assalamualaikum w.b.t.. apa khabar saudara sekalian? alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dalam post kali ini. setelah beberapa siri sebelum ini kita berbicara tentang tamadun dan perjuangan yang mana ada sesetengah rakan2 pembaca yang memberi komen tajuk demikian 'berat', hari ini IbnuRijal ingin membawa tajuk yang lebih ringan tetapi perlu diambil berat..
saudara semua pasti ada kawan kan? malah kita pun sedang berkawan sekarang, berkongsi cetusan rasa dan pandangan. memang seronok jika berkawan dan berkasih atas nama perjuangan.. kepentingan berkawan tidak perlu dibahaskan lagi, semua menyedari akan kepentingnnya. tanpa sahabat, kita akan kesunyian. ehmm.. apa pandangan islam mengenai sahabat?
islam lebih terbuka dan memandang begitu tinggi makna sahabat sehingga mengangkat martabat sahabat sebagai saudara. ya, saudara.. kita digalakkan berkawan sesama kita selagi mana tidak mengundang fitnah. "berkawan biar beribu.." makin ramai kawan kita, makin indah hidup kita. baiklah, jom kita selami erti persahabatan dari sudut pandang islam pula. pasti menarik untuk dikongsi.
islam tidak membataskan "sahabat antara sesama manusia sahaja. kita boleh bersahabat dengan haiwan, tumbuhan, serta semua makhluk ALLAH yang lain. namun, sudah tentu implimentasinya tidak sama seperti bersahabat dengan manusia. janganlah sampai ajak kucing tengok wayang pula. : }
islam turut mengambil berat kriteria seorang sahabat. firman ALLAH dalam surah Hud, ayat 113, m/s 234, yang bermaksud "janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka......."
lihat, disini kita dapat fahami bahwa sahabat yang baik itu mampu membawa kita dekat dengan jalan kebaikkan, sahabat yang tidak baik, boleh menyebabkan kita disentuh api neraka. ayat ini mengajar kita agar berhati2 memilih sahabat. seperti sabda nabi juga, "sesiapa yang bersahabat dengan tukang besi akan mendapat habuk besi itu, sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan terpalit bau minyak wangi itu..
adakah ini bererti kita tidak boleh melayan sahabat2 yang kurang mengambil berat dengan islam? tidak begitu.. andai kita punyai ramai kawan yang demikian, kita perlu jadikan ia alasan untuk kita masuk syurga, bukan jadikan ia penyebab kita disanbar neraka. bagaimana? dakwah lah dengan hikmah. sudah tentu mereka susah menerima teguran andai kita menegur dengan lantang. jadilah seperti air. air akan berubah bentuk mengikut persekitarannya. bila dimasukkkan dalam cawan, ia berbentuk didalam cawan. bila dituang kedalam piring, ia akan membentuk memenuhi piring. Jalal al Rumi pernah berkata, "apabila sungai bertemu laut, ia akan menjadi laut, tidak lagi menjadi sungai......." anda faham maksud ayat ini kan?
Begitu juga kita. katakan ayat2 dakwah yang tidak menyentuh hati mereka dan meragut terus minat mereka untuk mendalami islam. Imam Hasan Al Bana pada suatu hari pernah memasuki disco. didalamnya beliau berdiri memegang microfon lalu berdakwah tatkala orang2 didalam disco itu sedang mabuk, leka dengan lagu2.. namun, kata2 hikmah imam hasan al bana mampu membuat semuanya berhenti, terkedu, dan menangis. akhirnya, disco itu bertukar menjadi pusat dakwah. kita jangan sesekali merasa diri kita mulia dan orang lain tidak. kerna yang mebezakan kita semua hanyalah taqwa. dan taqwa itu tidak boleh diukur dengan termometer. dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh muslim, "sesungguhnya ALLAH menolong hanba-NYA, seperti apa yang hamba itu menolong saudaranya. inilah konsep bersahabat sesama manusia mencetus cinta pada yang ESA.
kita disaran agar mendekatkan diri dengan ulama'. lihat bagaimana kisah nabi Musa a.s berdamping dengan nabi Khidir, untuk apa? belajar dan bersahabat. itu matlamat bersahabat dalam islam.. "ulama' itu perwaris nabi". kita harus mengambil peluang mendampingi ulama'. pada suatu hari, Abu Yazid pernah ditanya oleh seorang lelaki, "nasihatkan saya tentang amalan yang mampu membawa saya dekat kepada ALLAH"
Abu Yazid menjawab, "kasihlah {bersahabat} dengan orang yang mengasihi ALLAH, dan cuba ambil tempat dalam hatinya, kerna ALLAH akan melihat kedalam hati para kekasihnya 360 kali sehari, jika namamu terdapat didalamnya, kamu akan diampunkan,..."
subhana ALLAH.. hebatnya kasih sayang ALLAH.. dan bertapa bermanfaatnya sebuah persahabatan yang utuh dengan orang beriman.
saudara sekalian, binalah sillaturahim sesama kita. nabi s.a.w pernah bersabda, "sesiapa yang memutuskan silaturahim tidak akan masuk syurga walaupun dia mati ditengah2 tapak kaabah"
hari ini kita mengerti akan pentingnya bersahabat dalam islam. islam itu lengkap dengan pelbagai cabang. terokalah ia, pasti kita akan ketemu warna2 kehidupan yang cukup benilai.
akhir sekali, IbnuRijal ingin memetik sebuah kata2 dari Syeikh Sa'di Shirazi yang berbunyi, "anjing yang menjadi rakan didalam gua diberi penghargaan kerana bersama-sama mereka[ashabul kahfi], malah ia disebut didalam Al Quran, dan menjadi sebahagian daripada sejarah...."
ertinya, dengan sahabat kita boleh menjadi mulia walaupun kita hina, dan dengan sahabat kita boleh jadi hina walaupun kita mulia..
selamat bersahabat ya sahabat...!
CUKUPLAH UNTUK HARI INI
2 comments:
santai..
ibnurijal byk menjelaskan pahlawan2 islam lelaki seperti hamzah dan umar pd zaman empayar islam.. boleh ibnurijal jelaskan pula bidadari syurga seperti khadijah r.a, na'illa binti al-farafisyah sebagai serikandi islam..
Post a Comment