teman-teman...

Sunday, April 24, 2011

antara Al Quran dan handfon

assalamualaikum.. apa khabar para saudara saudari pejuang islam dan pembantu agama ALLAH sekalian. pada post kali ini IbnuRijal ingin mengajak saudara saudari agar kita renungkan sebuah perbandingan unik ini. mungkin ada diantara kita yang sudah sedia maklum dengan perbandingan ini. mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang. mungkin juga ada yang pandang sebelah mata, atau mungkin juga ada yang pandang, tetapi pejamkan mata.
baiklah, mari kita mulakan dengan Al Quran dahulu. apakah itu AL Quran?
al Quran adalah wahyu ALLAH s.w.t yang disampaikan keatas nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril. bermula dari 17 ramadhan, beransur-ansur selama 23 tahun. Al Quran juga merupakan mukjizat kepada Rasulullah s.a.w dan juga anugerah kepada kita umat Baginda.
kita perlu faham frasa diatas yang tertulis "kalam ALLAH". apa ertinya? ia bermaksud kata-kata dari ALLAH. ya... kata-kata. bukan tulisan semata. ini secara tak lansung, bermaksud kata-kata ALLAH kepada kita. ALLAH sedang bercakap dengan kita melalui Al Quran. jadi amat tidak wajarlah kalam ALLAH ini kita persiakan. dalam satu hadis nabi yang bermaksud,
"di akhir zaman kelak,  tidak tinggal dari Al Quran itu selain dari tulisannya sahaja."
saudara dan saudari fikir, sudah jadi atau tidak apa yang disabdakan nabi ini pada zaman sekarang?

kita tinggalkan sebentar persoalan itu. sekarang mari kita tinjau, apa itu telefon bimbit? @handset @ handfon@ fon?
ia merupakan alat komunikasi manusia zaman sekarang. malah telah mengalami zaman revolusinya sejak tahun 2000 yang lalu dan tidak pernah berhenti hingga ke hari ini.
jadi, apa kaitan Quran dan hndfon? salah ke guna handfon?
TIDAK.. bukan begitu. IbnuRijal cuma sekadar ingin buat perbandingan.
begini,
perasan tak, dunia hari ini,setiap tangan memiliki telefon. tidak kira berapa umur manusia, 90% mempunyai telefon. sekali lagi IbnuRijal tegaskan, guna handfon tidak salah! cuma, mari buat perbandingan.
wasiat nabi kepada kita, Al Quran. anda yakin atau tidak jika IbnuRijal katakan bukan semua tangan orang islam didunia ini memiliki Al Quran mereka sendiri. soalannya MENGAPA? dan, MENGAPA TIDAK?
alQuran berharga RM10, sedangkan handfon RM100 keatas.. para ibu bapa sudah pening memikirkan jenama fon untuk dihadiahkan kepada anak2 mereka walaupun tika itu anak2 mereka berusia 10 tahun. sedangkan Al Quran belum mereka kenal pada usia itu. cuba lihat imam syafiee, beliau khatam Quran pada usian 6 tahun dan menghafal keseluruhannya pada usia 10 tahun.
bukan maksud IbnuRijal disini memaksa kita menghafal quran pada usia 10 tahun, tetapi sekadar ingin buat perbandingan. hari ini rata2 remaja mempunyai handfon sendiri. malah ada yang mempunyainya lebih dari satu. tak mengapa, tiada masalah. cuma, cuba bertanya adakah setiap dari mereka ada Al Quran setiap seorang?jika ada, kita bertanya pula, dalam sehari 20 kali kita pegang fon dan baca sms {sebagai contoh}, bandingkan pula dalam sehari berapa kali kita pegang Quran dan membacanya? atau berapa kali kita pandang Quran? kita susah payah kumpul duit untuk beli fon baru bila fon lama kita rosak. mengapa bila disuruh beli Al Quran terjemahan melayu yang harganya below RM50, kita merungut mahal?
hari ini rata-rata kanak2 dan remaja tahu spesifikasi handfon. malah cekap benar dengan segala selok belok function/ software yang terdapat didalamnya. mari tanya lagi, berapa ramai kanak2 atau remaja kini yang tahu selok belok hukum tajwid, makhraj huruf, fasohah, tartil, tarannum yang ada didalam Al Quran?
ibnurijal rasa cukup setakat ini post hari ini. ibnurijal tahu mungkin ada yang kurang senang dengan post kali ini. maafkan ibnuRijal. IbnuRijal sekadar menyampaikan kebenaran. kadangkala kebenaran itu memang pahit. tapi pahit itulah penawar.
alangkah indahnya dunia dan hidup ini seandainya umat islam menggilai dan menjadikan Al Quran sebagai trend hidup seperti terlefon bimbit........ sama2lah kita doakan.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Wednesday, April 20, 2011

Aiiyuhal Rijal.......!!!

