teman-teman...

Wednesday, February 29, 2012

KAHWIN MUDA...

assalamualaikum...

apa khabar saudara2 ku yang dirahmati ALLAH sekalian? diharap sihat disamping petunjuk ilahi dan disisi sunnah nabi..

KAHWIN MUDA.. topik yang akan dibicarakan oleh IbnuRijal hari ini setelah sekalian lama menyepi maklumlah, buat persiapan perkahwinan sedikit.. :)
tapi, kahwin dengan publisher saja la.. sibuk sikit mengintai2 ruang dengan publisher baru untuk buku ke-4 nanti. saja nak tambah kenalan dan saudara.. semoga segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH jua..

sejak akhir2 ini, kita menyaksikan satu fenomena baru dlm negara kita, yakni kahwin muda. ramai remaja terutamanya pelajar2 IPTA mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai rumah tangga seusia muda lagi. lantaran itu, macam biasa lah, terpa suara2 sumbang yang mengkritik hal ini, namun tak kurang juga suara2 yang meluahkan sokongan.

ehm.. salahkah berkahwin? sudah tentu tidak! bahkan nabi s.a.w bersabda, "nikah itu adalah sunnahku, barangsiapa yang tiada beramal dengan sunnahku maka ia bukan dari kalanganku."
harus difahami, andai perkara itu disebutkan sebagai sunnah, maka ianya tergolong dalam kategori ibadah. ok? setakat sekrang boleh ikut tak? ibnuRijal nak pergi jauh lagi ni...
baiklah, adakah salah perkahwinan diusia muda?
nabi s.a.w menjawab soalan ini 1400 tahun dahulu melalui sebuah hadis,

"tiga perkara yang perlu disegerakan, solat apabila tiba waktunya, jenazah apabila telah hadir, dan anak dara apabila ada yang sekufu dengannya.."

segera yang bagaimana yang dimaksudkan nabi? soalan itu terlalu kerap saya dengar.. ehm.. teringat pula kisah satu petang saidina Umar r.a sedang berbual dengan saidina Ali.. lalu Umar bertanya, "wahai Ali berapa umur dikau sekarang?" jawab Ali "21 tahun.." kemudian saidina Umar tersenyum, dan berkata, "dikau sudah perlu kahwin wahai Ali.."

21 tahun boleh kahwin? (macam umur boleh mengundiii ja..)
adakah kita diusia 21 tahun sudah boleh berumah tangga? harus diingat, saidina Ali walaupun ketika usianya 21, cara beliau berfikir adalah seperti orang yang berusia 40.. beliau matang dan bijak.. lantaran itu beliau sudah dianjurkan supaya bernikah oleh umar..

jadi, 21 tahun tak boleh kahwin la?
itu bukan soalnya, yang penting skarang, bagaimana corak pemikiran kita diwaktu itu.. ingat, kahwin bukan sehari dua.. tapi selamanya.. kahwin bukan saja terhenti didunia sahaja, namun berterusan hingga ke jinjang syurga.. jadi, fikir dalam2, jadilah manusia yang matang, ada sifat jati diri dan berkepimpinan, mantapkan ilmu fardhu ain di dada, kemudian, jemputlah orang datang rumah.. :)

andai kita tinjau hukum nikah.. ia bergantung kepada keadaan, adakalanya sunat, makruh, Haram, harus dan malah wajib.

harus- andai tiada perkara yang menghalangnya untuk bernikah, dan tidak ada yang mendorongnya bernikah.
sunat- bagi mereka yang ada kemampuan zahir batin, tapi masih boleh menahan nafsu.
wajib- bagi mereka yang ada kemampuan zahir batin, dan dikhuatiri terjerumus zina andai tidak berkahwin.
makruh- sesiapa yang tidak mampu , namun tidak memudaratkan isterinya andai bernikah.
haram- bagi sesiapa yang tidak mampu dan ada niat jahat untuk berkahwin.

ehm.. sekarang mari sukat, kita berada dlm kategori mana..

