assalamualaikum w.b.t
apa khabar kita hari ini? harap2 sihat lah hendaknya disamping rahmat dan limpah kasih dari ALLAH yang maha esa. perasan tak, selalunya gambar2 pada post ibnurijal sebelum2 ni, tidak ada sebarang tulisan. mengapa? kerana ibnuRijal ingin saudara sendiri yang menafsir apa yang bakal ibnuRijal sampaikan dalam post -post itu melalui first impression saudara pabila melihat gambar2 sebelum ini.. Berbeza dengan kali ini, mengapa pada gambar hiasan post kali ini terpampang jelas perkataan ISLAMIC CIVILIZATION ? mengapa ibnuRijal tidak pula menyembunyikan perkataannya pada gambar kali ini? nak buat kelainan? mungkin la kot.... tapi, tujuan sebenar adalah kerana maksudnya. "ketamadunan islam". perkara ini tidak patut IbnuRijal sembunyikan. mengapa ? kerana ibnuRijal berbangga dengan ketamadunan islam.. ya, tersangat bangga.. hairan seribu kali hairan masih ada orang islam yang mengangkat tamadun barat, mendaulatkan segala apa dari mereka. sedangkan batu asas pada kehebatan barat adalah dari sisa runtuhan tamadun islam.. amboih, marah pulak orang barat kalau baca blog ibnuRijal ni. biarlah, kita juga marah kerana setelah sekian lama mereka menipu dunia dengan sejarah rekaan mereka. kehebatan islam sebenar disembunyikan, hasil ilmu agung islam diciplak, hasil bumi islam dirompak.. itulah tamadun barat, yang ibnuRijal labelkan sebagai tamadun "cut & paste"..
betul ke islam ni hebat? sabda nabi, 'islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi selain dari islam ".. firman ALLAH pula, dalam surah al imran, ayat 139.. "janganlah kamu merendah diri{terhadap kafir}, jangan kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu itu tinggi sekiranya kamu beriman"
hai, bunyi post kali ni macam tak puas hati lak kan? memang pun. bayangkan banyak karya kita dicetak rompak. kitab agung ilmu perubatan yang ditulis oleh ibnusina yang bertajuk "medi sina" dicetak rompak ke barat dan bertukar menjadi "medicine".. itu baru satu contoh, banyak lagi akan kita temui pada post2 akan datang. hari ini IbnuRijal lebih berminat untuk berkongsi dengan saudara tentang apa itu tamadun islam? kerana ibnurijal tertarik dengan komen2 pembaca yang amat beminat untuk mendalami tentang tamadun islam. buat yang dimaksudkan, ketahuilah, KITA BERKONGSI MINAT YANG SAMA.. sejarah itu penting, hatta 1 per 3 dari isi kandungan Al Quran juga adalah berupa sejarah. ALLAH mendidik sifat2 terpuji kedalam diri Rasulullah s.a.w juga melalui sejarah umat2 terdahulu. boleh semak Quran andai saudara tidak yakin dengan kenyataan ini.
baik, ayuh kita mulakan pengembaraan ke zaman silam kita... tamadun islam dapatlah dibahagikan kepada 3 tahap, iaitu, klasik, pertengahan, dan moden. sebenarnya tamadun iman sudah lama wujud sejak dari zaman kerajaan nabi Sulaiman a.s lagi. malah, hingga ke hari ini, belum ada mana2 kerajaan lagi pun yang mampu mencapai kemegahan seperti yang diasaskan oleh Nabi Sulaiman a.s ini. ok, kita tinggalkan sebentar kisah nabi sulaiman. kita kecilkan skop kita kepada tamadun islam itu sendiri yang diasaskan oleh nabi kita yang tercinta, MUHAMMAD s.a.w . tamadun islam bermula sejak era nabi kita, then era khulafa' arrashidin, kemudian era umaiyyah, abassiyyah. pastu terjadi sebentar perpecahan kecil yang mewujudkan kerajaan2 kecil seperti idrisi, aghlabi, tuluni, ikhsidi, hinggalah ke bani seljuk kemudian muncul kerajaan fatimiah syiah islamiyyah, lepas tu pula empayar islam muncul di Afrika iaitu kerajaan Murabittun dan Muwahhidun. kemudian muncul pula di Andalusia. kemudian kerajaan islam Mughal di india. seterusnya kerajaan bani Uthmaniyyah di turki, dan akhir sekali merebak ke kerajaan islam di Nusantara iaitu tempat tanah tumpah darah kita sekarang.. Subhana ALLAH.. hebatnya kerajaan islam kan?
tamadun menurut barat adalah pencapaian lahiriah dan pembagunan meterial. namun bagi islam tamadun adalah pembangunan lahirah dan rohaniah dari aspek pelbagai sudut pandang.. ahli2 falsafah barat seperti W.Montgomery Watt, John Obert Voll juga melihat umat islam sebagai gigih dan berdaya saing kerana mereka sedar pada misi ketuhanan. apakah misi ketuhanan? itulah kesedaran bahawa matlamat hidup dimuka bumi ini sebagai khalifah dan mendaulatkan agama ALLAH serta yakin ALLAH dekat dengan kita. misi ketuhanan pertama yang mencetuskan hijrah Rasul bersama kaum muhajirin. apa hasilnya? terbentuk sebuah negara berdaulat dan merdeka, yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama, serta adat resam, mengguna pakai islam sebagai agama rasmi, pelaksanaan undang2 yang PALING ADIL. itulah dia negara Madinah. negara bangsa pertama didunia ini. malah, piagam Madinah adalah perlembagaan bertulis yang melengkapi segala bidang keperluan sesebuah negara adalah perlembagaan bertulis yang pertama dan tertua didunia.