assalamualaikum... apa khabar para saudara yang budiman serta saudari yang beriman? terkejut dengan post kali ini? IbnuRijal rasa tidak. fenomena ini sudah menjadi biasa di Malaysia hari ini. dimana silapnya? dan apakah puncanya? MALU! MALU! itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut ibnuRijal sebaik melihat gambar ini. apatah lagi apabila terlihat jelas nama Malaysia tertera pada gambar ini. betul ke ni di Malaysia? sebuah negara islam? malah pengerusi negara OIC? saudara, tiada tempat didunia yang bebas dari fitnah. hanya akhirat sahajalah sebaik-baik tempat kembali.
   apabila masyarakat mula bising dengan golongan ini. mereka mula bangun bersuara. konon katanya masyarakat tidak memahami naluri mereka, masyarkat hanya tahu menunding jari. lalu tebit pula drama2 tv serta  filem yang seolah2  ingin membela golongan ini. akhirnya? MEREKA NAIK TOCANG.
seorang rakan IbnuRijal dari Krgystan, apabila melihat budaya Gay di Malaysia, katanya ; jika wujud Gay di negaranya, mereka akan menggantung pasangan itu kaki di atas dan kepala di bawah dan membiarkan mereka hingga mati!, dan polis tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka.
tujuan IbnuRijal disini bukanlah mahu supaya golongan ini digantung sedemikian. hanyalah sekadar mahu menyedarkan dan mahu masyarakat keseluruhannya memandang serius perkara ini.
 umum mengetahui bahawa umat nabi Lut A.s menerima bala yang cukup besar diatas perbuatan terkutuk mereka. ALLAH telah mengalihkan bumi untuk mereka, lalu menimpakan batu2 yang keras dari neraka menimbun mereka. mereka mati dalam keadaan penuh kehinaan. apakah perbuatan terkutuk mereka tersebut?
"Dan nabi Lut ketika berkata kepada kaumnya : "patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum ini?" -surah Al A'raf, ayat 80-

apakah yang dilakukan oleh umat nabi Lut ini?

"sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwatmu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu kaum yang melampaui batas.!" -Al A'raf,81-

sekarang cuba kita renung sejenak, apa beza perbuatan umat nabi Lut tersebut dengan lelaki islam kita hari ini? ada beza? anda tentukan. namun, bagi IbnuRijal perbuatan sebegini seharusnya tidak harus diberi muka sama sekali kerana Rasulullah sendiri tidak mengaku umat bagi golongan yang sebegini. malangnya, mereka bebas berasmara, berpesta. mengapa? kerana TIDAK WUJUD AKTA UNTUK MENGHUKUM MEREKA MENGIKUT PROSUDER UNDANG-UNDANG. jadi, itulah yang membuatkan golongan ini lebih berani. "ayyuhal Rijal..!" yang bermaksud "aduhai lelaki....!!" , mesej ini ditujukan buatmu semua. jangan lah kita terjebak ke dunia hitam berkenaan. jika bukan kita, andai ada kenalan kita, maka tolong sampaikan dan nasihatkan. tidak kasihankah kita nanti pabila semua umat manusia sedang mendapat syafaat nabi masing2 di padang mahsyar, golongan ini menjadi terhina, kerana tidak ada nabi yang mahu mengaku mereka sebagai umat. kemana legi mereka hendak mengadu?bergantung harap? dan meminta belas bantuan? adakah kepada pasangan gay mereka tersebut? lihat sahaja kemusnahan yang maha dahsyat yang menimpa bumi Pompei yang kita masih lagi lihat kesannya hingga ke hari ini. laut menjadi mati, jasad2 manusia terawet oleh lava gunung berapi dalam keadaan yang cukup mengaibkan. semuanya akibat perbuatan tersebut.
nafsu kepada berlainan jantina adalah fitrah kepada manusia. lelaki memilih perempuan, dan begitu juga sebaliknya. ia adalah fitrah. begitu juga dengan makan, minum, tidur, dan sebagainya. semuanya adalah fitrah. boleh kita hidup tanpa makan minum? tidur? tentunya tidak bukan? mengapa? kerana kita tidak boleh melawan fitrah. jadi, apabila manusia melawan fitrah memilih teman hidup yang sama jantina, tidakkah itu satu perkara yang boleh dianggap melampau? ini bukan IbnuRijal yang cakap, ini ALLAH yang firman.. cuba lihat firman ini..
"dan mereka yang memelihara kemaluan mereka, kecuali kepada isteri dan hamba mereka, perbuatan demikian adalah tidak tercela, namun barangsiapa yang mencari selain dari itu, mereka itulah golongan yang melampaui batas..!"
{Surah Al Mu'minun, ayat 5,6 dan 7}

tidak kasihankah kita kepada Rasulullah s.a.w? sedih baginda pabila melihat umatnya berkelakuan seperti itu. cuba saudara buka semula post IbnuRijal yang lalu yang bertajuk "terlalu istimewa", lihat disana ada IbnuRijal coretkan segala pengorbanan Rasullullah untuk kita. tetapi apa balasan kita terhadap baginda?
umat nabi Nuh menyembah berhala, umat nabi salleh, syuaib, menipu dalam timbangan jual beli, umat nabi Lut  berhomoseks, umat nabi Musa menyembah berhala, membunuh bayi, umat nabi Isa menyembah nabi. tapi kita, umat Nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala nabi, apa yang kita perbuat?
perasan tak semua kemungkaran umat2 terdahulu, dilakukan oleh umat kita hari ini.!
apa yang kita tak buat? semua list diatas ada pada kita. cuba renung sejenak, inikah balasan kita kepada nabi kita? ehmm..marilah wahai saudara, IbnuRijal yakin pembaca sekalian mungkin tidak terjebak dengan gejala ini, namun jika ada saudara mara, sahabat handai yang terlibat dengan gejala ini, nasihatkanlah mereka. jangan putus asa jika anda menyayangi mereka. dan untuk para lelaki, jadilah lelaki sejati! yang mampu memimpin anak2 dan isteri, yang mampu menghayun pedang jika diberi. kekerasan lelaki hanya boleh dilembutkan dengan membaca kalam2 Ilahi dan juga pabila dipujuk isteri, bukannya kekerasannya itu terkulai layu hanya kerana kejit mata seorang yang juga bergelar lelaki!
CUKUPLAH UNTUK HARI INI