secara peribadi, IbnuRijal berpendapat, kita sedang berada dizaman yang cukup sukar untuk mengawal nafsu ditahap yang paling cemerlang.. buka saja television, ada saja rancangan yang dedah aurat, kdg2 kita tgh tengok cerita agama pun, nanti iklan, ada terselit iklan2 maksiat.. itu belum kira surat khabar, dan persekitaran sekeliling..
malah, trend hari ini, orang muda bercinta.. salah ke? cinta tak salah, bagaimana menguruskan cinta itu yang membuatkannya salah atau tidak salah..
jadi, bagi sesetengah remaja yang sudah ada kufunya, dan ada perasaan dihati, mereka juga ada kemampuan, lantas mereka mendirikan rumahtangga.. dimana salahnya?
ada yang tidak berpuas hati dan mengumpat kononnya gatal, tak sabar sangat dah.. itu bukan soalnya.  yang penting sekarang, gatal macamna pun mereka, mereka sudah halal.!
mengapa tidak dicemuh pasangan yang belum bernikah itu?
teringat kisah ali baba bujang lapok, pada babak marjina ke pasar ingin membeli belacan.. ingat tak? pada waktu tu, peniaga tu jerit selamber ja "ganja! ganja".. bila Marjina sebut nak belacan, terus dia takut, dia suruh  marjina cakap pelan2.. sebab belacan salah dijual.. dari situ, P ramlee nak ajar kita, zaman sekarang orang nampak yang halal itu haram dan yang haram itu halal.. mana mungkin belacan disorok2, sedangkan ganja dijual terbuka? itulah yang dimksudkan.. orang muda bernikah, riuh sekampung kononnya gatal, namun orang muda bercinta, orang cuma cakap, "biasalah.... anak muda..."

seperkara lagi yang mahu Ibnurijal sebutkan.. soal "berkemampuan"..
kemampuan yang bagaimana yang dituntut? perlu difahami, kemampuan yang dimaksudkan agama adalah hanya sekadar kemampuan yang terdapat dalam perkara rukun nikah dan kemampuan sekadar tidak menganaiya isteri dengan kefakiran melampau.. bukanlah kemampuan memberikan isteri itu dengan kemewahan..
hari ini, kalau orang nak kahwin, perlu ada 3 kunci dulu, iaitu kunci kereta, rumah, dan pejabat..
itu pegangan yang cukup salah.. sebtulnya, 3 kunci itu adalah kunci ilmu, iman, dan amal.. soal rezeki itu kerja ALLAH, yang penting kita usaha..

lihat di negara arab.. hantaran perkahwinan sahaja mencecah 300 000 riyal.. kesannya, lelaki arab adalah golongan paling banyak berkunjung ke Thailand untuk melampias nafsu.. adakah kita mahu jadi begitu?

ada juga yang masih tidak bepuas hati, kata mereka itu nikah gantung.. sekali lagi perlu diingat, nikah gantung bukan bererti gantung tak bertali sepertimana yang semua fikirkan.. nikah gantung @ nikah khitbah adalah perkara yang suci.. malah, nabi s.a.w sendiri pernah bernikah khitbah.. masih ingat, baginda hanya tinggal bersama ummul Mukminin Siti Aisyah selepas tiga tahun bernikah? bukankah itu nikah khitbah?

nikah itu ibadah.. mari kita bandingkan ia dengan ibadah yang lain, untuk lebih memudahkan kefahaman kita.
contohnya solat..
apabila masuk waktu azan, kita ingin bersegera bersolat, lalu orang melarang, orang katakan, "gatal, tak sabar sangat dah.".. wajar tidak kata2 mereka itu? tentunya tidak bukan? apa bezanya dengan nikah?
contoh kedua, haji..
apabila cukup wang, kita hendak menunaikan haji.. lalu orang melarang, orang katakan " awal lagi.. sabarlah dahulu..." wajar tidak kata2 itu? ingat.. ajal maut datang bila2 masa sahaja.. apa hukumnya andai kita kaya, namun, tak pergi mengerjakan haji? haram bukan? kerana haji adalah rukun islam! wajib bagi yang mampu. apa bezanya dengan nikah? bukankah ia wajib bagi yg mampu? soal sukar mengawal nafsu sudah IbnuRijal jelaskan diatas tadi.. jadi, apa bezanya? kenapa nikah perlu dianak tirikan dari ibadah2 yang lain?