saudara sekelian, dalam ruangan yang terbatas ini, mungkin sukar untuk ibnuRijal kupas sedalamnya mengenai tamadun kita. tapi ibnurijal cuba sebaik mungkin memberi gambaran mengenai tamadun islam secara menyeluruh demi kepuasan pembaca sekelian.
empayar islam pesat berkembang. peperangan pertama kita adalah perang Badar. ketika itu tentera islam hanya 313 orang berbanding dengan 1010 orang tentera kafir. tapi lihat sahaja hari ini kekuatan islam andai kita bersatu. jumlah tentera islam berbanding tentera yahudi secara nisbahnya kini adalah 1 tentera israel bersamaan 60 tentera islam. ibarat 1 lawan 60. agak2 siapa menang? anda beri jawapan. dan, kenapa 60 0rang takut pada seorang? anda beri jawapan juga....
apa sumbangan tamadun islam? pada zaman umar, beliau wujudkan pasukan yang digelar sahibul ahdas. yakni yang menjaga keselamatan dalam negeri.kini ia ditiru, dan di sebut sebagai polis. pada zaman Usman, ditubuhkan satu unit armada laut. kini ia disebut Navy. dari sudut pentadbiran juga, islam lah yang menerajui transformasi. Rasulullah s.a.w mewujudkan sistem syura, kini wujud parlimen. baginda mewujudkan sebuah pusat pentadbiran di masjid, kini wujud white house.. pada zaman umar lagi wujud baitul Mal yang cekap. kini bank2 dunia tumbuh bagai cendawan..
bila berbicara mengenai kerajaan islam. ibnurijal amtlah mengkagumi kerajaan abassiyah dan turki uthmaniyyah.. keduanya sebenarnya ada kesinambungan. tapi ia perlukan penjelasan lisan. hubungi email ibnuRijal jika ingin tahu lebih terperinci kerana ibnurijal tak mampu simpulkan semua dalam satu post. pada zaman abasiyyah ini ilmu begitu dipandang tinggi. dipengaruhi oleh khalifah2 yang mencintai ilmu seperti AL Makmun yang membina Baitul Hikmah yang menjadi pusat ilmu dan penyelidikan. disitulah makmal, madrasah, bengkel, perpustakaan, dewan kuliyyah, dan sebagainya. dan disitulah jua tempat berkumpulnya prof.-prof terbilang pada zaman silam.. ketika ini muncul lah Dr. ibnusina, prof.al farabi, dan ramai lagi. seperti dr. ar razi, al Haytam,alJabar, alBiruni... ketika ini tamadun islam mencipta astrolab yang amat berguna dalam bidang astronomi. . wujud peta dunia, yang hanya berbeza sedikittttttt sahaja dengan peta moden rakaman satelit kini. dalam ilmu agama pula muncul bukhari dan muslim yang berjasa besar mengumpul hadis. mengapa mereka sehebat ini? kerana islam, taqwa, iman, dan quran sebagai grand kitab panduan. pengakhiran empayar Abasiyyah juga sebenarnya ada kaitan dengan peranan Turks {rujuk post yg lalu}. namun, satu lagi sebab lain adalah kerana terdesaknya musuh untuk menewaskan mereka hingga menggunakan taktik yang cukup keji. iaitu, umpan. tentera Moungul yang sudah berputus asa untuk menewaskan mereka. telah mendapat tahu, dalam kerajaan abassiyyah terdapat 1 group ahli ibadah yang ditugaskan khas utnuk berdoa untuk kejayaan islam. dan mereka ini cukup teliti dengan makanan mereka, kerana itulah semua doa mereka MAKBUL. tentera Mongul telah menipu untuk berdamai dengan islam. dan menjemput group ini untuk jamuan pendamaian. sebenarnya mereka menjamu daging babi kepada para pendoa itu tanpa pengetahuan mereka. sebaik mereka memakannya, terus puak Mongul berteriak, bahawa mereka pasti akan menang! kerana doa2 group itu tidak akan dimakbul kan lagi kerana memakan makanan haram. akhirnya Abasiyyah runtuh, kisah keruntuhan Abasiyyah cukup2 menyayat hati..
Tetapi semua tak berakhir disitu, islam tetap utuh dan kembali beraja pada zaman uthmaniyyah dan hingga kini islam mekar di nusantara. tidak hairanlah jika ada ulama' berpendapat kelak akhir zaman islam akan kembali bangkit melalui timur {nusantara/asia tenggara}. betul atau tidak? sama2 kita saksikan..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI
2 comments:
post yg amat2 menarik..
ape pendapat ibnurijal mengenai kejahilan dan ekstremisme barat dalam dunia islam? musuh dalam selimut?? harap ibnurijal dapat mengupas persoalan ini..
Post a Comment