teman-teman...

Tuesday, December 28, 2010

Asalkan kita bersatu...

salam... apa khabar saudara semua kali ini? harap semuanya sihat disamping kasih ilahi... haa.. jangan terkejut dengan gambar ini.. IbnuRijal tak berniat untuk menjadi blogger sukan, cuma sikit terjangkit oleh kejayaan skuad malaysia baru2 ini... teringat pula zaman kegemilangan bola sepak negara suatu ketika dahulu.. kini maruah itu kian digilap semula... tahniah pemain dan tahniah buat semua penyokong yang tak henti2 memberi sokongan... bayangkanlah, jalan raya ke bukit Jalil menjadi sesak sangat dek kerana perlawanan final pertama Malaysia indon itu.. mula tefrikir jugak dihati, megapa begitu ramai orang keluar waktu2 maghrib begini? mungkin pergi solat jemaah di masjid... rupanya pergi menonton perlawanan bola sepak. tak kesah lah bro, janji solat jangan tinggal betul tak? ehmmm... teringat akan satu hadis dari Rasulullah s.a.w, iaitu, "islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing, maka beruntunglah orang2 yang terasing itu.." apa maksud hadis ini? apa erti terasing seperti yang disabdakan oleh nabi kita ini? subhan ALLAH rupanya baru IbnuRijal mengerti jawapannya... islam dimasa mula2 muncul di tengah2 jahiliyyah ia dilihat begitu asing... apabila ramai orang mendedah aurat, sekumpulan manusia  yang menutupnya dilihat asing. pabila manusia seluruhnya menyembah berhala, terdapat sekerat manusia yang rukuk dan sujud dilihat begitu jelek... namun apabila islam sudah masyur  dan terbilang di serata dunia, setiap perbuatan umatnya tidak dipandang pelik oleh masyarakat. malah dikagumi.. namun, sabda nabi, di akhir zaman islam akan kembali terasing... ya, betul kata nabi kita ini...  kini islam dilihat semakin terasing.. contoh yang paling mudah begini, bayangkan kita sedang berada di tempat2 sosial atau di majlis tertentu, atau juga sedang beriadah bersama teman2... apabila terdengar azan, berapa ramai diantara kita yang menjawabnya? atau setelah selesai azan, berapa ramai diantara kita yang menadah tangan berdoa selepas azan? di masjid mungkin biasa, tetapi di tempat2 yang ibnuRijal nyatakan tadi, bagaimana? pasti timbul juga rasa terasing dalam diri jika hanya kita seorang menadah tangan berdoa selepas azan.. kan? dan kadang2 kita membacanya dengan laju dan sekadar menadah tangan rendah sahaja, kenapa? ya.. kerana orang lain tak buat... kan? kita saja yang buat, seganlah, terasing pun ada.. saudara, ingat betul2 janji nabi kita ini, "maka BERUNTUNGLAH GOLONGAN YANG TERASING itu "...
 kembali pada perihal bola sepak tadi... apa yang paling terserlah yang kita dapat lihat melalui perkembangan sihat bola sepak tanah air kita ini, kita dapat rasa semua kita bersatu, satu niat, memberi sokogan sepenuh hati kepada skuad kita.. ada yang berdoa, ada yang bermain gendang, semuanya menunjukkan kita ini sebenarnya serupa saja. banyak persamaan kita yang terserlah pada masa itu. kita marah bersama, riang bersama, sorak bersama.. sedar tak kita yang pada masa itu kita sedang BERSATU... ibarat solat juga, apa juga pergerakkan yang kita lakukan bersama, rukuk, sujud, semuanya bersama, kita sebenarnya sedang BERSATU.. dalam bola sepak, tujuan kita adalah untuk melihat gol dijaringkan oleh malaysia {syfi'e salee best}, kita sama2 bersorak, berdoa, dan bila gol dijaringkan, masing2 puas hati. malaysia menang 3-0, semua 50 ribu penyokong Malaysia yang hadir masing2 pulang dengan membawa 3 gol tersebut. faham tak apa maksud ibnuRijal ini? ya... semua dapat sama banyak, kan? walaupun ada penyokong yang berdisiplin, ada yang diam ja, ada yang jerit sampai nak pecah anak tekak,ada yang main laser, tapi semuanya dapat 3 gol kan? tiada yang 2, tiada yang 1.. apa ertinya? cuba aplikasikan konsep ini dalam ibadat kita... dalam solat jemaah sebagai contoh.. bila kita solat berkemaah, dengan niat yang sama dan satu iaitu mengabdikan diri pada ALLAH yang maha ESA, kita juga sedang bersatu... dalam jemaah itu, ada yang kyusuk, ada yang tidak.. namun, keberkatan pahala berjemaah itu dikongsi bersama.. kerana itulah nabi S.A.W begitu menekankan agar kita solat berjemaah.. inilah hikmahnya.. analoginya begini, agar mudah kita memahaminya... jika kita hendak beli sekilo langsat, adakah kita akan periksa setiap biji langsat itu?? walaupun kita tahu dalam sekilo langsat itu, pasti ada yang buruk, namun ada juga yang manis.. tapi kita beli semuanya kan? sekarang bayangkan jika hendak membeli sebiji durian, kita pasti akan benar2 teliti dengan kualitinya kita akan periksa betul2 sebelum membelinya.. setuju? begitulah  juga solat jemaah, bukan bererti ALLAH tak teliti, tapi ini menunjukkan kasih sayang ALLAH kepada kita... jadi fahamlah kita hari ini bahawa kita ini sama sahaja, banyak persamaan yang dikongsi bersama. perbezaan kita untuk dihargai dan disuai kenal... itulah erti hidup sejati. firman allah, "dan berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan jangan bercerai-berai.." sekian dulu buat kali ini. moga kita berjumpa lagi di post seterusnya. majulah sukan untuk malaysia!
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Saturday, December 18, 2010

