teman-teman...

Monday, February 7, 2011

Daging dan Selimut....

 assalamualaikum... apa khabar? hmm..  hari ini IbnuRijal nek teruskan sikit lagi perbincangan tentang kehebatan tamadun islam, tetapi dengan analisis berkenaaan kejatuhan empayar kita ini.. apa perlu membaca tentang kejatuhan tamadun? tidak cukupkah kita dengan mengetahui kehebatannya sahaja? ..

saudara sekelian, itulah sejarah.. kita perlu mengkaji kesan2 kejatuhan umat yang lalu agar kita tidak mengulangi kesilapan yang serupa nanti. bak kata Herodotus, bapa sejarah dunia, "orang yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.." tetapi, IbnuRijal lebih tertarik dengan lirik lagu Ramli Sarip "doa buat kekasih" tu, liriknya berbunyi begini : "sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus antara.."
yaa.. dengan sejarah kita akan dewasa dari segi akhlak, ilmu, kematangan berfikir.. jadi, siapa nak jadi dewasa, rajin2 lah baca blog ibnuRijal ni ye.. ; ]
firman ALLAH dalam surah al Imran, ayat 137, m/s 97 menjelaskan kepada kita peri pentingnya belajar sejarah untuk melihat kesan kemusnahan umat terdahulu dan dijadikan ikhtibar. firman yang bemaksud " telah berlaku sunatullah terhadap umat2 sebelum kamu, maka kembaralah ke seluruh pelusuk bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang2 yang mendustakan rasul2."
merujuk kepada tajuk post hari ini, sebenarnya ibnuRijal merujuk kepada tamadun islam. yang diibaratkan umpama daging dan selimut. mengapa? daging itu liat dan tebal, malah berharga. bukan senang nak carikkan daging, kita perlukan pisau yang tajam.. itulah islam. tamadun yang gagah, hebat dan sukar dikalahkan.
perumpamaan bagi selimut pula, kita tahu selimut melambangkan istirehat, ketenangan dan suasana yang jauh dari kesibukan hidup. begitu juga islam. tamadun yang aman, damai, mementingkan pendamaian. melayan musuh dengan senyuman.. "aslim taslam" maksudnya, masuk islam, selamat!
tapi saudara, apa significant daging dan selimut ni? dulu masa kecil2 IbnuRijal tahulah apa maknanya, beli burger daging di kedai  depan rumah, balik rumah terus makan kat dalam selimut. takut adik beradik mintak. :}
saudaraku,
sebenarnya dalam peribahasa malayu kita sering dengar dua perkataan ini akan dipadankan dengan "musuh". ya, pasti saudara pernah dengar peribahasa2 ini, "musuh dalam selimut" dan "duri dalam daging". kan? haaa.. ada satu lagi, gunting dalam lipatan,. semua ni membawa erti yang hampir sama. ertinya musuh yang muncul dari orang dalam kita sendiri.
 hairan.. tamadun islam sejak dari dahulu sering dihantui oleh pengkhianat dalaman. mengapa ya? sama2 kita fikirkan.. ehmm... firman ALLAH dalam surah Baqarah, menceritakan tentang perihal orang2 munafik, yakni pada ayat ke 14, '"dan mereka itu pabila berjumpa dengan orang beriman mereka akan berkata "kami beriman" dan pabila mereka pulang kepada syaitan2 mereka akan berkata sesungguhnya kami bersama kamu dan kami hanya memperolok2 kan mereka{orang2 beriman}" itulah sifat musuh dalam selimut kita. kalau dalam istilah melayu formal kita sebut pengkhianat, atau talam dua muka, dan dalam bahasa tidak formalnya kami di utara menyebutnya sebagai lalang!
dalam surah yang sama ALLAH menjelaskan bahawa golongan2 ini ingin menipu ALLAH dan orang2 beriman, tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari..  ALLAH telah menjelaskan di awal2 Quran lagi tentang golongan musuh dalam selimut ini kerana mereka merupakan ancaman yang paling besar dalam ketamadunan islam..
kita ambil contoh paling awal. pada peperangan Uhud. kita kalah kepada tentera kafir. ya, sejarah menyatakan faktornya adalah kerana sikap tentera islam yang tidak mendengar arahan Rasulullah s.a.w. tetapi, ada satu lagi faktor pencetus. iaitu orang dalam yang sentiasa meyakini kekuatan musuh dan bertindak berpaling tadah. siapa? saudara. ingat betul2 nama ini.. "abdullah bin Ubay salul" inilah bapak munafik yang berperanan menghasut sebahagian tentera islam untuk berpatah balik semasa ke medan uhud..

