salam.... apa khabar saudara2 yang beriman, dan saudari yang budiman?... apa komen anda pada gambar di post IbnuRijal kali ini? ehmmmm... apa agaknya yang sedang difikirkan oleh mereka bertiga tu ya..? mungkin mereka sedang meneliti untuk membuat bangunan pencakar langit, ataupun sedang memerhati burung2 di angkasa.... ataupun boleh jadi, mereka ini kakitangan jabatan agama, yalah... nak teropong anak bulan ramadhan la katakan... apa pun yang sedang difikirkan mereka, biarkanlah... sebenarnya, gambar ini menarik perhatian IbnuRijal untuk menukilkan sesuatu pada post kali ini.. jika ditinjau dari sudut ilmu sikologi, orang yang merenung sambil mencekak pinggang ini biasanya sedang mempertikaikan sesuatu,, baik didalam hati, mahupun secara terang-terangan.. pada pendapat saudara, terpancul tidak perataan "kalau" dari mulut mereka?... sudah pasti jawapanya ya bukan? itu hakikat manusia yang suka mempertikai dan merenung sesuatu.. "KALAU aku kaya, mesti aku banyak rumah.." "KALAU negara ni ada salji mesti best.."
"KALAU aku boleh terbang, mesti cepat aku nak pergi mana2.."....
KALAU KALAU KALAU.........
teringat pula IbnuRijal pada tajuk lagu anita sarawak kita, "jikalau berkalau"... ehm... pada pendapat kita, baik atau tidak mempunyai sifat sedemikian..? lirik lagu itu sendiri menyentuh bahaya jika kita terlalu berkalau.. malah, dalam adat melayu juga kita dididik dengan kisah2 seperti lebai malang, mat jenin, si luncai.. semua ini menterjemahkan kepada kita peri bahayanya jika berkalau..
saudara kenal nokhiriah? ala.. yang pelakon komedi wanita tu, pernah menang anugerah pelakon komedi wanita terbaik.. ingat tak? haaa... dia memegang watak isteri Aflin shauki dalam filem hebat, Papadom.. salah satu dialog yang diucapkan beliau dalam filem ini membuatkan IbnuRijal terfikir panjang, terhenti dari gelak tawa yang dari awal filem itu, ini petikan kata2nya dalam filem itu, " dom, "kalau" hanya wujud dalam hati orang yang tak bersyukur..." subhana ALLAH... tepat sekali kata2nya ini.. kita biasanya akan meng"kalau"kan sesuatu perkara jika kita kurang berpuas hati terhadap sesuatu perkara.. kan? lihat contoh2 ayat yang IbnuRijal beri tadi... saudara akan faham.. ehmmm... kenapa IbnuRijal timbulkan isu "kalau" ini? adakah kerana dah tak ada modal nak taip post baru?? macam tak penting je....................
ok2.... mungkin kita akan anggap isu ini remeh... tapi, sebentar., jom kita teliti satu hadis dari Rasulullah s.a.w ini, Baginda pernah bersabda yang baginda amat amatttttt khuatir jika umat Baginda nanti {kita}, menyebut "kalau"... subhana ALLAH... rupanya perkara berkaitan "kalau" ni bukan perkara remeh la... ya, mungkin kita menganggap ini hanyalah perkara kecil.. tapi, mari kita renung satu lagi sabda nabi kita yang tercinta ini, dalam khutbah terakhir baginda, salah satu yang baginda sebutkan adalah, "sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka BERHATI2 LAH DALAM PERKARA2 KECIL"..
seribu empat ratus tahun dahulu nabi s.a.w telah berpesan perkara ini kepada kita...jadi, maksudnya, syaitan SEDANG menghanyutkan kita dalam perkara2 kecil seperti inilah, seperti persoalan "kalau" yang kita bincangkan hari ini.. baiklah, IbnuRijal hendak bawakan satu lagi kisah benar yang boleh kita ambil pengajaran darinya.....
Pada suatu hari, sedang syeikh sundu Efendi mengajar, beliau bertanyakan satu soalan kepada anak2 muridnya, "wahai anak2 muridku, "kalaulah" kamu diberi kesempatan untuk mentadbir dunia ini, apa yang akan kamu perbuat?
menyedari soalan ini tidak pernah ditanya oleh syeikh sebelum ini, anak2 muridnya, begitu teruja menjawabnya... ada yang menjawab, "kalau saya mentadbir dunia ini, saya akan hapuskan semua penjahat2" yang lain pula menjawab, "kalau saya mentadbir dunia ini, saya akan menghukum semua pemabuk2.." dan begitulah seterusnya, semua mereka teruja menjawab soalan yang diajukan soalan syeikh tadi.. tetapi, dalam keriuhan mereka menjawab, seorang sahaja anak murid beliau yang tertunduk diam, mukanya pucat... semua mata tertumpu padanya, syeikh bertanya, "mengapa engkau tidak menjawab wahai muridku?" pelajar tadi mangangkat kepala dan bersuara, "maafkan saya syeikh, saya tak mampu menjawab soalan "kalau" saya mentadbir dunia ini, kerana apabila saya menjawabya, seolah2 saya lebih pandai dari ALLAH yang mentadbir alam selama ini, dan seolah2 olah saya mempertikaikan pentadbiran ALLAH selama ini.." mendengar jawapan muridnya itu, syeikh sunul efendi tersenyum dan berkata, "engkau benar wahai muridku..." subhana ALLAH...
saudara sekalian, sekarang, faham tak, apa bahaya disebalik 5 huruf ini..? ya... perkara kecil yang mampu merosakkan aqidah kita... seperti lagu kak nita kita, dan seperti yang diucapkan nokhiriah dalam filem Papadom. serta peringatan nabi kita yang tercinta... "kalau"... berhati-hatilah kita...sabda nabi,
"antara 2 punca utama masuk neraka adalah terletak diantara dua bibir, dan diantara dua peha.."
sekian untuk kali ini, moga berjumpa lagi dalam post seterusnya insya ALLAH...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI..
1 comment:
ibnu rijal boleh beri skit penerangan mengenai antara 2 punca
Post a Comment