Wednesday, April 6, 2011

terima kasih puteri


assalamualaikum..

wahai wanita solehah. terima kasih kerana masih lagi memegang minatku dari pergi. dalam kritikan tajam dan pedas serta aroma prejudis yang kau terima, terima kasih kerana masih setia. selendang maruahmu yang menutupi seluruh jasad dan rohanimu, membuat aku berbangga kerana bukan semua yang mampu menjadi sepertimu.ya, aku tahu, kadang kala perjuanganmu itu cukup perit, adakalanya pahit, adakalanya kau merasa terhimpit, adakalanya kau jatuh sakit, namun kelukaan yang kau terima itulah sebenarnya pengalaman yang cukup berharga.

wahai wanita solehah, pada siapa lagi harus ku bergantung harap kalau bukan padamu yang yang sering disisi rindu dan kasih ILAHI, kekerasan hatimu kepada nafsu yang lesu, melembutkan hati semua pemuda yang merindui segenggam  tangan untuk dipimpin masuk ke syurga disaat tuhan mempelawa para tetamu. kehangatan semangatmu dalam berjihad dijalan-NYA, bisa mendidihkan jiwa semua pemuda yang menagih cinta yang ESA.

wahai wanita solehah, ingat, dirimu didunia adalah seindah hiasan, dirimu diakhirat adalah semulia kedudukan bidadari perawan, jika hatimu dipalit luka, tunggulah balutan cinta lelaki soleh kelak bila sudah tiba masanya. andai dirimu didodoi hiba, tunggulah nyanyian zikir dan quran dari mereka kelak bila sudah datang jodohnya..
hari ini perjuanganmu masih seperti semalam, selendang yang membaluti jasad dan permata hiasanmu tidak pernah kurang walau seinci,..

yang dicari bukan selendang yang mampu menutup hingga ke kaki, yang dicari bukan pandangan yang lansung tak pernah mendongak bumi, namun, semua itulah yang menjadi isyarat pencarian seseorang lelaki itu akan bertemu penghujungnya.. terima kasih wahai wanita solehah. kerana ada dirimu, aku yakin akan kesolehan umat nanti, kerana ada dirimu, ku yakin bumi ini masih bertahan seri.. keindahan cintamu pada ILAHI menyerlahkan indahnya wajahmu yang tak mendambakan pandangan ramai lelaki, kehebatan setiamu pada syari'at ILAHI menyerlahkan setianya dirimu pada bakal pemimpin mahligaimu nanti.
buatmu puteri dunia dan penghuluwati bidadari syurga,  TERIMA KASIH atas segalanya....

CUKUPLAH UNTUK HARI INI

Monday, March 21, 2011

Ada apa sebalik bencana di Jepun?

