teman-teman...

Monday, December 12, 2011

jawapan buat saudaraku, mastermind..


hello.. :) saudara saya, mastermind.. terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini dan bertnyakan soalan yng sya kira agak mencabar dan soalan dari seorang yang bagi sya, org yg bijak n suka berfikir..
maaflah, saya dah cuba reply melalui komen, tak boleh. sebab terlalu panjang, saya inngin reply trus ke email saudara pun x boleh, tulis kt c2, not supported.. jadi saya reply via post la eh.. mudah2an pembaca lain dpt manfaat..
 pertama, sya bukanlah ahli dlm bidang ini.. saya bukan ulama', ataupun ust.. jawpan yang bakal sy berikan ini, mungkin bukanlah yang paling terbaik.. saudara boleh rujuk ust2 lain jika kurang berpuas hati dengan jwapan ini ya.. :)
begini, adakah org islam akan masuk syurga selepas dicuci dosanya? jawpannya, YA, selagi ia tidak menysyirikkan ALLAH..
kedua, adakah org kafir akan kekal dlm neraka? jawpannya, itu hak ALLAH,,, neraka dan syurga miliknya, maka ia berhak memasukkan sesiapa sja yg dikehendakinya.. namun, jgn cepat melatah, ALLAH tidak pernah menzalimi makhluknya.. :) ALLAH MAHA ADIL? JAWAPANNYA YA..
tentang persoalan hidayah.. seseoarng itu dilahirkan islam n bukan islam dipinta atau tidak.. nabi menjawab dlm sebuah hadis yg bermaksud ;
"setiap bayi dilahirkan dengan fitrah, terpulang pada ibu bapanya lah sama ada meyahudikan atau menasranikannya.."

syarah hadis ini, fitrah bermaksud islam.. jadi, tiap bayi yg dilahirkan, ia dilahirkan sebagai makhluk yang suci dari sebarang kekafiran.. malah, jika ia mati tika itu, matinya sebagai islam.. kenapa? kerana sejak ia lahir lagi sudah sebagai islam.. betul ke??
ni jawapan ALLAH..
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
(al A'raf, 172)

disini jelas, tiap makhluk semasa belum masuk alam dunia, mereka mengakui allah sebagai tuhan. namun, setelah lahir kedunia, keluarganya yg mencorakkan ia islam atau tidak..
apa nasib bayi yang parent nya bukan islam?
ALLAH maha adil.. tika meniti era dewasa, ALLAH akan ilhamkan Ayat2 NYA buat semua makhluk berfikir, tidak kira islam atau kafir.. semua berhak mendapatnya.. dan memang mereka mendapatnya.. :) adakah sy berdusta? boleh tanya org bukan islam kalau tidak percaya.. dlm hati tiap insan, akan ada satu titik fitrah yg dinamakan titik tuhan.. atau GODSPOT dlm kajian barat.. titik inilah yg berkedip dahaga mencari2 kebenaran spnjg hidup d dunia. tiada beza bg kafir atau islam, sma sja.. (ALLAH MAHa ADIL)..
ada mereka yang tidak mahu berfikir tika mana GODSPOT ini menyala2 mancari hidayah,. lalu bagaimana hidayah tuhan mahu menjengah? islam seseorang itu, hanya ALLAH yang tahu sejauh mana islamnya.. bukan hanya pada lidah, namun kebenaran dlm hati, dan ketaatan dlm amalan.. itu baru muslim.. yang lainnya, ada ulama yang menyebut islam hanya pada nama, didunia nya islam, diakhirat kafir.. hanya ALLAH yg tahu apa yg tersirat dlm hatinya.. begitu juga org kafir.. hanya ALLAH yg tahu, lintasan apa yg sering berkedip dihatinya.. ALLAH takkan biar makhluknya kesesatan tanpa cahaya.. ia PASTI memberi pertunjuk. bezanya, kita sendiri yg mahu peduli atau tidak akan sinaran itu.. kalau kita ambil peduli, ia akan terus terpancar, dan pasti menerima hidayah dari ALLAH.. kalau ia leka dengan dunianya, hidayah tak menjengah.. sama saja bagi org islam, yang islamnya hanya pada nama.. soalan syurga neraka ni, milik ALLAH.. siapa saja yng dikehendakkinya berhak memasukinya.. dlm islam, kita percaya, syurga bukan matlamat utama, matlamat utama, adlah mencari redha ALLAH, dan syurga adalah saguhati dari ALLAH buat para hamba-NYA.. itulah yag dinamakan IKHLAS.. :)
mana lebih untung? kafir atau islam?
jawpan saya, KEDUA2NYA..! :)
kenapa? islam ,dia dpt hidayah mudah dari awal.. jadi taklif untuknya, (dikira dosa pahala), sejak baligh lagi..
kedua, bukan islam, byangkan ia mahu berfikir ayat allah sperti sy sebut tadi, dia masuk islam usia 30, usia 32 dia meninggal.. 2 tahun sja phla n dosanya dikira,, :) bagaimana? dan.. berita yg lebih baik untuk yg lahir bukan dlm agama islam lalu mati sebagai islam, ini janji ALLAH buat mereka..
"Mereka itu diberi pahala dua kali (ganda) disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka, mereka nafkahkan.." (Al Qashah, 54)