" Bila hadirnya resah....

salam... apa khabar saudara yang beriman dan saudari yang budiman...?  pada post kali ini ibnurijal ingin mengajak semua kita duduk sebentar, renungkan sedikit sebanyak perihal hidup ini. mungkin kali ni topiknya menarik, kerana ibnurijal yakin semua kita pernah berada dalam situasi ini...
pernah tak saudara ada masalah? ataupun dilanda kemurungan yang dasyat akibat dari nasib malang yang menimpa kita...  bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga... apa kita rasa pada waktu tu? kita rasa seolah-olah berputus asa dengan hidup kan? kita rasa bagai kita seorang saja yang ada masalah, dan orang lain  semua bahagia.. disaat itu kita merasa sedikit terpinggir, perasaan berontak mula hadir.. kita mula menyalahkan takdir dan pelbagai pihak... kita merasakan seperti sudah tiada esok.. ehmmm... itulah kita manusia...  cepat melatah bila ditimpa musibah... termasuk diri ibnurijal sendiri...
ini memang hakikat hidup, sejak mula kita dilahirkan, kita sudah ada masalah.. kita tidak mampu bercakap, hanya tahu menangis,,, siang malam kita hanya menangis,  bila kita membesar sedikit, kita masuk sekolah, masalah di sekolah... kita perlu penuhi jadual dan kerja2 rumah yang kadang2 kita sendiri tak mampu buat. bila masuk universiti kita dibebani masalah kewangan, masalah nak menyesuaikan diri dengan persekitaran.. bila masuk alam perkahwinan, masalah masih setia disamping kita, bebanan kewangan, nak jaga hati mertua, ipar duai... bila dah tua, kesihatan makin lemah, kita ada masalah untuk bergerak, nak solat pun sakit2, nak mengaji pun mata dah kabur, apatah lagi nak pergi haji... bila dah mati pun, kita kena menghadap menjawab  soalan kubur dan hadapi seksa yang keras jika kita berbuat dosa didunia, ini pun masalah juga.. kita tak pernah henti2 ada masalah.. selalunya kita akan melabel masalah kita itu sebagai kenangan pahit.
saudara sekelian, sedar tak kita, tiap kali kita mengeluh bila ada masalah, perkataan ni mesti tak lepas dari mulut kita, perkataan 'kalaulah...." kan? kita seolah2 tak puas hati dengan takdir yang menimpa kita. pabila kita mengeluh, mempersoalkan takdir, tanya diri kita ,siapa sebenarnya yang sedang kita persoalkan? adakah kita tak puas hati dengan takdir  yang tuhan sudah tetapkan kepada kita? kita perlu sedar yang sebenarnya takdir yang pahit itu adalah penawar yang cukup bernilai, manakala takdir yang manis itu adalah ujian.. ya... bila kita merasa senang, pernah kita kembalikan kejayaan kita itu pada tuhan? tetapi mengapa bila kita susah pantas benar kita menunding jari pada tuhan? hingga tahap lebih serius hingga sanggup membunuh diri. tanya remaja kita pada hari ini yang terjebak dengan gejala sosial. rata2 mereka akan menyalahkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda, sebagai protes mereka turut terjebak gejala sosial. tidakkah kita tahu sebenarnya itu anugerah. bayangkan anak seorang ustaz bersolat lima waktu, serta anak seorang pelacur solat lima waktu. anda rasa pahala mereka sama atau tidak? sudah tentu tidak, walau kualiti ibadat mereka sama. namun sudah tentunya anak si ustaz tidak begitu menghadapi masalah untuk istiqamah solat 5  waktu kerana faktor didikan awal serta persekitaran. namun bayangkan cabaran yang dihadapi oleh anak si pelacur tadi untuk menjalani hidup sebagai muslim yang baik. sudah tentu sukar. dan bila ia berjaya, ganjarannya pasti lebih.. itulah ALLAH... maha adil dalam setiap sudut.
masalah sebenarnya hanyalah rencah dalam kehidupan. bila kita tenang dan sabar menanggung semuanya, kita  akan dapati di akhirnya sebuah nikmat yang tersangatlah bernilai.. renungi kata2 saiyyidina Ali r.a ini.....
      " wahai anak Adam, jangan terlalu gembira dengan kekayaan, jangan terlalu berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan bencana, janganlah bersenang dengan kelapangan, kerana EMAS ITU DIUJI DENGAN API, HAMBA YANG SOLEH DIUJI DENGAN BALA, sesungguhnya engkau takkan mendapatkan apa yang engkau inginkan, kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan, engkau takkan mencapai cita2 mu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tak engkau sukai, kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan.."

