teman-teman...

Thursday, December 29, 2011

HUDUD : "jangan buat main-main!"

assalamualaikum.. apa khabar saudara-saudara ibnuRijal hari ini.. sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar perbahasan hangat berkenaan isu hudud ini di Malaysia.. ada yang cakap, itu agenda politik, dan sebagainya, bagi ibnuRijal, "no comment." sebab ibnuRijal tidak mahir sangat bidang politik ni dan kurang ambil tahu berkenaan politik, prinsip kita mudah, yang hak kita sokong, yang batil kita tentang, tidak kira dari aliran mana sekalipun..
fuhh... (cmna nak mula ni... ) risau jugak nak taip post hari ni.. risau orang salah faham. nanti dituduhnya pula cuba berpolitik.. nak tolong kempen.. adoii... ok la.. memang ibnuRijal nak tolong kempen.. ops! tapi bukan kempen untuk mana2 parti politik, ibnuRijal nak kempen untuk ALLAH.. sebab sedih sgt2 dah, tgk hari ini makin ramai yang nak bersuara walau dengan ilmu segelas.. akhirnya? timbul perbalahan.. asalnya benda secupak jadi segantang.. "orang lain yang kita musuhi, yang lain yang kita cemuh!"

ibnuRijal baru sahaja selesai menonton video di youtube, yang bertajuk "sembang Rakyat, lagi Hudud PAS"..
naik terketar kepala lutut ni bila kt part last tu, pelakon tu sebut, "kalau pakai hukum hudud pun, tak jadi ape nyer,,"  lepas tu seorang lagi pelakon (berkopiah puteh) pula sambut, " lagi teruk jadi nya..."


 subhana ALLAH.. mengucap pak cik n mak cik oiiii..... awak tengah hina  siapa ni sekarang?? jangan buat main. tiap perkataan yang keluar dari mulut kita tu kena fikir dua kali. jangan kerna mulut, badan masuk neraka..!

sikit pun tak terlintas dihati ibnuRijal nak bela atau hentam mana2 parti politik kat malysia ni.. ALLAH jadi saksi ibnuRijal... post ni dari seorang hamba ALLAH yang amat kecewa bila ada manusia yang merendah dan meremehkan hukum tuhannya.!
ingat tuhan tu kawan2 kita ke pak cik?? senang2 nak komen cmtu..

ALLAH... kita ni dah makin teruk.. sejak dua menjak ni bila timbul semula isu hudud ni, semua nak buka mulut, dari sekolah menengah, student U, malahan ARTIS! ini bukan soal kebebasan bersuara, ini soal hukum ALLAH.. jangan cakap tanpa ilmu.. sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a., nabi s.a.w bersabda, "sesiapa yang sengaja melakukan pendustaan keatasku, maka siapkanlah neraka untuknya.."


jangan cakap kalau takda asas, tak da ilmu.. biar para ahli dalam bidang ini yang bahas, kita orang yang jahil, sama2 doakan yang terbaik..
sedih bila baca komen ada yang sebut, "hukum hudud tak sesuai di zaman sekarang", hukum hudud tak sesuai di malaysia.." ibnuRijal nak tanya, hukum siapa yang anda tengah komen sekarang?? bumi ni DIA yang punya, kita sendiri pun, ALLAH yang jadikan. kita ni MENUMPANG.. jadi, buatlah cara menumpang, ALLAH dah tetapkan aturan yang terbaik untuk kita, mengapa kita memilih yang lain? pilih yang lain itu satu hal, ini ada khilaf lagi dalam kalangan ulama', ada yang menyatakan  tidak jatuh kafir kalau tak laksanakan hukum ALLAH.. ibnuRijal pun cenderung dengan pendapat itu. NAMUN, kalau TOLAK hukum ALLAH, malah pertikai, perlekeh, jawabnya, KAFIR..!! bawak mengucap lah..

kenapa? jom wat analogi mudah..
kalau orang tu tak puasa, tapi dia tau puasa tu baik untuk kesihatan.. dia pun tahu, sebagai seorang muslim, dia harus berpuasa.. tapi dia tidak berpuasa.. adakah ia kafir? ulama' berpendapat, ia tidaklah ke tahap kafir, namun ianya tetap berdosa besar, dan fasik..
tetapi, kalau orang tu tak puasa, dan datang orang menyuruhnya puasa, dia tolak. kononnya puasa tak sesuai zaman sekarang, puasa tak sesuai di Malaysia. ia perlekeh puasa kononnya merosakkan kesihatan.. jadi, ulama sebulat suara menyatakan ia KAFIR..
tuhan dah tetapkan A, kenapa kita pilih B? dan perlekeh A? adakah kita lebih pandai dari ALLAH.. boleh kalau nak hina hudud, bagaimana? pergilah duduk alam yang mana yang ALLAH tak ciptakan(kalau ada), pulangkan semula segala nikmat yang tuhan berikan.. (kalau mampu).. then, bleh la nak perlekeh hudud puas2 pun..
sedih.. bila ada ustazah pangkat ph.d sendiri pun hina hudud.. "mencuri sikit, nak potong tangan.." amboihhh... sedap cakap makcik ni.. istighfar banyak2 la.. mohon taubat pada ALLAH..
lepas tu, timbul pula isu, tanya kepada orang bukan islam, "setuju tak, nak buat hudud?" budak2 pun tahu jawapan..  confirm mereka tak setuju. sebab mereka bukan islam.. sama la macam kita tanya mereka, setuju tak datang jemaah lima kali sehari di masjid? kan? confirm mereka tak setuju, kerana mereka bukan islam. sudah adat dunia begitu. kenapa kita tak tanya diri kita, "kenapa aku tolak hudud?"

