teman-teman...

Tuesday, December 6, 2011

kenapa tak hidupkan saja Sunnah..?

assalamualaikum.. apa khabar saudara sekalian.. entry pertama penggal kedua.. semangat yang baru..

bagaimana dengan tajuk hari ni? nampak macam serius ja? IbnuRijal yakin, first impression para pembaca bila terlihat imej serta tajuk post kali ini, mungkin ada yang berpendapat, kali ini IbnuRijal nak timbulkan isu yang amat-amat hebat dibahasakan dalam dunia islam hari ini.. isu khilaffiyyah, Bida'ah, dan sebagainya.. ya, tak salah beranggapan begitu kerana, memang golongan yang tidak senang dengan islam yang luas ini, suka menyempitkan fikiran orang islam kini dengan isu-isu bida'ah, kafir mengkafir, menghina para imam, ulama muktabar, para Auliya' ALLAH, sedangkan yang sibuk menyampaikan dakyah itu mengaku sebagai 'pak ostaz'.. isyh.. isyh.. tak tahu lah dunia hari ini.. masing2 nak jadi hero, teringat IbnuRijal akan sebuah hadis nabi S.a.w..

" daripada Abdullah bin Amr, Nabi s.a.w bersabda, sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ilmu daripada manusia, tetapi ALLAH mencabut ilmu dengan mematikan ulama', sehinggakan tidak ada lagi orang alim yang tinggal. manusia ketika itu akan melantik kepala mereka orang yang jahil,  apabila disoal, mereka akan memberi fatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat, lagi menyesatkan.!"                   (riwayat Bukhari)

namun, post kali ini bukanlah bermaksud demikian.. cukup-cukuplah dengan isu khilafiyyah, bida'ah, wahabbi, hari ni, riuh pulak dengan syiah.. biarkan para ahlinya yang menyelesaikannya.. kerana firman ALLAH ;
"tanyakan kepada ahlinya sekiranya kamu tidak tahu..."

post hari ni simple je.. berkenaan sunnah juga.. sebagai seorang penuntut ilmu.. IbnuRijal tidak dapat lari daripada berada dalam sistem tersebut.. sistem yang makin hari makin meriah. IbnuRijal tak mahu sentuh yang   terlalu tinggi, mari kita tengok contoh simple dulu.. begini..rata-rata kampus di malaysia hari ini, malah di sektor pekerjaan serta persekolahan juga turut terlibat, iaitu dressing code. dah lama nak luahkan isu ini sebenarnya, cuma belum berkesempatan.. cuba lihat, hari ini, badan kerajaan mahupun swasta, mengenakan peraturan pemakaian ke tempat kerja, ataupun institut pendidikan...
misalnya, di tempat IbnuRijal,
 hari isnin, baju rasmi,
hari selasa baju korporat,
 hari rabu baju unit beruniform,
hari khamis baju batik,
 hari jumaat baju melayu..

hai... kaya sungguh kita kat malaysia ni.. persoalannya, salah ke?? jawapan IbnuRijal, selagi tak langgar hukum, tak membazir, apa salahnya... TETAPI.... (ada tapi)... ada la timbul dua tiga isu yang membabitkan para muslimah kita yang bertudung labuh, mereka tidak selesa dengan baju korporat yang memerlukan tudung dimasukkan kedalam baju, dan menampakkan perhiasan tubuh... bagi IbnuRijal, kita WAJIB hormati para muslimah ini.. kalau mereka tak selesa dengan alasan demikian, maka kita tak boleh hukum mereka.. jangan kerana undang2 baju, undang2 agama kita tolak tepi.. ada ketua jabatan yang mewajibkan pekerja wanita mereka berpakaian demikian, kononnya I HAVE NO CHOICE.. takut orang atas marah.. niihhh.. IbnuRijal nak tanya, takut orang atas marah ke, takut Tuhan yang kat atas yang marah? mana lagi dasyat? fikir2 sendiri.. itu semua kerenah birokrat.. manusia yang rangka, manusia boleh decide whether its good or not.. tu ja.. bukan satu taklif, yang kalau tak buat, dosa besar.. hal ni kita kena buka minda luas2..
sama juga halnya dengan isu kopiah puteh di sekolah.. serban di sekolah.. apa salahnya?? adakah dengan memakai kopiah puteh, iman para pelajar akan berkurang? adakah dengan memakai serban, para murid hanya perlu mengusung al Quran?? kalau pelajar muslim tidak boleh memakai serban disekolah, kenapa pelajar berbangsa singh boleh mengenakan turban mereka untuk ke sekolah?

