assalamualaikum.. apa khabar saudara-saudara ibnuRijal hari ini.. sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar perbahasan hangat berkenaan isu hudud ini di Malaysia.. ada yang cakap, itu agenda politik, dan sebagainya, bagi ibnuRijal, "no comment." sebab ibnuRijal tidak mahir sangat bidang politik ni dan kurang ambil tahu berkenaan politik, prinsip kita mudah, yang hak kita sokong, yang batil kita tentang, tidak kira dari aliran mana sekalipun..
fuhh... (cmna nak mula ni... ) risau jugak nak taip post hari ni.. risau orang salah faham. nanti dituduhnya pula cuba berpolitik.. nak tolong kempen.. adoii... ok la.. memang ibnuRijal nak tolong kempen.. ops! tapi bukan kempen untuk mana2 parti politik, ibnuRijal nak kempen untuk ALLAH.. sebab sedih sgt2 dah, tgk hari ini makin ramai yang nak bersuara walau dengan ilmu segelas.. akhirnya? timbul perbalahan.. asalnya benda secupak jadi segantang.. "orang lain yang kita musuhi, yang lain yang kita cemuh!"
ibnuRijal baru sahaja selesai menonton video di youtube, yang bertajuk "sembang Rakyat, lagi Hudud PAS"..
naik terketar kepala lutut ni bila kt part last tu, pelakon tu sebut, "kalau pakai hukum hudud pun, tak jadi ape nyer,," lepas tu seorang lagi pelakon (berkopiah puteh) pula sambut, " lagi teruk jadi nya..."
subhana ALLAH.. mengucap pak cik n mak cik oiiii..... awak tengah hina siapa ni sekarang?? jangan buat main. tiap perkataan yang keluar dari mulut kita tu kena fikir dua kali. jangan kerna mulut, badan masuk neraka..!
sikit pun tak terlintas dihati ibnuRijal nak bela atau hentam mana2 parti politik kat malysia ni.. ALLAH jadi saksi ibnuRijal... post ni dari seorang hamba ALLAH yang amat kecewa bila ada manusia yang merendah dan meremehkan hukum tuhannya.!
ingat tuhan tu kawan2 kita ke pak cik?? senang2 nak komen cmtu..
ALLAH... kita ni dah makin teruk.. sejak dua menjak ni bila timbul semula isu hudud ni, semua nak buka mulut, dari sekolah menengah, student U, malahan ARTIS! ini bukan soal kebebasan bersuara, ini soal hukum ALLAH.. jangan cakap tanpa ilmu.. sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a., nabi s.a.w bersabda, "sesiapa yang sengaja melakukan pendustaan keatasku, maka siapkanlah neraka untuknya.."
jangan cakap kalau takda asas, tak da ilmu.. biar para ahli dalam bidang ini yang bahas, kita orang yang jahil, sama2 doakan yang terbaik..
sedih bila baca komen ada yang sebut, "hukum hudud tak sesuai di zaman sekarang", hukum hudud tak sesuai di malaysia.." ibnuRijal nak tanya, hukum siapa yang anda tengah komen sekarang?? bumi ni DIA yang punya, kita sendiri pun, ALLAH yang jadikan. kita ni MENUMPANG.. jadi, buatlah cara menumpang, ALLAH dah tetapkan aturan yang terbaik untuk kita, mengapa kita memilih yang lain? pilih yang lain itu satu hal, ini ada khilaf lagi dalam kalangan ulama', ada yang menyatakan tidak jatuh kafir kalau tak laksanakan hukum ALLAH.. ibnuRijal pun cenderung dengan pendapat itu. NAMUN, kalau TOLAK hukum ALLAH, malah pertikai, perlekeh, jawabnya, KAFIR..!! bawak mengucap lah..
kenapa? jom wat analogi mudah..
kalau orang tu tak puasa, tapi dia tau puasa tu baik untuk kesihatan.. dia pun tahu, sebagai seorang muslim, dia harus berpuasa.. tapi dia tidak berpuasa.. adakah ia kafir? ulama' berpendapat, ia tidaklah ke tahap kafir, namun ianya tetap berdosa besar, dan fasik..
tetapi, kalau orang tu tak puasa, dan datang orang menyuruhnya puasa, dia tolak. kononnya puasa tak sesuai zaman sekarang, puasa tak sesuai di Malaysia. ia perlekeh puasa kononnya merosakkan kesihatan.. jadi, ulama sebulat suara menyatakan ia KAFIR..