bagi ibnuRijal, orang yang tak mahu hudud ni hanyalah penjenayah. hudud bukan nak hukum orang awam, hudud nak hukum penjenayah..  kenapa kita nak takut? takut silap? selak semula kitab2 tetang hukum hudud.. bukan mudah untuk menghudud sesuatu kesalahan.. jauh lebih teliti dan detaill.. jika tak sampai had hudud, maka takzir boleh dilaksanakan.. itu saja..
bila orang akan nak sangat jika buat hudud?
jawapan : bila hartanya yang dicuri, bila keluarganya yang dibunuh,..
bayangkan, anda bangun saja pagi, nak pergi kerja, keluar rumah, tengok, kereta mercedes anda yang baru beli minggu lepas dan lesap! dicuri!
ketika itu apa perkataan yang akan keluar dari mulut anda?


"kalau aku dapat pencuri tu, aku potong2 tangan dia..!!!"


nah.. itu bukan hudud? orang yang kena musibah, baru dia tahu betapa berkesannya hudud.. hudud bukan soal potong tangan, hudud soal keadilan!
jujur, ibnuRijal sikit pun tak cenderung mana2 parti politik.. baik di pihak mana pun.. bagi ibnuRijal, dipihak goverment, janganlah tolak mentah2 hukum ALLAH ni.. ibnuRijal tahu, memang sukar.. buat satu2 la.. kalau tak dapat laksanakan hudud terus pun, sekurang2nya ada usaha kearah itu.. misalnya adakana seminar kefahaman hudud, latih pegawai2 agama tentang hudud.. buka corse2 pengjian di universiti tentang hudud.. biar nanti kita bukan sahaja ada pakar undang2 sivil, malah ada pakar hudud.. cntik kan?
di pihak oposition pun begitu juga, mungkin kerajaan belum tahu kebersanannya, kita yang tahu, jangan hentam kasar2, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.. adakan seminar kefahaman hudud, tiap roadshow yang dibuat, janganlah sebut nak buat hudud semata2, tapi ceritalah bagi detail, apa itu hudud.. inya ALLAH.. lama kelamaan akan nampak hasilnya.. bagi IbnuRijal, hudud adalah perkara HAK, jadi, kebenaran akan terserlah jua akhirnya..  LA tahzan.. :)
teringat kata2 as syahid, imam Hasan Al Bana, " kalian suka memetik buah yang belum masak "
makna kata2 beliau cukup indah.. usah gopoh.. betul, kita perlu bersegera kearah kebaikan ini, namun, bersegera itu harus diiringi dengan bekalan, dan persediaan yang cukup..
lihat contoh perjuangan ikhwanul muslimin di Mesir.. anda akan dapat jawapannya..

akhir kata, jangan kutuk2 hukum ALLAH lagi ya.. tak baik.. ALLAH dah cukup baik pada kita, bagi tempat tinggal, makan pakai, semua free.. jangan mudah2 kita ni nak cakap hukum ALLAH tu tak sesuai.. hidup mati kita pun ditangannya.. takkan lah kita nil lebih bijak dari ALLAH pula? kan?
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Friday, December 23, 2011

senarai watak penting, dan perwatakan dalam novel Putera Multazam..


1. haji Idris - ayahnda kepada multazam, pelakar sejarah buat kampung Muara Panjang.
2. Hajjah Salma - Ibunda Multazam, wanita berusia 70-an, cekal, tabah dengan dugaan hidup.
3. Multazam- watak utama novel, pendukung cerita, pemuda bujang berusia 20 an, tenang dan besederhana.
4. Fatimah - anak sulung Hj Idris- janda tanpa anak, berusia 50-an.. kuat beribadah dan tidak banyak berbicara.
5. Zarifah - anak kedua Hj Idris,
6. Sumayyah - anak ketiga hj Idris, ramah dan suka mengusik, tegas terhadap anak-anak.
7. Hasyim- suami kepada Zarifah, berjawatan besar di Kota.
8. Rahman- suami kepada Sumayyah, tinggal bersama Long Ma, menyara hidup dengan menjadi penyelia kilang.
9. Hj Imran- kawan lama Hj Idris, orang berada, disegani di Muara Panjang.
10. Majid- pembantu peribadi Hj Imran.
11. hj Karim - imam surau Muara Panjang, baik namun sifat egonya menguasai diri.
12. Rahmat- bilal surau, orang kuat Hj Imran.
13. Tahir- lelaki berusia awal 40-an, tergas, garang, panas baran, meski ada ilmu agama.
14. ustaz Bakar- pengarah Pejabat agama, disegani ramai, tenang, namun ada kalanya tegas.

petikan novel Putera Multazam - ibnuRijal,2011-




1. Kepulangan yang Dinanti

          Suasana dingin pagi mulai menyapa diri. Sayup-sayup kedengaran si pemanggil memanggil ke jalan Ilahi. Ada yang masih dibaluti selimut dan ada yang masih lagi didakapan mimpi yang sudah pun berlarutan ke masa tambahan. Ada juga yang sudah pun melangkahkan kaki untuk keluar mencari rezeki, tidak kurang juga yang baru pulang dari mencuri. Haji Imran serta Majid melangkahkan kaki perlahan-lahan menuju ke surau.

