teman-teman...

Thursday, January 27, 2011

Masanya akan Tiba Jua...

Salam... apa khabar saudara hari ini? dah makan ? ehmm.. saat IbnuRijal menulis post kali ini, IbnuRijal baru saja pulang dari wacana pemikiran tentang ketamadunan Turki sejak dahulu hingga kini. Prof.D.r Ataullah Kopanski yang membentangkan kertas kerjanya.. banyak ilmu baru yang IbnuRijal dapat pada malam ini.. rupanya, manusia pertama yang mengasaskan turki adalah Japheth bin Nuh a.s... rupanya Turki adalah sebuah tamadun yang hebat dan pernah memerintah dunia suatu ketika dahulu. malah, Sepanyol, Itali, Azerbanjan, dan sebahagian besar eropah adalah wilayah turki suatu ketika dahulu, termasuklah Rusia dan separuh China.. bayangkan betapa hebat empayar ini.. Turki diperintah oleh banyak era, yang terkenal adalah antaranya, bani saljuk, bani mamluk, serta empayar turki Uthmaniyyah dan kegemilangan Sultan Muhamad Al Fateh, yang menjadi kebanggaan kita sampailah ke hari ini. seterusnya Turki mengalami era "kemodenan" pada zaman Mustafa Kamal Antartuk, namun ia hanya "mainan" dan propaganda musuh kita. situasi sebenarnya adalah kejatuhan tamadun islam yang hebat di bawah pengaruh musuh islam.
IbnuRijal amat tertarik dengan kata2 panelis sebentar tadi iaitu, "turk is nothing without islam"... ya, betul.. itulah kehebatan islam.. bila islam datang ke Turki? sejarahnya sewaktu puak arab dan puak turki bersatu padu menentang china semasa 'Talas Battle' {751 A.D}. semasa perang ini, muslim arab tertarik dengan kepahlawanan yang ada pada puak turki, atau "turk", dan turk pula tertarik dengan akhlak dan budi masyarakat islam arab ketika itu.. bermula dari itulah islam tersebar luas ke seluruh dunia sekaligus meneggelamkan pengaruh kristian yang ketika itu mengalami zaman kegelapan, dimana gereja memiliki kuasa pentadbiran. penjualan sijil Indulgendes{sijil pengampunan dosa} secara meluas oleh pihak gereja, dan larangan mengejar dunia oleh penganut kristian menyebabkan lahirnya mazhab protestan dalam agama kristian yang diasaskan oleh Martin Luther ketika itu.. bermula itulah kristian kembali bangkit dengan semangat "Reformation".
... ok2.. sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita berbalik  kepada maudhuk asal kita, iaitu tentang kuasa islam.. islam pernah memerintah dua pertiga dunia. kesinambungan dari empayar turki inilah, islam tersebar jauh hingga ke tanah melayu kita ini! apa rahsia mereka? islam yang lahir ditengah2 masyarakat jahiliyyah, mampu memerintah dunia dalam masa yang cukup singkat... baik, mari kita tinjau satu persatu.. Pertamanya adalah roh islam itu sendiri yang dihidupkan oleh para pejuang kita, hingga menarik minat Turk untuk memeluk islam. keduanya, semangat bersatu padu demi agama seperti yang ditunjukan oleh turk dan muslimin arab. ini selaras dengan firman ALLAH didalam Quran, surah al ma'idah ayat 2, m/s 106.. "dan bantu membantulah kamu dalam kerja2 taqwa, dan janganlah bantu membantu dalam perkara dosa..."
dari apa yang IbnuRjal perhatikan, ciri yang ketiga adalah ketaqwaan pemimpin itu sendiri.. buktinya? menurut         prof. dalam forum tadi, puak Turk tidak begitu "ngam" atau "kamceng" dengan islam di era Umayyah.. tetapi mula menjalin kerjasama dengan islam malah memeluk islam semasa era Abassiyyah. kenapa? menurut sejarah, memang terbukti kebanykkan khalifah Umaiyyah mementingkan kekayaan, dunia, hiburan, KECUALI Umar Ibn Aziz yang melawan tradisi ini. namun kesannya baginda dibunuh oleh kerabat baginda sendiri. seterusnya Abassiyyah yang membawa motto "ahlul Bait" memerintah empayar islam. khalifah2nya banyak yang beriman seperti Harun Arrasyid, Al Makmum dan sebagainya.  disitu timbulnya kekuatan islam.. dalam konteks Turki pula, sultan Muhamad AL Fateh, yang berjaya menakhluki konstantinompel, seorang raja yang zuhud dan beriman. pernah suatu hari, ketika baginda ingin mengirim tenteranya sebagai saff pertama dalam medan perang, baginda bertanya kepada mereka, "siapakah diantara kamu semua yang tak pernah tinggal solat? beratur di sebelah.." lalu bangun sebilangan besar tenteranya beratur disebelah. baginda bertanya pula kepada kumpulan yg bangun tadi, "antara kamu semua ini, siapa pula yang tak pernah tinggal solat malam? " lalu bangun sebahagian dari mereka dan beratur disebelah lagi.. begitulah berikutnya soalan2 oleh baginda, hingga akhirnya baginda dapati tiada siapa yang mampu bangun dan beratur disebelah.. kecuali baginda sendiri yang paling layak untuk berada di saff paling depan..
subhana ALLAH... hebatkan? tapi mengapa kita tak sekuat dahulu? jawapanya mudah. kerana kita tak bersatu dan tak menghidupkan roh islam yang sebenarnya. bak kata prof tadi, "if we truly understand islam, nothing to do with 'EURO' in our hands. kerana tidak wujud eropah jika islam itu kuat. mengapa? cuba ingat balik, tadi IbnuRijal dah sebutkan, bahawa semua negara2 eropah sekarang dahulunya adalah wilayah turki uthmaniyyah.. tiada 'asia', 'eropah' 'afrika',, yang ada cuma "kafir" dan "muslim".. kan? faham tak maksud kata2 ini.. renungkan.
bagaimana nak kembalikan kegemilangan islam ini? jangan risau, masanya akan tiba jua. janji ALLAH dalam surah An Nisa', ayat 141, m/s 101.." ALLAH tidak akan memberi jalan untuk kafir mengalahkan islam"
apa yang penting ?  K E R J A S A M A..
yaa... itulah kuncinya.. kita harapakan akan ada seorang "Martin Luther" islam yang akan membawa "reformation" islam pula untuk kembali menakhluk dunia insya ALLAH..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI

2 comments:

Anonymous said...

menarik dan menambahkan pengetahuan. harap ibnurijal dapat mengupas topik2 yang lebih menarik untuk di kongsi bersama..

qalisya umaiyyah said...

ibnurijal mungkin boleh bkongsi cerite mengenai tamadn dan empayar islam yang laen sbb sy sangat berminat untuk mengetahui dgn lbh mdalam.