yang ada blog, siapa yang ada facebook, twitter, dan sebagainya, inilah pentas mereka menghina nabi kita, jadi, BANGUNNNNNN... pertahankan maruah kita. jika seorang mampu berkorban hidupnya demi jutaan manusia, mengapa jutaan manusia tidak mampu bangun membela seorang manusia??
berselawat dan salamlah keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dengan sebanyak2nya.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI

3 comments:

Eklah Farhan said...

masha Allah...begitu berat penderitaan Rasulullah S.A.W demi menegakkan agama suci, Islam.

Bolehkah saudara ibnurijal bg pendapat ttg 'Cinta & Tanggungjawab'.

qalisya umaiyyah said...

bangga dapat jadi umat nabi muhammad,,

Unknown said...

allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad

moga rindu ini sentiasa subur buatmu,kekasih Allah T_T