hebat kan kata2 ini? ya.... ini  jawapan tepat bagi semua masalah yang kita sedang hadapi.. seperti kata2 tadi, ibarat emas... sebelum emas itu menjadi emas, digilai ramai, tinggi nilainya, emas perlu dilebur didalam api yang amat panas terlebih dahulu,  begitu juga manusia, sebelum menjadi hebat perlulah menerima ujian yang hebat juga dulu. jadi bergembiralah orang2 yang bersabar... bukan kah itu janji ALLAH dalam al quran, "wabashhiris sobirin..." berilah berita gembira pada orang2 yang bersabar....
ketahuilah kita bahawa tuhan sebenarnya sedang merancang yang terbaik untuk kita... kerana itu firman ALLAH dalam surah Baqarah " kadang2 kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, kadang2 kamu menyukai sesuatu padahal ia  buruk bagimu,  ALLAH mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
yalah, ibarat kita ingin jadi seorang pahlawan yang hebat la. sebelum diiktiraf menjadi pahlawan kita perlu melalui pelbagai rintangan dan ihktiar hidup. serupalah juga dengan hidup ini, bila masalah itu datang sebenarnya kita sedang berada didalam zon kursus atau induksi. untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan. seperti kata2 siyyidina Ali tadi, kamu takkan mencapai cita2 mu KECUALI DENGAN BERSABAR MENANGGUNG SEMUA YANG TAK ENGKAU SUKAI... jadi, fahamlah kita bahwa bila kita ditimpa sesuatu masalah yang berat sangat, kita perlu sabar dan yakin yang tuhan sedang memakbulkan cita2 kita... kan? jadi.., tak nak la sedih2, senyum cikit  ? haaa.... kan manis tu..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI

Friday, December 3, 2010

"Langit terbuka, mengundang murka "

