assalamualaikum... apa khabar para saudara yang budiman serta saudari yang beriman? terkejut dengan post kali ini? IbnuRijal rasa tidak. fenomena ini sudah menjadi biasa di Malaysia hari ini. dimana silapnya? dan apakah puncanya? MALU! MALU! itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut ibnuRijal sebaik melihat gambar ini. apatah lagi apabila terlihat jelas nama Malaysia tertera pada gambar ini. betul ke ni di Malaysia? sebuah negara islam? malah pengerusi negara OIC? saudara, tiada tempat didunia yang bebas dari fitnah. hanya akhirat sahajalah sebaik-baik tempat kembali.
apabila masyarakat mula bising dengan golongan ini. mereka mula bangun bersuara. konon katanya masyarakat tidak memahami naluri mereka, masyarkat hanya tahu menunding jari. lalu tebit pula drama2 tv serta filem yang seolah2 ingin membela golongan ini. akhirnya? MEREKA NAIK TOCANG.
seorang rakan IbnuRijal dari Krgystan, apabila melihat budaya Gay di Malaysia, katanya ; jika wujud Gay di negaranya, mereka akan menggantung pasangan itu kaki di atas dan kepala di bawah dan membiarkan mereka hingga mati!, dan polis tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka.
tujuan IbnuRijal disini bukanlah mahu supaya golongan ini digantung sedemikian. hanyalah sekadar mahu menyedarkan dan mahu masyarakat keseluruhannya memandang serius perkara ini.
umum mengetahui bahawa umat nabi Lut A.s menerima bala yang cukup besar diatas perbuatan terkutuk mereka. ALLAH telah mengalihkan bumi untuk mereka, lalu menimpakan batu2 yang keras dari neraka menimbun mereka. mereka mati dalam keadaan penuh kehinaan. apakah perbuatan terkutuk mereka tersebut?
"Dan nabi Lut ketika berkata kepada kaumnya : "patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum ini?" -surah Al A'raf, ayat 80-
apakah yang dilakukan oleh umat nabi Lut ini?
"sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwatmu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu kaum yang melampaui batas.!" -Al A'raf,81-
sekarang cuba kita renung sejenak, apa beza perbuatan umat nabi Lut tersebut dengan lelaki islam kita hari ini? ada beza? anda tentukan. namun, bagi IbnuRijal perbuatan sebegini seharusnya tidak harus diberi muka sama sekali kerana Rasulullah sendiri tidak mengaku umat bagi golongan yang sebegini. malangnya, mereka bebas berasmara, berpesta. mengapa? kerana TIDAK WUJUD AKTA UNTUK MENGHUKUM MEREKA MENGIKUT PROSUDER UNDANG-UNDANG. jadi, itulah yang membuatkan golongan ini lebih berani. "ayyuhal Rijal..!" yang bermaksud "aduhai lelaki....!!" , mesej ini ditujukan buatmu semua. jangan lah kita terjebak ke dunia hitam berkenaan. jika bukan kita, andai ada kenalan kita, maka tolong sampaikan dan nasihatkan. tidak kasihankah kita nanti pabila semua umat manusia sedang mendapat syafaat nabi masing2 di padang mahsyar, golongan ini menjadi terhina, kerana tidak ada nabi yang mahu mengaku mereka sebagai umat. kemana legi mereka hendak mengadu?bergantung harap? dan meminta belas bantuan? adakah kepada pasangan gay mereka tersebut? lihat sahaja kemusnahan yang maha dahsyat yang menimpa bumi Pompei yang kita masih lagi lihat kesannya hingga ke hari ini. laut menjadi mati, jasad2 manusia terawet oleh lava gunung berapi dalam keadaan yang cukup mengaibkan. semuanya akibat perbuatan tersebut.
nafsu kepada berlainan jantina adalah fitrah kepada manusia. lelaki memilih perempuan, dan begitu juga sebaliknya. ia adalah fitrah. begitu juga dengan makan, minum, tidur, dan sebagainya. semuanya adalah fitrah. boleh kita hidup tanpa makan minum? tidur? tentunya tidak bukan? mengapa? kerana kita tidak boleh melawan fitrah. jadi, apabila manusia melawan fitrah memilih teman hidup yang sama jantina, tidakkah itu satu perkara yang boleh dianggap melampau? ini bukan IbnuRijal yang cakap, ini ALLAH yang firman.. cuba lihat firman ini..
"dan mereka yang memelihara kemaluan mereka, kecuali kepada isteri dan hamba mereka, perbuatan demikian adalah tidak tercela, namun barangsiapa yang mencari selain dari itu, mereka itulah golongan yang melampaui batas..!"
{Surah Al Mu'minun, ayat 5,6 dan 7}
tidak kasihankah kita kepada Rasulullah s.a.w? sedih baginda pabila melihat umatnya berkelakuan seperti itu. cuba saudara buka semula post IbnuRijal yang lalu yang bertajuk "terlalu istimewa", lihat disana ada IbnuRijal coretkan segala pengorbanan Rasullullah untuk kita. tetapi apa balasan kita terhadap baginda?
umat nabi Nuh menyembah berhala, umat nabi salleh, syuaib, menipu dalam timbangan jual beli, umat nabi Lut berhomoseks, umat nabi Musa menyembah berhala, membunuh bayi, umat nabi Isa menyembah nabi. tapi kita, umat Nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala nabi, apa yang kita perbuat?
perasan tak semua kemungkaran umat2 terdahulu, dilakukan oleh umat kita hari ini.!
apa yang kita tak buat? semua list diatas ada pada kita. cuba renung sejenak, inikah balasan kita kepada nabi kita? ehmm..marilah wahai saudara, IbnuRijal yakin pembaca sekalian mungkin tidak terjebak dengan gejala ini, namun jika ada saudara mara, sahabat handai yang terlibat dengan gejala ini, nasihatkanlah mereka. jangan putus asa jika anda menyayangi mereka. dan untuk para lelaki, jadilah lelaki sejati! yang mampu memimpin anak2 dan isteri, yang mampu menghayun pedang jika diberi. kekerasan lelaki hanya boleh dilembutkan dengan membaca kalam2 Ilahi dan juga pabila dipujuk isteri, bukannya kekerasannya itu terkulai layu hanya kerana kejit mata seorang yang juga bergelar lelaki!
CUKUPLAH UNTUK HARI INI
3 comments:
satuju sgt2 awak... pandai la awak ni
"dan mereka yang memelihara kemaluan mereka, kecuali kepada isteri atau hamba mereka, perbuatan demikian adalah tidak tercela, namun barangsiapa yang mencari selain dari itu, mereka itulah golongan yang melampaui batas..!"
Boleh tak ibnu rijal terangkan dgn lebih mendalam pasal "hamba mereka"... maafkan saya kerana saya kurang faham...
Terima Kasih
Salam... tuan.boleh saya tanya tuan ada jual online tak buku 'bertanya tentang tuhan' itu? dimana saya boleh dapatkan nya,,,banyak tempat kedai buku saya pergi di perak,tidak ketemu..
Post a Comment