assalamualaikum w.b.t... apa khabar saudara2 ibnurijal kali ini? sudah agak lama IbnuRijal tidak mengeluarkan post-post terbaru. maklumlah, manusia tidak pernah dapat lari dari kesibukkan. sentiasa mengutamakan kepentingan diri dari kepantingan orang lain. sepanjang masa yang panjang kita tidak bersama. ada satu kejadian besar yang IbnuRijal yakin semua diantara kita mengetahuinya. iaitu kejadian tsutjirat yang menimpa bumi samurai, Jepun. andai anda adalah pengikut setia blog IbnuRijal ini, pasti anda tahu apa makna Tsutjirat bukan? tetapi tidak mengapa, untuk meraikan saudara baru kita, yang baru menyertai komuniti didalam blog ini, IbnuRijal ceritakan sekali lagi. sebenarnya Tsutjirat adalah kejadian yang disebutkan "apabila air loncat ke darat.." iaitu petikan dari surah at takwir ayat 6. ia merupakan salah sati petanda menjelang kiamat. namun, hari ini kita menyebutnya sebagai tsunami. bukanlah kejadian tsunami itu adalah kejadian air laut meloncat ke darat? baiklah kita tinggalkan dulu persoalan itu. apa jua istilahnya, itu semua adalah kuasa ALLAH. apa yang ada disebalik bencana di Jepun? jawapannya, ada hikmah! hai, bunyi macam simple je... ok, mari IbnuRijal hurai dengan lebih mendalam lagi..
sebagai seorang islam kita perlu yakin 100% bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.semua orang tahu, Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan teknologi terkini dan canggih. malah IbnuRijal sendiri cukup meminati cara hidup orang jepun yang pembersih dan suka membaca serta mengkaji. namun, disebalik kejayaan demi kejayaan yang mereka kecap. akhirnya, kejayaan ini mengundang mereka kepada sebuah 'angan-angan' dan angan-angan itu jugalah yang membawa mereka kepada tragedi besar yang menimpa mereka baru baru ini. Jepun terkenal dengan pelbagai penerokaan dan ciptaan baru. bagus! islam juga tidak pernah menghalang kemajuan. namun, bila sampai tahap mencabar tuhan, ia akan mengundang padah! IbnuRijal beri contoh, dahulu keengkaran Firaun, serta Namrud, ALLAH utuskan Nabi Ibrahim, Nabi Musa untuk memberi peringatan kepada mereka. namun, apabila sudah sampai tahap mencabar tuhan, ALLAH kirimkan bagi mereka azab sebagai pengajaran. begitu juga dengan umat nabi Lut. apabila sudah mencabar tuhan, mereka dikirimkan azab supaya menjadi pengajaran kepada kita umat seterusnya ini. apa yang Jepun dah buat? mari kita ingat semula. dahulu, Jepun pernah terkenal dengan robot yang bernama Asimo bukan? comel robot tu. ok, biarlah, itu cuma kemajuan. namun, dek kerana terlalu pandai, manusia mula mencabar tuhan. anda pernah dengar bukan, Jepun telah berjaya mencipta Robot yang serupa 99% sama dengan manusia? ya, banyak robot seperti itu yang dicipta. dengan menggunakan teknologi serta kepakaran moden, robot itu memang kelihatan seperti manusia. kalau tak percaya, cuba cari dalam youtube. malang seribu kali malang, ku sangka panas hingga ke petang rupanya gempa bumi di tengah hari.
 mereka ada sebuah 'impian' yang agak melampau dan mencabar kuasa tuhan. bayangkan, spesifikasi robot itu, mempunyai perasaan marah, sedih, dan mampu bertutur. ini benar-benar mencabar kuasa ALLAH. mengapa manusia juga yang harus dijadikan sandaran? mengapa tidak diciptakan robot yang benar-benar robot? apa yang lebih malang, ada pula yang memprogram  robot itu, hingga mampu dijadikan teman hidup, bercinta dan sebagainya. seolah olah manusia ingin memberitahu bahawa mereka juga boleh menandingi tuhan untuk mencipta manusia. akhirnya apa yang terjadi? mari IbnuRijal tunjukkan bukti dari kalam ilahi sendiri tentang manusia yang sudah hanyut dengan angan-angan yang mencabar tuhan, kemudian, ancaman apa yang menanti mereka.
didalam surah Al Hijr, ayat 3 dan 4, ALLAH berfirman ;
biarkanlah mereka itu makan, bersenang, dan dilalaikan dengan angan-angan kosong kelak mereka akan mengetahui akibat perbuatan mereka.(3) dan KAMI tidak membinasakan satu negeri pun melainkan ada ketentuan baginya (sebab2)..(4)
sekarang bagaimana? anda rasa apakah sebab-sebab kebinasaan itu? anda ada jawapannya bukan? baiklah, sekarang IbnuRijal nak bawa anda kepada hikmah kedua pula.
menurut laporan, kejadian bencana di Jepun itu berlaku begini ;
1. berlaku goncangan bumi (gempa bumi)
2. air lautan datang menghempas naik ke darat sejauh ratusan/puluhan kilometer.
benar bukan? semua diantara kita menyaksikan sendiri kejadian ini.selepas beberapa lama berlaku gegaran, tsunami/tsutjirat pula berlaku di jepun, sekarang mari kita lihat kejadian yang ALLAH nyatakan didalam Al Quran pula ;

"apakah kamu merasa aman terhadap ALLAH yang dilangit, yang tiba-tiba DIA akan mencungkar balikkan kamu, hingga tiba-tiba kamu merasakan  bumi itu bergoncang?"(16)
"atau apakah kamu merasa aman terhadap ALLAH yang dilangit yang DIA akan mengirimkan badai/ombak yang {jauh} berbatu? maka kelak kamu akan mengetahui akibat mendustakan peringatan-KU." (17)

peringatan ini ALLAH sebutkan didalam surah AL Mulk, ayat 16 & 17. mari lihat semula ayat tadi. bukankah pada awal ALLAH sebutkan tentang 'bumi 'bergoncang'? sama atau tidak dengan gempa bumi? kemudian selepas itu bukankah ALLAH sebutkan tentang ombak atau badai yang menghancurkan? dan bukankah itu tragedi tsunami? dan, bukankah kedua-dua itu merupakan gambaran apa yang berlaku di Jepun? anda ada jawapannya.
hikmah ketiga adalah, melalui peristiwa ini, kita tahu betapa kerdilnya kita di bumi ini. kita begitu mudah terancam dengan bahaya. lihat peristiwa letupan loji Nuklear di Jepun baru-baru ini, disebabkan bencana yang berlaku, andai ditakdirkan Radioaktif itu merebak ke seluruh dunia? apa nasib kita? pernah tak kita terfikir, bahawa betapa mudahnya nyawa kita diancam, betapa kerdil dan lemahnya kita. nyawa kita ibarat di hujung tanduk. bila-bila masa sahaja kita boleh musnah dalam sekelip mata. walaupun seluruh dunia serentak, ia tidak mustahil. kerana apabila ALLAH sebut "jadi!" maka jadilah ia. ini mengingatkan kita supaya kembali menghisab dan memuhasabahkan diri sendiri supaya kembali kepada ajaran islam yang sebenar dan sentiasa memohon perlindungan ALLAH.
akhir kata, apabila berlaku sesuatu musibah, janganlah terlalu cepat menunding jari kepada bencana alam, sebaliknya,tundinglah jari kepada diri kita sendiri, sebagai bala dari tuhan. seterusnya, IbnuRijal puji sikap masyarakat dunia yang amat prihatin yang tidak henti-henti menghulurkan bantuan. dan, begitu juga dengan ketabahan masyarakat dan kerajaan Jepun. bayangkan, setelah ditimpa petaka sebegitu rupa pun, ekonomi mereka masih tidak lumpuh dan mereka tidak begitu mengalami masalah yang agak serius seperti penyebaran wabak, kebuluran dan sebaginya. begitulah kasih sayang ALLAH, dikirimkan rahmat bersama bencana, agar manusia mengambil pengajaran yang berguna.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.