“Suara siapa tadi tu Haji? Lain benar. Sayu pula rasa apabila mendengar azan tadi,” soal Majid, lelaki berusia 40-an yang bekerja kampung mengurus segala urusan ladang-ladang Haji Imran serta bertindak sebagai pembantu peribadinya.
“Entahlah, Haji sendiri pun tidak dapat mengecam suara tu. Yang pasti, sudah lama surau kita ni tidak kedengaran azan Subuh. Entah siapa gerangan pemilik suara itu, haji pun tidak tahu,” balas Haji Imran, orang lama di Kampung Muara Panjang yang disegani kerana sifat dermawannya kepada penduduk kampung.

“Entah–entah malaikat yang turun azan kot, sebab orang kampung kita malas sangat nak bangun Subuh,” gurau Majid sambil menepuk bahu Haji Imran.

“Hisyyy kamu ni Majid, ke situ pula. Haji yakin ini mungkin suara jemaah tabligh yang datang bermalam di kampung kita ni,” balas Haji Imran.

“Hai, Haji dah lupa ke? Jemaah tabligh tak pernah masuk ke kampung kita dah. Sejak dihalau oleh imam surau, Haji Karim, dua tahun lepas...” kata-kata Majid itu benar-benar menambahkan lagi tanda tanya di lubuk hati Haji Imran. Semakin hampir mereka ke surau, semakin kuat keinginan mereka untuk mengenali muazin tersebut.
        Sebaik sahaja tiba di surau, Haji Imran serta Majid menaiki tangga surau dan kelihatan dari belakang, seorang yang sedang bersembahyang sunat rawatib. Wajahnya kelihatan tenang, jubahnya terurus dan amat berseri. Suasana surau yang malap menyerlahkan lagi cahaya putih dari jubah pemuda itu. Pergerakannya lembut dan teratur. Terkedu seketika Haji Imran dan Majid apabila melihat kekhusyukan pemuda itu.

“Haji, kan saya dah cakap tadi, malaikat yang azan. Tengok tu, subhanallah kita diberi peluang tengok malaikat pagi ni,” bisik Majid perlahan-lahan ke telinga Haji Imran.

“hisyhh..Kamu ni Majid, itu manusia. Haji rasa muda lagi budak ni. Marilah kita solat sunat dulu, nanti kita tanyakan siapa sebenar budak ini dan mana asalnya,” balas Haji Imran.

Hati Haji Imran terasa amat berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Sepanjang bersolat sunat, Haji Imran memikirkan siapakah pemuda ini. “Ya Allah, apakah yang sedang engkau tunjukkan padaku ini? Lain benar rasanya perasaanku terhadap pemuda ini, bagai ada suatu rahsia dan petanda yang dibawa bersamanya,” bisik hati Haji Imran..

.......................................................................................................... ...........

Wednesday, December 14, 2011

surat kedua buat saudaraku, mastermind...

Bismillahirahmanirahim...

saudaraku mastermind, terima kasih kerana sudi bertanya diri yang kerdil ini.. apa yang saya kagum tentang saudara adalah, mengenai persoalan2 yang saudara utarakan.. ia bawa satu petanda pada sya bahawa saudara benar2 org yang mencari dan sering bertanya tetang tuhan.. firman ALLAH dlm al Quran..
"dan pabila hamba2-KU bertanya padamu tentang-KU, maka aku ini dekat.." (Al Baqarah, 186)
mudah2an kasih sayang ALLAH makin hampir dan dekat mendakap hati saudara. amin.

saudaraku,
anda bertanya, mengapa kita masih perlu berdoa sedangkan ALLAH itu maha mengetahui?
jawabnya, itu adalah sebagai tanda kita benar2 inginkan sesuatu itu, dan ia sebagai adat org yg inginkan sesuatu, pasti ia perlu berbuat "sesuatu".. analogi mudah, seorang murid yang mengambil exam, gurunya sudah tahu, yang muridnya itu pasti mahu A.. namun, mengapa gurunya tidak terus memberikan A kepada murid itu? mengapa ia mahu murid itu jawab exam dahulu, baru ia beri markah tersebut? sudah pasti kerana guru itu mahu lihat sejauh mana kesungguhan muridnya itu dan sebesar mana hasrat A muridnya itu..
saudara, sudah menjadi adat dunia, apa yang diberi percuma, jarang amat dihargai.. betul tidak? ya.. itu tanda ALLAH ingin mengajar kita..

saudaraku,
memang benar ALLAH itu maha mengetahui, siapa kata hanya dengan cara berdoa, ALLAH tunaikan permintaan kita? itu tanggapan salah. itulah resmi manusia, hanya melihat benda yang tidak nampak dimata, benda yang sudah ada jarang sekali disyukuri.. betul tidak? contohnya, hari ini, kita makan lunch, nasi lauk ayam campur sambal udang. pernah kita minta pada tuhan sebelum itu untuk makan demikian? tidak bukan? tapi hari itu ALLAH menghidangkan kita lauk demikian.. contoh lain, hari ini kita bangun, bernafas, berjalan menuju tempat kerja.. pernah malam sebelum tidur itu, kita berdoa dan meminta agar esoknya kita dibangunkan semula dan boleh tetap berjalan seperti hari2 biasa? tidak bukan? tapi ALLAH tetap memberinya.. itulah resmi manusia.. jarang sekali ia syukur pada yang sudah ada padanya, hanya asyik memikir apa yang belum diperolehnya.. contoh lain, manusia bebas berbuat pelbagai kerja dengan jemarinya.. makan nasi, menulis, membuat kerja2 seni, menaip.. namun, pernah manusia itu mengucap syukur atas nikmat jari jemarinya? tidak bukan? kelak bila hilang nikmat itu, ia ditimpa musibah, hilang jemarinya, tika itu baru ia menangis berdoa meminta agar dikembalikan jari-jarinya itu.. baru ia tahu akan nikmat sebatang jari yang ALLAH beri..betul tidak?

