teman-teman...

Sunday, June 30, 2013

Allayarham Loloq dan Misteri karya Agung..

dengan nama ALLAH yang pemurah lagi maha penyayang...

assalamualaikum wbt..

apa khabar handai taulan yang dikasihi sekalian? semoga sentiasa dalam lindungan kasih dan rindu ALLAH hendaknya.. ehmm.. dah lama saya tak menulis di blog ini. atas desakan kerja dan bujukan duniawi yang melampau, saya tersungkur pada page fb, hingga terlupa Blog ini adalah batu asas loncatan saya hari ini.. ITU SILAP SAYA. dan saya akui serta meminta maaf kepada sahabat2 sekalian..

biasanya post2 saya banyak berkisar tentang kisah2 sejarah, ketuhanan serta isu islamik kontemperari. jarang benar saya menulis tentang mana2 tokoh secara Khusus didalam blog saya ini. seingat saya lah, baru dua tokoh yg saya ceritakan secara khusus didalam entry saya, iaitu Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar Al Khatab. yang mana post mengenai saidina Umar mendapat kecaman hebat puak2 Syiah.. (next post saya bakal ceritakan..)

jadi, malam ini, saya ingin menceritakan khusus mengenai seseorang yang saya anggap tokoh. jika beliau masih hidup, hari ini usianya 55 tahun. beliau tidak dikenali kerana dibayangi oleh nama2 besar yang disekeliling beliau. siapa tidak kenal M Nasir, Wings, Search, Spider, Ella, Exist, dan banyak lagi. namun, berapa kerat yang mengenali insan yang bernama Rosli Khamis, atau LOLOQ.

anda pernah mendengar lagu Tanya sama itu hud-hud, Raikan Cinta, Andalusia, Kasih Latifah, Sufi, Diambang Wati, dan banyak lagi judul2 lagu yang boleh dianggap 'pelik', dan lirik2nya pula boleh dikategori kan sebagai 'merapu' atau ntah apa apa..

ya.. Loloq adalah insan disebalik semua lagu lagu ini. beliau dikenali dengan lirik2 nya yang sukar ditangkap oleh minda. kerana laras bahasa yang digunakan oleh beliau agak tinggi,dan paling penting, 'liriknya ada isi'.

kalau ingin menceritakan semua mengenai lirik2 beliau, pasti tidak cukup satu entry. saya berhajat untuk menulis thesis mengenai maksud disebalik lirik2 Loloq. mudah-mudahan Muqadimah ini memberi sedikit sebanyak peransang kepada saya untuk terus mengkaji, dan ilmu untuk sahabat, untuk mengenali siapa insan yang bernama Rosli ini.

ok.. straight to the point..

melihat kepada karya2 Loloq, pasti anda akan terjumpa lirik seperti..

"cahaya mu bagai sabitath.."

tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan,
yang sampai hanya satu jalan..

'ribu2 mergastua, mencari raja si Muraq,
yang sampai cuma tiga puluh.."

"uhhh.. sang Algojo, nanti dulu!"

"nafi dan isbat kau sandingkan, sebagai tali pegangan.."

hey kesani! mengalirlah dikau, menjadi raksa mengisi belikat punggungku.."

dan banyak lagi, hingga kita bertanya, 'lirik apa ini??"

pertanyaan itu sebenarnya bukan menunjukkan kebodohan penulis, tapi kejahilan kita!
allayarham bagi saya seorang pengkaji. sejak kecil saya amat meminati lirik2 beliau, meskipun tidak tahu kepala ekoq. entah apa yang disampaikan, namun saya sangat meminati lirik2 beliau, atas faktor bahasa yang digunakan, dan temanya yang tiada unsur2 leleh2, jiwang tahap langit ketujuh, dan sebagainya yang menjadi lirik typical di Malaysia.

alhamdulillah.. hari ini usia saya 23 tahun, hasil bacaan dan pencarian, ALLAH sempatkan juga saya untuk mendalami maksud2 disebalik lirik arwah. Alhamdulillah.. namun ALLAH tidak sempatkan saya bertemu dengan arwah. tak mengapa.. pasti ada hikmah. ALLAH maha bijaksana..
"kalau aku dapat jumpa dia, mahu bertalaqqi aku dengan dia sehari semalam!" hehe.. itu niat saya, maka ada hikmahnya beliau pergi dulu, dan meninggalkan karya2 agungnya untuk dikaji.

lirik beliau bukan puisi. saya masih ingat, saudara Budhi Hikayat (komposer Awan Nano) pernah bercerita yang bagi Loloq, puisi dan lirik adalah dua perkara yang berbeza. dan hasil kajian saya, lirik loloq bukanlah puisi, namun bahasa ilmu yang sangat puitis!

siapa sangka, dalam lirik2 nya yang dianggap gila, rupanya terkandung Hadith2 authentic dari rasulullah, kisah hikayat2 ahli sufi islam dulu, terkandung sirah kerajaan andalusia, terkandung kisah Yusuf dan Zulaika, serta sang Algojo dan si penunggu mati.
misalnya..

"tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan, yang sampai hanya satu jalan"

ini adalah petikan hadith dari rasulullah s.a.w. (boleh rujuk kitab hadith akhir zaman). didalam hadith ini nabi menceritakan mengenai nasib penganut agama tsamawi diakhir zaman yang mana yahudi akan berpecah kepada 71 golongan, nasrani akan berpecah kepada 72 golongan, dan ISlam akan berpecah kepada 73 golongan.. dan CUMA SATU  golongan dari tiap bangsa ini akan masuk syurga.. yang lainnya akan masuk ke neraka.. didalam lirik ini arwah mengingatkan kita mengenai islam yang akan pecah kepada 73 golongan, dan cuma satu yang dapat msuk syurga. sedarkah kita, bahawa loloq sedang 'berceramah' kepada kita tentang amaran ini? lirik ini ditulis pada 90-an.. dan ketika itu masih belum ada fb, dan internet masih belum meluas, dan amat amat jarang kita mendengar mengenai syiah, wahaby, dan banyak lagi ajaran lain yang menyimpang. dan para ulama juga sangat2 jarang menyebut mengenai hadith ini ketika itu. namun, pada saat itu, arwah lolog telah bercakap mengenai ancaman ini, dan IA SEDANG BERLAKU SEKARANG DI MALAYSIA.!

pada rangkap kedua lagu ini, beliau menulis,

"ribu-ribu mergastua mencari raja si muraq, yang sampai hanya tiga puluh"

menulis dalam tema yang sama, tapi dalam konteks yang lain. bait lirik ini membuat saya menggeleng kepala bila merenungnya. dan soalan yang keluar di kepala otak saya time tu, "dah berapa ratus buku la arwah dah baca".. YA! kenapa saya berkata begitu? hanya Jauhari yang mengenal Manikam. jika pada bait yang pertama tadi, mungkin boleh kita katakan loloq just kutip hadith tu dari mana2 kawan dia yang ustaz. tapi bagaimana dengan rangkap kedua? ini adalah mengenai hikayat At Tuyyur. atau 'kisah raja si muraq. sebuah hikayat sufi purba Parsi yang ditulis oleh penyair parsi terkenal era itu, Fariduddin al Attari. dan hikayat2 ini tidak diajar disekolah2, mahupun universiti peringkat degree!
pada era kegemilangan sastera sufi parsi dahulu, muncul tokoh2 hebat yang menulis kisah2 dan syair2 hebat yang disebalik kisah itu mempunyai banyak makna yang tersirat dan cukup mendalam mengenai hubungan hamba dan tuhan.  antara tokoh yang saya minati, Jalaludin Ar Rumi, atau lebih dikenali sebgai maulana Rumi, dan Ibn Tufayl, yang menulis hikayat Hayy Ibn Yaqzan. ini adalah karya2 agung yang mempuyai makna yang cukup mendalam. dan allayarham rosli Kamis, sedang mengulang sejarah mereka!
kisah hadith 73, dan hikayat raja si Muraq menceritakan mengenai peluang. didalam hikayat raja si muraq, diceritakan mengenai ribuan burung2 yang mencari2 Raja. lalu, Hud-hud membawa mereka terbang jauh mencari raja si muraq untuk diangkat menjadi raja mereka. dalam perjalanan itu mereka harus menempuh 7 ujian yang meliputi ujian cinta, rindu, kesatuan, dan banyak lagi. (kena baca sendiri). maka, dalam ribuan burung itu, cuma 30 puluh ekor yang berjaya sampai ke raja si muraq. dan sebaik tabir dibuka, mereka melihat raja si muraq itu adalah diri mereka sendiri! apa ertinya? ia adalah perlambangan perjalanan untuk mencari dan mengenal diri sendiri. sungguh agung karya2 seperti ini.

maka, bukan calang2 penulis yang ada ilmu semacam ini. pastinya beliau seorang pengkaji dan sangat sangat sangat banyak membaca. bagaimana dengan sang algojo? apakah ertinya? kenapa tertulis ayat 'ohh sang algojo, nanti dulu! berikan ku kesempatan akhir ini, untuk nyatakan kalimah sebenar!"

apakah maksud disebalik bait ini? algojo bermaksud yang ditugaskan untuk menjalankan hukuman bunuh. seperti si pemancung dinegara yang mengamalkan hudud, dan si penarik tali gantung dinegara seperti di Malaysia. dan sang Algojo juga boleh dimengertikan sebagai malaikat Izrail yang bertugas mencabut nyawa. maka, disaat sang algojo didepan mata, adakah masa itu kita mahu berkata nanti dulu?!

aduhai.. alhamdulillah.. hari ini terizin juga saya mengkaji dan merungkai misteri karya agung loloq. dan ingat, karyanya bukan sepuluh, tapi beratus ratus! entah apakah lagi yang beliau ceritakan didalam lagu2 yang lain. maka itu tugas kita untuk terus mengkaji, dan agar dapat golongan seni tanah air belajar menghargai dan mengadaptasi kriteria loloq kedalam diri mereka. lagu adalah seni, jika lirik2nya sekadar singgah ditelinga, ia sekadar 'bunyi'. tapi jika ia singgah ke hati, maka ia adalah 'lagu'. namun, jika ia singgah ke kepala, maka lagu itu adalah karya agung, yang mengembalikan martabat dan fungsi sebenar bahasa sebagai sarana serakan ilmu. mengapa tidak? bukankah ayat2 al quran itu sangat indah dan puitis?
maka seharusnya jika lagu adalah seni, maka ingat, bahasa juga seni, dan kedua ini tidak dapat dipisahkan, jika terpisah keduanya, ilmu tak dapat disampai, telinga  menjadi bingai, hati menjadi lalai!

akhir sekali, hasil dari penelitian kepada karya2 loloq, dan hasil dari imitasi minat2 beliau kepada bacaan2 tinggi, hikayat dan syair sufi lampau, maka saya CUBA menghasilkan LIRIK saya sendiri.. siapa tahu, suatu hari nanti saya dapat menulis lirik seperti beliau, yang bukan menulis lagu, tapi menulis ilmu. biar diri telah mati, tapi karyanya masih hidup dan terus dikaji..  terimalah lirik pertama dari IbnuRijal, PETI...


 isinya rambut sang nabi
Dan si tongkat sakti
Kiriman man salwa makanan firdausi..

Eli...
Dari peti lahirnya jati
Berperi-peri ke kota suci
Disuruh pergi bersembunyi diri
Diharam kaki, gila talak bani yahudi.

Aduhai tukang besi
Lawanmu jalut gergasi
Aduhai Yusuf
Kau membuka sekali lagi

Mana hilang jati daud
Mana pergi wira yusuf
Hilang bersama peti tabut
Tersembunyi jauh di kitab tasauf

Apa mungkin muncul peti
Dikala bangkit sang mahdi
Yang mata satu cair berlari
Jerit si batu,

Dibelakangku YAHUDI!!

-peti-
-ibnuRijal-






24 comments:

Fira Hilwa said...

Yup, nama loloq tersorok disebalik nama2 besar. memang sebelum ini pun ada kaji gak lagu2 yg dibawakan m.nasir, spider.. tp ku sangka m.nasir yang cipta semua lagu2 tu. huhu... mcm lagu kasih latifah, mustika & byk lagi yang menggunakan nama perempuan seperti merayu2 liriknya tapi hakikatnya lirik itu menceritakan rayuan sang hamba yg jahil, dhoif kpd Penciptanya.. lirik2 lagu Malique pun owsem jugak. inilah baru boleh digelar seni bkn mcm lagu najwa latif ke, ainan tasnem ke yg bt lagu sekadar 'bunyi' tanpa isi yg padu ^^ thx atas perkongsian.

zulazahari said...

Salam,

Sekiranya diterbitkan sebuah buku tentang kajian dan tafsiran lirik-lirik lagu Loloq pun bagus juga, tidak melampau dikatakan bahawa arwah Loloq adalah pujangga moden yang meneruskan legasi Zaaba, Hamka dan Hamzah Fansuri.

Zul Fattah said...

tak pernah plaak terfikir yg lirik arwah ni mndalam maksudnya.. Alhamdulillah, baru tersedar..

UMC ZUHAIRY said...

loloq....dalam yang sendiri

Anonymous said...

Lirik loloq bkn je sdap di telinga malah menusuk ke hati singgah ke kalbu itulah seni seni yg dia perjuangkan..

Anonymous said...

terlihat bagi melihat

Anonymous said...

Adakah lirik,'ohh sang algojo, nanti dulu! berikan ku kesempatan akhir ini, untuk nyatakan kalimah sebenar merujuk kepada peristiwa Hallaj?

Anonymous said...

Nama loloq merujuk kepada luqluq bermaksud mutiara?

Anonymous said...

Salamunalaikum saudara, terima kasih kerana berkongsi mengenai huraian lirik lagu Allahyarham Loloq yang mana saya juga amat meminati karyanya sejak dahulu. Tak kurang juga karya saudara sangat indah susunannya dan dalam maknanya. tahniah..!

lihatlah kisah Kahfi, Lihatlah Kisah Ratu Balqis, sangat halus . Indahnya Alquran kalam Allah. Namun tersangat ramai yang tidak dapat melihat cahaya di dalamnya.

adakah cerita - scerita di dalam Alquran itu hanya dongengan dan masa lampau? atau sesuatu yang jelas dan nyata bagi kehidupan kita masa ini.
Sama - sama kita menyingkap rahsia dariNya.

terima kasih.

asrul afendi husin said...

Hey Kursani mengalirlah dikau,menjadi raksa mengisi belikat..'

Besi Kersani tu adalah logam merkuri (raksa), dapat namanya dari Khurasan, Iran..

Zaman hang tuah dulu besi kersani ni dibawa oleh pedagang timur tengah dan dicampurkan dalam sebatian besi membuat keris. Raksa ni bahan berbisa terutama bila kena darah.

Sebab tu taming sari boleh menyebabkan kematian walaupun cuma luka.

Anonymous said...

bila diperhalusi,ilmu akhir zaman terkandung didalam bait bait lirik arwah,sangat halus dan hanya jauhari mengenal manikam.hayati lah ia (pheonix bangkit),,,jiwailah lagunya selari dengan jiwa seorang yang terasing dari arus kelaziman amalan manusia yg mengejar kebendaan dan kemewahan dunia disulami bersama jiwa perjuangan islam yang berteraskan keperitan tohmahan dunia didalam diri sipendengar,,,,pasti belinang air mata diatas perjuangan yang dialami oleh sipendengar,,,,bergantung , apa yang diperjuangkan,,,,maka beruntunglah kita sekiranya gelanggang perjuangan kita menepati kehendak RASULULLAH....hayatilah.

ZuL azizul said...

benar,sy meminati arwah loloq sejak 11thn kebelakangan ini.jadi setiap lirik lagu yg di hasilkan,sy suka menapsirkan dari sudut ketuhanan sbb boleh dikata kesemua lirik arwah semua berunsur ketuhanan...& ingin tahu,arwah ni dari mana asalnya?mcm m nasir datang dari singapura tp arwah dari mana datangnya?

yusyusry yusry said...

Lagu wings gemuruh lagi dlam maksudnya.kalo korang nak tau.lgu tu mmg tuju kepada golongn muda yg melakukan maksiat.ade sorang hamba allah yg merungkai lagu ni.tngok komen dia pada video youtube wings gemuruh.semua maksud terjawab disitu.arwah loloq mmg terbaik

Fadzli Bin said...

Trma kasih Ibnu Rijal..sama seperti yg hamba fikirkan..lagu2 mereka sebenarnya ada isi..sebab itu lirik mereka agak sukar difahami bagi yg tidak mahu berfikir...teruskan usahamu sahabat!!

Fadzli Bin said...

Trma kasih Ibnu Rijal..sama seperti yg hamba fikirkan..lagu2 mereka sebenarnya ada isi..sebab itu lirik mereka agak sukar difahami bagi yg tidak mahu berfikir...teruskan usahamu sahabat!!

ana matsan said...

Dlm youtube ade ttg maksud 2 lagu tersebut

mohamad zain mahmood said...

Terimakasih saudara IbnuRijal, sudi berkongsi ilmu dan pandangan anda.

Akif Nabhan said...

Bukankah lagu Sufi adalah hasil ciptaan S.Amin?

Akif Nabhan said...

Bukankah lagu Sufi adalah hasil ciptaan S.Amin?

Salmi Ghazali said...

Setuju dengan pendapat saudara. Saya sendiri akan jadi org yg pertama mendapatkan naskhah buku ini

Azwar Halim said...

Sebenarnya loloq dan m.nasir saling melengkapi. Ada lirik yg ditulis oleh m.nasir yang penuh kesufian seperti lagu2 dari kumpulan search. Arwah loloq pun menggunakan banyak nama samaran sampai xtau berapa ratus lirik yang dia pernah hasilkan. Kalu baca cerita asal m.nasir yg byk pengaruhi loloq dlm penulisan ketuhanan. Diorg saling melengkapi.

Tukang Tembak said...

Biasanya lirik dicipta setelah lagu dicipta. Bukan senang tulis lirik ni.

Anonymous said...

M.Nasir dan Loloq saling melengkapi. Ada lirik M.Nasir yang juga berunsur Tarekat begitu juga dengan Loloq. Hanya yang menyusuri jalan jalan Tarekat faham maksud di sebalik lirik dan lagu yang disampaikan. Akan terasa betul apabila mendengar dan menghayati lirik yang disampaikan.

Anonymous said...

Lirik Hud-Hud dan Raikan cinta ditulis oleh M.nasir, bero.