Tuesday, March 1, 2011

Kita yang kecil..

Kita yang kecil..
sering merasa kita ini cukup besar,
semua yang diancam sering tidak kita gentar,
biarpun si kecil ini makin jauh tersasar,

Kita yang kecil,
sering meremehkan apa yang kecil,
 kita abaikan hingga terpinggir,
jauh kedalam lembah terpencil,

kita yang kecil,
hanya memandang apa yang besar,
hanya pada besar kita berikrar,
walau janji yang maha besar kita langgar,

si kecil ini makin membesar,
melukis hidup dengan angan,
memberi warna dengan pujian,
konon lukisan si kecil lah yang paling menawan,

namun,
bila lukisan tak diterima,
hati si kecil kembali mengecil,
menyalahkan yang maha besar dan takdir,
lupa bahawa dirinya hanyalah si kecil,

hari ini
kita yang kecil bangun lagi,
menjalani kehidupan seperti selalu,
masih mengharap yang besar datang bertamu,
masih menunggu yang hebat didepan pintu,
bila ada yang kecil datang, kita pejam mata,
bila yang besar melintas, kita buka suara sekuatnya,
bila ada yang kecil memanggil, kita pekakkan telinga,
namun walau besar tak menyapa, kita sibuk menarik kakinya..

hai kita yang kecil..
mengapa tidak bermula dengan kecil untuk menuju besar?
mengapa pekakkan telinga andai panggilan kecil, hanya kita yang kecil boleh mendengar,
mengapa menarik kaki yang besar andai kita yang kecil tidak mampu membuat yang besar sedar..

masih ada harapan,
namun pesan tuhan pada kita si kecil,
DIA takkan menduga kita andai kita tiada kemampuan,
bermulalah dengan yang kecil, menuju yang besar,

kerana,
diakhir perjalanan nanti,
kita yang kecil ini akan menjadi besar,
serta pengalaman kita yang kecil akan menunjuk ajar,

janganlah sampai kita tidak membesar,
kecil yang dikecap pun mula menghindar,
akhirnya kecil selamanya akan kecil,
memandang besar dari tirai waktu,
sedang si kecil penyabar lain sudah membesar,
kita yang kecil disini hanya memerhati,
kerana kita sering ingkar,
pada seruan yang Maha Besar,
pemilik segala kecil dan besar,
penilai sekalian sabar dan ingkar,
penghukum sekalian jahil dan munkar,
namun,
tetap pengampun dosa yang kecil mahupun besar..

pesananku yang kecil,
buat temanku yang bakal membesar,
mari membesar bersama,
mengikut rentak aturan yang ESA,
agar tumbesaran kita tak terhenti,
di jurang nafsu dan dosa..

-IbnuRijal-
CUKUPLAH UNTUK HARI INI

Sunday, February 20, 2011

Lagenda Cinta Teragung...

asssalamualaikum w.b.t.. apa khabar saudara yang budiman, saudari yang beriman sekalian? bersyukur kepada ALLAH kerana hari ini kita sekali lagi diberi nafas untuk bernyawa, diberi mata untuk melihat, diberi daya untuk upaya, diberi minda untuk berfikir, diberi islam untuk dihayati, diberi iman untuk ditambah, diberi taqwa untuk dicari.. semuanya diberi, dan semuanya PERCUMA.. itulah ALLAH yang maha pemurah, yang amat menyintai kita ini. mari kita tanya diri kita, sudahkah cinta-NYA berbalas? sayangku, ALLAH sentiasa menghembuskan kasih dan cinta-NYA terhadap kita. setiap apa saja perlakuan kita, kita diingatkan agar mengiringinya dengan aura cinta ALLAH, apa aura cinta ALLAH? BISMILLAHI RAHMANI RAHIM.. "dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.." itulah kasih sayang ALLAH yang sering kita lupakan.

sayang, hari ini mari kita berbicara tentang cinta yang cukup agung. sebagai penghargaan kita kepada kekasih kita yang maha setia. Hebatnya Kasih ALLAH hingga sanggup membela kita didepan Malaikat sewaktu malaikat mempersoal kewibawaan kita mentadbir dunia dahulu.. kerana iblis menghina kita, ALLAH menghalau iblis dari syurga. apa tandanya? ALLAH cintakan kita.

sewaktu kita dilahirkan kedunia, ayah kita akan mengazankan ditelinga kita. apa perkataan pertama kita dengar? ALLAH.... lafzul jalalah inilah yang menjadi saksi hebat cinta kasihnya.
kita pun membesar sedikit demi sedikit. kita hanya menangis kerna lapar,tidak tahu meminta, ALLAH gerakkan hati ibu untuk memberi kita makan. Kita belajar berjalan, dan jatuh, kaki kita amat lemah. ALLAH arahkan kaki kita agar mampu melangkah.

bila menjadi kanak-kanak, ALLAH hiburkan kita dengan hadiah-hadiah pemberian manusia. sesiapa sahaja yang melihat kita, pasti berasa kasih.