cmna? berbaloi? :) ALLAH maha adil.. maaflah kalau soalan ini agak pedas, tapi sya perlu tahu.. kalau saudara mastermind ini islam, maka tahniah, kerana saudara seorang yg berfikir.. dan kalau bukan islam, nah! inilah maksud huraian GODSPOT yg saya sebut tadi :) fham kan? :) mengapa kita dipertemukan, dan mengapa soalan ini keluar dari hati saudara :)akhir sekali, maaf tak dpt hurai lbih detail, sebab ruang yg terbatas ini.. boleh contact email saya untuk perbincangan lebih lanjut, atau col saya sendiri, 0174114727.. saya sedia untuk saudara.. dan, untuk lebih menjawab bnyk persoalan saudara yg lain, saudara boleh dapatkan buku saya, BERTANYA TENTANG TUHAN.. banyak persoalan saudara yang saya hurai dlm buku itu. kerna saudara bukan org pertama yg bertanya perkara ini kpd saya,, justeru itu sy siapkan sebuah buku buat para pemikir seperti saudara ini.. maaf, bukan nak berniaga.. kalau saudara ini non-muslim, katakan. saya berjanji akan menghadiahkan buku itu secara percuma! hadiah buat saudara saya ini.. selamat berkenalan :)

3 comments:

Anonymous said...

Firstly,sy nk ucapkan bebanyak trima kasih krn saudara sudi menjawab soalan sy. but, apa agama sy, sy rasa saudara x perlu tahu.
Hai SaudaraKu, sebenarnya sy punya byk lg soalan tentamg Islam. yah, bukan apa, cuma ingin lebih mendalami. Soalan sy yg seterusnya adalah, Kenapa kita perlu berdoa sedangkan Tuhan berkata 'Kami mengetahui setiap apa yg terlintas di dalam hati manusia, bahkan pada hati yg paling dalam'? jd, klu Tuhan dh tahu, utk apa kita berdoa lagi? sedangkan Dia telah tahu segala apa yg kita hasratkan di dalam hati.Kenapa org2 Islam sering tertindas, terhina & terkebelakang sedangkan org2 Islamlah yg paling byk berdoa siang & malam. paling x pun, 5 kali sehari. btul bukan? kenapa Tuhan x makbulkan sahaja doa2 mereka? Adakah org2 yg menderita pernah meminta utk jd demikian. Owh, itu mgkin krn Tuhan ingin menguji hamba2nya. but, kenapa Tuhan selalu menguji hamba2nya padahal Tuhan itu telah pun Maha Mengetahui setaip apa yg di langit, di bumi, dan segala apa yg tersembunyi di antara kedua2nya. Jadi, klu dh tahu, kenapa perlu mmbuat ujian lagi sepertimana seorang Guru menguji murud2nya. Maha Suci Allah drpd segala apa yg mereka persekutukan.
Thank You

Anonymous said...

Yah, saudara juga boleh berkongsi apa2 jua pun di laman face book sy, Mastermind Plan.

Anonymous said...

maaf saudara, saya memang perlu tahu tentang agama saudara kerana ia amat penting untuk saya menjawab soalan2 saudara mengkikut sudut pandang dan ruang lingkup saudara sendiri.. kalau saudara agak keberatan untuk berithu, tak mengapalah, saya akan tetap membantu saudara.. cuma saya nak mintak izin, boleh saya jawab soalan2 saudara ini di entry terbaru? kerana sya dah cuba reply via ruangan comment ini, namun tak boleh, kerana terlalu panjg.. kalau saudara izinkan, insya ALLAH, saya akan segera menjawabnya pada entry selepas ini, cuma menunggu keizinan saudara dahulu.