saudaraku,
ingat, ALLAH suruh kita berdoa bukan kerna ALLAH tidak tahu kehendak hati kita, namun ia sebagai tanda penghormatan seorang hamba, dan sebagai adat orang yang meminta..
ingat,
ALLAH tak beri apa yang kita pinta, ALLAH beri apa yang kita perlu..
mengapa? kerana.....
" boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu, boleh jadi kamu mencintai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.." (AL Baqarah, 216)

saudaraku,
resmi manusia memang begitu.. kerana itu ALLAH mahu kita berdoa.. sebagai tanda sujud, tunduk, dan melebur ego didada.. lihat bagaimana ALLAH menyusun Kalam-NYA..
"dan pabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada KAMI dalam keadaan berbaring, duduk dan berdiri, tetapi setelah KAMI hilangkan bahaya itu daripadanya, dia kembali menempuh jalan sesat, seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. begitulah orang2 yang melampaui batas yang memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.." (Yunus,12)

ini jawapan ALLAH.. lihat, manusia yang berdoa pun apabila dimakbulkan ia kembali ingkar, apatah lagi manusia yang dapat apa yang ia mahu tanpa berdoa, adakah ia akan ingat kepada ALLAH sebagai pemberi? tidak bukan?

saudaraku,
mengapa orang islam paling banyak ditindas sedangkan mereka paling banyak berdoa dan beribadat? saya suka menjawab soalan ini dengan memetik kata2 abdullah ibn Abbas r.a, katanya ;
"sesungguhnya ALLAH menjadikan dunia ini tiga bahagian, bahagian pertama untuk orang beriman, bahagian kedua untuk orang munafik, dan bahagian ketiga untuk orang kafir. maka orang beriman menjadikan dunia sebagai bekal akhiratnya, orang munafik menjadikan dunia sebagai perhiasan, dan orang kafir menjadikan dunia sebagai tempat kesenangan.." 


saudaraku,
bila orang islam beriman itu menjadikan dunia sebagai bekal akhirat, maka tidak hairanlah jika ia diuji oleh ALLAH dengan sedikit ujian.. firman ALLAH..
"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.." (Al Anbiya', 35)
jelas pada kita, ujian bukan hanya bersifat bencana, ia boleh juga bersifat kurnia.. misalanya, jika ia diuji dengan harta kekayaan yang melimpah ruah, adakah ia akan kufur dan makin jauh dari ALLAH, atau setia dengan taqwanya? itu juga ujian..
namun, lebih beruntung orang yang diuji dengan bencana.. mengapa?
sabda nabi, " apabila ALLAH memberikan sesuatu musibah kepada seseorang hambanya, DIA memberinya sama ada untuk menghapuskan dosanya atau untuk mengangkat darjat seseorang hamba itu.."

saudaraku,
akhir sekali,
cuba renung analogi ini..
datang seorang lelaki ke sebuah pejabat, ingin meminta kerja sebagai seorang jurutera..
majikan bertanya padanya apa kelayakan kamu?"
jawabnya, "saya memang seorang jurutera."
adakah ia akan terus diterima bekerja hanya dengan mengaku sebagai jurutera?
tentunya tidak bukan?
pasti majikan akan mengujinya dengan beberapa soalan atau ingin melihat bukti akan pengakuannya itu.. kemudian barulah ia layak untuk diterima bekerja.
dan, pastinya, untuk mendapat gelaran jurutera itu bukan boleh dicapai dengan hanya belajar sembil lewa dan tidak diuji dengan peperiksaan, assingment, dan praktikal yang sukar.. betul tidak?

sekarang, mari hayati kata-kata indah dari ALLAH ini..

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.." (Al- Ankabut, 2-3)

demikian surat buat saudaraku.

yang benar,

IbnuRijal..

Monday, December 12, 2011

jawapan buat saudaraku, mastermind..


hello.. :) saudara saya, mastermind.. terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini dan bertnyakan soalan yng sya kira agak mencabar dan soalan dari seorang yang bagi sya, org yg bijak n suka berfikir..
maaflah, saya dah cuba reply melalui komen, tak boleh. sebab terlalu panjang, saya inngin reply trus ke email saudara pun x boleh, tulis kt c2, not supported.. jadi saya reply via post la eh.. mudah2an pembaca lain dpt manfaat..
 pertama, sya bukanlah ahli dlm bidang ini.. saya bukan ulama', ataupun ust.. jawpan yang bakal sy berikan ini, mungkin bukanlah yang paling terbaik.. saudara boleh rujuk ust2 lain jika kurang berpuas hati dengan jwapan ini ya.. :)
begini, adakah org islam akan masuk syurga selepas dicuci dosanya? jawpannya, YA, selagi ia tidak menysyirikkan ALLAH..
kedua, adakah org kafir akan kekal dlm neraka? jawpannya, itu hak ALLAH,,, neraka dan syurga miliknya, maka ia berhak memasukkan sesiapa sja yg dikehendakinya.. namun, jgn cepat melatah, ALLAH tidak pernah menzalimi makhluknya.. :) ALLAH MAHA ADIL? JAWAPANNYA YA..
tentang persoalan hidayah.. seseoarng itu dilahirkan islam n bukan islam dipinta atau tidak.. nabi menjawab dlm sebuah hadis yg bermaksud ;
"setiap bayi dilahirkan dengan fitrah, terpulang pada ibu bapanya lah sama ada meyahudikan atau menasranikannya.."