kita pun bebas bermain.. kita luka, ALLAH lah yang pertama ubatkan.. kulit kita tercalar teruk, ALLAH balutkan dengan kupin2 ubat yang sering kita hina. ALLAH hanya senyum pada kita, lantas menghadiahkan kita kulit yang baru. bila sakit itu masih terasa, ALLAH tak pernah berhenti memberi pandangan mesra penuh kasih sayang pada kita, sedang kita memaki hamun sakit kita, ALLAH arahkan pula malaikat memadam dosa-dosa kita..
bila malam kita mimpi bukan-bukan, ALLAH pujuk kita, kata-NYA itu hanya mainan syaitan. kita pun terus tidur lena di pangkuan-NYA. sedangkan masa itu ALLAH sedang menunggu kalau-kalau kita ingin memohon ampun. tapi kita terus lena. paginya pula, ALLAH kejut kita subuh, mengapa? sebab nak beri kita pahala, pahala subuh besar tau ganjarannya. kita pun pekup telinga dengan bantal, lena semula. ALLAH masih kejut kita, mengapa?sebab ALLAH sayang pada kita,  nanti lewat pergi kelas, kena marah. ALLAH tak nak kita kena marah.
kita pun terjaga. bagaimana dengan orang yang mati didalam lena?
kita pun buka mata. bagaimana pula dengan orang yang buta?
kita bangun dari tempat tidur. bagaimana nasib orang yang lumpuh?
kita pun berjalan menuju ke bilik air. bagaimana orang yang kudung kakinya?
lepas mandi, kita sarapan. bagaimana dengan orang miskin yang lansung tiada makanan?

subhana ALLAH...
ALLAH beri semua tu pada kita.      jap, jap.. kita beri apa pada ALLAH??
ALLAH suruh kita solat, kita kata awal lagi.
ALLAH suruh kita puasa, kita kata nanti-nanti.
ALLAH suruh bayar zakat, kita kata belum gaji.
ALLAH suruh pergi haji kita kata muda lagi,
ALLAH suruh kita taubat, kita kata bukan lagi nak mati..

ALLAH tetap steady, tak hukum kita terus. still setia dengan kita mana pun kita pergi.
ya, janji ALLAH dalam quran.. "aku bersama kamu mana jua kamu berada"
wah... setianya cinta ALLAH.. kita gembira, ALLAH yang hiburkan, kita sedih ALLAH yang temankan, kita ada masalah, ALLAH yang selesaikan, kita ada cita-cita, ALLAH yang kabulkan.
hai... sweetnyaaaa....

ALLAH pesan pada nabi kita dalam surah Baqarah, "kalau hamba-hambaKU bertanya tentangku, katakan aku dekat.." ... tapi, berapa ramai yang bertanya tentang ALLAH?

tapi kan, ALLAH tak kesah pun, ALLAH tetap duduk dekatttt ngan kita.. ALLAH dekat dengan kita. kenapa ya? sebab ALLAH jaga kita, bagi makan. pernah tak terfikir mengapa dalam banyak-banyak nyamuk yang datang kerumun kita, hanya dua tiga ekor yang gigit. yang lain just bisik-bisik di telinga kita.

bukan tu saja, ALLAH pesan lagi, "mintaklah padaku, nescaya aku kabulkan"
peerhhh... ALLAH memang caring.. kan? tapi berapa ramai yang lepas dapat apa yang diminta, thankz pada ALLAH.?

bila kita solat kan, ALLAH renung ja kita, then beritahu dengan bangga pada malaikat, "lihat hambaku sedang menyembahku, aku cinta n sayang n ampunkan mereka.."
sedangkan kita solat pun sebab terpaksa. masa sujud tu kita pejam mata, tapi time tu lah ALLAH tumpu pandangan pada kita dengan penuh rasa cinta.

kita tak peduli semua kasih ALLAH...
walaupun,
ALLAH dah janji, "kalau kamu bersyukur, aku tambah lagi" tapi kita tak jugak bersyukur.. sebab kasih yang mendalam, ALLAH tambah jugak kat kita..

ALLAH bagi 1 ja dosa kalu kita wat jahat. tapi kan, kalau baru niat ja nak buat baik, ALLAH dah bagi 1 pahala. pastu, kalau kita buat lak kebaikan tu, dapat lagi 700 pahala.. kalau niat nak buat jahat sungguh pun, ALLAH tak hukum apa2 lagi, dan... kalau batalkan niat jahat tu, ALLAH top-up lagi pahala.
hai... manjanya kita.... kan? alhamdulillah

ALLAH beri kita 60 tahun hidup, ALLAH beri biasiswa cahaya, angin, udara, makan, pakai, pasangan, keluarga.. semua free.. pastu, ALLAH cuma suruh kita taubat ja.. tapi kita stil berlagak.. sampaila nak mati pun, bila nyawa tak sampai di kerongkong lagi, ALLAH bersedia lagi nak ampunkan kita. walau dah 60 tahun wat dosa. kenapa ya? sebab ALLAH taknak kita sakit dalam neraka, panas neraka tu. ALLAH nak kita masuk syurga. didalam syurga, kita mintak apa pun kita dapat. tapi janganlah mintak keluar lak..