tuhan dah tetapkan A, kenapa kita pilih B? dan perlekeh A? adakah kita lebih pandai dari ALLAH.. boleh kalau nak hina hudud, bagaimana? pergilah duduk alam yang mana yang ALLAH tak ciptakan(kalau ada), pulangkan semula segala nikmat yang tuhan berikan.. (kalau mampu).. then, bleh la nak perlekeh hudud puas2 pun..
sedih.. bila ada ustazah pangkat ph.d sendiri pun hina hudud.. "mencuri sikit, nak potong tangan.." amboihhh... sedap cakap makcik ni.. istighfar banyak2 la.. mohon taubat pada ALLAH..
lepas tu, timbul pula isu, tanya kepada orang bukan islam, "setuju tak, nak buat hudud?" budak2 pun tahu jawapan.. confirm mereka tak setuju. sebab mereka bukan islam.. sama la macam kita tanya mereka, setuju tak datang jemaah lima kali sehari di masjid? kan? confirm mereka tak setuju, kerana mereka bukan islam. sudah adat dunia begitu. kenapa kita tak tanya diri kita, "kenapa aku tolak hudud?"
bagi ibnuRijal, orang yang tak mahu hudud ni hanyalah penjenayah. hudud bukan nak hukum orang awam, hudud nak hukum penjenayah.. kenapa kita nak takut? takut silap? selak semula kitab2 tetang hukum hudud.. bukan mudah untuk menghudud sesuatu kesalahan.. jauh lebih teliti dan detaill.. jika tak sampai had hudud, maka takzir boleh dilaksanakan.. itu saja..
bila orang akan nak sangat jika buat hudud?
jawapan : bila hartanya yang dicuri, bila keluarganya yang dibunuh,..
bayangkan, anda bangun saja pagi, nak pergi kerja, keluar rumah, tengok, kereta mercedes anda yang baru beli minggu lepas dan lesap! dicuri!
ketika itu apa perkataan yang akan keluar dari mulut anda?
"kalau aku dapat pencuri tu, aku potong2 tangan dia..!!!"
nah.. itu bukan hudud? orang yang kena musibah, baru dia tahu betapa berkesannya hudud.. hudud bukan soal potong tangan, hudud soal keadilan!
jujur, ibnuRijal sikit pun tak cenderung mana2 parti politik.. baik di pihak mana pun.. bagi ibnuRijal, dipihak goverment, janganlah tolak mentah2 hukum ALLAH ni.. ibnuRijal tahu, memang sukar.. buat satu2 la.. kalau tak dapat laksanakan hudud terus pun, sekurang2nya ada usaha kearah itu.. misalnya adakana seminar kefahaman hudud, latih pegawai2 agama tentang hudud.. buka corse2 pengjian di universiti tentang hudud.. biar nanti kita bukan sahaja ada pakar undang2 sivil, malah ada pakar hudud.. cntik kan?
di pihak oposition pun begitu juga, mungkin kerajaan belum tahu kebersanannya, kita yang tahu, jangan hentam kasar2, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.. adakan seminar kefahaman hudud, tiap roadshow yang dibuat, janganlah sebut nak buat hudud semata2, tapi ceritalah bagi detail, apa itu hudud.. inya ALLAH.. lama kelamaan akan nampak hasilnya.. bagi IbnuRijal, hudud adalah perkara HAK, jadi, kebenaran akan terserlah jua akhirnya.. LA tahzan.. :)
teringat kata2 as syahid, imam Hasan Al Bana, " kalian suka memetik buah yang belum masak "
makna kata2 beliau cukup indah.. usah gopoh.. betul, kita perlu bersegera kearah kebaikan ini, namun, bersegera itu harus diiringi dengan bekalan, dan persediaan yang cukup..
lihat contoh perjuangan ikhwanul muslimin di Mesir.. anda akan dapat jawapannya..
akhir kata, jangan kutuk2 hukum ALLAH lagi ya.. tak baik.. ALLAH dah cukup baik pada kita, bagi tempat tinggal, makan pakai, semua free.. jangan mudah2 kita ni nak cakap hukum ALLAH tu tak sesuai.. hidup mati kita pun ditangannya.. takkan lah kita nil lebih bijak dari ALLAH pula? kan?
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
No comments:
Post a Comment