salam.... apa khabar kita pada hari ini?  hari ini ibnurijal ingin mengajak kita merenung akan satu hakikat yang mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang atau mungkin ada diantara kita yang boleh memandang, tapi memilih untuk memejamkan mata... dalam satu hari berapa kali kita beristighfar kepada ALLAH s.w.t? nabi kita, beristighfar sebanyak 70 kali sehari.. itu nabi, yang telah maksum.. ini kita ? yang masih belum ada jaminan apa2, tanya diri kita, berapa kali kita beristighfar...  em... siapa teman sejati kita? mungkin ada diantara kita yang akan menamakan si fulan, bin si fulan... normal la tu kan..  ibnurijal pun ada kawan karib, namun sifulan yang kita namakan tadi tersebut, walau serapat mana pun kita, pasti akan terpisah jua oleh kematian. sedarkah kita, Allah telah memperkenalkan kita satu lagi kawan sejati yang akan menemani kita didunia, dalam kubur, dan di hari akhirat kelak, ia akan menjadi lawyer untuk kita, sama ada peguambela atau  pendakwa raya, terpulang pada cara layanan kita padanya. ehmmm... siapa ya? .. al-Quran... yup! dia akan menjadi teman kita, sehabat sejati kita. malah sabda nabi, " AL QURAN  HUJJATU LAKA AU ALAIKA"
yang bermaksud quran itu {kelak} akan menjadi hujah untukmu, atau keatasmu. macam lawyer la tu kan.?
nah.. sekarang tanya diri kita, dalam sehari berapa kali kita buka al quran? kalau malu nak jawab, tanya lagi, dalam seminggu berapa kali? kalau still malu, tanya lagi, dalam sebulan berapa kali kita buka al quran? kalau still tiada jawapan, tanya lagi, dalam setahun berapa kali?  masih tiada jawapan?  tanya lagi, dalam seumur hidup kita, berapa kali kita pegang quran? buka quran ? baca quran? terhibur dengan quran??
saudara sekelian,,, ini sahabat kita yang paling setia. lihat bagaimana layanan kita padanya. dalam semua soalan2 ibnurijal tadi, cuba muhasabahkan diri kita, termasuk diri ibnurijal sendiri, kita berada di kumpulan yang mana?? kawan2, quran hanya perlu sign up dengan ilmu untuk membacanya, hanya perlu sign in dengan wudhuk untuk menyentuhnya.. tidak perlu kos ribuan ringgit, tidak perlu wifi, moderm, tidak perlu tunggu cuaca baik untuk line yang lebih clear. tidak perlu khuatir kecurian. isinya lebih menarik, hiburannya bermanafaat, contacts didalamya bukan sahaja antara sesama kita, bahkan dengan seluruh alam maya, dari zaman lepas, kini dan akan datang. para malaikat sentiasa online menanti kita membuka quran untuk di add kan pahala untuk kita.. ada lagi kah yang lebih hebat dari ini.?
saudara sekelian, konsep langit terbuka yang hebat diperkatakan. 'dunia di hujung jari 'yang dibangga banggakan, dimana pengakhirannya semua ini? islam tidak menolak kemajuan, malah islam itu adalah kemajuan. mungkin isu  yang bakal ibnurijal kupas ini agak sensitif, ibnuRijal harap kawan2 dapat membuka minda seluasnya, fikir dalam2 dengan iman dan akal. kalau tidak setuju dengan ibnurijal, maafkanlah....
dalam era  moden kini, kemudahan serba serbi lengkap. kita makin mudah berurusan dengan siapa sahaja hanya dari rumah. ada yang memperoleh rezeki dari internet, ada yang beroleh ilmu dari internet, ada juga yang memperoleh rakan2 dari internet. malah hingga bertemu jodohnya.. alhamdulillah.. hidup sekarang bertambah mudah... seperti firman ALLAH juga "YURIDULLAHU BIKUMUL YUSRA, WALA YURIDU BIKUMUL USRA".. yang bermaksud 'allah mengkehendaki kesenangan keatasmu, dan allah tidak mengkehendaki kesusahan keatasmu.." emm...  tapi kawan2, kesenangan yang dimaksudkan allah ini adalah kesenangan yang bersifat duniawi dan uhkrawi, kita hanya mampu mencapainya hanya dengan menyeimbangkan keduanya.  bagaiamana?  method nya mudah, berapa ramai diantara kita hari ini yang mempunyai laman sosial sendiri? email, dan sebagainya, atau yang paling menyerlah kini, FACEBOOK.. ok, begini, berbalik pada persoalan kita tadi, berapa kali kita buka quran dalam sehari? bandingkan berapa kali kita buka facebook dalam sehari? mungkin agak kasar bunyinya, namun ini adalah kebenaran, memang kebenaran itu pahit. tapi pahit itu penawar.. dengan konsep langit terbuka ini kita boleh BEBAS berhubung dengan sesiapa sahaja, tak mengira batas2 jantina dan sebagainya. ya, mungkin tangan tak bersentuh. tapi hati yang  bersentuh bagaimana? ada baiknya juga laman sosial ini. ibnurijal juga pernah ditunjukan ceramah2 agama yang dapat di share kedalam fb, youtube dan sebagainya. ibnurijal tidak ada masalah dengan ini. asalkan ia mendatangkan kebaikan. namun, bagaimana nanti pada zaman akan datang jika anak2 kita malas mahu ke masjid kerana alasan mereka didalam internet sudah ada pengajian agama?? bagaimana nanti jika anak2 kita sudah tidak mahu keluar berkawan kerana katanya didalam fb sudah ada kawan berjuta.?
