teman-teman...

Tuesday, February 1, 2011

Semudah 1...2....3. !! ANDA pasti berjaya..!

assalamualaikum... apa khabar saudara IbnuRijal hari ini? bagaimana dengan post yang lalu? dapat tak maksud sebenar disebalik huraian IbnuRijal yang serba kekurangan tersebut? harap2 begitulah hendaknya. disini IbnuRijal ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan  infiniti terima kasih kepada followers dan para pembaca "bakal followers" kerana memberi sokongan yang berterusan kepada usaha dakwah ini. ada rakan2 yang share post2 ibnurijal ke dalam wall facebook mereka, ada yang print dan jadikan bahan edaran, terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih IbnuRijal ucapakan kepada saudara sekelian. kepada sekelian komentar yang memberi komen sama ada di blog ini atau terus ke e-mail IbnuRijal, terima kasih juga yang tak terhingga diucapkan.. semoga ALLAH merahmati segala usaha kecil kita ini. serta semoga ini menjadi jawapan didepan ALLAH s.w.t nanti tentang amanah dakwah yang telah kita kerjakan didunia ini.. teringat pula ibnurijal kepada peristiwa semasa nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dahulu, pada ketika itu, burung kedidi bertungkus lumus mengangkut air menggunakan paruhnya untuk memadam kebakaran itu. bagaimana burung yang kecil mampu memadamkan kebakaran yang besar? sudah tentu tidak terpadam api itu secara logik akal. semasa burung kedidi sedang berulang alik mengangkut air, seluruh binatang lain mentertawakannya, kata mereka mengapa kamu melakukan perkara yang bodoh? usaha kamu kecil dan tak memberi kesan kepada api itu"... ini jawapan burung kedidi ; "walaupun usaha aku ini kecil dan tak memberi kesan kepada api itu, sekurang-kurangnya aku ada jawapan didepan ALLAH s.w.t  apabila nanti aku disoal tentang apa tindakan aku sewaktu Ibrahim dibakar didepan mataku!
subhana ALLAH... dapat tak mesej dalam kisah ini? hebat kan? cuba aplikasikan kisah ini dalam kehidupan kita sekarang.. biarpun kita ini masih muda, tidak fakih sangat dalam bidang agama, dan mungkin usaha dakwah kita ini kurang memberi kesan kepada masyarakat, namun ingatlah kata2 kedidi tadi.. "sekurang2nya aku ada jawapan didepan ALLAH nanti."..   ya, betul... andai nanti kita disoal, apa yang kita lakukan disaat akhlak dan moral masyarakat sekitarmu semakin runtuh? sekurang2nya, kita ada jawapan kan? thanks again..

ok, berbalik kita kepada tajuk asal kita hari ini.. ehmmm... agaknya apa maksud tajuk kali ini ya? adakah IbnuRijal ingin mengajar matematik pula kali ni? eh, maaf.. ibnurijal kantoi bab2 kira mengira ni.. then? ok.. straight to the point, sebenarnya ini adalah satu penemuan terbesar ibnurijal. pernah tak kita disoal apa tujuan hidup kita..? bagi para penggemar kitab2 agama pasti pernah menemui kitab "apa erti saya menjadi seorang islam" karangan Fathi Yakan.. seterusnya karya sastera " ya aiyyuhal maa shi" yang bemaksud wahai orang yang berjalan". karya2 ini memperjelas kepada kita akan tujuan hidup. ya, seperti firman ALLAH dalam Quran surah Az zarriyat, "dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.." ini adalah jawapan dari bos kita tentang semua persoalan diatas. ya, tujuan hidup..

1...2....3.... ini pula sebenarnya adalah formula tujuan hidup yang ibnurijal selaraskan sesuai dengan jiwa muda kita dan ia merangkumi semua aspek hukum hidup..

bagaimana?

begini, ayuh kita mulakan.. mula-mula, tanya diri kita dulu, apa hukum hidup sebagai muslim? pastinya ianya adalah fekah, akhlak. tauhid. syariah, jenayah, dan sebagainya.. semua ini jika di group kan akan terbahagi kepada " tasauf, syariat, dan ibadat.. yakni kalau diringkaskan lagi akan menghasilkan "hablu minALLAH wa hablu minannas " yakni hubungan dengan allah dan hubungan dengan manusia.. dah sedia ? ya. IbnuRijal tanya anda, dah sedia? ok. mari kita terjun kedalam formula 1..2..3 MUSLIM! ini..