syarah hadis ini, fitrah bermaksud islam.. jadi, tiap bayi yg dilahirkan, ia dilahirkan sebagai makhluk yang suci dari sebarang kekafiran.. malah, jika ia mati tika itu, matinya sebagai islam.. kenapa? kerana sejak ia lahir lagi sudah sebagai islam.. betul ke??
ni jawapan ALLAH..
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
(al A'raf, 172)

disini jelas, tiap makhluk semasa belum masuk alam dunia, mereka mengakui allah sebagai tuhan. namun, setelah lahir kedunia, keluarganya yg mencorakkan ia islam atau tidak..
apa nasib bayi yang parent nya bukan islam?
ALLAH maha adil.. tika meniti era dewasa, ALLAH akan ilhamkan Ayat2 NYA buat semua makhluk berfikir, tidak kira islam atau kafir.. semua berhak mendapatnya.. dan memang mereka mendapatnya.. :) adakah sy berdusta? boleh tanya org bukan islam kalau tidak percaya.. dlm hati tiap insan, akan ada satu titik fitrah yg dinamakan titik tuhan.. atau GODSPOT dlm kajian barat.. titik inilah yg berkedip dahaga mencari2 kebenaran spnjg hidup d dunia. tiada beza bg kafir atau islam, sma sja.. (ALLAH MAHa ADIL)..
ada mereka yang tidak mahu berfikir tika mana GODSPOT ini menyala2 mancari hidayah,. lalu bagaimana hidayah tuhan mahu menjengah? islam seseorang itu, hanya ALLAH yang tahu sejauh mana islamnya.. bukan hanya pada lidah, namun kebenaran dlm hati, dan ketaatan dlm amalan.. itu baru muslim.. yang lainnya, ada ulama yang menyebut islam hanya pada nama, didunia nya islam, diakhirat kafir.. hanya ALLAH yg tahu apa yg tersirat dlm hatinya.. begitu juga org kafir.. hanya ALLAH yg tahu, lintasan apa yg sering berkedip dihatinya.. ALLAH takkan biar makhluknya kesesatan tanpa cahaya.. ia PASTI memberi pertunjuk. bezanya, kita sendiri yg mahu peduli atau tidak akan sinaran itu.. kalau kita ambil peduli, ia akan terus terpancar, dan pasti menerima hidayah dari ALLAH.. kalau ia leka dengan dunianya, hidayah tak menjengah.. sama saja bagi org islam, yang islamnya hanya pada nama.. soalan syurga neraka ni, milik ALLAH.. siapa saja yng dikehendakkinya berhak memasukinya.. dlm islam, kita percaya, syurga bukan matlamat utama, matlamat utama, adlah mencari redha ALLAH, dan syurga adalah saguhati dari ALLAH buat para hamba-NYA.. itulah yag dinamakan IKHLAS.. :)
mana lebih untung? kafir atau islam?
jawpan saya, KEDUA2NYA..! :)
kenapa? islam ,dia dpt hidayah mudah dari awal.. jadi taklif untuknya, (dikira dosa pahala), sejak baligh lagi..
kedua, bukan islam, byangkan ia mahu berfikir ayat allah sperti sy sebut tadi, dia masuk islam usia 30, usia 32 dia meninggal.. 2 tahun sja phla n dosanya dikira,, :) bagaimana? dan.. berita yg lebih baik untuk yg lahir bukan dlm agama islam lalu mati sebagai islam, ini janji ALLAH buat mereka..
"Mereka itu diberi pahala dua kali (ganda) disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka, mereka nafkahkan.." (Al Qashah, 54)

cmna? berbaloi? :) ALLAH maha adil.. maaflah kalau soalan ini agak pedas, tapi sya perlu tahu.. kalau saudara mastermind ini islam, maka tahniah, kerana saudara seorang yg berfikir.. dan kalau bukan islam, nah! inilah maksud huraian GODSPOT yg saya sebut tadi :) fham kan? :) mengapa kita dipertemukan, dan mengapa soalan ini keluar dari hati saudara :)akhir sekali, maaf tak dpt hurai lbih detail, sebab ruang yg terbatas ini.. boleh contact email saya untuk perbincangan lebih lanjut, atau col saya sendiri, 0174114727.. saya sedia untuk saudara.. dan, untuk lebih menjawab bnyk persoalan saudara yg lain, saudara boleh dapatkan buku saya, BERTANYA TENTANG TUHAN.. banyak persoalan saudara yang saya hurai dlm buku itu. kerna saudara bukan org pertama yg bertanya perkara ini kpd saya,, justeru itu sy siapkan sebuah buku buat para pemikir seperti saudara ini.. maaf, bukan nak berniaga.. kalau saudara ini non-muslim, katakan. saya berjanji akan menghadiahkan buku itu secara percuma! hadiah buat saudara saya ini.. selamat berkenalan :)

Saturday, December 10, 2011

kisah pada sebuah gerhana..

assalamualaikum

saudaraku yang dikasihi sekalian..
10 sept 2011 bersamaan 15 muharam 1433 hijrah..
tika ini kita sekali lagi dipertujukan dengan kuasa ALLAH s.w.t..
 fenomena gerhana bulan bukan fenomena biasa bagi alam ini.. namun, ianya bukan luar biasa disisi ALLAH yang Esa.. apa yang ALLAH katakan JADI, maka JADIlah ia.. saudaraku, gerhana bulan, bagai membawa kita kepada sebuah kesedaran serta amaran.. gerhana berlaku sebagai membawa banyak petanda.. ia sebagai amaran bala ALLAH makin hampir, ia sebagai amaran, usia semesta ini makin singkat, ia juga sebagai tanda gugurnya seorang manusia yang diberkati ALLAH dari dunia.. seperti mana malam meninggalnya imam abu Hanifah, berlaku gerhana, sebagai petanda pulangnya salah seorang hamba yang dikasihi ALLAH kesisi-NYA..