bila kita suka kat seseorang tu kan, kita malu nak cakap. pendam je. tapi ALLAH faham. ALLAH bagi dia pun suka kat kita. betul tak ? harap2 dapatlah bercinta atas nama ALLAH.. tapi tak.. bila kita dapat dia, kita bagitahu kuat-kuat pada kengkawan kita, "aku cintakan dia".. kengkawan kita pun tepuk kita sambil ucap tahniah n cakap "semoga korang bahagia.."
tapi kan, ada tak orang jerit beritahu pada kengkawan, "aku cinta ALLAH.." ?? kalau ada pun, apa reaksi kawan-kawan bila dengar? semua perli kita nak jadi alim sambil cakap "semoga cepat sembuh"..

hai... kenapalah kita tak hargai lansung cinta agung ni? ingat tak tadi, IbnuRijal beritahu di permulaan tadi, ALLAH izinkan nama -NYA yang mula-mula kita dengar bila lahir ke dunia ni.. so, buatlah sampai nama- NYA juga yang last kita sebut before kita mati.. camna? "la ila ha illa ALLAH.." mengucap kalimah syahadah. kan perkataan last tu lafzul jalalah, nama ALLAH..
ehmm.. selamat bercinta k..
ALLAH...!!!!  WE LOVE U VERY VERY VERY VERY MUCH!!

kasih sayang ALLAH tiada kesudahan, so, post kali ni tiada tagline 'cukuplah untuk hari ini'

Monday, February 14, 2011

Terlalu Istimewa.......

assalamualaikum wbt.. apa khabar saudara saudari sekalian? IbnuRijal doakan agar kita semua sentiasa sihat disamping rahmat Ilahi.. esok hari kita bakal menyambut birthday someone yang cukup-cukup mulia dan special, iaitu Rasulullah s.a.w.. maulidur rasul.. jadi eloklah kiranya hari ini IbnuRijal ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang IbnuRijal tahu berkenaan pemimpin kita yang mulia ini. saudara sekalian lebih hebat dan lebih tahu, IbnuRijal sekadar berhasrat berkongsi pengetahuan dari sudut pandang seorang umat yang kerdil ini..
baiklah, elok kita bermula dengan firman ALLAH dalam Al-Quran, "Dan tidak kami utuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.."
ayat ini mungkin sudah selalu kita dengar pada setiap kali maulidur rasul. tapi, apa makna tersiratnya? sebenarnya, keamanan, kesejahteraaan, keindahan seluruh alam maya ini, serta apa yang ada didalamnya adalah anugerah ALLAH kerana rahmat-NYA kepada Rasulullah s.a.w.
saudara pasti pernah baca kisah ayahnda kita, nabi Adam a.s kan? tahu kan, selepas nabi adam dibuang ke dunia, baginda kembali mendapat keampunan dari ALLAH s.w.t.? tapi, pernah tak kita terfikir, apa yang membuatkan baginda diampunkan? ya, ada doa tersebut didalam Al Quran, "robbana zolamna anfusana, wa in lam taghfirlana lana ku nanna minaz zalimin..." namun, ada kisah disebalik kisah sebenarnya, yang ada hubung kaitnya dengan MUHAMMAD sebagai rahmat sekelian alam. begini, ketika nabi adam memohon ampun kepada ALLAH, baginda berdoa, "ya ALLAH, demi kemulian MUHAMMAD, ampunkanlah dosa-ku.." ALLAH bertanya kepada adam, "bagaimana engkau kenal MUHAMMAD sedangkan DIA belum aku ciptakan ? "
kata nabi adam, "aku pernah melihat tertulis di singgahsanaMU, TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH, jadi, pasti DIA insan yang mulia hinggakan ENGKAU meletakkan namanya selepas namaMU.."
ALLAH membenarkan kata-kata nabi Adam itu, kemudian mengampunkan baginda berkat dari rahmat MUHAMMAD s.a.w..

Dalam suatu hadis riwayat Qatadah ibn Nu'man, Pada suatu hari nabi Musa a.s berdoa kepada ALLAH, "ya ALLAH,didalam kitab ini[taurat], ada diceritakan satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia, jadikanlah mereka itu umatku.."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang terakhir dikeluarkan kebumi, dan mereka pula yang pertama memasuki syurga, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada dceritakan tentang umat yang membaca kitab mereka dengan sepenuh hati lalu mampu menghafalnya, tidak pernah ada umat lain sebelum ini yang mampu menghafal kitab-kitab mereka, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang  beriman dengan apa yang disampaikan kepada mereka dan tentang umat2 sebelum mereka, dan mereka terpilih pula untuk menghadapi Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini diceritakan tentang umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan berniat, dan jika mereka melakukanya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus kali ganda kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
lalu Nabi Musa meletakkan kitabnya disebelah dan berdoa, Ya ALLAH, jadikanlah aku umat AHMAD..
hebatkan? kerana hebatnya nabi kita, MUHAMMAD s.a.w {allah memanggil Baginda sebagai Ahmad}, kita turut menerima tempias kemuliaan. betapa besarnya jasa Baginda s.a.w kepada kita.

