salam... apa khabar saudara yang beriman dan saudari yang budiman...? pada post kali ini ibnurijal ingin mengajak semua kita duduk sebentar, renungkan sedikit sebanyak perihal hidup ini. mungkin kali ni topiknya menarik, kerana ibnurijal yakin semua kita pernah berada dalam situasi ini...
pernah tak saudara ada masalah? ataupun dilanda kemurungan yang dasyat akibat dari nasib malang yang menimpa kita... bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga... apa kita rasa pada waktu tu? kita rasa seolah-olah berputus asa dengan hidup kan? kita rasa bagai kita seorang saja yang ada masalah, dan orang lain semua bahagia.. disaat itu kita merasa sedikit terpinggir, perasaan berontak mula hadir.. kita mula menyalahkan takdir dan pelbagai pihak... kita merasakan seperti sudah tiada esok.. ehmmm... itulah kita manusia... cepat melatah bila ditimpa musibah... termasuk diri ibnurijal sendiri...
ini memang hakikat hidup, sejak mula kita dilahirkan, kita sudah ada masalah.. kita tidak mampu bercakap, hanya tahu menangis,,, siang malam kita hanya menangis, bila kita membesar sedikit, kita masuk sekolah, masalah di sekolah... kita perlu penuhi jadual dan kerja2 rumah yang kadang2 kita sendiri tak mampu buat. bila masuk universiti kita dibebani masalah kewangan, masalah nak menyesuaikan diri dengan persekitaran.. bila masuk alam perkahwinan, masalah masih setia disamping kita, bebanan kewangan, nak jaga hati mertua, ipar duai... bila dah tua, kesihatan makin lemah, kita ada masalah untuk bergerak, nak solat pun sakit2, nak mengaji pun mata dah kabur, apatah lagi nak pergi haji... bila dah mati pun, kita kena menghadap menjawab soalan kubur dan hadapi seksa yang keras jika kita berbuat dosa didunia, ini pun masalah juga.. kita tak pernah henti2 ada masalah.. selalunya kita akan melabel masalah kita itu sebagai kenangan pahit.
saudara sekelian, sedar tak kita, tiap kali kita mengeluh bila ada masalah, perkataan ni mesti tak lepas dari mulut kita, perkataan 'kalaulah...." kan? kita seolah2 tak puas hati dengan takdir yang menimpa kita. pabila kita mengeluh, mempersoalkan takdir, tanya diri kita ,siapa sebenarnya yang sedang kita persoalkan? adakah kita tak puas hati dengan takdir yang tuhan sudah tetapkan kepada kita? kita perlu sedar yang sebenarnya takdir yang pahit itu adalah penawar yang cukup bernilai, manakala takdir yang manis itu adalah ujian.. ya... bila kita merasa senang, pernah kita kembalikan kejayaan kita itu pada tuhan? tetapi mengapa bila kita susah pantas benar kita menunding jari pada tuhan? hingga tahap lebih serius hingga sanggup membunuh diri. tanya remaja kita pada hari ini yang terjebak dengan gejala sosial. rata2 mereka akan menyalahkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda, sebagai protes mereka turut terjebak gejala sosial. tidakkah kita tahu sebenarnya itu anugerah. bayangkan anak seorang ustaz bersolat lima waktu, serta anak seorang pelacur solat lima waktu. anda rasa pahala mereka sama atau tidak? sudah tentu tidak, walau kualiti ibadat mereka sama. namun sudah tentunya anak si ustaz tidak begitu menghadapi masalah untuk istiqamah solat 5 waktu kerana faktor didikan awal serta persekitaran. namun bayangkan cabaran yang dihadapi oleh anak si pelacur tadi untuk menjalani hidup sebagai muslim yang baik. sudah tentu sukar. dan bila ia berjaya, ganjarannya pasti lebih.. itulah ALLAH... maha adil dalam setiap sudut.
masalah sebenarnya hanyalah rencah dalam kehidupan. bila kita tenang dan sabar menanggung semuanya, kita akan dapati di akhirnya sebuah nikmat yang tersangatlah bernilai.. renungi kata2 saiyyidina Ali r.a ini.....
" wahai anak Adam, jangan terlalu gembira dengan kekayaan, jangan terlalu berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan bencana, janganlah bersenang dengan kelapangan, kerana EMAS ITU DIUJI DENGAN API, HAMBA YANG SOLEH DIUJI DENGAN BALA, sesungguhnya engkau takkan mendapatkan apa yang engkau inginkan, kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan, engkau takkan mencapai cita2 mu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tak engkau sukai, kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan.."
hebat kan kata2 ini? ya.... ini jawapan tepat bagi semua masalah yang kita sedang hadapi.. seperti kata2 tadi, ibarat emas... sebelum emas itu menjadi emas, digilai ramai, tinggi nilainya, emas perlu dilebur didalam api yang amat panas terlebih dahulu, begitu juga manusia, sebelum menjadi hebat perlulah menerima ujian yang hebat juga dulu. jadi bergembiralah orang2 yang bersabar... bukan kah itu janji ALLAH dalam al quran, "wabashhiris sobirin..." berilah berita gembira pada orang2 yang bersabar....
ketahuilah kita bahawa tuhan sebenarnya sedang merancang yang terbaik untuk kita... kerana itu firman ALLAH dalam surah Baqarah " kadang2 kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, kadang2 kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, ALLAH mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
yalah, ibarat kita ingin jadi seorang pahlawan yang hebat la. sebelum diiktiraf menjadi pahlawan kita perlu melalui pelbagai rintangan dan ihktiar hidup. serupalah juga dengan hidup ini, bila masalah itu datang sebenarnya kita sedang berada didalam zon kursus atau induksi. untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan. seperti kata2 siyyidina Ali tadi, kamu takkan mencapai cita2 mu KECUALI DENGAN BERSABAR MENANGGUNG SEMUA YANG TAK ENGKAU SUKAI... jadi, fahamlah kita bahwa bila kita ditimpa sesuatu masalah yang berat sangat, kita perlu sabar dan yakin yang tuhan sedang memakbulkan cita2 kita... kan? jadi.., tak nak la sedih2, senyum cikit ? haaa.... kan manis tu..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI
No comments:
Post a Comment