saudaraku,
dulu, pabila berlaku gerhana bulan, wajah nabi bertukar risau, lantas menyegerakan solat sunat gerhana.. diceritakan oleh sahabat, nabi Qiyyam seolah2 tidak mahu rukuk, nabi rukuk seolah2 tidak mahu sujud, nabi sujud seolah2 tidak mahu bangun, dan begitulah seterusnya.. sesudah selesai solat, nabi menangis dan menadahkan tangannya berdoa kepada ALLAH.. ;
 " ya ALLAH, bukankah ENGKAU telah berjanji yang ENGKAU tidak akan menyeksa umatku selagi aku ada bersama mereka.."

"ya ALLAH.. bukankah ENGKAU telah berjanji yang ENGKAU tidak akan menyeksa umatku selagi mana mereka memohon keampunan kepadamu...."

nabi merintih dan menangis berdoa pada ALLAH... lalu, nabi memandang para sahabat dan berkata, kamu hendaklah bersegera melakukan solat ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, andainya kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis....'

saudaraku,
hari ini lain..
bila berlaku gerhana, kita ucap, " beruntungnya kita dapat tengok gerhana.."
sedangkan itu perkara yang amat ditakuti baginda nabi..
hari ini, bila berlaku gerhana, kita berpusu2 keluar nak tengok gerhana, sedangkan dulu, bila berlaku gerhana, nabi suruh kita bersegera melakukan solat....

wahai saudaraku,
kita makin jauh.. kita makin jauh... kita makin jauh...
ayuhlah.. kembali pada-NYA..
gerhana bukan saat untuk berpesta, gerhana adalah saat untuk berdoa pada-NYA...

CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Wednesday, December 7, 2011

hakikat Taqwa : andai kita sedar.....


Takwa boleh dicapai dengan kita sentiasa menghubungkan konsep sulukiyyah dalam kehidupan kita iaitu pembersihan jiwa. Apabila kita mengenal Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Takwa itu umpama sahabat karib bagi kita dan apabila nama Allah SWT sentiasa bermain di bibir dan di setiap denyutan nadi kita, roh kita akan makin teguh cinta kepadaNya dan hidup ini akan dihamparkan kepada rasa cinta yang agung kepadaNya. Hati kita dirasakan bagai di langit, jasad kita di bumi, ketika itu apabila orang berbuat khianat kepada kita, kita akan membalasnya dengan kebaikan. Ketika itu juga dunia dan segala isinya hanyalah tidak lebih dari kenderaan yang kita tunggang untuk ke akhirat. Andai kita sedar semua yang ada pada kita adalah atas ihsan dariNya, kita akan mampu menjadi hamba yang bertakwa.

Andai kita sedar bahawa penglihatan kita ini adalah ihsan dari aura Allah SWT yang Maha Melihat, nescaya kita tidak akan mampu melihat perkara-perkara mungkar. Andai kita sedar bahawa pendengaran kita ini adalah ihsan daripada aura Allah SWT yang Maha Mendengar, nescaya kita tidak akan mampu untuk mendengar perkara-perkara dusta. Andai kita sedar bahawa lisan kita ini adalah ihsan dari aura Allah SWT yang mengajarkan kalam, nescaya kita tidak akan mampu untuk mengumpat dan menyebarkan fitnah. Namun malangnya, kita belum kenal cinta Tuhan hingga ke tahap demikian. Lalu bagaimana? Jawapannya, “tunggu apa lagi?” Bersegeralah mencari reda dan cinta Tuhan. Di sana akan kita rasa kemanisan hidup di bawah payungan kasih Tuhan. Jangan pisahkan kekuatan jasad dan roh kerana di situ terletaknya senjata paling ampuh umat Islam.

Kita ini makhluk yang lemah. Andai kita pernah merasa besar dengan kudrat kita, ingatlah ia bukan milik kita. Andai kita berbangga memukul orang sana sini dengan tangan, andai kita berbangga dapat berlari kencang dengan kaki, sekarang cuba gerakkan rambut kita sendiri tanpa bantuan kaki atau tanganmu!  Mengapa tidak mampu digerakkan? Bukankah tadi kita hebat memukul orang, kita hebat menyepak menendang? Ya. Kita tidak ada apa-apa selain dari ihsan Tuhan. Apa perlu kita sombong dengan Tuhan, sedangkan untuk menggerakkan sehelai rambut pun kita tidak mampu. Andai betul kaki yang membuatkan kita berjalan, sudah lama orang yang lumpuh bangun berjalan. Andai betul dengan mata kita boleh melihat, sudah lama orang buta bebas bergerak melihat dunia. Mengapa mereka tetap lumpuh? Bukankah mereka masih ada kaki? Mengapa mereka tetap buta? Bukankah kedua biji mata mereka masih ada di dahi? Sudah dikatakan tadi, itu semua datang dari Allah SWT. Andai kita sedar hakikat ini, insya-Allah takwa kita akan bertambah. Carilah guru yang mursyid, tuntutlah ilmu, cucikanlah hati, baru kita akan mengerti apa itu realiti fantasi dan apa itu fantasi realiti.
   
