salam... apa khabar saudara semua kali ini? harap semuanya sihat disamping kasih ilahi... haa.. jangan terkejut dengan gambar ini.. IbnuRijal tak berniat untuk menjadi blogger sukan, cuma sikit terjangkit oleh kejayaan skuad malaysia baru2 ini... teringat pula zaman kegemilangan bola sepak negara suatu ketika dahulu.. kini maruah itu kian digilap semula... tahniah pemain dan tahniah buat semua penyokong yang tak henti2 memberi sokongan... bayangkanlah, jalan raya ke bukit Jalil menjadi sesak sangat dek kerana perlawanan final pertama Malaysia indon itu.. mula tefrikir jugak dihati, megapa begitu ramai orang keluar waktu2 maghrib begini? mungkin pergi solat jemaah di masjid... rupanya pergi menonton perlawanan bola sepak. tak kesah lah bro, janji solat jangan tinggal betul tak? ehmmm... teringat akan satu hadis dari Rasulullah s.a.w, iaitu, "islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing, maka beruntunglah orang2 yang terasing itu.." apa maksud hadis ini? apa erti terasing seperti yang disabdakan oleh nabi kita ini? subhan ALLAH rupanya baru IbnuRijal mengerti jawapannya... islam dimasa mula2 muncul di tengah2 jahiliyyah ia dilihat begitu asing... apabila ramai orang mendedah aurat, sekumpulan manusia yang menutupnya dilihat asing. pabila manusia seluruhnya menyembah berhala, terdapat sekerat manusia yang rukuk dan sujud dilihat begitu jelek... namun apabila islam sudah masyur dan terbilang di serata dunia, setiap perbuatan umatnya tidak dipandang pelik oleh masyarakat. malah dikagumi.. namun, sabda nabi, di akhir zaman islam akan kembali terasing... ya, betul kata nabi kita ini... kini islam dilihat semakin terasing.. contoh yang paling mudah begini, bayangkan kita sedang berada di tempat2 sosial atau di majlis tertentu, atau juga sedang beriadah bersama teman2... apabila terdengar azan, berapa ramai diantara kita yang menjawabnya? atau setelah selesai azan, berapa ramai diantara kita yang menadah tangan berdoa selepas azan? di masjid mungkin biasa, tetapi di tempat2 yang ibnuRijal nyatakan tadi, bagaimana? pasti timbul juga rasa terasing dalam diri jika hanya kita seorang menadah tangan berdoa selepas azan.. kan? dan kadang2 kita membacanya dengan laju dan sekadar menadah tangan rendah sahaja, kenapa? ya.. kerana orang lain tak buat... kan? kita saja yang buat, seganlah, terasing pun ada.. saudara, ingat betul2 janji nabi kita ini, "maka BERUNTUNGLAH GOLONGAN YANG TERASING itu "...
kembali pada perihal bola sepak tadi... apa yang paling terserlah yang kita dapat lihat melalui perkembangan sihat bola sepak tanah air kita ini, kita dapat rasa semua kita bersatu, satu niat, memberi sokogan sepenuh hati kepada skuad kita.. ada yang berdoa, ada yang bermain gendang, semuanya menunjukkan kita ini sebenarnya serupa saja. banyak persamaan kita yang terserlah pada masa itu. kita marah bersama, riang bersama, sorak bersama.. sedar tak kita yang pada masa itu kita sedang BERSATU... ibarat solat juga, apa juga pergerakkan yang kita lakukan bersama, rukuk, sujud, semuanya bersama, kita sebenarnya sedang BERSATU.. dalam bola sepak, tujuan kita adalah untuk melihat gol dijaringkan oleh malaysia {syfi'e salee best}, kita sama2 bersorak, berdoa, dan bila gol dijaringkan, masing2 puas hati. malaysia menang 3-0, semua 50 ribu penyokong Malaysia yang hadir masing2 pulang dengan membawa 3 gol tersebut. faham tak apa maksud ibnuRijal ini? ya... semua dapat sama banyak, kan? walaupun ada penyokong yang berdisiplin, ada yang diam ja, ada yang jerit sampai nak pecah anak tekak,ada yang main laser, tapi semuanya dapat 3 gol kan? tiada yang 2, tiada yang 1.. apa ertinya? cuba aplikasikan konsep ini dalam ibadat kita... dalam solat jemaah sebagai contoh.. bila kita solat berkemaah, dengan niat yang sama dan satu iaitu mengabdikan diri pada ALLAH yang maha ESA, kita juga sedang bersatu... dalam jemaah itu, ada yang kyusuk, ada yang tidak.. namun, keberkatan pahala berjemaah itu dikongsi bersama.. kerana itulah nabi S.A.W begitu menekankan agar kita solat berjemaah.. inilah hikmahnya.. analoginya begini, agar mudah kita memahaminya... jika kita hendak beli sekilo langsat, adakah kita akan periksa setiap biji langsat itu?? walaupun kita tahu dalam sekilo langsat itu, pasti ada yang buruk, namun ada juga yang manis.. tapi kita beli semuanya kan? sekarang bayangkan jika hendak membeli sebiji durian, kita pasti akan benar2 teliti dengan kualitinya kita akan periksa betul2 sebelum membelinya.. setuju? begitulah juga solat jemaah, bukan bererti ALLAH tak teliti, tapi ini menunjukkan kasih sayang ALLAH kepada kita... jadi fahamlah kita hari ini bahawa kita ini sama sahaja, banyak persamaan yang dikongsi bersama. perbezaan kita untuk dihargai dan disuai kenal... itulah erti hidup sejati. firman allah, "dan berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan jangan bercerai-berai.." sekian dulu buat kali ini. moga kita berjumpa lagi di post seterusnya. majulah sukan untuk malaysia!
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
No comments:
Post a Comment