apa erti satu {1} ? ianya adalah kepercayaan yang tinggi bahawa ALLAH adalah SATU! inilah konsep yang paling tinggi sebagai seorang muslim. dan ini jugalah yanng membezakan islam dan kristian. tidak hairanlah jika syarat pertama menjadi islam adalah meng'esa'kan tuhan.. lihat kalimah syahadah, "LA ILA HA ILLA ALLAH " tidak ada tuhan selain ALLAH. " jika kita terang2 tak mempercayainya, kita disebut syirik jali. dan jika kita masih kabur dengan konsepnya, kita boleh tergolong dalam syirik khofi.  jadi jelaslah kepada kita akan peri pentingnya kefahaman konsep tauhid ini. kerna itulah islam mengajar kita, "awwaluddin makrifa tullah" iaitu "awal2 agama itu adalah mengenal ALLAH". jadi kita perlu jelas dulu konsep ketuhanan barulah terjun kepada konsep kehidupan.

kedua, {2}  yakni perbezaan yang halus antara dua, yakni "percaya" dan "yakin". apa maksud iman? maksudnya percaya dan yakin.. mengapa kedua2 ini disebutkan? sedangkan bunyinya macam sama ja.. sebenarnya wujud satu garis pemisah yang halus antara keduanya. analoginya begini, bayangkan anda sedang menonton satu aksi merbahaya. seseorang meletakkan epal diatas kepala pembantunya, kemudian mengundur jarak 5 meter, lalu menembak. tepat ke buah epal itu. sebagai penonton, anda percaya atau tidak kepada kehebatan penembak tadi? sudah tentu kan? kemudian dia meletak satu lagi epal di atas kepala pembantunya, dia mengundur lagi 20 meter. kemudian menembak tepat kearah epal itu. kepercayaan anda semakin  bertambah atau tidak kepadanya? mestilah.. kan? tetiba, dia memanggil anda untuk di uji. dia ingin meletakkan epal diatas kepala anda, lalu ingin menembaknya dari jarak hanya  3 meter. tanya diri anda kali ini, anda YAKIN atau tidak kepadanya? pasti anda akan rasa takut2 untuk diuji, kan? yaa...tu lah bezanya percaya dan yakin. jika kita percaya, kita kurang menghargai islam dalam diri kita dan tidak kuat bila ditimpa ujian. namun jika kita yakin, kita kan menikmati sepenuh keyakinan kepada kuasa-NYA dan bersedia bila2 untuk diuji oleh-NYA.. baru jadi hamba yang kuat dan redha kan?

apa pula tiga {3}?
ia adalah tiga rukun yang kita diajar sejak dibangku sekolah lagi. rukun islam, rukun iman, dan rukun ihsan. agaknya mengapa kita disuruh menghafal rukun2 ini ya? dan apa pula significant rukun2 ini? kita tak pernah didedahkan bukan ? baik, mari kita bongkar hari ini, berpandukan majalah solusi keluaran januari 2011..  ibnuRijal dapat simpulkan begini.. bermula dengan rukun iman, sistem keyakinan berasaskan 6 paksi tauhid dipupuk kedalam diri dengan sesunguhnya. lalu, kemantapan iman ini disusuli dengan melaksanakan satu pekej amalan2 seperti terkandung didalam rukun islam. akhirnya, hasil akan terpancul pada tahap ketiga iaitu rukun ihsan, yakni perilaku2 baik yang diamal secara ikhlas dan istiqamah kerana merasa diri "melihat" dan "dilihat" oleh ALLAH pada setiap masa..

baik, bila kita gabungkan kesemua cara diatas, ia akan membuahkan hasil yang hebat dan paling penting, ia memberikan jawapan yang kita cari selama ini, "apa tujuan hidup ini?" .. ok, sedia ? 1..2...3  ! selamat mencuba! semoga berjumpa dlm post yang akan datang.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

2 comments:

Anonymous said...

awak ni sweet ler.. rupa paras ade.. I LIKE!hehe..<3

qalisya umaiyyah said...

ske bce blog ibnu rijal. sgt berguna dan bermanfaat utk semua.