fikirkan hakikat ini. betapa hari ini sosial terlalu mudah. begitu mudah kita meletakkan gambar2 kita bagi menghiasi wall kita, mungkin ada yang menjawab, kami tutup aurat... itu fizikalnya, dari mentalnya?? bagaimana jika saya sebutkan senyuman kita itu boleh mendatangkan fitnah? bagaimana jika posing kita itu boleh menaikkan shahwah? ehmmm... mungkin perkara ini nampak kecil pada kita,  namun kita khuatir ia tidak dipandang kecil oleh allah s.w.t.  firman allah dalam surah al ahzab  ayat 33 yang antaranya melarang kita terlalu mendedahkan diri kita, kerana ia perbuatan kaum jahiliyyah..Bimbang seribu kali bimbang, bila member di approve, bila2 saja mereka boleh  membuka photo kita, mungkin ketika itu kita tidak online, mungkin ketika itu kita sedang lena, mungkin ketika itu kita sedang solat! namun amat amat amat dirisaukan, ketika itu juga ada member sedang membuka photo kita dan merenungnya... tidakkah pada ketika tersebut dosa kita sedang berjalan? kita yang upload gambar2 kita kedalamnya, dan privacy kita juga tercalar bila mana member kita juga boleh sewenang wenangnya tag gambar2 kita kedalam  fb kita. betul bukan? apa lagi perkara yang paling menakutkan selain dari dosa kita berjalan disaat kita lena? disaat kita solat, disaat kita tidak berbuat apa2?
kita juga terlalu mudah berkongsi segalanya tentang diri kita, pada profile kita ceritakan yang kita berbangga dengan status 'in relationship' palsu tanpa sebarang ikatan syarak. bagi yang single pula kita berbagga dengan menyatakan  "looking for someone"... apa semua ini? mengapa kita begitu murah?? kepada saudara2 perempuan, ingatlah nabi kita berjuang 23 tahun untuk menaiklan martabat wanita, me"mahal"kan wanita. mengapa setelah baginda wafat, kita mudah2 saja merendahkan kembali harga kita??? begitu mudah aprove, begitu mudah menunjukkan gambar2 kita, untuk ditatap oleh ribuan manusia??
apa yang lebih menyedihkan, ada sekelompok manusia yang lebih melampau begitu mudah menyatakan status diri "i am lesbian/gay" didalam profile mereka!  tak kurang juga yang mencetuskan fitnah dan umpat mengumpat didalamnya.. apa semua ini? wah, begitu terbukanya langit ini, begitu terbukanya pemikiran semua komunitinya hingga status itu dijadikan alasan untuk ketawa, bukan  untuk menginsafkan diri bahwa bala ALLAH makin dekat...
mungkin ada yang akan berkata, saya tak buat2 apa yang melanggar etika agama didalam laman sosial saya, tiada  gambar, tiada status yang bukan2, tiada pengenalan diri yang bukan2... saya hanya nak cari balik kawan2  lama  saya.... tahniah ibnurijal ucapkan.... ini pesanan ibnurijal, kalu terserempak dengan post2 yang mempertikai tuhan, hukum islam, sunnah nabi, atau yang tidak beradab, maka tegurlah... tegur dengan hikmah...  kalau tidak mampu, tepuk dada tanya iman.. jangan sampai kita ditulis sebagai subahat., melihat perkara yg tidak baik didepan mata, tetapi kita biarkan.....
apabila langit terbuka begitu luas, bala allah juga makin hampir... bukan apa, ibnurijal teringat akan ancaman allah 'dari langit' yang disebutkan didalam surah al  mulk ayat, 16 dan 17....
"apakah kamu merasa aman terhadap allah yang berkuasa di LANGIT bahawa DIA akan menjugkar balikkan bumi bersama kamu sehingga tiba2 kamu merasa bumi itu bergoncang? {16}
"atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang berkuasa DILANGIT  bahwa DIA akan mengirimkan badai berbatu. maka KELAK KAMU AKAN MENGETAHUI BAGIAMANA [AKIBAT] MENDUSTAKAN PERINGATANKU?" {17}
salah ke ada teknologi semua ini? tidak... cuma tak terfikirkah kita, laman sosial yang dicipta oleh musuh kita itu, begitu cepat menjadi fenomena di seluruh dunia, dan satu fakta adalah, rakyat malaysia paling banyak menghabiskan masa di facebook... apa muslihat disebalik semua ini? apa pula permainan mereka kali ini? fikir2kanlah..... kalau dalam sehari 5 kali kita sign in, takkan solat 5 kali sehari pun kita tak mampu lakukan? kalau sehari sekali saja kita sign in, takkan sahari satu muka surat quran tak mampu kita habiskan? firman Allah dalam surah baqarah, ayat 57, m/s 8... "mereka tidaklah menzalimi kami, tetapi mereka menzalimi DIRI MEREKA SENDIRI.."
CUKUPLAH UNTUK HARI INI