mari kita kembara pula ke empayar turki Uthmaniyyah yang hebat. setelah pelbagai kegemilangan dikecap. para pemimpin menjadi makin lalai dan jauh dari ALLAH.. kesannya, si pengkhianat ini mengambil alih pemerintahan dan terus mengubah wajah turki 100%. banyak ulama' dibunuh. wanita dilarang memakai tudung, para pekerja tidak boleh keluar sembahyang. waktu sembahyang azan tidak berkumandang, sebaliknya lagu kebangsaan dimainkan bagi menandakan masuk waktu solat. siapa ?? saudara, ingat betul2 nama ini, "Mustafa Kamal Antartuk". inilah 'barua' yang bertanggungjawab menghancurkan sebuah ketamadunan yang agung.. menurut buku biografi yang ibnuRijal baca tentangnya, mustafa kamal sebenarnya adalah dari puak yahudi dhanamm, yakni golongan yang diasuh dan ditarbiyah masuk islam untuk menghancurkan islam dari dalam. begitu bersungguh mereka ingin menghancurkan kita kan?  apa nak dihairankan, ALLAH dah sebut lama dah dalam quran "dan yahudi dan nasrani sekali2 tidak akan meredha kamu selagi kamu tidak mengikut mereka."
saudara sekalian, mengapa kita mengagungkan mereka, menurut apa sahaja kata mereka, meniru apa sahaja fesyen mereka. mengapa? nabi menjawab 1400 tahun dahulu dalam satu hadis,
"kelak kamu akan mengikut jejak langkah umat2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggakan kedalam lubang biawak pun kamu mengikut mereka. sahabat bertanya, adakah mereka yang dimaksudkan itu yahudi dan nasrani? baginda menjawab, siapa lagi ?

Alhamdulillah turki hari ini sudah kembali hebat dan berani. ingat tak insiden kapal laut NGO malaysia dan turki yang diserang tentera israel semasa mahu ke Gaza tahun lalu ?lihat apa reaksi pemimpin Turki ketika itu, beliau mencabar Israel jika tidak berundur, Turki akan menghancurkan Israel. apa yang berlaku lepas tu? Israel senyap seribu bahasa dan terus berundur {takut la tu..} itulah, sebenarnya mereka pun takut kepada kita, cuma mungkin kita terlalu lembut hingga mereka berani pijak kepala kita.
apa contoh lain pengkhianat? nah, ibnuRijal berikan contoh yang paling dekat, siapa yang bertanggugjawab hingga menyebabkan runtuhnya empayar melayu melaka pada tahun 1511 ?siapa yang bertanggungjawab mendedahkan kelemahan pahlawan kita? dalam sejarah melayu, watak ini adalah si kitol! pengkhianat.

senario paling2 hampir dengan kita, malah sedang berlaku.. lihat di Mesir. rakyat membuat pemberontakan bagi menentang pemerintah durjana dan musuh no.1 islam, Hosni mubarak! siapa tidak kenal dengan si husni ni, dialah teman paling rapat dengan israel. dialah sebenarnya pembunuh jiwa2 suci di Gaza. dialah yang membuat sekatan untuk rakyat Gaza. dialah yang mengarahkan tentera mesir untuk meletupkan terowong2 hidup rakyat Gaza. manusia jenis apa ni? Alhamdulillah semangat islam dan semangat ikhwanul muslimin kembali bangkit menuntut keadilan. sama2 kita doakan mereka. amin..
saudara, kita sejak dahulu diserang dari dua sudut. dalaman dan luaran. kalau dari luaran, itu memang adat bermusuh. islam menentang kafir. biasalah. tapi, bagaimana dengan islam menentang islam? tidakkah itu patut dihukum dengan lebih keras lagi ? satu kenyataan yang perlu kita tahu, neraka yang disediakan untuk orang munafik lebih keras siksanya dari neraka untuk orang kafir.. apa hikmah dan maksudnya? IbnuRijal tinggalkan saudara dengan persoalan itu.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI

No comments: