teman-teman...

Thursday, November 22, 2012

Puisi Guruh Petir..!



Puisi guruh petir.. (dedikasi buat saudaraku di Gaza)


Pada senja ini, guruh berdentum
Bagai mahu terbelah langit dek dentuman guruh yang tiada gemuruh,
Mungkin dentuman ini yang menjadi halwa telinga,
Saudaraku di Gaza.

Kilat memancar laju, sekelip mata terpejam
Akibat silauan maut kilatan itu,
Mungkin panahan ini yang menjadi tatapan mata,
Saudaraku gi Gaza.

Hujan turun dengan lebatnya..
Membasahi bumi dengan jernihnya..
Bukan hujan ini yang dirasa,
Saudaraku di Gaza.

Saudaraku di Gaza berhujankan perluru
Membasahi bumi dengan merah pekat darah,
Mengalirkan darah si kecil yang tak bersalah..

Disenja ini, aku berlari mendapatkan bantal empuk
Menyelimuti tubuhku yang kesejukan.
Tapi saudaraku di Gaza,
Berlari mendapatkan batuan, untuk dilontar ke jentera besi zionist,
Lalu menyelimuti tubuh saudaranya yang telah syahid di pangkuan.

Siapa yang medengar suara saudaraku ini..
Ya ALLAH..
Pemimpin-pemimpinku  buta tuli ya ALLAH.
Mereka sekadar peduli sehari..
Mereka pekak hina!
Tidak mendengar tangisan si bayi.
Mereka lumpuh ya ALLAH..!
Hingga tidak mampu mengerahkan tentera islam berlari!
Mereka bacul ya ALLAH..!
Bersembunyi di meja bulat, mengkritik Yahudi.

Kalau tugas kritik mampu hentikan keganasan,
Aku tidak gesa orang atasan,
Telah lama aku berbuat demikian.

Sekadar lancarkan derma,
Lalu disalur pada saudara,
Kelak datang serangan kedua,
Derma tak sampai, saudara yang kecewa.

Tiupkan semangat khalid didalam diri panglima perang kami ya ALLAH!
Kurniakan ketangkasan Hamzah pada mereka!
Turunkan keberanian Umar buat mereka!
Bangkitkan untuk Kami salahuddin yang telah pergi!
Bangunkan untuk kami Al Fateh yang telah mati!

Biarkan si mati berjuang, dari hidup sebagai persembunyi!

Ya tuhan, saksikan.. hari ini aku kenal, siapa itu OIC.
Pertubuhan kedua paling ku benci, selepas PBB..


-Hujan lebat-
-22 november 2012, senja-
  -IbnuRijal-

2 comments:

Unknown said...

Saya sangat suka baca 'Bertanya Tentang Tuhan' yang anda tulis. Seriously, love it. Buku yang sangat bermakna bagi saya. Terima kasih pd anda sebab tulis buku tu. Sungguh, saya sangat2 hargai. Harap teruskan menulis, Ibnu Rijal. Saya akan sentiasa menyokong anda. ^_^

Unknown said...

Assalamualaikum...terima kasih kerana telah menghasilkan karya "khutbah terakhir Rasulullah" s.a.w...ianya banyak membantu sy dlm mengenali siapa Rasulullah dan bagaimana perilakunya...doakan sy dan keluarga spy mendpt keberktan dan hidayah dr Illahi dan sy doakan smoga saudara sentiasa dilindungiNya walau dimn shj saudara berada..amin