ada ibu bapa pernah mengadu, susah hati sebab anak mereka nak kahwin awal.. jawab IbnuRijal, sepatutnya pakcik n makcik susah hati kalau anak pakcik makcik tak nak kahwin..

ada pula yang mengadu, tunggulah habis belajar dahulu... jawab IbnuRijal, sampai bila nak habis belajar? proses menuntut ilmu takkan habis sampailah ke liang lahad., habis tu, takkan lepas masuk liang lahad baru nak nikah?

ada pula yang mengadu, nanti kalau dapat baby, susah.. jawab IbnuRijal.. habis tu kalau dapat baby luar nikah senang ke? lagipun, adakah nikah itu satu jaminan confirm dapat baby? itu semua kerja ALLAH.. lagipun pasangan2 muda ini sudah tentu ada prancngan mereka.. kita yakin, tujuan pernikahan muda adalah untuk menghalalkan urusan keluar belajar bersama2.. membeli belah, bepegangan tangan ke shopping complex, seperti remaja lain juga.. itu saja.. namun, kalaulah dapat baby pun, itu tidak salah, ia halal lagi suci..

kesimpulannya, kita perlu tanya diri kita sekarang, adakah kita masih nak berpegang kepada adat hingga sanggup lihat anak2 muda kita melarat? usah bebankan perkara2 baik dan ibadah ini dengan kerenah adat dan sebagainya.. kelak kita juga yang binasa.. kita mhu melihat anak muda yang berpegangan tangan kesana kemari membawa dosa atau membawa pahala? sama2lah kita renungkan..
selamat pengantin baru dari IbnuRijal..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

8 comments:

Shah said...

post yang sangat bagus.

Anonymous said...

LAWAK

ezzati said...

selalu je dengaq orang kawen muda sekarang ni .
ha btw kawan saya selalu cakap
"kita kena cari pasangan dah stat sekarang ni , *alam u la kiranya* , dah kena mulakan pencarian then start kenal kenal apa semua sebab nanti dah kerja susah bla bla bla"

wajar kee ?
hem.bagi saya. x setuju. haha

hatiku berbicara said...

best ye post kali ni Ibnu rijal.. :) ...

hanim Nabilah said...

mentaliti masyarakat sekarang-->bila nampak pasangan dah kawen dikata gatal,tak sabar..tapi kalau yg bercouple berkepit ke hulu ke hilir dikata suweett! pulak?? berpenyakit sungguh @_@

fan-C said...

Assalamualaikum,

Saya tahu post ini dah lama, tapi ilmu tu tak lama, atau baru. Cumanya rasa saya sudut pandangan yang dianalisis agak cetek untuk seorang pendakwah. Contoh, disebabkan hantaran kahwin yang tinggi, so kena pergi thailand utk melepaskan nafsu. That is the most insulting reason untuk menggalakkan perkahwinan.

Mohon ya, pertimbangkan banyak perkara sebelum keluarkan 'ilmu'. Only information is not knowledge.

Maafkan saya yang sengaja berkasar. Good day.

Unknown said...

fan-C, sebenarnya penulis bukan nak mengutarakan "reason" utk menggalakkan perkahwinan.. tapi penulis lebih realistik dgn hujah beliau dgn mengambil kira apa yg berlaku dlm dunia sebenar... statistik tu fakta, dgn fakta lah kta berhujah dgn org. penulis hanya nyatakan dakwah beliau sesuai dgn manusia zaman skrg yg cukup degil & melebih2kan adat dr agama. jadi, kdg2, mmg perlu "sakit" sikit telinga mendgr atau mata yg melihat hujah seperti tu.. supaya semua dpt kesedaran.

Unknown said...

fan-C, sebenarnya penulis bukan nak mengutarakan "reason" utk menggalakkan perkahwinan.. tapi penulis lebih realistik dgn hujah beliau dgn mengambil kira apa yg berlaku dlm dunia sebenar... statistik tu fakta, dgn fakta lah kta berhujah dgn org. penulis hanya nyatakan dakwah beliau sesuai dgn manusia zaman skrg yg cukup degil & melebih2kan adat dr agama. jadi, kdg2, mmg perlu "sakit" sikit telinga mendgr atau mata yg melihat hujah seperti tu.. supaya semua dpt kesedaran.