Andai takwa boleh dibeli, tentu sudah ku gadaikan duniaku untuk dapatkannya
Andai ku tahu hanya takwa yang bernilai,
Pasti sudah ku sadaikan egoku di pengkalan nafsu,
Andai takwa itu datang menawar diri menjadi bekalku,
Aku rela andai ia pinta syarat yang beribu,
Andai takwa itu jisim,
Sudah tentu ku hiaskannya dan jadikan permata sepanjang musim,
Andai takwa itu lagu,
Akan ku alunkan lirik indah agar keduanya bersatu,
Namun,
Takwa itu hanya ku anggap dongengan,
Di saat orang lain merebutnya, aku masih hanyut dengan angan,
Akhirnya bila takwa itu menutup pintu,
Puas ku ketuk puas ku rayu,
Tiada sahutan yang sudi menyahutku,
Nanti tika insan lain membawa takwa mereka masing-masing,
Aku berfikir, bolehkan dunia yang ku bawa ini bersaing?
Takwa yang tidak terlihat di mata akan menjadi bekal berguna,
Dunia yang indah dengan tipu daya, itulah bekalan yang bakalkan aku merana
Untuk siapa dunia ini dikejar,
 kalau bukan untuk santapan nafsu,
Untuk siapa lagi takwa mereka dihampar,
kalau bukan untuk jiwa yang cinta pada Tuhan yang satu...

CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
  
        *PETIKAN BUKU kHUTBAH Terakhir Rasulullah s.a.w, IbnuRijal(2011)

Tuesday, December 6, 2011

kenapa tak hidupkan saja Sunnah..?

assalamualaikum.. apa khabar saudara sekalian.. entry pertama penggal kedua.. semangat yang baru..

bagaimana dengan tajuk hari ni? nampak macam serius ja? IbnuRijal yakin, first impression para pembaca bila terlihat imej serta tajuk post kali ini, mungkin ada yang berpendapat, kali ini IbnuRijal nak timbulkan isu yang amat-amat hebat dibahasakan dalam dunia islam hari ini.. isu khilaffiyyah, Bida'ah, dan sebagainya.. ya, tak salah beranggapan begitu kerana, memang golongan yang tidak senang dengan islam yang luas ini, suka menyempitkan fikiran orang islam kini dengan isu-isu bida'ah, kafir mengkafir, menghina para imam, ulama muktabar, para Auliya' ALLAH, sedangkan yang sibuk menyampaikan dakyah itu mengaku sebagai 'pak ostaz'.. isyh.. isyh.. tak tahu lah dunia hari ini.. masing2 nak jadi hero, teringat IbnuRijal akan sebuah hadis nabi S.a.w..

" daripada Abdullah bin Amr, Nabi s.a.w bersabda, sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ilmu daripada manusia, tetapi ALLAH mencabut ilmu dengan mematikan ulama', sehinggakan tidak ada lagi orang alim yang tinggal. manusia ketika itu akan melantik kepala mereka orang yang jahil,  apabila disoal, mereka akan memberi fatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat, lagi menyesatkan.!"                   (riwayat Bukhari)

namun, post kali ini bukanlah bermaksud demikian.. cukup-cukuplah dengan isu khilafiyyah, bida'ah, wahabbi, hari ni, riuh pulak dengan syiah.. biarkan para ahlinya yang menyelesaikannya.. kerana firman ALLAH ;
"tanyakan kepada ahlinya sekiranya kamu tidak tahu..."

post hari ni simple je.. berkenaan sunnah juga.. sebagai seorang penuntut ilmu.. IbnuRijal tidak dapat lari daripada berada dalam sistem tersebut.. sistem yang makin hari makin meriah. IbnuRijal tak mahu sentuh yang   terlalu tinggi, mari kita tengok contoh simple dulu.. begini..rata-rata kampus di malaysia hari ini, malah di sektor pekerjaan serta persekolahan juga turut terlibat, iaitu dressing code. dah lama nak luahkan isu ini sebenarnya, cuma belum berkesempatan.. cuba lihat, hari ini, badan kerajaan mahupun swasta, mengenakan peraturan pemakaian ke tempat kerja, ataupun institut pendidikan...
misalnya, di tempat IbnuRijal,
 hari isnin, baju rasmi,
hari selasa baju korporat,
 hari rabu baju unit beruniform,
hari khamis baju batik,
 hari jumaat baju melayu..

hai... kaya sungguh kita kat malaysia ni.. persoalannya, salah ke?? jawapan IbnuRijal, selagi tak langgar hukum, tak membazir, apa salahnya... TETAPI.... (ada tapi)... ada la timbul dua tiga isu yang membabitkan para muslimah kita yang bertudung labuh, mereka tidak selesa dengan baju korporat yang memerlukan tudung dimasukkan kedalam baju, dan menampakkan perhiasan tubuh... bagi IbnuRijal, kita WAJIB hormati para muslimah ini.. kalau mereka tak selesa dengan alasan demikian, maka kita tak boleh hukum mereka.. jangan kerana undang2 baju, undang2 agama kita tolak tepi.. ada ketua jabatan yang mewajibkan pekerja wanita mereka berpakaian demikian, kononnya I HAVE NO CHOICE.. takut orang atas marah.. niihhh.. IbnuRijal nak tanya, takut orang atas marah ke, takut Tuhan yang kat atas yang marah? mana lagi dasyat? fikir2 sendiri.. itu semua kerenah birokrat.. manusia yang rangka, manusia boleh decide whether its good or not.. tu ja.. bukan satu taklif, yang kalau tak buat, dosa besar.. hal ni kita kena buka minda luas2..
sama juga halnya dengan isu kopiah puteh di sekolah.. serban di sekolah.. apa salahnya?? adakah dengan memakai kopiah puteh, iman para pelajar akan berkurang? adakah dengan memakai serban, para murid hanya perlu mengusung al Quran?? kalau pelajar muslim tidak boleh memakai serban disekolah, kenapa pelajar berbangsa singh boleh mengenakan turban mereka untuk ke sekolah?