12 rabiul awal. itulah tarikh keramat seorang insan yang agung dilahirkan kemuka bumi. IbnuRijal tidak berhasrat bercerita tentang sirah baginda secara detail kerana rata2 saudara sudah mengetahuinya. cuma IbnuRijal ingin bawakan disini beberapa contoh yang perlu kita renung, mengapa insan ini terlalu istimewa buat kita..
mari kita bermula dengan dakwah Rasulullah. semasa Rasulullah berdakwah kepada penduduk Ta'if, baginda dilempar dengan batu, dan najis. namun baginda tetap senyum dan bersabar. lalu jibril turun dan bertanyakan kepada baginda, "bukit yang mana yang engkau mahu aku lemparkan kepada mereka ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "tidak perlu ya jibril, sesungguhnya mereka masih belum mengerti."
jibril berkata lagi, "tetapi mereka menghinamu ya Muhammad"
baginda menjawab, "tidak mengapa, jika mereka tidak mahu beriman, mungkin nanti anak2 mereka akan beriman.."
hebat perjuangan Baginda, benar, lihat sahaja abu jahal, musuh no.1 islam. siapa anaknya? ikrimah ibn abu jahal, seorang islam, malah perawi hadis! benar kan kata2 baginda kepada jibril tadi?

saudar ingat lagi tak peristiwa hijrah? semasa ALI menggantikan tempat tidur Baginda? pernah tak kita kaji, mengapa malam tersebut Ali ke rumah baginda? sebenarnya, baginda menyuruh Ali memulangkan semula semua barang2 milik orang kafir Mekkah yang diamanahkan oleh mereka untuk disimpan Rasulullah. boleh tak saudara bayangkan, betapa hebatnya pekerti baginda, hinggakan musuhnya yang mencaci maki Baginda, dalam masa yang sama menyimpan barang2 berharga mereka kepada Baginda? malah, barang2 mereka sedikit pun tidak dirosakkan oleh Rasullullah biarpun mereka tak pernah berhenti dari menyakiti Rasullullah s.a.w.

mengapa kita solat 5 waktu? itulah keringat susah payah baginda berulang-alik ke langit ke-7  memohon kepada ALLAH agar dikurangkan waktu solat. untuk siapa? adakah untuk baginda? sudah tentu tidak, kerana baginda bersolat sehingga bengkak kaki baginda. jadi? ya, untuk kita! umat baginda yang tercinta.

baginda tidak pernah lekang dari mendoakan kesejahteraan untuk kita.. setiap masa dan ketika baginda merindui kita,. suatu hari baginda termenung, senyum lalu menangis.. sahabat bertanya mengapa ya Rasulullah? baginda menjawab, aku teringat akan umatku yang hidup diakhir zaman kelak, mereka tidak pernah melihatku, namun masih lagi setia bersolat dan beribadah ..."
tinggi cinta Baginda kepada kita.. sehingga disaat kewafatan baginda, jibril turun dan menyatakan "semua pintu syurga sedang terbuka untuk menyambut roh mu yang mulia ya Muhammad, para Malaikat semuanya sedang bersiap-siap untuk menyambutmu.." kata-kata jibril itu lansung tidak menggembirakan Rasulullah. lalu baginda bertanya pula, "apakah jaminan untuk umatku?" jibril menjawab, "pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya".. jawapan jibril itu barulah membuatkan Rasulullah tersenyum.. baginda sedikit pun tidak mempedulikan tentang nikmat untuknya, tetapi hanya memikirkan untuk kesejahteraan kita, sepanjang masa. hingga bila nyawa baginda sudah sampai ke hujung pun, masih menyebut nama kita..

saudara, tanya diri kita hari ini, apa yang sudah kita buat untuk Rasulullah? setelah pengorbanan dan kasih yang tak berbelah bagi yang dicurahkan kepada kita, apa balasan kita? baginda rela diejek, rela dihina, rela diperlakukan dengan kejam, rela dipulaukan, sanggup menahan lapar, mengikat perut dengan batu, tidak masuk syurga walaupun pintu syurga sudah terbuka luas didepan baginda..
baginda pernah patah gigi sewaktu perang uhud, pernah ditusuk benda tajam dipipi suci baginda, baginda pernah menahan darah luka baginda yang mengalir dari tertumpah ke tanah  yang boleh menyebabkan kemurkaan terbesar ALLAH terhadap kita, baginda pernah berjanji andai baginda hidup dizaman Dajjal, biar baginda seorang saja yang berlawan dengan Dajjal, dan kita hanya duduk diam. baginda pernah berdoa agar semua kesakitan maut kita dikumpulkan dan ditimpakan keatas baginda seorang sahaja, dan biar kita idak merasa lansung sakitnya maut...
untuk siapa baginda berbuat semua ini? UNTUK KITA
untuk apa baginda sanggup berbuat semua ini? KERANA KASIHNYA KEPADA KITA.

esok hari jadi baginda, apa yang sudah kita siapkan untuk baginda.? bila nama baginda dihina, bila wajah baginda direka-reka, mana jutaan umat baginda yang bangun melawan? bila baginda dipersenda, berapa ramai diantara kita yang menitiskan airmata? bila karikatur baginda dilukis dan dihina, siapa diantara kita yang benar2 marah, bangun mempertahankan baginda? siapa yang ambil tahu, si durjana mana yang menghina nabi kita?? siapa yang ada blog, siapa yang ada facebook, twitter, dan sebagainya, inilah pentas mereka menghina nabi kita, jadi, BANGUNNNNNN... pertahankan maruah kita. jika seorang mampu berkorban hidupnya demi jutaan manusia, mengapa jutaan manusia tidak mampu bangun membela seorang manusia??
berselawat dan salamlah keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dengan sebanyak2nya.
CUKUPLAH UNTUK HARI INI