teman-teman...

Sunday, April 24, 2011

antara Al Quran dan handfon

assalamualaikum.. apa khabar para saudara saudari pejuang islam dan pembantu agama ALLAH sekalian. pada post kali ini IbnuRijal ingin mengajak saudara saudari agar kita renungkan sebuah perbandingan unik ini. mungkin ada diantara kita yang sudah sedia maklum dengan perbandingan ini. mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang. mungkin juga ada yang pandang sebelah mata, atau mungkin juga ada yang pandang, tetapi pejamkan mata.
baiklah, mari kita mulakan dengan Al Quran dahulu. apakah itu AL Quran?
al Quran adalah wahyu ALLAH s.w.t yang disampaikan keatas nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril. bermula dari 17 ramadhan, beransur-ansur selama 23 tahun. Al Quran juga merupakan mukjizat kepada Rasulullah s.a.w dan juga anugerah kepada kita umat Baginda.
kita perlu faham frasa diatas yang tertulis "kalam ALLAH". apa ertinya? ia bermaksud kata-kata dari ALLAH. ya... kata-kata. bukan tulisan semata. ini secara tak lansung, bermaksud kata-kata ALLAH kepada kita. ALLAH sedang bercakap dengan kita melalui Al Quran. jadi amat tidak wajarlah kalam ALLAH ini kita persiakan. dalam satu hadis nabi yang bermaksud,
"di akhir zaman kelak,  tidak tinggal dari Al Quran itu selain dari tulisannya sahaja."
saudara dan saudari fikir, sudah jadi atau tidak apa yang disabdakan nabi ini pada zaman sekarang?

kita tinggalkan sebentar persoalan itu. sekarang mari kita tinjau, apa itu telefon bimbit? @handset @ handfon@ fon?
ia merupakan alat komunikasi manusia zaman sekarang. malah telah mengalami zaman revolusinya sejak tahun 2000 yang lalu dan tidak pernah berhenti hingga ke hari ini.
jadi, apa kaitan Quran dan hndfon? salah ke guna handfon?
TIDAK.. bukan begitu. IbnuRijal cuma sekadar ingin buat perbandingan.
begini,
perasan tak, dunia hari ini,setiap tangan memiliki telefon. tidak kira berapa umur manusia, 90% mempunyai telefon. sekali lagi IbnuRijal tegaskan, guna handfon tidak salah! cuma, mari buat perbandingan.
wasiat nabi kepada kita, Al Quran. anda yakin atau tidak jika IbnuRijal katakan bukan semua tangan orang islam didunia ini memiliki Al Quran mereka sendiri. soalannya MENGAPA? dan, MENGAPA TIDAK?
alQuran berharga RM10, sedangkan handfon RM100 keatas.. para ibu bapa sudah pening memikirkan jenama fon untuk dihadiahkan kepada anak2 mereka walaupun tika itu anak2 mereka berusia 10 tahun. sedangkan Al Quran belum mereka kenal pada usia itu. cuba lihat imam syafiee, beliau khatam Quran pada usian 6 tahun dan menghafal keseluruhannya pada usia 10 tahun.
bukan maksud IbnuRijal disini memaksa kita menghafal quran pada usia 10 tahun, tetapi sekadar ingin buat perbandingan. hari ini rata2 remaja mempunyai handfon sendiri. malah ada yang mempunyainya lebih dari satu. tak mengapa, tiada masalah. cuma, cuba bertanya adakah setiap dari mereka ada Al Quran setiap seorang?jika ada, kita bertanya pula, dalam sehari 20 kali kita pegang fon dan baca sms {sebagai contoh}, bandingkan pula dalam sehari berapa kali kita pegang Quran dan membacanya? atau berapa kali kita pandang Quran? kita susah payah kumpul duit untuk beli fon baru bila fon lama kita rosak. mengapa bila disuruh beli Al Quran terjemahan melayu yang harganya below RM50, kita merungut mahal?
hari ini rata-rata kanak2 dan remaja tahu spesifikasi handfon. malah cekap benar dengan segala selok belok function/ software yang terdapat didalamnya. mari tanya lagi, berapa ramai kanak2 atau remaja kini yang tahu selok belok hukum tajwid, makhraj huruf, fasohah, tartil, tarannum yang ada didalam Al Quran?
ibnurijal rasa cukup setakat ini post hari ini. ibnurijal tahu mungkin ada yang kurang senang dengan post kali ini. maafkan ibnuRijal. IbnuRijal sekadar menyampaikan kebenaran. kadangkala kebenaran itu memang pahit. tapi pahit itulah penawar.
alangkah indahnya dunia dan hidup ini seandainya umat islam menggilai dan menjadikan Al Quran sebagai trend hidup seperti terlefon bimbit........ sama2lah kita doakan.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

6 comments:

Anonymous said...

sye suka post ni,,teruskan menyeru kpd yg makruf..

~...AmALinA....~ said...

nice one! terima kasih atas peringatan...=)

Alan Rizque said...

Jangan salahkan sesiapa kalau anak atau adik kita berperangai teruk..salahkan didikan awal usia yang kita berikan kepada mereka..

Fiza said...

Kita marah anak kita tak pandai baca Al-Quran atau tidak mengaji sekali sehari.Cuba tanya diri kita pula? Kalau mahukan anak kita jadi alim. Mulakan dnegan diri kita dulu.

udin said...

Assalamualaikum..

sy setuju dgn pendapat saudara.. thanks atas peringatan ini.. :)

Anonymous said...

Terima Kasih saudara kerana timbul sedikit kesedaran setelah membaca buku saudara. tak pernah saya menangis bila baca buku hal hal agama ni. memang selalu tak pandang pon... tapi tergerak untuk membeli buku saudara haritu dan terus membaca... terasa kerdilnya saya bila baca kupasan-kupasan yg menarik dan disokong oleh ayat2 alquran serta hadis.. Terima kasih sangat kerana selamatkan saya dari terus jahil, semoga usaha murni Saudara IbnuRijal mendapat berkat. Semoga Allah juga dpat membalasnya. saya sayangkan Tuhan saya, Allah ;-)

adi.