begitu juga dengan unit keselamatan negara, kenapa tak boleh ada janggut?? kenapa boleh pulak ada misai?
adakah dengan janggut, para abang2 polis n tentera akan tembak tidak tepat??? mereka patut diberi kebebasan.. asalkan menjaga kebersihan.. perbuatan menyimpan janggut menggunting misai adalah sunnah rasulullah.. dan perbuatan menyimpan misai menggunting janggut adalah perbuatan yahudi dan nasrani.. kenapa nak ikut adat mereka? macam ibnuRijal sebut tadi, ini semua kerenah birokrat.. kita yang gubal, kita boleh bubar.. para sahabat dulu, yang bejuang hingga syahid.. menjadi tentera islam, ada ke mereka kena cukur janggut?? ini soal sunnah, kalau nak simpan, simpan, kalau tak nak, gunting.. tu ja.. betul.. tapi, bukan bermaksud WAJIB GUNTING..

ini satu persoalan yang ibnuRijal masih belum dapat jawapan sampai hari ini.. :(

berbalik pada peraturan pemakaian tadi.. macam ibnuRijal sebut awal tadi, tak salah klau kena pada tempat.. lagipun, nampak cantik.. tapi bila fikir2 balik kan, apa guna habiskan ratus2 ringgit untuk itu kalau tidak ada nas yang buatkan kita beroleh manfaat dari perbuatan itu.? opss.. jangan salah sangka, ni bukan IbnuRijal nak sebut bida'ah atau sewaktu dengannya.. ni just luahan ibnuRijal.. cuba lihat, bila diperhatikan, dalam 5 hari tu, ada macam2 fesyen kita pakai, ada tak terselit, "jubah" ? atau "serban".. atau apa2 lagi yang sunnah..
tak salah nak buat peraturan macam tu, namun, lagi molek kalau dalam 5 hari tu, selitlah satu hari, pakai jubah.. kan sunnah tu.. dapat jugak pahala.. kan? daripada pakai pelik2 yang kita pun tak yakin, wajarkah kita habiskan wang untuk itu.. kan? kenapa bukan jubah? nampak pelik? kita yang buat ia jadi pelik, jadi pelik lah ia.. tengok di negara arab, orang pi tengok bola sepak pun pakai jubah.. tu namanya menghidupkan sunnah rasulullah dimana pun kita berada... kan?

fikir2lah sendiri.. yang IbnuRijal risau sangat ni bukan kerana apa, bila renung2 balik, dah la sunnah kita tak hidupkan, malah sunnah itu sendiri kita larang keras.. lalu bagaimana kita mengaku cinta pada baginda nabi Muhammad s.a.w...?
ibnuRijal bertanya sekali lagi, wahai para pelaksana dasar, mengapa tak hiduplan saja sunnah..? pahala pun dapat, syafaat akhirat pun insya ALLAH dapat.. renungkan dan panjangkan.. terima kasih semua..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Monday, December 5, 2011

"nikmatnya sebuah bantuan.."

assalamualaikum...

apa khabar saudara semua hari ni? mudah-mudahan sihat disisi rahmat yang ESA..
5 disember 2011.! IbnuRijal takkan lupakan tarikh ini.. hari ni, IbnuRijal dapat semula hak admin blog ni.. maksudnya blog IbnuRijal ini dah boleh kembali aktif seperti dulu.. (sebelum kena hacked)
syukur pada ALLAH.. awal dulu, risau sangat, ramai yang hantar ke email IbnuRijal, kenapa dah tak semangat nak tulis post baru? sebenarnya bukan takda semangat, tapi email blog ni kena hakced, jadi, ia tergendala wat seketika.. macam2 dah wat, IbnuRijal sayang blog ni.. dah report kan SKMM, mereka cakap, tu keja polis, mereka tak boleh buat apa2.. emm.. pelik gak.. tak mengapalah, mereka lebih faham bidang kuasa mereka..
 hari berganti hari, bulan berganti bulan, tak dapat jugak penyelesaian.. (rasa cam nak p jumpa dukun ja)..
akhirnya, minggu lepas, IbnuRijal post di page Facebook.. memerlukan bantuan kepakaran sesiapa untuk daptkan semula blog ni..
alhamdulilllah.. hari ini ALLAH temukan juga kami.. terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara kita Amirul Naqib dan team NAZEYA yang bertungkus lumus bagi membantu IbnuRijal untuk dapatkan semula blog nih.. jasa kalian dikenang.. :)
ini entry pertama IbnuRijal setelah lama menyepi.. insya ALLAH, IbnuRijal akan terus menulis dan menulis selagi tak kena hack lagi..
cukuplah dulu sebagai pembuka tirai.. esok kita akan mulakan hari baru dengan post2 yang baru dan lebih advance.. :)
ibnurijal tersenyum puas bila blog nih dah kembali aktif, namun, pada hemat ibnuRijal, orang yang paling puas adalah orang yang menghulurkan bantuan yang bermakna ini kepada IbnuRijal.. itulah nikmat sebuah bantuan.. nikmat bila membantu, dan nikmat bila dibantu...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.