begitu juga dengan unit keselamatan negara, kenapa tak boleh ada janggut?? kenapa boleh pulak ada misai?
adakah dengan janggut, para abang2 polis n tentera akan tembak tidak tepat??? mereka patut diberi kebebasan.. asalkan menjaga kebersihan.. perbuatan menyimpan janggut menggunting misai adalah sunnah rasulullah.. dan perbuatan menyimpan misai menggunting janggut adalah perbuatan yahudi dan nasrani.. kenapa nak ikut adat mereka? macam ibnuRijal sebut tadi, ini semua kerenah birokrat.. kita yang gubal, kita boleh bubar.. para sahabat dulu, yang bejuang hingga syahid.. menjadi tentera islam, ada ke mereka kena cukur janggut?? ini soal sunnah, kalau nak simpan, simpan, kalau tak nak, gunting.. tu ja.. betul.. tapi, bukan bermaksud WAJIB GUNTING..

ini satu persoalan yang ibnuRijal masih belum dapat jawapan sampai hari ini.. :(

berbalik pada peraturan pemakaian tadi.. macam ibnuRijal sebut awal tadi, tak salah klau kena pada tempat.. lagipun, nampak cantik.. tapi bila fikir2 balik kan, apa guna habiskan ratus2 ringgit untuk itu kalau tidak ada nas yang buatkan kita beroleh manfaat dari perbuatan itu.? opss.. jangan salah sangka, ni bukan IbnuRijal nak sebut bida'ah atau sewaktu dengannya.. ni just luahan ibnuRijal.. cuba lihat, bila diperhatikan, dalam 5 hari tu, ada macam2 fesyen kita pakai, ada tak terselit, "jubah" ? atau "serban".. atau apa2 lagi yang sunnah..
tak salah nak buat peraturan macam tu, namun, lagi molek kalau dalam 5 hari tu, selitlah satu hari, pakai jubah.. kan sunnah tu.. dapat jugak pahala.. kan? daripada pakai pelik2 yang kita pun tak yakin, wajarkah kita habiskan wang untuk itu.. kan? kenapa bukan jubah? nampak pelik? kita yang buat ia jadi pelik, jadi pelik lah ia.. tengok di negara arab, orang pi tengok bola sepak pun pakai jubah.. tu namanya menghidupkan sunnah rasulullah dimana pun kita berada... kan?

fikir2lah sendiri.. yang IbnuRijal risau sangat ni bukan kerana apa, bila renung2 balik, dah la sunnah kita tak hidupkan, malah sunnah itu sendiri kita larang keras.. lalu bagaimana kita mengaku cinta pada baginda nabi Muhammad s.a.w...?
ibnuRijal bertanya sekali lagi, wahai para pelaksana dasar, mengapa tak hiduplan saja sunnah..? pahala pun dapat, syafaat akhirat pun insya ALLAH dapat.. renungkan dan panjangkan.. terima kasih semua..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

1 comment:

Anonymous said...

kadang-kadang apabila kita menyebut sunnah, kita banyak melihat kepada pemakaian, penjagaan diri dan tatacara berakhlak.

namun ada satu perkara sunnah yang apabila kita tak laksanakan tuhan dan rasulnya sangat marah, malah sanggup berperang dengan kita.

agak-agak apa ? apakah yang dimaksudkan dengan hadis dalam gambar di atas ? dan memang kalau kita pegang, confirm kita memang akan terasa sangat susah sekali hidup di zaman ini ?

jawapan yang saya mahu berikan adalah - penggunaan duit sunnah. rata-rata ramai yang sudah mengenali duit sunnah itu apa. bagi yang tidak dapat menekanya dengan tepat, duit sunnah adalah dinar dan dirham (atau komoditi yang diiktiraf sebagai wang).

pengunaan selain daripada duit sunnah ini boleh mendatangkan marah kepada tuhan dan rasulnya. lihat bagaimana penggunaan duit kertas (duit fiat) boleh dimanipulasikan dengan sewang-wenangnya atas istilah nama ekonomi.

mahu lihat kesan tuhan marah ? lihat bagaimana inflasi masih belum mampu dapat kita bendung. negara berhutang tak habis-habis. masalah gejala sosial (disebabkan penggunaan riba yang tersembunyi dalam penggunaan mata wang sekarang). yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus-terus miskin. umat islam (kita) tuhan biarkan terkapai-kapai tanpa ada kesatuan ummah. harga barang naik sesuka hati. dan lain-lain (boleh difikirkan apabila melihat keadaan sekeliling).

ngerikan ? dalam hadis itu saya lebih nampak kepada sunnah yang satu ini (duit sunnah). sebab sunnah itu lebih memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan manusia. apabila kehidupan manusia terjejas secara tak langsung kehidupan alam pun akan terjejas.

gambaran kesimpulan :

tak guna duit sunnah --> akan melibatkan riba --> mengundang marah tuhan dan rasul (boleh rujuk dalam quran, tak ingat ayat berapa. berkaitan bab riba).

sekian.

anonimus